Tuesday, March 16, 2010

Kenapa Aku Benci Selsema Dengan Sepenuh Jiwa Dan Raga Bersulam Bayam?


Salam bersiaran kembali di hari Selasa.
Aku makin ranap dan hari ini aku hampir musnah rengsa.
Hari ini aku selsema.


*Sengaja meletakkan gambar ini sebagai simbol inspirasi jiwa aku sepi*

Entah bagaimana juga, pagi ini aku dijangkiti selsema secara tiba-tiba.
Menitik dan meleleh mukus jernih itu dari dua lubang gua hidung yang merah.
Karya Legasi Cinta Alisia Bab 5 entah bagaimana.
Aku mengarang dengan kepala bengal kedua-dua belah.
Nasib baik dinding biru ini tidak aku sandarkan sebuah kepala.
Kalau tidak, mungkin sudah pecah.

Kenapa aku benci selsema?

Pertama.

Suara aku lebih garau dan kasar daripada biasa.
Tadi aku berbicara di telefon, ada pula yang menyangka aku baru melepaskan tangis duka.
Eh, buat apa aku menangis pula?
Hidup aku kan sedang ceria.
Sedang menyulam bahagia.
Bersama Legasi Cinta Alisia.

Kedua.

Mak : Mak nak pergi sekolah ni. Jangan lupa masak.
Aku : Baik.
Mak : Ikan bawal masak kari.
Aku : Ya.
Mak : Ikan selar yang kecil, goreng.
Aku : Ya.
Mak : Sayur bayam, siang, lepas itu goreng berlada ke apa, dah banyak kuah. Jangan masak berkuah lagi.
Aku : Ya.

Pukul sepuluh lebih, masuk dapur seorang diri.
Ikan bawal dah siap masak kari.
Ikan selar kecil dah siap goreng kunyit.
Sayur bayam aku masak air.
T_____T

Agak-agak kalau aku keringkan, mak tahu atau tidak?
Tak sempat, Mak dah pulang ke rumah.

Mak : Sayur bayam Mak pesan masak apa tadi?
Aku : Kalau kuah boleh hirup.
Mak : Tawar pula.
Aku : Tunas rasa Along rosak.

Ketiga.

Telefon berbunyi.

Aku : Salam.
Teman : Zara, kenapa kau?
Aku : Aku bukan dekat surau.
Teman : Hoit, aku tanya, kau kenapa, bukan tanya lokasi kau!
Aku : Eh, aku selsema.
Teman : Dah, pergi rehat.
Aku : Aku memang tak sihat.
Teman : Aduhai, jaga diri baik-baik. Nanti aku telefon semula.
Aku : Bukan luka, aku selsema.
Teman : Parah kau ni, pergi rehat! (Sambil jerit kuat-kuat)
Aku : Huh?! 

Sampai situ sahaja agaknya.
Meleleh mukus aku bagai nak gila ketika ini.
Nasib baik aku terjumpa pil selsema.
Minum dengan seteguk air isotonik pengganti diri.
Aku mahu rebah sebentar di ranjang utama.
Mengubati rasa sakit dan sepi.
Ketawa.

Zara : Bab Lima Legasi Cinta Alisia masih kurang empat muka surat untuk menepati piawaian Pengetua Aksara. Rehat dahulu Zara, selepas ini boleh dicoretkan semula.

18 comments:

Rina Rossoneri said...

memang xsuka selsema juga..selsema boleh menyebabkan batuk...batuk disebabkan selsema, sgt yarkssss.. apa2 pun semoga cepat sembuh, minum air kosong byk2

Z said...

saba ye saba...

kalo selesema kene tido byk2..kot

Anonymous said...

ikan bawal masak kari...sedap!

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Seteguk isotonik itu adakah tongkat ali X10 mu yang belum habis2 lagi?

FTN said...

tulah..aku dah cakap, jangan trade X10 tu..

Anonymous said...

poor my dear zara..
mmg messy sket kalo flu ni..
leh tangkap kepala.wuishh..
mkn panadol 2 biji, then tido ek..
hopefully esok beransur sembuh..=)

Aini said...

makan ubat + rehat cukup2 ye zara =)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

erk.. nape bayam ek? sudah kau sebarkan virus cinta..eh silap..virus batuk pada ku di fb..
aaaa..tak sukeee!

p/s:semoga cepat sembuh.. rendam kaki dlm ais..

INTAN said...

alahai

siannye...

xpe2..

anggap ia sbg penghapus dosa2 kecil kamu..

=)

AyanaAsham said...

selsema akan buat kita rase x selesa.......:(

Hernee Nazir said...

siannye zara..mkn ubt dik..

syarifah radiah ibrahim said...

shafakillah.
moga Allah menyembuhkan chekgu zara.


*eh sedapnyaaa ikan selar kecil goreng. dah lamaa tak makan. T.T

Adziim said...

Minum sebotol besar 100 plus.
Kata orang bleh baik la.

ciek niena said...

semoga cepat sembuh..
=)

myQza said...

t care

hadiah dah sampai. sorry lambat bgtau!

Unknown said...

hope u get well soon :)

Anonymous said...

suara garau la best

seksi







































n seksey























ngahahahahhahaha
~

Si Pemburu Bintang said...

lama tak dengaq