Friday, March 12, 2010

Bulat Kecil, Bulat Kecil, Bulatlah Besar. Sayang Mama, Sayang Papa, Sayang Semua. 6 Kali, 6 Kali - 36. 6 Kali, 6 Kali - Anak Beruang.


Rindu mahu menyanyi lagu ini kuat-kuat.
Semalam, dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal, aku entah dari mana datang gila, menyanyi lagu ini sekuat hati di atas motosikal. Macam ada orang dengarlah pula.
Eh, jangan risau, aku tidak tumpang kenderaan orang.
Jadi, suara aku milik alam buana.
Ketawa.

Bila menyanyi lagu kanak-kanak seperti ini, teringat kembali mahu melukis dan berkarya dengan sepenuh hati.
Semangat zaman kanak-kanak yang langsung tidak gentar dengan sebarang alasan bodoh seperti memuaskan hati orang lain atau dikutuk sesuka hati.
Ah, dunia kanak-kanak memang tiada peraturan yang mengecilkan hati seperti peraturan orang dewasa.

http://img12.imageshack.us/img12/2117/20090226110425100424689.jpg

Entah kenapa, menyanyi lagu itu buat aku teringatkan donut.
Bukan lelaki di atas, betul.
Ketawa.
Tapi kalau lelaki ini makan donut depan aku sambil tersenyum, harus aku bunuh sahaja siapa sebut perkataan diet dan jangan ambil makanan bergula.
Senyum geli hati.

Bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar.
Sayang mama, sayang papa, sayang semua.
Enam kali, enam kali, tiga puluh enam.
Enam kali, enam kali, anak beruang.

Itu mungkin versi yang sering aku dendangkan suatu ketika dulu (dan juga semalam).
Kamu semua tentu punya lagu zaman kanak-kanak yang disukai kan?
Apa dia agaknya.
^__^

Zara : Legasi Cinta Alisia Bab 3 bakal menemui kalian pada jam 12.03 tengah hari hari ini (12 Mac 2010). Nantikan ya?

14 comments:

Unknown said...

woit zara, ni hah. bapak beruang dah datang.

haha.

kamu tahu lagu hujan rintik-rintik kah?

saya_arief said...

oooh..
aku kenal lagu ini..
bez...
t'ingat time tua2 dulu..

FTN said...

apsal macam xpenah dengar je?
huahuahua

Anonymous said...

nyanyi lagu tu sambil lukis gambar beruang

Hizami Li said...

zara,
hujan rintik2.
air bergelora.
adik mintak topi.
dapat kuih donat.
dua mata lembu.
satu lingkaran.
tiga tambah tiga.
jawabnya enam.
tiga tambah tiga.
...
oh. dah lupa baris last sekali.
ahha~

Raziff Lokman... said...

...menarik!

Anonymous said...

wahh..zaman kanak2, zaman kegemilangan..syoknya..~
ita xingat lagu2 tu, tp lagu2 time main getah ita ingat..

ank kambing berlari-lari,
ank kambing patah kaki,
ank kambing makan rumput,
ank kambing ...ape ntah..lupa.hehe..

blue black ikan kasa,
silly lillay owh what..
dumb dumb dumble si..
one two three..

noted: masa kecik2 xtau apemende yg diucapkan.last2 sampai ke beso pun xtau.haha..

ceksumolek's said...

hahaaa.. ha'a kan.. itu zaman kanak2 kite.. skrg nih nk tgk budak2 nyanyi2 lagi nih pun susah..

Izwan Komari said...

mase kecik2 kitorg main kutuk name bapak mak atok smpi wat lagu!!!!hahahaha

[z@ck] said...

lagu ais kacang...
tak pun lagu tiga kupang..
hehehe

Azrul Hisham said...

saya rindu zaman kanak2 saya...huhu
sambil nyanyi lagu ni sambil lukis gambar beruang comel..hehe

ciK LyndaWawa said...

ingat2! lagu tu zara..hehehe...
mengenangkan kisah zaman dulu....

takky said...

just ingat 2 rangkap pertama aje...
slalu nyanyi lagu nie tyme kecik2 dpan parentz....
(sambil buat muke comey)
^_^

mama leen said...

anak i suka nyanyi lagu ni.. pengasuh ajar.. mama dia dh lupa lirik sudah