Monday, March 22, 2010

Kalau Sperma Dan Ovum Boleh Masuk Dalam Tabung Uji, Dah Lama Saya Buat Uji Kaji.

Salam semua.
Sedang kepeningan mengajar tajuk Variasi.
Pening kepala sampai mahu muntah, keluarkan isi.

http://www.scienceprogress.org/wp-content/uploads/2007/11/sperm.jpg

Pelajar : Cikgu, kenapa kita tak buat uji kaji lagi?
Aku : Awak nak buat uji kaji apa?
Pelajar : Cikgu kata kromosom ni semua ni, mana kita nak uji kaji?
Aku : Kalau sperma dan ovum ni boleh letak dalam tabung uji, lepas tu kita panaskan dan terus jadi zigot, dah lama saya buat bagi awak tengok.
Pelajar : Zigot itu apa?
Aku : Itu pun tak tahu ke? Dah belajar kan masa Tingkatan 3?
Pelajar : Tiada cikgu. 
Aku : Sekolah agama pun dah belajar dah.
Pelajar : Mana ada.
Aku : ....dan sesungguhnya dijadikan dari setitis air mani, menjadi segumpal darah dan menjadi seketul daging...
Pelajar : Dahsyatlah cikgu! Macam ustazah!

Budak-budak ini memang nak kena agaknya.
Kepala aku makin pening.
Semakin pusing.
Aduhai, bagaimana nak memandu selepas ini?
Pitam.

Zara : Menukar status di Mukabuku semalam. Mendapat reaksi yang sungguh hebat dan gila dan Borang Spring Zara sudah dihentam hebat. Ketawa. Kalian memang nakal dalam buat aku senyum mesra.

13 comments:

Hizami Li said...

ahha.
bebudak ni.
nakal.
;D

Pena Crystal said...

ahaks.bebudak nak nakal2 ngan chekgu die jew tuh..ahaks

Unknown said...

ahaha..
nakal2 bdk zaman skarang~

SyuQ said...

budak-budak...

yg sedang mengajak melalui fasa untuk menjadi mak dan bapak budak

:-)

Cik Siti Hajar said...

waaa...nak buat ujikaji macam tu..huh!

cikgu dia sendiri pun belum amali lagi benda tu..
bdk2 zmn skrg ni...mmg advanced..

terkenang belajar bab3 macam ni kat sekolah dlu..:)
semua mata segar je..x mengantuk langsung..

Anonymous said...

hahhaa!perlu belajar practical dari aku tu

Azrul Hisham said...

"Aduhai, bagaimana nak memandu selepas ini?"

bunyi macam dah ada kereta..yeaaa... :p

FTN said...

so bila nak pandu kami naik kereta beramai-ramai ke umbai untuk menikmati sajian ikan bakar yang hebat dan lazat?

peh kena baca senafas ni! haha

*eh pandu ape? dah ada kereta?? hehe

Hazzy Ishak said...

semangat betul nak belajar

Pocket said...

kalau la usaha jugak sicikgu nyer menghasilkan 'kyle XY' ..
1) siapa empunya sperma nya?
2) siapa empunya ovumnya? CIkgu?
3) pas tu kena tendang (Literally) tak cikgu itu dek guru besar?
heheheh

Pocket boleh tolong!!

intanurulfateha said...

.nakal sungguh budak3 sekrang

.ohh rindu ex studentss kuuu
.ape result spm mereka agknye

[z@ck] said...

hahaha.

sesungguhnya formspring membuatkan kita berasa glamour seperti artis..walaupun dihentam bertubi2..tetap glamour nyah

Adziim said...

Ustazah Zara, sudi tak datang beri ceramah agama dekat kolej saya?
Haha~