Wednesday, March 10, 2010

Darah Mengalir Deras, Adrenalin Memuncak Laju, Jantung Menendang Hebat Tatkala Reben Merah Diikat Tanda Kasih Tercipta.


"Adakah ini takdir kita?"

"Entah, aku fikir ini hanya sebuah dongengan sepi"

"Tapi ikatan yang kita simpulkan hari ini?"

"Aku mungkin akan anggapnya sebagai sebuah memori dalam menjalani kehidupan yang hakiki"

"Benar begitu yang awak rasa?"

Dua bingkai cermin mata diletak ke tepi. Kanan dan kiri. Dua pasang mata bertembung. Mata biru jernih yang bersinar memancar pada mata hitam yang bulat dan galak. Dalam hati masing-masing ada gaulan rasa yang entah bila bakal terserlah. Ego itu selalunya suatu yang menjadi pemusnah. Jari bertaut, keadaan sunyi sepi. Debaran menjadi nyanyian dalam hati.


"Alisia"

"Ya Danish"

Tuhan! Kali pertama gadis itu mengiakan nama wanita dia di hadapan aku. Adakah daerah sepi telah dapat aku takluki? Adakah kasih sayang yang aku rasai dalam jiwa turut dikongsi oleh gadis ini? Besar rasa paru-paru doktor muda, kerongkong dibasahi udara basah bahagia, tekak dilalui angin manis sebuah cinta.

*******

InsyaALLAH, Bab Tiga Legasi Cinta Alisia bakal menemui kalian Jumaat ini.
Aku sedang berusaha menyiapkan garapan walaupun kesibukan menghimpit diri ini.
Mencari kasih sayang yang semakin sirna dalam ketakutan aku mengejar sebuah pawana.
Buih-buih luka durjana mahu timbul di tasik hati merah.
Aku mahu randuk kisah kami dengan bicara hati, tidak akan biar sepi mengongsi keutuhan sekeping hati.
Sakit sendirian aku ubatkan dengan semangat titipan seseorang.

Bangun, celik mata - aku lihat titipan bahagia.
Tutup mata - aku dilitupi dengan kasih sayang merentas takdir renta.
Terjaga malam - aku diulit mesra kesuciaan sebuah jiwa.
Terbaring kepenatan - aku renung kenangan beku masa.

Tegarkah aku terus berjuang menggapai mimpi?
Kuatkan aku membawa tubuh badan yang sudah sakit hampir mati?
Aku gagahkan juga demi sebuah cita murni.
Terbaring di ranjang sepi.
Sendiri.

Zara : Bangkit dengan senyuman terukir di wajah pagi ini. Banyak yang perlu dilunaskan demi memastikan kesinambungan sebuah hati. Sebuah legasi. Senyum dan ukir impian yang dapat diterjah titi.

13 comments:

Hizami Li said...

have fun.
& good luck!
hehe.
can't wait for bab2 seterusnya.
;D

Unknown said...

rajin nye ko wat review....
teruskan.....

intanurulfateha said...

.x smpat lg nk bce novel u tu syg
.bz sgt2!
.pasni nk marathon, skali dgn novel sis ian n nuar! :)

Wawan Saini said...

adush cikgu.
tinggi sangat bahasanya.
hebat2.
:)

chokio_nia said...

akak buat on9 novel??dalame tak bace!tatau pon..=(

Darling Pya said...

kalau buku kan sure laku nye..hehehe

Anonymous said...

alisia ni paras rupa camne dik?

Aidy Shahiezad said...

wah... da buat novel jugak ke ?? huhu... advanced3x... ;)

wanita mutalib said...

caiyok caiyok!!

Citra Penyelamat II said...

Bunga Jiwa?
Lelaki?
bf baru ko ke perempuan?

eleh.
tulis citer cinta, pastu ko pon bercinta?patot le blog ko asik nak cam jiwang je. poyo la pompuan,takkan takde idea nak lariskan diri lagi? taktik lapok ntah pape je la.

Citra Penyelamat II said...

kesian bunga jiwa dpt pompuan cam ko, atau ko yg sgt kesian sampai dapat dia.

entah2 dia tak wujud?
ko main pandai2 je.
kalau dia ada, tunjuk bukti le!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

menjadi teaser ketiganya...best2x! :-D

Citra Penyelamat II said...

kalau Bunga jiwa tu wujud, tunjuk la orgnya pd semua.

entah2 tu cuma khayalan ko je.