Thursday, July 29, 2010

Aku Dan Kamu - Baru Aku Tahu Kenapa Aku Boleh Tidak Rindukan Kamu Lagi Kawan

Hari sibuk.
Hari yang menggembirakan.
Mengayuh basikal sejauh beberapa kilometer selepas mesyuarat petang tadi.
Sambil mengayuh, aku teringatkan seorang rakan aku.
Baru aku tahu kenapa aku tidak rindukan dia lagi.
Sebab jiwa aku dan dia tidak bergerak selari.
Ibarat kayuhan basikal yang tidak dilatih.
Iramanya berbeza.
Dan itu, adalah kami rupanya.


Ini bukan gambar hari ini.
Tapi lebih kurang beginilah aku setiap kali mengayuh.
Senyum.

Aku tahu, kalau aku cakap dengan dia yang minggu depan aku akan kembali ke kem, pasti dia akan membebel lagi. Pasti dia akan cakap begini.

Dia : Pergi kem lagi?
Aku : Ya.
Dia : Tak sudah-sudah keluar.
Aku : Baru dua kali sebelum ni.
Dia : Tapi keluar lama tu. Patutlah Bonda bising.
Aku : Tugasan kot.

Sudah lama tidak mendengar dia membebelkan aku. Bila dia sudah kembali menjalankan tanggungjawab dia sebagai pelajar, nah, aku terbiar begini (aku terbiar ke aku menjauhkan diri? - ketawa). pada aku, dia bukan milik aku sepenuhnya sebagai kawan. Masih banyak orang lain yang memerlukan dia, dan aku kalaupun memerhati dari jauh, hanya dapat berdoa agar kami memandang langit yang sama walaupun seketika. Pelik? 

Zara : Selepas mesyuarat petang tadi, dapat mengayuh basikal (latihan untuk perjalanan program minggu hadapan) aku rasa lega yang teramat sangat. Seperti separuh jiwa aku yang hilang minggu lepas sudah kembali semula. Esok petang perlu ke hospital pula.


8 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

kamu sakit apa kakakku sayang? kerap sekali berulang ke rumah sakit belakangan ini...

. said...

benar.
seakrab apa pun seorang sahabat,
dia tetap bukan milik kita sepenuhnya.
dia masih seorang hamba kepada Tuhannya,
anak kepada seorang ibu
kakak kepada orang lain,
anak kepada orang lain,
isteri kepada orang lain,

pendek kata, tidak seharusnya kita mengongkong pergerakkannya.


=)

molliesa said...

lame tak berbasikal. last masa ikot tournament kat UPM dulu. penat! 15 km. :)

cahya indah said...

mahu ikut kamu mengayuh..tp mahu jadi pembonceng di belakang shj. tukar basikal yg ada tmpat utk passenger di belakang, mahu? hehe

[z@ck] said...

wewiitt..
=P

ciK LyndaWawa said...

bgsla mengayuh...leh menguruskan badan.....

wewit.=)

Q said...

mengayuh menyihatkan badan, keluar peluh, keluar stess.

Anonymous said...

kena pergi hospital kenapa kak?..

lame dah tak kayuh basikal.. last kayuh bulan lepas... pastu terus kena asthma.. haha.. :))