Salam Jumaat semua.
Selesai hari terbuka di sekolah tadi, alhamdulillah. Kehadiran ibu bapa dan penjaga ke kelas aku adalah 22 daripada 23 orang pelajar. Gagal mahu mendapat 100 peratus. Tidak mengapa, sudah berpuas hati dengan kehadiran mereka. Oh, malangnya tiada ibu bapa yang bertanyakan ayat di atas. Ketawa.
Semasa bertugas dan menunggu kehadiran penjaga di dalam kelas, ada berbual dengan Sepet sekejap. Terkejut Sepet bila dia dapat tahu aku merupakan guru kelas. Kali pertama aku menjadi guru kelas dalam tahun pertama perkhidmatan. Banyak perkara yang aku belajar tentang manusia umumnya dan pelajar aku khususnya. Hari terbuka adalah hari di mana segala apa yang dilakukan di rumah dan di sekolah akan terbongkar. Senyum. Sekurang-kurangnya aku berpendapat demikian sewaktu masih bergelar murid dahulu.
Oh, ini suatu ketika dahulu - sengaja membuang masa mencuba aplikasi di Mukabuku.
Dan hari ini, sesuatu yang tidak pernah dipelajari melalui buku tetapi menerusi pengalaman akhirnya tiba. Dari aku bersekolah Tahun 1 hingga 6 (tanpa Tahun 4) sehingga dari Tingkatan 1 hingga 5, proses ini telah aku lalui, cuma kedudukannya sahaja berbeza. Dahulu aku duduk di hadapan guru, sebelah ibu bapa dan mendengar segala apa yang dicelotehkan oleh guru. Oh, dan aku juga pernah duduk di kerusi penjaga apabila mengambil kad adik-adik di sekolah dahulu. Tetapi sangat berbeza apabila aku yang duduk di kerusi guru.
Ibu bapa yang datang dengan pelbagai rupa dan latar belakang tentunya. Ada yang datang tanpa mengetahui keputusan anak sebelumnya. Ada juga yang datang dengan pelbagai persoalan yang mahu dirungkaikan di kepala. Pelbagai ragam dan alhamdulillah, aku tidak menemui kesukaran berbual dengan mereka sementelahan kelas yang aku jaga adalah kelas pertama Tingkatan 1. Walaupun ada murid yang agak nakal, tetapi itu cuma nakal budak yang sedang melalui proses peralihan antara sekolah rendah ke sekolah menengah. Masih bising dan bermain kejar-kejar apabila punya masa terluang.
Komentar aku pada murid aku tadi adalah jujur dari apa yang aku lihat dari awal tahun sehingga hari ini dan apa harapan aku pada mereka pada masa akan datang. Ada ibu bapa yang kagum apabila aku mengingati nama murid-murid aku. Aku jelaskan pada mereka, mengenali nama setiap dari mereka serta sifat mereka membuatkan aku mudah mendekati mereka dengan pendekatan yang seharusnya. Dan itu yang aku amalkan sejak dari mengikuti Latihan Mengajar dahulu.
Kenangan mengajar aku, apabila seorang guru mengenali lebih dari sekadar nama mereka, itu sudah buat mereka bangga. Ya, aku salah seorang daripadanya. Cuma bezanya, aku tidak mahu dilihat sebagai membawa nama keluarga, tetapi menjunjung nama aku sendiri. Keluarga tentu sahaja dipandang tinggi, maka jujurnya, aku tidak mahu kalau pencapaian aku rendah, nama keluarga akan terpalit sama. Aku, masih aku yang dulu. Sentiasa ketawa apabila menghadapi ujian.
Pernah melihat seorang guru menitiskan air mata setelah aku berjaya membuktikan dia salah kerana menghina dan mengata aku serta keluarga aku, aku mahu melalui satu proses di mana aku melihat kejayaan mereka yang aku ajar dengan gembira (tanpa mengeluarkan kata-kata nista tentunya).
Nota Kaki :
1. Mendengar cerita seorang bapa murid membuatkan aku cukup tersentuh bagaimana dia melalui hidupnya.
2. Tahniah buat semua penulis di Aksara Keraian yang sudah mempunyai domain sendiri.
3. Sangat berterima kasih buat semua yang menolak aku naik ke atas setelah melalui kesakitan.
4. Kesan ubat batuk masih terasa.
Zara : Melalui suatu hari yang meletihkan setelah pulang dari kursus tetapi masih mampu tersenyum. Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah salurkan buat aku.
8 comments:
ohhh..haha
igtkan serius ada yg bertanya ayat di atas
tapi btl la tu...mengingat nm murid (yg sgt ramai tentunya!) itu sgt sgt sgt penting! Sllu sgt lec org ckp mcm tu..hehe
Wah! Cikgu yang begitu prihatin dan memahami yang tersirat di minda anak muridnya. Anak murid pasti mendoakan yang terbaik buat Cikgu.
You are GTZ...Great Teacher Zara =]
aku hari rabu ni...
da macam2 ayat aku karang neh...hehe..
bg mak ayah dorang ni bke mata sket..
ya.
kita bawa nama kita.
dan juga keluarga.
:D
family gua 3 orang cikgu.
hidup cikgu2.
zara,
u r great teacher u know.
kan bagus dapat cikgu cam zara..
haha~
nk jadi anak murid zara lh kalau macam nieh.. hiks malang nya dh tua lh pulak
Post a Comment