Showing posts with label Cinta Internet - Dunia Maya. Show all posts
Showing posts with label Cinta Internet - Dunia Maya. Show all posts

Friday, January 07, 2011

"Awak Boleh Tengok Apa Yang Saya Hantar?"


Sejak kebelakangan ini, selalu rasa nak mengamuk.
Bukan marah sebab apa sebenarnya, cuma mungkin kerana terlampau mengambil berat (dan agaknya pengaruh kerjaya aku dan keadaan dia yang masih belajar), membuatkan aku jadi begini. Yang aku tahu, aku selalu suruh dia pergi belajar.
Baiklah.

Dan semalam, dalam kesibukan mahu menghadapi peperiksaan, dia boleh keluar mengambil gambar dengan teman-teman. Entah kenapa tiba-tiba rasa geram. (Apa jadi dengan aku ni?). Dia balik selepas beberapa jam dan aku mulanya enggan membalas pesanan di YM dan Skype miliknya (tapi balas juga sebab geram nak membebel pada orang - sengaja suruh dia pergi belajar untuk peperiksaan).

Dia : Sayang...
Aku : Pergi belajar, jaga diri.
Dia : Sayang.
Aku : Pergi belajar, jaga diri, selamat tinggal.
Dia : Ada hantar sesuatu di surat elektronik. Kalau dah dapat beritahu ya?
Aku : (diam, tak balas apa-apa tapi laju-laju tengok apa yang dihantar - cubaan pura-pura merajuk)

Setelah beberapa minit...

Dia : Dah dapat ke?
Aku : (diam lagi)
Dia : Dah dapat beritahu ya?
Aku : Kenapa gambar arnab tu macam tu?
Dia : Sejuk sangat, sampai tangan dah merah-merah.
Aku : (tersengih sendirian) Terima kasih, dah tak jadi nak marah lama-lama.
Dia : Tahu ada orang tengah geram, marah kan?
Aku : Memang.
Dia : Sekarang dah tak kan?
Aku : Agaknya kot?
Dia : Kot?
Aku : (ketawa) Ya, dah tak jadi merajuk dah.


Ada orang mungkin akan kata ini keanak-anakan, tapi aku peduli apa kan?
Terima kasih sayang. Oh, ini satu dari empat gambar yang dia hantar. Yang lagi tiga?
Mana boleh bagi. Ketawa.

Senyum.
Memang tersenyum masa tidur.
Masa dalam kereta pun tersenyum lagi.
Oh, gila.

Nota Kaki:
Ada sesuatu yang mahu dilakukan bersama seorang teman. Ah, aku tulis ini dulu, nanti aku mahu langsaikan kolaborasi kami lagi. Sebelum ini bergabung dalam dua penulisan yang menjanjikan kesinambungan menarik, tidak sabar dengan tajuk terbaru dari dia ini. Tidak mengapa, dalam perjalanan ke hospital nanti aku fikirkan.

Zara : Mahu mengekalkan senyuman dan kebahagiaan hari ini walaupun aku tahu harga yang perlu dibayar bukanlah semurah yang disangkakan oleh orang. Senyum. Biarkan takdir terus menjalinkan benang rasa dan mengikat marga.

Sunday, October 31, 2010

"Tuan Zara, Boleh Minta Nombor Telefon?" - Ninja Menggamit Memori Mikro Helaian Sejarah Peribadi


Senyum.
Di kem, aku dikenali sebagai Tuan Zara. Lebih baik daripada dipanggil Puan Zara aku rasa. Ketawa. Oh, setiap kali aku ke kem, pasti ada sahaja yang menggamit kenangan dan memori aku. Edisi kem kali ini aku kurang bergambar disebabkan aku dalam keadaan kurang sihat dan aku tidak sempat untuk mengambil gambar yang diletakkan di dalam komputer riba penyelaras. Biarlah.

Semalam, selepas majlis penutupan rasmi, aku menjengah juga ke program peserta sekolah rendah yang baru tiba. Seronok melihat kanak-kanak yang teruja penuh gembira. Eh, macam Dementor pula. Tetapi aku tidaklah menyedut kegembiraan mereka, aku hanya seronok dalam menahan demam yang semakin memuncak panasnya. Dihampiri oleh seorang peserta yang aku jaga dari hari Rabu hingga Sabtu, peserta Tingkatan 3.

Aku : Kenapa?
Budak : Tuan Zara, terima kasih banyak-banyak.
Aku : Tiada masalah. Semoga dapat keputusan cemerlang.
Budak : Tuan Zara, nak minta nombor telefon boleh?
Aku : Eh?
Budak : Bolehlah Tuan Zara.

Imbas kembali, dalam masa empat hari ini, dia antara peserta yang rajin menolong menghidangkan makanan dan pastinya akan menjadi orang yang terakhir duduk di dalam barisan untuk sama-sama membaca doa sebelum makan. Biasanya, kuih adalah 2 ketul seorang (boleh ditambah jika ada lebih) dan dia pastinya sengaja mengambil lebih sambil curi-curi pandang pada kami, pihak jurulatih.

Senyum.
Nombor telefon tidak aku berikan. Itu peribadi walauapapun alasan yang mungkin ada di sanubari.

*******

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicp0azL5NLbeWwVP7gpRv80HJ-h8joD-pZA_xAPBL3LaTtdnW9w6Ua7eyMG4WPYQFEdR7J1mR2J-cETHT2cZasTbmSeN2xKll-Shd6YKX6ZBh7dKMMaU6NLuUUJsmCYmFtxnOKa52QX8k/s400/ninja+love.jpg

Pagi ini aku lihat sesuatu yang sungguh buat aku celaru. Perbualan malam tadi dengan seorang rakan membuatkan aku tahu, aku tidak boleh lari dan tidak boleh juga duduk membatu. Diam, kunci mulut dan biarkan suasana turut membisu. Rakan itu mengasak aku dengan soalan dan aku tahu, dia hanya mahu membantu. Pening, aku keliru kerana aku masih manusia beku.

Kawan : Awak apa khabar?
Aku : Baik.
Kawan : Macam mana dengan kem?
Aku : Mungkin kena pergi lagi empat hari.
Kawan : Eh?
Aku : Badan aku tak sihat, mungkin aku tak pergi.
Kawan : Rehatlah dulu.
Aku : Faham.
Kawan : Macam mana dengan ninja?
Aku : Kenapa dengan dia?
Kawan : Dah cakap dengan ninja?
Aku : Belum.
Kawan : Kenapa?
Aku : Nantilah dulu.
Kawan : Dah balik ni, ninja tahu?
Aku : Nak kena beritahu dia ke?
Kawan : Dah berapa hari tak berbual dengan dia kan?
Aku : Dia sama macam kawan-kawan lain juga lah kot.
Kawan : Saya tahu dia tak sama macam orang lain.
Aku : Eh, pandai nak serkap jarang kan?
Kawan : Cakaplah dengan dia.
Aku : Dah cuba hubungi guna YM, tapi tiada balasan.
Kawan : Ceh, guna YM sahaja?
Aku : (ketawa)

Baiklah.
Ninja, aku dah balik.
Senyum.
Tunduk hormat.

Ketawa.
Entah apa-apa kan?

Nota Kaki :
Mungkin aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada peluang pertama ini. Mak dapat mengesan aku sakit walaupun aku cuba sembunyikan. Dia kata dia dapat tahu daripada suara aku yang aku sedang sakit. Pelik betul kuasa seorang ibu kan? Padahal, aku makan ubat dan berlagak sihat sepanjang masa.

Zara : Perlu menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri esok memaklumkan yang aku tidak dapat bertugas di sana seperti yang dimahukan. Sudah mendapatkan khidmat nasihat daripada Ketua aku tadi.

Saturday, October 02, 2010

Aku Rasa Dia Sukakan Kau : Itu Yang Kau Rasa, Yang Dia Rasa Bagaimana Pula? - Aku Rasa Mahu Ketawa.


Banyak pula perkataan 'RASA'.
Dan rasa di situ bukan guna lidah.
Itu rasa guna hati, akal dan fikiran.
Jangan main belasah, ikut suka rasa, nanti badan binasa.
Diam, tarik nafas secukup rasa.
Ketawa.

Aku : Insyirah, betul tak apa Kak Imah cakap ni?
Insyirah : ........


Sengaja letak gambar Insyirah yang comel ini. Tengok dia tarik muka.

Berikutan penulisan aku tentang cinta internet-dunia maya, seorang rakan menghubungi aku di Mukabuku pagi ini. Dalam keadaan yang sejuk dan sedang menggarap penulisan baru, dia mahu berkongsi apa yang merisaukan dia. Aku seperti biasa, dengar sahaja bila dia mahu menelefon aku dengan alasan, penat mahu menaip. Apa punya malas, nak menaip pun malas tapi lebih senang bercakap sebenarnya. Ketawa.

Nasi : Ni aku nak cakap sesuatu ni.
Aku : Ya, dengar.
Nasi : Taro kata ada orang suka aku.
Aku : Dia cakap ada orang suka kau?
Nasi : Lebih kurang. Taro cakap kawan dia tu suka aku. Taro rasa camtu.
Aku : Taro rasa kawan dia suka kau?
Nasi : Ayat Taro camni. "Aku rasa dia sukakan kau".
Aku : Sekejap. Siapa pula dia yang dimaksudkan oleh Taro?
Nasi : Ala, budak yang aku cakap hari tu.
Aku : Oh, baik. Lepas itu apa kau cakap dengan Taro?
Nasi : Hati aku berbunga sikit. Tapi, itu yang Taro rasa kan?
Aku : Taro rasa macam itu, kawan dia tu rasa macam yang Taro fikir ke?
Nasi : Entah. Taro kata bila dia tanya kawan dia tu, kawan dia senyum-senyum.
Aku : Senyum-senyum banyak maksud.
Nasi : Itulah pasal. Aku pening sebab aku rasa aku suka juga pada budak tu.
Aku : La, kau suka juga?
Nasi : Aku suka macam itu je, tapi kalau betul dia suka aku, bahagia aku.
Aku : Jadi apa masalah kau?
Nasi : Aku tak tahu nak cakap macam mana dengan Taro. Nanti dia kata aku gelojoh.
Aku : Kau cakap macam ini. "Itu yang kau rasa, yang dia rasa bagaimana pula?"
Nasi : Oh, nanti aku cakap macam tu.
Aku : Bagus.
Nasi : Tapi kau rasa apa pasal benda ni?
Aku : Rasa mahu ketawa.
Nasi : Kejadahnya?
Aku : Sebab suka, sayang dan cinta adalah perkara berbeza.
Nasi : Bagilah peluang dia suka aku dulu. Mana tahu lepas ini ada peluang sayang dan cinta.
Aku : Itu yang Taro cakap.
Nasi : Betul. Kau rasa?
Aku : Masih rasa mahu ketawa.
Nasi : Gila kau.
Aku : (ketawa) Sebab kau guna banyak sangat perkataan 'rasa' hari ni.

Ada juga kebaikan sebenarnya bila kita ada kawan yang mengambil berat secara gila-gila pada kita yang masih keseorangan melayari bahtera kehidupan ini. Asyik berlayar tanpa jumpa pelabuhan untuk berhenti susah juga sebenarnya. Mungkin itu yang dialami oleh Nasi. Taro baik pada Nasi dan nak tengok Nasi bahagia. Jadi Taro cuba pasangkan Nasi dengan kawan dia, dan entah bagaimana Nasi pun ada sedikit rasa pada kawan Taro. Cuma Nasi segan sebab dia tahu kedudukan dia yang tak setaraf dengan kawan Taro.

Tapi kan Nasi, ramai sahaja orang sekarang yang bercinta tak tengok taraf. Apa yang penting adalah tanggungjawab dalam diri dan bagaimana mengemudi bahtera masing-masing. Taraf itu penting juga sebenarnya, tapi janganlah sampai taksub hingga boleh merosakkan apa yang mahu dibina dalam menyulam bahagia.

Nasi : Aku tak setaraf dengan dia.
Aku : Kenapa cakap macam itu pula?
Nasi : Dia pandai, aku sederhana.
Aku : Mana kau tahu dia pandai?
Nasi : Taraf akademik dia lebih tinggi daripada aku.
Aku : Ada masalah ke?
Nasi : Aku tak nak dia pandang rendah pada aku.
Aku : Kalau dari segi akademik, aku tak rasa dia pandang rendah pada kau. Tapi dari segi lain mungkin dia akan pandang kau sentiasa rendah.
Nasi : Apa dia?
Aku : Ketinggian kau.
Nasi : Keji.
Aku : (ketawa)

http://www.layoutlocator.com/graphics/dldimg/ea7cc29694b9c66509201cd168475235_2a77e5a0e920f4620b2e3a7df06b3f1d.jpg

Nasi, aku nak kau bahagia!
Taro, tolonglah Nasi.
Kawan Taro, kalau betul suka pada Nasi, beritahu sahaja pada dia.

Nota Kaki :
Habis terbengkalai kerja aku sejak dua hari lepas disebabkan sibuk membongkar fail-fail lama untuk mencari maklumat yang diperlukan dalam memastikan kesejahteraan umat manusia sejagat. Pergh! Ayat bunyi hebat, hakikatnya ia buat nafas aku tersekat.

Zara : Sejak malam tadi hingga pagi ini, aku membaca sebuah blog milik seorang rakan dengan tekun. Ada sesuatu yang mahu aku belajar daripada dia, maka cara terbaik adalah dengan mengenali dia secara siapa dia yang sebenarnya dan tidak menilai hanya dengan pandangan mata. Bila manusia beku dan manusia yang lebih beku bertemu, boleh gila aku. 

Cinta Internet Dan Dunia Maya - Itu Sudah Menjadi Perkara Biasa Dalam Kehidupan Sekarang.


Aku menerima soalan tentang itu.
Senyum.
Itu bukan satu masalah wahai adik Lola yang bertanya.
Sudah ramai yang bahagia, walaupun ada yang berduka.


Mata mesti ganas, lebih-lebih lagi apabila menunggu dalam keadaan panas terik.

Ada kawan aku yang sedang hangat bercinta dengan seseorang yang dikenali di dunia maya. Sedang hanyut menikmati kemanisan bercinta kelihatannya. Aku dan beberapa lagi manusia yang mengenali siapa sebenarnya kekasih yang dia puja itu mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Moga pemikiran nakal dan menerawang kami itu hanya satu mimpi yang tiada erti walaupun ada secebis kebenaran mula mencelah dan semakin melebar lubangnya.

BPS : Kasihan kawan kita itu.
Aku : Biarkan dia.
BPS : Tanggungjawab kita selamatkan dia.
Aku : Nanti kita selamatkan dia. Sekarang dia mabuk cinta.
BPS : Tapi kalau makin mabuk macam mana?
Aku : Asalkan dia bukan mabuk lain sudah.
BPS : Tegarnya hati.
Aku : Masalahnya, kita tak mampu buat apa-apa sekarang ini.
BPS : Jom kita serang.
Aku : Biarkan aku jadi penonton dahulu.

Senyum.
Pendekatan begitu salahkah?
Entah.
Aku ingin sangat kawan itu bahagia.
Sungguh.

Lola : Kak Zara setuju dengan cinta Internet? Pernah dengar pengalaman kawan-kawan tak?

Tak payah dengar pengalaman kawan-kawan.
Diri sendiri pernah terjebak dengan benda ini sewaktu zaman belajar di universiti dulu. Masa zaman Ruang Aku (baca : MySpace) tengah naik. Aku bosan duduk di perpustakaan, baca buku buat tugasan. Kebetulan ada komputer kosong, buka mel elekronik sekejap. Masa ini aku lebih kepada Friendster sebab aku menulis di blognya. Gila betul. Itulah kerja aku. Menulis. Orang tambah aku jadi kawan, aku terima sahaja. 

Bosan lagi.
Aku menulis di Ruang Aku. Kebetulan kalau di Ruang Aku waktu itu, kita boleh nampak simbol orang sedang berada di atas talian (baca : online). Aku tambah sahaja yang berada di atas sekali, sebab gambar dia gambar animasi permainan video. Tak sampai berapa minit, dia dah terima.

Dia : Terima kasih. Kenal saya ke?
Aku : Tak.
Dia : Tak apa. Orang kawasan TKA ke?
Aku : Bukan.
Dia : Kalau macam tu boleh kawan.

Mula berkawan pada 22 Februari 2006 (ulangtahun kelahiran Abah).
Tarikh mula bercinta adalah dirahsiakan (tapi bukanlah masa itu juga, gilakah kau?)
Dapat tengok siapa dia yang sebenar adalah dua bulan selepas bercinta (gila berani aku dulu)
Bertahan selama setahun setengah lebih kurang (berpisah lebih kurang dua minggu sebelum ulang tahun aku)
Senyum.

Dan itu, antara perkara yang menjadikan siapa aku hari ini. Aku yang lebih kenal apa erti kehidupan setelah melalui pelbagai cabaran. Putus cinta pertama itu menyakitkan tetapi itu bukan beerti hidup akan musnah begitu sahaja. Bahkan, ia membuatkan kita lebih sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk ke peringkat seterusnya.

Tiga tahun telah berlalu.
Dan pastinya aku bukan sepeti dahulu.
Selamat pulang rasa ke asal jiwaku.
Dan aku masih manusia beku dan gemarkan diri sendiri dan senyuman ceria.

Zaman laman sosial lain buat aku sudah berkubur.
Yang tinggal hanya Mukabuku.
Itu sahaja.

Nota Kaki :
1. Selepas cinta pertama musnah, aku sudah jadi anak gadis yang bertambah gila gembira dengan kewujudan diri sendiri.
2. Memulakan cinta baru? Belum ada rezeki.
3. Bersedia atau tidak menerima cinta maya lagi? Aku senyum dan simpan jawapan dalam hati.

Zara : Aku lagi rela tengok wajah kesayangan aku gembira di rumah daripada membiarkan diri menjadi cemuhan tidak berkesudahan :)