Showing posts with label Piala Dunia 2010 - Afrika Selatan. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia 2010 - Afrika Selatan. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Lelaki Pucat Kacak Bersiong | Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010 : Belanda Atau Sepanyol?


Salam semua.
Aku mahu tidur dahulu.
Kena bangun awal pagi untuk menonton perlawanan penting.
Berhenti bercakap tentang di mana mahu membeli vuvuzela kerana itu satu-satunya benda yang aku benci dalam saat Piala Dunia 2010 berlangsung.
Kamu pilih mana ya?
Jangan ikut sotong.
Jangan ikut burung.
Ikut semut bak kata Zack Zukhairi.

http://www.cbc.ca/gfx/images/sports/photos/2010/07/09/sneijder-villa_584.jpg

Bercakap tentang lelaki pucat biru yang digilai ramai, aku membaca novel tersebut, kesemuanya sekali. Malangnya, lelaki kacak dan pucat itu tidak aku minati. Aneh bukan?

http://moniquebuzatto.files.wordpress.com/2009/12/edward-cullen1.jpg
Ramai betul orang gilakan si pucat ini kan? [Penghargaan]

Kenapa aku tidak suka dia?
Ada orang tanya soalan itu di Mukabuku aku selepas terbaca status aku yang mungkin mengujakan peminat cerita tersebut untuk membalas dendam. Aku ada sebab yang kukuh iaitu, sila rujuk gambar di bawah.

http://www.moviecitynews.com/arrays/images/2005/poster_hp4_cedric_cho.gif
Ya, sebab dia jadi Cedric Diggory yang memusnahkan impian Harry Potter walaupun ternyata aku lagi suka Harry bersama Ginny. [Penghargaan]

Sekejap.
Apa kaitan bola sepak dengan lelaki ini?
Oh, Sepet cakap yang dia sama keturunan dengan Edward Cullen. Maka, mari berterima kasih kerana tiada bulan di dada langit malam ini. Ketawa.

Nota Kaki :
1. Mengantuk. Mahu tidur dahulu.
2. Mahu mimpi nakama, Sepet, pengamal perubatan yang mahu pulang 27 Julai ini dan diri sendiri.
3. Esok sekolah. Gembira!

Zara : Otak sedang bercelaru. Perlukah kamu mengatakan aku sombong dan tidak berguna hanya kerana aku tidak menunjukkan isyarat atas talian (baca : online) di Mukabuku? Kegilaan apa itu?

Saturday, July 03, 2010

Piala Dunia 2010 | Germany - Argentina | Lintas Langsung Perlawanan Penuh Debaran Dan Tangkas.


Jerman - Argentina.
Piala Dunia 2010 diteruskan dengan perlawanan untuk menempah tiket ke separuh akhir.
Setelah mengalahkan England pada 28 Jun, ketika ini Jerman sedang menentang skuad bimbingan Diego Maradonna. 

http://nacidadelivre.files.wordpress.com/2009/05/logo-football-germany-dfb1.jpg
Jerman [Penghargaan]

http://www.soccerstop.com.au/catalog/images/Argentina_national_football_team_logo%5B1%5D.gif
Argentina [Penghargaan]

Gol perlawanan.

Jerman (4) - Argentina (0)

Thomas Muller - Jerman (3')
Miroslav Klose - Jerman (68', 89')
Friedrich - Jerman (74')

Komentar peribadi (mengikut keadaan semasa) :
1. Beberapa percubaan yang baik antara kedua-dua pasukan. Aku memang suka dengan corak serangan pantas dan bertenaga.
2. Muller sudah dikenakan kad kuning pada minit ke 35. Kalau Jerman melangkah ke separuh akhir nanti, dia khabarnya tidak akan dapat bermain.
3. Jaringan Tevez dinafikan disebabkan offside. Eh, memang offside, sila jangan meroyan.
4. Separuh masa sudah berakhir.
5. Sudah ada 2 kad kuning yang dilayangkan. Satu kepada Muller, dan satu lagi Otamendi.
6. Tak sempat tengok pemain mana yang terkena bola di muka tadi. Mesti sakit gila
7. Khabarnya, Maradonna mahu bogel kalau Argentina menang. Entah kenapa aku rasa nak muntah. Ketawa.

Zara : Senyum melihat penyokong kedua-dua pasukan saling bertingkah di Twitter. Alahai.

Monday, June 28, 2010

Piala Dunia 2010 | England - Germany | Lintas Langsung Perlawanan Penuh Drama Dan Debaran


Sedang rehat separuh masa pertama.
Perlawanan antara dua pasukan yang aku suka atas sebab tertentu.
England dan Jerman.
Jerman sedang mendahului England dengan 2-1.

http://nacidadelivre.files.wordpress.com/2009/05/logo-football-germany-dfb1.jpg
Jerman [Penghargaan]

http://london.diarystar.co.uk/images/england-three-lions1.jpg
England [Penghargaan]

Gol perlawanan.

Jerman (4) - England (1)

Matthew Upson (37')
Thomas Muller (67', 70')

Separuh masa kedua sudah bermula. Akan menulis lagi. Oh, pengadil dan juga penjaga garisan sangat membuatkan perlawanan panas hati. Lebih-lebih lagi bunyi bingit di stadium. Oh, cepat.

Komentar Peribadi :
1. Lampard tidak berhenti mencuba nasib.
2. Suka bila Ozil membuat sepakan sudut.
3. Minit ke 64, Joe Cole masuk bagi menggantikan Milner.
4. Minit ke 71, Heskey dimasukkan untuk menggantikan Defoe.
5. Trochowsky untuk menggantikan Muller (Tahniah atas dua gol anda)
6. Klose digantikan oleh Gomez.

Penutup :
Selamat tinggal England. Moga akan bermain lebih baik di Euro 2012. Tahniah Jerman!

Zara : Perlawanan yang penuh dengan drama. Oh, memang kalian semua tidak akan dapat mengagak aku berada di kem pasukan yang mana disebabkan bola sepak adalah sumber inspirasi aku dalam mengatur perancangan pengajaran. Ketawa.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26]

Sunday, June 27, 2010

Kaca Mata : Aku Tidak Rabun Sebenarnya. Cuma Dipakai Oleh Gadis Muda Untuk Kekal Fokus Sentiasa.


Sahabat.
Tempat yang dibajai penuh kasih sayang dan cintakan ukhuwah.
Dia yang kita kasihi dan bergantung kukuh ibarat dahan naungan.
Dia yang dihampiri saat diri alpa dan perlukan.
Dia yang memaut erat tangan tatkala terjatuh kehilangan.
Tegar memberi dan memeluk bila mendambakan kedamaian.


Yang hitam itu bukan kepunyaan aku. Belum pernah seumur hidup aku memiliki itu.
Yang putih itu cermin mata pertama aku. Gila kan?

Selalu anak murid aku akan bertanya mana cermin mata aku. Ditebak menggunakan lensa untuk mata adalah bukan aku disebabkan aku tidak rabun. Ada orang kata aku koya disebabkan aku memakai cermin mata. Mereka sangka aku pakai cermin mata untuk bergaya sahaja. Anda silap wahai kawan.

Aku pakai cermin mata untuk kekal fokus apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya menggunakan komputer atau membaca. Mula memakai cermin mata sewaktu di dalam tahun tiga semester dua (senang kata semester enam) selepas aku menjalani pemeriksaan mata yang dibuat oleh seorang optometri. Ya, tidak boleh ke kedai cermin mata yang biasa-biasa.


Ini gambar pelik yang masih dalam simpanan. Gila aku hias gambar begini dulu.


Muka sewaktu di makmal dahulu. Oh, sangat naif dan pucat. Jam tangan ODM yang dirindui.
Sudah tidak boleh berfungsi kini. Rindu pada makmal kimia juga. *ketagih*

Dan seingat aku, aku menggunakan cermin mata itu untuk suatu tempoh masa yang agak lama sebab aku hanya menukar bingkai cermin mata aku tahun lepas beberapa hari sebelum konvokesyen. Ramai orang menyatakan aku sangat garang dengan bingkai cermin mata putih. Oh, bukankah muka garang itu adalah antara penyebab mengapa aku masih sendiri sehingga kini? Ketawa.


Eh, ada tanda nama sekali? Ketawa.
Sewaktu bertugas sebagai urusetia pendaftaran acara merentas desa peringkat daerah.


Adakah serupa dengan gambar di atas?

Oh ya, sewaktu menaip penulisan ini, aku memakai cermin mata disebabkan kepala aku akan berpinar dan imej yang aku lihat akan bertimpa antara satu sama lain selepas membaca lebih daripada dua atau tiga jam. Mulanya aku sangka mata aku cepat penat tetapi rupanya ada cerita lain disebalik itu. Alahai.

Nota Kaki :
1. Esok akan ke Institut Pendidikan Guru Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Maka, esok aku cuti.
2. Terharu dengan seorang 'sahabat-pijak-kepala' yang sangat mengambil berat tentang aku petang tadi.
3. Kering ilham untuk menulis novel saat ini, tetapi akan berusaha sebaik mungkin.
4. Sedang terfikir apabila ada orang menyatakan avatar aku seakan diri aku yang sebenar. Benarkah?
5. Malam ini perlawanan antara England dan Jerman. Alahai.

Zara : Belum pernah aku mendengar seorang Pak Imam menitiskan air mata apabila salah seorang jemaahnya mahu melanjutkan pelajaran dan meninggalkan kampung. Nano, Along pun terkejut bila kamu cerita perkara begitu. Memang Pak Imam akan kehilangan jemaahnya yang paling setia.

Dia Ini Teman Lelaki Saya Cikgu | Kalau Betul Teman Lelaki Awak, Boleh Saya Tahu Tarikh Lahir Dia?


Salam hujung minggu.
Murid-murid aku kebanyakannya mengatakan bahawa ayat-ayat yang aku gunakan untuk membasuh mereka kembali semakin ganas. Oh, mungkin mereka tidak mengetahui betapa cikgu mereka ini seorang yang sangat sarkastik bila perlu sebenarnya. Maka, kalau menggunakan istilah kasarnya, cuba 'menghanjing' apa yang tidak sepatutnya di dalam kelas, maka sila bersedia untuk rasa sentap sampai ke ulu hati dengan ayat sarkastik aku.

Minggu ini adalah minggu perbincangan kertas soalan peperiksaan. Cuma ada kelas tertentu sahaja yang aku sudah memulakan sesi pengajaran. Yang lain kebanyakannya masih mengulangkaji dan membuat pembetulan kesalahan sewaktu peperiksaan. Ah, sudah ditunjukkan di dalam kelas, juga masih ada kesilapan yang sama sewaktu membuat pembetulan. Tetapi tidak mengapa, macam yang aku pernah nyatakan pada mereka, kalau kesilapan dilakukan di dalam kelas, aku masih boleh menerimanya kerana itu sebahagian dari proses pembelajaran. Tapi kalau diulang di dalam peperiksaan, memang aku ajar nanti. Ketawa.

Soalan Objektif.
Disebabkan sekarang ini musim Piala Dunia 2010, maka, untuk membaca jawapan haruslah menggunakan akronim pasukan di dalam Piala Dunia untuk memeriahkan suasana (dan juga untuk mereka yang sukar membezakan B dan D).

Aku : Satu A.
Murid : Argentina cikgu.
Aku : Baik. A, Argentina. B, Brazil. C, Chile. D, Denmark.
Murid : Terbaiklah cikgu!

Kadangkala aku tukar juga A jadi Afrika, Algeria dan sebagainya. Ikut suka aku sahaja kan? Senyum. Dan semalam disebabkan kebosanan aku guna nama makanan pula.

A = Ayam.
B = Bakso
C = Cincau, Cupcake.
D = Dadih

Dan di sekolah, ramai pelajar yang mejanya dipenuhi dengan gambar-gambar artis atau sesiapa sahaja yang terkenal. Kebelakangan ini dipenuhi dengan gambar pemain bola sepak pula. Aku cuma tersenyum sinis kerana sebagai seseorang yang gilakan bola, tidak perlu menyukai seseorang pemain atau pasukan itu secara bermusim. Nanti bila musim badminton, atas meja penuh dengan gambar pemain badminton pula. Bukan apa, bukanlah lebih baik atas meja letak doa, nota-nota ringkas atau gambar ibu bapa dan keluarga?

Aku : Nombor 6 jawapannya, C, Chile.
Pelajar : C untuk Cristiano Ronaldo lah cikgu. Teman lelaki saya tu.

 Aku jeling meja pelajar tersebut, bersepah dengan gambar Cristiano Ronaldo. Seingat aku sebelum ini penuh dengan gambar artis lain. Ada Akim AF juga rasanya. Akim yang makan aiskrim itu. Meja dia sudah jadi macam papan berita yang saling berganti isinya. Alangkah baiknya kalau papan kenyataan kelas begitu juga kan?

Aku : Oh, teman lelaki awak?
Pelajar : Ya cikgu. Dah lama dah.
Aku : Kalau betul dia teman lelaki awak, bila tarikh lahir dia?
Pelajar : Mana saya tahu cikgu? Bukan penting pun. Yang penting, dia kacak.
Aku : Kata teman lelaki tadi?
Pelajar : Cikgu tahu ke dia lahir bila?
Aku : Lahir pada 5 Februari 1985 di Santo Antonio, Funchal, Madeira, Portugal.
Pelajar : Cikgu hafal tu.
Aku : Sebab saya memang jaki dengan orang yang konon sangat suka pada seorang pemain bola tapi tak tahu apa pun pasal pemain yang dia suka. Setakat kacak, apalah sangat.
Pelajar : ....

http://www4.pictures.gi.zimbio.com/Portugal+v+Albania+FIFA2010+World+Cup+Qualifier+zmu6PQD5H8nl.jpg
Cristiano Ronaldo : Pusingan Kelayakan [Penghargaan gambar]

Sarkastik kan aku? Ketawa jahat.
Oh, Piala Dunia 2010 semakin menarik. Pelbagai drama sudah disajikan kepada penggemarnya, dan aku semakin teruja disamping bebanan tugas hakiki yang aku suka. Rakan sekerja aku yang lelaki tahu yang aku menonton Piala Dunia hampir setiap malam. Oh, Ustaz suka bersorak kalau berbicara tentang bola sepak. Oh, aku suka persekitaran yang begitu. Senyum.

Nota Kaki :
1. Senyum melihatkan jadual perlawanan seterusnya. Banyak seteru yang bakal dihantar pulang walaupun hakikatnya mungkin sama-sama hebat.
2. Gembira dapat berbual dengan baik di kalangan mereka-mereka yang aku sayangi di dunia maya. Ah, bukankah Twitter itu ibarat keluarga kecil aku?
3. Masih belum punya ilham untuk meneruskan garapan karya. Ah, lemahnya aku.
4. Ada sesiapa lagi yang mahu meneka warna kereta?

Zara : Aku tertawa melihatkan kegilaan aku menjawab soalan yang diajukan oleh seorang teman pagi tadi. Ya, aku menjawab mencari teman lelaki, merangkap bakal suami merangkap ayah kepada anak-anak. Ketawa. Maaf teman, itu gurauan hujung minggu buat kita.

Thursday, June 24, 2010

[Edisi Kenangan] : Dunia Ini Tiada Yang Percuma. Kamu Cium Sedikit Atau Banyak, Tetap Perlu Dibayar.


Salam semua.
Malam ini terlampau menjaga kesihatan. Sakit yang dialami semakin mencengkam dan walaupun aku cuba untuk menguatkan diri, aku harus terima yang menyeksa diri untuk kelihatan mengikut etika akhirnya memakan diri aku sekali lagi hari ini. Esok pasti akan melalui sekali lagi edisi yang menakutkan tetapi aku tahu aku harus terima dengan terbuka demi tugas. Adakah aku dibenarkan untuk memakai but esok? Aku harap boleh.

Menerima surat elektronik yang panjang lebar dari teman wanita tersayang, B yang menerangkan secara terperinci keadaan dirinya yang sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertama. Moga semuanya selamat buat mereka berdua dan aku pasti Jejaka akan bersorak gembira kerana renangannya berjaya menembusi cabaran biologi terbesar pembentukan manusia. Ketawa.

Teringat sesuatu yang disebut dalam surat elektronik itu yang mengimbau kenangan bersama. Dahulu pernah menulis juga mengenai ini, tetapi buat pembaca baru, mungkin ada yang mahu mengetahui apa yang pernah berlaku, kenangan persahabatan kami bersama suatu ketika dahulu.

B : Sayang, kamu betul!
Aku : Apa dia?
B : Memang tiada yang percuma di dunia ini. *teresak-esak*
Aku : Kenapa ni?
B : Aku cium sedikit sahaja, tapi tetap kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium apa?
B : Ala, yang pernah kita cakap dulu, kamu tak ingat?
Aku : Oh, yang itu ke?

[Tiba-tiba teringat budak kecil yang sentiasa rela mencium dan dicium ini]

Kenangan mengusik minda aku.

Aku dengan B menghabiskan masa bersama.
Melihat telatah manusia serta objek di sekeliling membuatkan kami hargai alam ini.
Ya, agak ilmiah aktiviti itu.
Kami panggil sebagai kegiatan ilmu alam.

Aku suka lihat matahari.
B suka tengok pokok.
Aku suka tengok bulan.
B suka tengok aku yang tengok bulan.
Kami suka menonton perlawanan bola sepak.

Aku duduk di sebelah B.
Pandangan aku tebarkan di segenap kotak ini.
B menumpukan pandangannya ke hadapan.
Dia suka penumpuan.
Teknik yang bagus untuk melihat sesuatu.

B : Zara, aku nak tanya kau sikit boleh?
Aku : Apa dia?
B: Kalau aku cium yang biru tu, agak-agak kau berapa aku kena bayar?
Zara : Kalau badan jenis macam tu, murah je aku rasa. Tengok kat mana kau bawa dia lepas kau cium dia lah.
B : Macam tu ke? Kalau aku cium yang hitam itu? Badan dia nampak sedap.
Zara : Kalau yang itu, aku rasa tak mahal juga. B, kalau kau ada niat, ada duit, kau cium je. Tapi aku tak nak ikut.
B : Kenapa? Kau takut kena bayar ke?
Zara : Bukan sebab bayar. Tapi sebab aku sayang diri aku. Sebab tu, aku selalu ikat diri aku macam ni. Kau ikat diri kau jugalah.
B : Aku ikatlah sekejap lagi. Aku teringin sangat nak cium yang warna perak tu. Kau agak-agak, mampu ke aku bayar dia nanti?
Zara : Entahlah B. Mahu kering juga kalau kau nak cium dia. Aku takut kalau kau cium dia, kau yang terpelanting dulu.
B : Ganas betul kan? Aku tak nak cium dia lah.
Aku : Sudahlah B. Kau penagih ciuman juga ke?
B : Aku banyak baca blog kau lah ni.
Aku : Amboi...salah aku juga?


Selingan : Ada orang puji gambar ini cantik. Aku terharu.
"Setitis airmata menyatukan aku dengan mereka yang patah hati. Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaan ku dalam keberadaan. Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan dari jika aku hidup menjemukan dan putus asa." (Kahlil Gibran)

B : Zara, kamu ada lagi tak ni?
Aku : Ada. Aku cuma teringat kisah dulu.*ketawa*
B : Aku sedih. Sedikit pun kena bayar banyak.
Aku : Kamu cium siapa punya?
B : Jejaka punya.
Aku : Nasib baik Jejaka punya, kalau orang lain punya?
B : Orang lain punya memang mati aku nak bayar.

Eh, kamu ingat kami berbual tentang apa?
Biru = Kancil.
Hitam = Jazz
Perak = CRV
Jejaka punya = Civic

Nota Kaki :
1. Piala Dunia yang sedang berlangsung menjadi medan menukar pendapat bersama B. Ah, wanita itu punya minat yang sama dengan aku. Sukakan bola sepak dan anehnya, Jejaka tidak begitu gemarkannya. Cuma kebelakangan ini, akibat menanti B yang bersengkang mata menonton perlawanan, lelaki itu sudah menukar minatnya.
2. Kurang menggunakan Twitter malam ini disebabkan aku menonton sesuatu yang lebih bermakna dan mengusik jiwa.
3. Meluahkan sesuatu pada orang yang tidak menyedari perasaan yang kita pendam adalah sesuatu yang bakal menjadi sia-sia bukan? Adakah pendapat itu benar?
4. Berdoa secara bersungguh-sungguh agar aku mampu melunaskan tanggungjawab dengan baik esok.
5. Sangat berharap agar England akan menang malam ini. Begitu juga dengan Jerman. Senyum.

Tambahan :
England sudah layak. Jerman juga sudah layak, malahan akan bertemu sesama sendiri selepas ini.

Zara : Sedang memikirkan kata-kata ini berulangkali. Rasa mahu menghantarnya pada seorang teman yang sedang bergolak jiwanya, tetapi aku sendiri kurang pasti. Oh, maksud aku, kata-kata yang dikarang oleh Kahlil Gibran di atas.

Tuesday, June 22, 2010

Tutup Sehingga Sembuh - Selamat Tinggal - Salam Bahagia | Tiga Gadis Dalam Kenangan Bersama


Salam.
Tiada nafsu untuk menulis hari ini.
Semangat sudah terbang menjauh.
Rasa diri seperti sangat bangsat dan lahanat.
Duduk dan kaki tarik rapat-rapat.
Sakit kembali menagih setiap nafas yang dihela.
Dan kali ini aku betul-betul seorang.
Manusia yang benar-benar aku percaya kebelakangan ini sudah menjauh pergi.
Tabahlah wahai Zara.
Kenyataannya kau sudah kehilangan dia disebabkan sikap kau sendiri.
Bebal.


Ditutup daripada penulisan sehingga sembuh dari penyakit fizikal dan batin. Mungkin.
Maaf.


Sila teka yang mana satu aku. Ketawa.

Aku benci diri aku bila dalaman aku sakit dan tidak dapat dibendung. Fikiran aku melayang dan menerawang di saat aku memerlukan tumpuan yang sepatutnya.
1. Tercucuk diri sendiri dengan pisau sewaktu di dapur pagi tadi.
2. Hujan lebat hingga menutupi jalan tetapi aku memandu 130 km/j pagi tadi.
3. Kecederaan di kedua-dua belah kaki kembali akibat aku memakai semula kasut tinggi walaupun aku sepatutnya tidak dibenarkan berbuat demikian dalam masa terdekat.
4. Selsema dan demam sedikit akibat aku berlari dalam hujan pagi tadi. Air mata tidak akan kelihatan di dalam hujan, itu fakta yang aku letak dalam kepala.
5. Panggilan telefon dan pesanan ringkas yang aku hantar belum ada balasan, dan aku pasti aku tidak akan dapat balasannya. Maka, aku tutup sahaja telefon aku sekarang ini.
6. Terhantuk ke dinding hingga bengkak tadi.
7. Cuaca yang agak sejuk membuatkan otot-otot aku langsung tidak memberikan kerjasama.
8. Yang pasti, aku bukan di hospital atau di dalam liang lahad seperti yang diharap oleh orang yang berikrar tidak mengendahkan aku lagi. Tidak mengapa.

Nota Kaki :
1. Baru menerima carta pemarkahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
2. Tahniah Portugal malam tadi. Abang Cristiano Ronaldo, walaupun gol lambat, tidak mengapa.
3. Belajar kembali untuk menguruskan diri sendiri tanpa ada pendapat atau nasihat orang yang aku hormati.

Zara : Mengapa soalan aku tidak dijawab? Masih benci dan marah pada aku agaknya. Tidak mengapa, aku kerap mendongak ke atas sekarang ini. Biarlah air mata itu masuk semula ke dalam bebola mata. 

Sunday, June 13, 2010

Menendang Sebiji Bola | Jangan Tulis Blog Ketika Piala Dunia Sedang Berlangsung Di Televisyen


Salam semua.
Sedang bergembira ketika ini.
Ya, menonton bola sepak dengan keadaan teruja.
Korea Selatan menentang Greece dengan gol pertama seawal minit ke tujuh.
Lee Jong Soo dan gol kedua oleh Park Ji Sung. Eh, Manchester United memang hebat kan?
Ketawa.


Sambil menanda, terjumpa ini di kertas pelajar Tingkatan 4 aku.
Jawapan A : Menendang sebiji bola.


Terjumpa nama dadah terbaru di sini.
"Determine" = Menentukan?


Main suka hati sahaja beri takrifan begini. Bukan suruh terjemah!


Nak eja syaitan pun salah.
Sejak bila aku ajar bahan perangsang utama di dalam minuman beralkohol ini jawapannya?
*Pitam*

Nak sambung tanda kertas sambil bersorak untuk Korea. Apa yang penting, malam ini ada perlawanan England melawan USA.Baiklah, aku tidak menulis blog kan? Aku meletakkan gambar sahaja. Ketawa.

Oh, gila.
Tambahan :
- Korea Selatan (2) - Greece (0)
- Argentina (1) - Nigeria (0) **sedang berlangsung

Nota Kaki:
1. Latihan petang tadi dibatalkan akibat cuaca buruk.
2. Si sepet itu bukan milik aku, ajaib, dia tidak akan jadi milik aku selamanya. Senyum.
3. Menyokong perlawanan (hampir setiap perlawanan dengan gigih)
4. Kena tidur yang cukup untuk mendaki gunung. Alahai. Nak tengok bola!
5. Aku bukan isteri orang, suami orang itu mungkin. Sekian!

Zara : Untungnya kalau aku boleh bermain piano saat ini. Sudah lama meletakkan gitar ditepi sehingga entah, aku lupa bagaimana mahu mendendangkan lagu buat diri sendiri. 

Saturday, June 12, 2010

Sheikh! Siti! - Sh Itu Sharifah! Jangan Main Suka Panggil Nama Aku. Alahai | Aku Suami Orang?


Salam semua.
Hari Sabtu yang cerah dan ceria.
Perlawanan pembukaan yang mengujakan walaupun ada yang aku kurang berpuas hati.
Mexico (1) - Afrika Selatan (1)
Uruguay (0) - Perancis (0)

Aku menerima panggilan telefon pagi tadi dari satu syarikat telekomunikasi. Oh, berkaitan dengan promosi dan yang selalu aku kena berulang lagi. Buat pagi Sabtu aku telah dicemari dengan insiden mahu memanaskan punggung dan hati. Lepas dia perkenalkan diri dari syarikat mana dan tujuannya, perbualan berlanjutan.

Pemanggil : Boleh cakap dengan Cik Sheikh?
Aku : Apa?
Pemanggil : Oh maaf. Cik Siti ya ni?
Aku : Siti mana?
Pemanggil : Kalau begitu, Cik Fatimatul kah ni?
Aku : Sh di depan nama saya itu adalah Sharifah ya? Dan saya bercakap.
Pemanggil : .....

Setiap kali pun mesti nak salah sebut nama aku kan? SH itu Sharifah, bukan Sheikh atau Siti. Ini yang nak mengamuk kata orang kurang pengetahuan am. Ketawa. Bukankah nama penuh aku tercatat di situ? Ada nama Abah yang bermula dengan Syed. Alahai.

Sesuatu yang kelakar juga berlaku pagi tadi. Sumpah, aku masih mahu ketawa.


Ada orang sangka aku betul-betul suami orang lah!


Akhirnya orang tu menyedari aku ini perempuan sebenarnya.

Alahai, dimaafkan kerana dia menggunakan telefon dan juga mungkin kepenatan akibat menjaga nenda dia di hospital juga. Moga nenda kamu dan nenda aku cepat sembuh ya kawan? Tapi sungguh buat aku ketawa kerana ada yang tidak menyedari nama aku yang terpampang jelas itu adalah seorang perempuan. Oh, mungkin juga status nakal itu mengelirukan. Senyum.

Nota Kaki :
1. Mendapat panggilan telefon dari PPD. Diminta untuk menyertai cabaran mendaki gunung dan berbasikal di Kluang Isnin ini. Eh, boleh ke tak ni? Aku mahu pergi!
2. Perlu melunaskan tugasan hakiki secepat mungkin.
3. Masih belum dapat menyiapkan novel atau cerpen bersiri lagi. Maaf semua.

Zara : Menunggu kedatangan seorang kawan. Perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secepat mungkin atas sebab yang sangat penting. Oh, ada majlis perkahwinan juga yang perlu dihadiri. Hadiah sudah siap dibalut.

Zara Sayang Si Sepet Ini Sampai Mahu Dicium Berjuta Kali | Perlawanan Pertama Piala Dunia Malam Ini


Malam ini.
Perlawanan pertama Piala Dunia 2010.
Afrika Selatan menentang Mexico.
Bersedia untuk menontonnya.
Senyum.


"Nama saya Insyirah. Kak Imah (baca : Zara) ini sepupu saya"

Melawat nenda dan si sepet ini ada bersama. Walaupun aku kelihatan ganas dan kasar, aku masih ada sifat penyayang pada kanak-kanak. Eh, ini bukan tujuan promosi diri. Ketawa. 

Oh ya, sebelum aku terlewat, aku ingin mengucapkan terima kasih pada 'manusia tanpa telur' yang mengirimkan sesuatu yang langsung tidak berharga di kantung komentar. Bila manusia lupa tiada yang lebih berkuasa daripada Allah Yang Maha Esa, kita hanya mampu berdoa agar dia dikurniakan hidayah secepat mungkin, sebelum saat menutup mata. Amin.

Baiklah, tutup cerita tentang makhluk yang umpama parasit itu, mari kita berbalik pada Insyirah Si Sepet yang disayangi di atas. Oh, bagaimana dapat gambar itu? Mula-mula dia sedang main seorang diri di dalam kereta sorong itu. Aku panggil dia, dengan tujuan untuk menarik perhatian.

Aku : Insyirah. Kak Imah nak cium. (sambil memuncungkan bibir)

Insyirah : (Berpaling ke arah aku sambil menunjukkan muka seperti di atas.)

Persoalannya, adakah aku telah menunjukkan kelakuan yang kurang memuaskan di hadapan seorang kanak-kanak?
Senyum.
Aku tiada jawapan.
Lari.
Sambil naik teksi.
Eh?

Nota Kaki :
1. Malam ini tiada siaran Legasi Cinta Alisia Bab 26.
2. Siapa suka lagu di dalam blog aku sila tekan 'LIKE' di bawah. (Oh, sangat mengada-ngada tulis begini)
3. Mahu membungkus hadiah perkahwinan untuk seorang teman.

Zara : Sudah mula demam. Demam bola sambil menanda kertas jawapan pelajar. Oh, malam ini bukan perlawanan negara yang aku suka. Nasib baik. Ketawa.

Friday, June 11, 2010

Awak, Saya Tak Suka Perempuan Yang Gila Bola. Kalau Ajak Awak Bercinta, Boleh Terbalik Dunia.


Salam semua.
Apa khabar kalian hari ini?
Maaf, pagi tadi penulisan agak emosi.
Senyum.
Sudah bertambah baik selepas meluahkan.

Laporan hospital.
Nenda masih di hospital. Dia sudah redha dan bersetuju untuk menerima rawatan di mana sahaja. Sebelum ini dia berkeras enggan pergi meneruskan rawatan disebabkan mendengar omongan kosong yang prosedur itu merbahaya. Ah, mahu sahaja aku layahkan penampar pada orang yang menyatakan, 1 daripada 1000 orang akan mati kalau melakukan prosedur masukkan kamera di dalam perut. Nenda mungkin takut menjadi peratusan yang 1 daripada 1000. Alhamdulillah, hari ini dia sudah bersetuju.

Ada doktor kacak yang serupa dengan Ashraf Muslim di hospital tadi. Eh, comel. Tidak, aku pandang hanya sekali sahaja bila dia lalu di hadapan mata. Betul, aku tidak berpaling untuk kali kedua disebabkan aku ternampak gambarnya terpampang di dinding pula. Eh, kalau renung di situ tidak mengapa kan? Ketawa. Ah, jangan jadi nakal.

Pesanan pelik di Mukabuku.
Aku ada menerima pesanan di Mukabuku. Menurut tuan punya diri, dia adalah pembaca blog aku. Ah, mari kita ikuti apa yang berlaku di dalam perbualan kami. Oh ya, aku sekarang ini menjadi manusia yang lebih sarkastik lebih daripada biasa, maka, janganlah cuba membuat onar, lebih-lebih lagi kalau kamu perempuan yang tiba-tiba menyerang aku tanpa usul periksa. Mari letak nama dia sebagai T.

T : Hai Zara. Saya pembaca blog awak. Blog awak menarik.
Z : Salam. Terima kasih membaca blog saya.
T : Awak suka bola ya?
Z : Suka, kenapa?
T : Saya tak suka perempuan yang gila bola. Saya nampak awak letak 'cursor' Manchester United.
Z : Eh, saya memang minat Manchester United.
T : Piala Dunia mula hari ni. Awak tengok juga ke?
Z : Mestilah! Sekali dalam masa 4 tahun tu.
T : Awak, saya tak suka perempuan yang gila bola.
Z : Apa motif awak cakap begini dengan saya?
T : Kalau ajak awak bercinta, boleh terbalik dunia.
Z : Kejadah nak ajak saya bercinta bagai? Dan kenapa boleh terbalik dunia?
T : Sebab kalau lelaki, dia sampai tak hirau kekasih di tepi. Kalau awak pun mesti begitu kan?
Z : Eh, awak tak tahu ke saya sebenarnya lelaki?
T : Biar betul?
Z : Betul, saya lelaki.

...dan sudah hampir satu jam (ketika aku menaip ini), T tidak membalas lagi pesanan aku. Apakah dia sudah mati atau pitam dengan penipuan aku? Ketawa.


Ya, sepak mula hari ini!

Oh, aku memang gilakan bola sepak. Terima kasih buat mereka-mereka yang mengecam aku kalau pasukan yang aku sokong kalah. Eh, kalau mahu menerima nasib yang sama dengan murid-murid atau rakan sekerja aku di sekolah disebabkan mengapi-apikan aku, ayuh, buka gelanggang, kita beradu. Senyum.

Untuk Encik T.
Maaflah kalau kekasih hati kamu perempuan yang gilakan bola macam aku. Jangan nak melampiaskan kemarahan pada aku yang tidak ada kena mengena ini ya? Oh, untuk pengetahuan kamu, bekas kekasih pertama (oh, nak juga tulis kan? - walhal itu cerita 3 tahun lepas) aku, tidak kisah dengan fakta aku sukakan bola sepak dan gila menonton setiap perlawanan.

Eh, sangat menarik kalau kekasih sama-sama suka menonton bola sepak. Itu satu hobi yang boleh dikongsi bersama, dan lebih menarik kalau berkongsi minat kelab atau negara yang sama. Ketawa. Eh, itu dikira satu impian ke untuk memiliki jejaka sebegitu rupa? Oh, mimpi Zara, mimpi di siang hari lagi.

Nota Kaki :
1. Bertungkus lumus menyiapkan menanda kertas jawapan pelajar.
2. Bersedia untuk Piala Dunia. Bak kata Bonda, tahajud jangan lupa. Ya, agak sentap di situ.
3. Nakama, senyum mari. Senyumlah ya? Aku tidak pandai pujuk orang agaknya. 
4. Ketawa dengan keberanian orang yang bertanya soalan-soalan panas di Borang Spring atau di Mukabuku. Aku sudah nyatakan, aku tidak akan buka siapa pun manusia disebalik itu. Sudahlah.
5. Sudah lama tidak bermain futsal. Akhir sekali bermain semasa hari guru. Alahai.

Zara : Tangan lenguh sedikit tetapi masih lagi berusaha untuk menaip dan menggarap sesuatu. Ah, kalau tidak sempat malam ini, mungkin di waktu lain. Aku semakin tumpul dalam menulis agaknya.