Tuesday, March 16, 2010

Perhatian Dan Cadangan : Legasi Cinta Alisia Bakal Memasuki Bab Lima. Ada Sesiapa Mahu Berikan Nama Bagi Watak Yang Seterusnya?


Salam hari Selasa semua.
Sudah cukup dengan kontroversi yang melanda semalam.
Aku ketawa sampai ada rasa mahu demam.
Diam.

Alhamdulillah, aku masih diberikan kekuatan untuk menyambung karya.
Meneruskan ceritera Legasi Cinta Alisia.
InsyaALLAH, Jumaat ini kalian dapat membacanya di Aksara.


Tatkala aku sedang leka mencoretkan tulisan bagi Bab Lima, tiba-tiba otak aku seperti sesak tidak bermaya. Mahu memilih nama watak sudah jadi satu perkara yang membebankan buat aku pula. Alahai. Maka, bercadang mahu mengetahui sendiri, kalau kalian punya cadangan untuk nama watak yang aku berikan bagi meneruskan cerita ini.

Setakat ini, sudah beberapa nama telah muncul dalam Legasi Cinta Alisia.
Alisia Rayyan - watak utama.
Danish Aryan - doktor muda.
Huzaifah Asmara - guru PBSM zaman sekolah.
Azlina - Pengerusi PBSM sekolah.
Dayana - teman sekelas Alisia.
Husairi Haiqal - teman baik Alisia.
Syahmi Hanis - jurutera muda.

Dan, kalau kamu ada mengikuti Prolog atau Bab Satu yang aku coretkan dahulu, pasti kamu menyedari rantaian kehidupan Alisia itu secara jujurnya sudah dan akan semakin rumit selepas ini. Kehadiran satu demi satu watak akan membangkitkan siapa sebenarnya gadis bernama Alisia itu sendiri.

InsyaALLAH, dalam penulisan seterusnya, ada watak pemain bola keranjang, peguam dan sebagainya. Kalau kalian punya cadangan atau idea, maka, kongsikannya di sini. Boleh aku pertimbangkan untuk diletakkan dalam karya aku nanti.

Doakan sahaja aku berjaya ya?
Moga kalian punya hari yang ceria.

Zara : Sedang bercadang untuk menulis novel lain selepas punya lebihan waktu nanti. Biarkan Legasi Cinta Alisia menjadi batu loncatan dalam aku memuaskan nafsu bekarya.

9 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

paling suka nama Huzaifah Asmara itu... terbayang dalam kepala...haha :-D

Lyana Hisham said...

adam danial?

FTN said...

Halimah Jo?
haha

Anonymous said...

semua nama sedap2!

qaseh adriana?? - perampas??amacam?hehehe

hanis aleeya aka gadis sepi said...

SalaAm..

Hehehe... Banyak dah nama dalam kepala ni.. Tapi nis pun tengah siapkan novel.. Hmm.. Kat sini..

http://hanis-aleeya.blogspot.com/

Kalau sudi singgahlah.. Kalau tak sudi tak apa. Nis akan tetap baca legasi cinta alisia..

(Masih prefer nama Alisya daripada Alisia.. Coz itu sebenarnya nama nis juga.. Ahaha.. Dalam next novel yang akan dimasukkan dalam blog tu..)

Macam mana dengan nama.. Hmm.. Aleeya Husna? Hehe...

NAZ said...

ahmad nazri azmi pun sedap haha.

[z@ck] said...

klu dah terpublish novel ko ni..gtau ak..

hisham said...

cikgu, name peguam tu bg la name hisham...hehehe...

burberry said...

kaseh kemboja.