Monday, March 08, 2010

Legasi Cinta Alisia : Bab 2 - Lelaki Itu Tidak Akan Berhenti Memburu Sambil Mengangkat Picagari Membius Sekeping Hati. 8 Mac 2010 - 8.03 Pagi


Salam hari Isnin semua.
Mahu berangkat ke sekolah dan ya, mahu berusaha pergi sendiri lagi.
Sudah cukup tamparan minggu lepas.
Walaupun pipi aku gemuk, aku tahu had kesabaran aku sudah sampai paras menderhaka.
Ketawa.

Hentikan karutan.
Legasi Cinta Alisia Bab 2 akan menemui kamu semua secara langsung jam 8.03 pagi ini!
Ya, hari ini 8 Mac 2010.
Menarik benar Aksara Keraian kan?


Bab 2 Legasi Cinta Alisia.
Tekan sini untuk baca setelah jam menunjukkan 8.03 pagi waktu Malaysia.

Sesuatu yang menarik tentang Bab Dua ini adalah, aku menulis ketika dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dan pulang dari Kuala Lumpur - ya, di dalam bas.
Garapan pada hari Jumaat basah setelah air aku tumpah, walaupun tulisan agak kembang, tetapi Alhamdulillah, aku masih boleh membacanya.
Hari Ahad pula, aku terus sahaja menaip disebabkan aku dapat tempat yang sangat selesa dalam bas.
Terima kasih pada tulang belakang penyangga persahabatan aku, Si Busuk.

Selamat bekerja dan buat apa sahaja hari ini.
Moga hari kalian lebih baik.
Selamat membaca garapan aku yang tidak seberapa itu ya?

Zara : Mahu ke sekolah dengan hati lebih tabah. Ya Zara, buktikan anda lebih kuat dan hebat dari sebelumnya.

11 comments:

Unknown said...

Start your day with love.. ^^
Novel review by chapteR??

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

masterpiece from zara...best woo! :-D

zulaikha said...

i like =)~ keep up ur good work.. sokong sis zara dr jauh.. ekekke...

mamai said...

oh peminta novel cinta

cheryna zamrinor said...

hmmmm...somehow kak sha rasa novel macam nieh kena betul dengan zara. keep up the good work. selamat bekerja utk hari nieh:)

Anonymous said...

nama aku elok2 pali ko panggil busuk...nak kena pijak ko ni tengik ;p kkekee

beb~gua cuti daa. kekeke. ko pulak dah blah. kalo tak leh gi goyang kepala sama2.

et said...

ouh,boleh je menulis bagai dalam bas.kalau sye da tgolek anak x tahan pening.huhu.

Anonymous said...

penulis aka cikgu

Tfaaaaaa said...

cayalah akak :)

Dak Wan® said...

Carik moto second jewr dulu Zara.... RM 1000 cash pon ada Zara. Takpon, ambik Proton yg boleh 100% loan, tapi kena nego dgn salesman nya ah... Just trying to help out.

Nizam Gtz said...

Taniah Zara....