Wednesday, October 06, 2010

Makcik, Kalau Nak Jual Anak Sekalipun Boleh Tak Jangan Sampai Membunuh Jiwa Orang Lain?


Salam.
Dalam perjalanan ke sekolah tadi, aku menerima panggilan telefon daripada seorang kawan. Hajat hati mahu menulis tentang dia di sekolah, malangnya capaian Internet kurang memuaskan. Maka, usai tiba di rumah ini baru aku dapat berkongsi cerita dengan kamu semua.

Kawan aku ini seorang lelaki dan baru sahaja menghantar rombongan merisik ke rumah teman wanita yang sudah menjalin cinta sejak bangku sekolah menengah sehinggalah dia bekerja kini. Untuk catatan, lelaki ini adalah seorang yang mempunyai pekerjaan yang sama dengan aku. Kalau kamu tahu aku kerja apa, maka, kau akan tahu juga dia kerja apa. Terus ke perbualan kami.

Dia : Aku dah hantar rombongan merisik ke rumah teman wanita aku minggu lepas.
Aku : Oh, macam mana?
Dia : Pening kepala aku.
Aku : Kenapa?
Dia : Mak perempuan minta 20 ribu untuk hantaran.
Aku : Apa?! 20 ribu?! (Sila baca dengan nada terkejut gila)
Dia : Ya. Apa aku nak buat ni?
Aku : Mahal gila. Kerja apa perempuan tu?
Dia : Industri.
Aku : Jurutera?
Dia : Bukan. Operator.
Aku : Mahal macam tu? Orang negeri mana?
Dia : (Nama negeri dirahsiakan)
Aku : Setahu aku yang mahal bukan gadis dari negeri tu, kenapa mahal sangat?
Dia : Entah. Aku terkejut gila. 
Aku : Siapa yang tak terkejut, bukan artis pun.
Dia : Mak aku tanya dengan mak perempuan tu kenapa mahal sangat.
Aku : Habis, apa jawapan dia?
Dia : Mak dia kata penat membesarkan anak.
Aku : Apa mak dia bagi dia makan emas?
Dia : Keji ayat kau.
Aku : Mahal sangat tu. 
Dia : Yang buatkan mak aku lagi bengang, mak dia tanya harga cincin merisik tu.
Aku : Apa?! Tanya harga cincin risik? Depan mak kau?
Dia : Memang tak patut kan? Aku duduk depan pintu pun boleh dengar. Sedih.
Aku : Gila betul. Apa kau nak buat ni?
Dia : Entah. Kalau aku buat pinjaman bank agak-agak kau?
Aku : Lepas kahwin kau berdua makan pasir sebab nak bayar hutang.
Dia : Habis tu? Kahwin lari pun boleh kan? Murah.
Aku : Memang murah, lepas itu masuk surat khabar dan segala macam media.
Dia : Barang hantaran dia minta serba satu.
Aku : Lepas tu kau serba terlentang nak bayar hutang. Jangan buat gila.
Dia : Pening kepala aku.
Aku : Senang-senang kau tinggalkan sahaja perempuan tu.
Dia : Dah lama bercinta dah.
Aku : Kau solat istikharah. Minta petunjuk. Kalau betul dia untuk kau, kau pergi berbincang lagi.
Dia : Mak dia tak nak berbincang lagi. Dia kata nak tunggu tetapkan tarikh nak bertunang.
Aku : (ayat makian sederhana) Tunang? Gila kau, nak ambil risiko?
Dia : Entahlah. Aku pening.
Aku : Ikutlah apa aku cakap tadi. Istikharah, banyakkan doa. Kau ada tanya sapa lagi?
Dia : Aku tanya Don.
Aku : Apa Don kata?
Dia : Don tanya teman wanita aku tu belajar mana.
Aku : Kau jawab apa?
Dia : Tamat sekolah menengah, SPM.
Aku : Habis, Don cakap apa?
Dia : Dia nak kenalkan aku dengan perempuan di pejabat dia.
Aku : Bagus. Nanti aku telefon Don, cakap cadangan dia bernas.
Dia : Kamu semua ni...
Aku : Kenapa?
Dia : Terima kasih sebab sudi dengar masalah aku.
Aku : Kau buat apa aku suruh tu.
Dia : Baik, nanti aku telefon lagi.
Aku : Cuma nak ingatkan kau, kalau pun dia jadi isteri kau setelah kau susah payah, adakah keluarga kau boleh terima dia setelah apa yang berlaku? Kau kena fikir baik-baik.
Dia : Ya, aku tahu.

Aku bukan manusia yang memandang harta, tapi kalau ini yang terjadi, jangan salahkan sesiapa jika berlaku perkara yang kurang diingini. Dan disebabkan aku tidak dapat membuka laman sesawang lain, maka, aku menggunakan Twitter dan fungsinya untuk mengemaskini status yang tidak dapat aku balas. Mari lihat apa kata kawan-kawan aku yang lain.









Kalau di Twitter aku, memang tidak boleh aku cetak. Terlampau banyak yang dibincangkan sehingga garis masa aku penuh dengan membalas komentar rakan-rakan tentang isu ini. Betapa mahalnya hanrga hantaran yang diletakkan serta 'harga mati' pula itu. 

Aku jujurnya sangat kasihan dengan rakan aku yang baik itu. Sangat kasihan perkara begini terjadi kepada dia. Adakah dunia sekarang menjadi terlampau kejam hingga perkahwinan sudah menjadi satu bentuk perdagangan yang sangat menguntungkan?

Kebanyakan rakan aku yang sudah mendirikan rumah tangga harga hantarannya masih dibawah paras boleh diterima dan tidak menyusahkan pihak sebelah. Paling tinggi 10 ribu. Itupun segan mahu meletakkan harga mahal tetapi nasib baik kedua-dua sudah bekerja dan setuju dengan angka tersebut.

Aku enggan mahu mengulas panjang. Selalunya aku dengar sahaja perkara begini daripada orang lain, tetapi bila kawan aku sendiri kena, betapa sukarnya mahu melunaskan suatu ikatan yang sah.

Apa akan jadi dengan kami yang punya ijazah?
Apa yang akan jadi dengan orang yang punya Sarjana?
Apa yang akan jadi dengan orang yang punya Doktor Falsafah?
Apa akan jadi dengan mereka yang lebih berjaya?

Kawan aku seorang guru, menerima hantaran 7 ribu dengan senyuman ceria dan kakaknya, seorang doktor juga menerima hantaran 7 ribu tanpa banyak kata apa-apa. Bukankah perempuan yang bagus adalah hantarannya yang rendah?

Tapi, kalau mampu, itu terpulang.
Pada aku, bukan suatu masalah kalau ia tidak menyusah.

Nota Kaki :
Pesanan ringkas senior yang mahu aku segera ke Sabah membuatkan aku tersenyum. Sila tunggu adikmu ini dan aku ketawa besar apabila dia masih teringat janji kami mahu mendaki Gunung Kinabalu bersama. Alahai.

Zara : Adakah semua perkara membutuhkan wang dan keduniaan dalam mencari kebahagiaan? Kalau benar demikian, aku manusia yang tidak akan dapat membeli hatta satu senyuman jika ianya memerlukan bayaran. Tapi jangan risau, tidak perlu membayar untuk aku mengukir senyuman.

54 comments:

avid said...

adeh. mak pompuan tu mmg betul2 problem la. ingat mak org lain x penat ke m'besarkan anak dara?

Ain Shdn said...

uisy gila ah.! takat SPM nak smpai 20ribu,xlayak langsung ! teruk punya mak. mata duitan. hantu.. suh je member Cik Zara lupakan pmpuan tuh,nak buat mcm mana. memang kesian dekat pompuan tuh. tapi laki tuh kne pk jugak prsaan fmly llaki tuh skali. kalau pompuan tuh taat PHd Master or Ijazah. den boleh terima lagi la derr.. ni spm saja. hahahahaha. bunguk punya mak. anak xlaku. padan muka. [sepenuh hati geram dan ingin cincang je mak tersebut ]

eNaSaN said...

tue la zara..bila dh baca perbualan pjg kamu nie..ermmm klu aku mmg xyah dh kwen ngn GF dia tue..erkk aku pompuankan..sure mmg xleh...


klu hantaran bgitu baik xyah nnti susahkan diri... ayat last perbualan kamu aku stuJu

"Aku : Cuma nak ingatkan kau, kalau pun dia jadi isteri kau setelah kau susah payah, adakah keluarga kau boleh terima dia setelah apa yang berlaku? Kau kena fikir baik-baik."

p/s: uihhh klh hantaran org yg keja lbh bgus..& cam klhkan artis..ermmm

wanita mutalib said...

gilors?

akak dulu pun 10k, tapi kami suami isteri tahu mana datang duit tu.. kumpul sesama.... :)

kalu nak 20k lak, then pihak laki ajer yang bersusah payah, haih macam mana...

bukan nak kata, tapi kalu abis SPM saja sudah letak harga setinggi itu, macam mana pulak yang didik anak sampai ke menara gading????

kesian kawan kamoo dek..

tp setuju dengan kata2 salah sorang kawan kamoo, kadang2 ini adalah cara untuk pihak perempuan menolak lamaran tu dalam diam...

semoga dia mintak petunjuk daripada Tuhan..

itu yang sebaik-baiknya :)

ayin~weeweet said...

maybe ada satu point la.mak dia xsuka laki tu jd ltak hrga separuh gila mcm tu.alasan spy laki tu give up.oho.gile drama org sekarang.

ceksumolek's said...

memang mahal sangat dia tetap RM20k tu.. alasan yang diberi tu pun mcm xleh nk terima.. macam nak jual anak pun ade..

sumi rasa dia tak setuju kot ank perempuan dia nk kawin dgn kawan zara tu.. sbb tu letak tinggi..

Hizami Li said...

tinggalkan je.
biar dia rasa.
ingat dia sorang je perempuan yang ada.
haha.
kejam pulak !
XD

aman said...

hmm. dunia oh dunia. erm. awat member cikgu tue tak bincang ngan girlfren dia. suh girlfren bincang ngan famili. bukan lagi senang ke gitu?

Johari Hamzah said...

hurm.. kalau yea pown penat besarkan anak... kenapa mesti bgthu dkt org.. bukankah i2 tanggungjwab dia.. entah apa nak jadi la zaman skrg nie.. nie zmn skrg.. nanti zaman saya nak kawen, ntah camne la plak..

Mrs Poyo said...

hang tau zara..aku rasa mak perempuan tu tak suka kawan hang..sebab tu letak harga tinggi,bila harga tinggi dah tentu kawan hang pikir banyak kali nak kawin dengan perempuan tu..kalau tak jadi,mak dia suka la..rancangan berjaya..
Itu pendapat aku,dah banyak kali aku tengok benda ni jadi..Bukan dinegeri aku saja..negeri lain pun banyak..
Tapi kalau pendapat aku salah..memang mak dia kejam la..
Yang susah nanti anak dia jugak..

Sepupu aku ada master bapak dia bagi hantaran 5 ribu ja..
Relax kan?

A Fans of Lee Family said...

pergghh...
klu org kene kapal pon belom tntu nk bg 20ribu tuh..
cousin y kawin ngn org kapal pon 10ribu je...
ish..
btol2 nk jual anak...

mummy nana said...

sian budak laki tu.
akak dlu 5 thn pas 7k je.
wpon akak de dgree baikk haha.
berpada2 lah. tu je akak leh katakan.

Anonymous said...

bukan nak pandang kelulusan. tak guna jugak kalau kelulusan tinggi tapi tak boleh jadik isteri yang baik di mata suami, kan?

tapi bila mak si perempuan letak harga mati beyond reasons tu, dengan kemampuan si perempuan yang mungkin taklah sangat mampu tingkatkan ekonomi bakal keluarga dengan pekerjaan dia, si lelaki akan end up bayar hutang sana sini, sara famili lagi.

not worth it at all.

dan si perempuan boleh tahan kurang pandai nak bersuara. kalau betul sayang, dia sendiri akan bantah hantaran sebanyak tu.

i mean, come on lah. get real. lelaki kalau memang orang berada yang tak kisah pasal duit pun gua persoalkan kenapa dia nak bagi hantaran banyak tu, apatah lagi kalau tak ada kemampuan?

harap mak si perempuan tu gembira dapat duit hasil jual anak.

PS: ex housemate gua ada degree, suami dia, nak bagi hantaran rm100k pun mampu, tapi hantaran dia cuma lebih sikit je dari rm12k. buat gua ketawa petang petang ni.

Aini said...

mahalnye... kena la pikir anak dia tu nak kawin dengn lelaki tu sampai akhir hayat, bukan setakat kahwin je. Nak mintak 20ribu untuk hantaran saje? Uih... melampau..

Len la anak artis ke, belaja phd kerja dokter ke ape ke kan

syahirul said...

masak2... gile la zara... baik blah aje dari pompuan tu nya family.. cari lain.. awal2 dah tunjuk kebahayaan...

pinjam situasi ni nak pos kat FB..

Ruwaida Ridzwan said...

waaa...sedihnya dekat kawan kamu~ mmg x patut mak pompuan tue buat mcm tue...

susah sgt ke nak besarkan anak smpai SPM je? org lain besarkan anak smpi dgree tp x mintak pon mahal mcm tue hantaran...huhu...

saya org kedah. kat kedah nie mmg ikut taraf pendidikan kalau nk kawenkan anak. kalau setakat SPM, keje kilang rm6000 saja.

kalau dgree rm12,000.

zam.enol.arep said...

bayar ansuran la. sampai mak metua dia 'gol' pu tak abis bayar. seksa keluarga sndr. fmily ak sudah punya pgalaman sebegini. kau tahu kan siapa?

adzmarfazami said...

sungguh tak bertolak ansur emak perempuan tu. memang penat membesarkan anak tapi berpada-padalah. kadang-kadang alasan semata je. sedangkan hakikatnya nak buat kenduri besar-besar. nak tunjuk kat orang kampung / sekeliling jer! siap tanya harga cincin risik lagi tu?! Takkan penat membesar anak sampai kena belek harga cincin merisik kot?

kalau mak akak, nak letak banyak-banyak pun malu. bukan apa nanti orang kata jual anak pulak. sebelum letak hantaran tinggi2, tengok anak kita tu macam mana jugak.

Amir Said said...

tak worth it langsung hantaran RM20,000, perempuan tu kerja operator je. no offense. perempuan2 yang jadi doktor pun xde la hantaran tinggi macam tu. lain la dia artis. patutla tinggi demi nak jaga maruah. tp please la RM20k tu melampau gile. dah tu boleh plak tanya harga cincin. kalau aku, aku x nak dapat mak mertua camni. seriously.

LyNn HaMzAh said...

aduhai...kesiannya dgn kawan kamu tu...solat istikarah merupakan jalan yg terbaik...mohon petunjuk daripada ALLAH adakah perempuan itu sesuai dengan dia...huhuhuhuhu...

Asmi Asmidar said...

kesiannya ngan laki tue. .
eh, pader la. . .
kalo anak dato' boleh la mintak banyak2 cmtue. . .
kesiannyer. . .

izulman said...

terus cancel nak kawin, jadi solo memanjang boleh tak? :S

Anonymous said...

DULU USTAZAH AKU PERNAH CKP,

makin rendah hantaran sesorg tu,makin tggi darjat dia di sisi allah..

Anonymous said...

Sepupu sy kawen mak dia mintK hantaran 8k sy marah suh turunkn lagi.. And sepupu sy x sngka mak dia nak letak 8k bg dia 5k pun cukuplah duit lebih hantaran leh wat benda lain.. Dulu time sy mak kata terpulang pd pihak lelaki, brp yg diorg nak bagi kami terima... Bagus tak mak sy?? Adik beradik somi pun bljr tinggi releks jer hantarn 5k skrg mcm nak jual anak.. Kalau ikutkn family belah somi kaya tapi x kisah pun ank diorg hantaran sikit...

www.dunialandax.com said...

peerrgh!maut!nak makan apa nanti kalau berutang pasal nak bayar hantaran!huhu~matarialistik pbetul maknya tu~

Jom Masak Channel said...

gile...org yang ada master pon hantaran tak sampai 10k....ni nak sampai 20k...tak puas ati btol dgr...

kawin nk hantaran tinggi2 sgt pon nak buat ape..kalo laki tu berhutang, nti pas kawin kena byr gak lagi...hutang kawin sampai berapa tahun tak habis bayar kang..

Kujie said...

Kalau ibubapa berilmu, dia akan mudahkan hidup anak².

Anak2 tak terhutang apa2 pun dgn makbapa - bkn dia yg minta dilahirkan jadi kalau letak mahal2 sbb penat menjaga dari kecil......jgn buat anak!

p/s - kak jie dulu, bank in je dlm akaun - gile canggih tahun 1991. nak mudahkan urusan sebab kedah dgn selangor bukannya dekat.

FTN said...

tak jadilah nak buat entri.
aku jawab kat sini je.. hehe

kesimpulannya, TAK MASUK AKAL.

kalau aku pun tak mau macam tu. Lainlah dia seorang lulusan PHD. Kalau rasa tak mampu, buat majlis ala kadar sajalah, jangan beri tekanan kepada si lelaki. Even if dia mampu dapatkan RM20k, macamana dia nak hidup lepas berkahwin?

Seriously TAK MASUK AKAL.

setakat ni aku belum dengar ada rakan-rakan sebaya lulusan oversea yang hantarannya lebih 4 digit.

*4 digit pun dah susah payah nak kumpul..hoho

Nana S. said...

MasyaAllah. gila la sampai 20k.
agak-agak la sikit.

tak tau nak kata apa. serious speechless. :/

NAZ said...

apa punya manusia lah. tunggu datuk2 je lah masuk minang haha

Miss Shizu said...

giler ape..spm je pown..kat badan anak makcik tuh penuh intan berlian ke hape..jgn nk buat keje giler la..berabes 20k semata2 nk kan gurlz yg tataw lagi baek nyer...tgh kapel sumer indah2 blake..ramai lagi yg baek2 kat luar sane..susah2 tinggalkan jek..pliz bro, jgn jadi bodoh sebab pempuan...

Paan Ovrtd said...

Makcik tu yang nak kawin sebenarnya tu... *giggles*

This is why sometimes I don't prefer orang perempuan yang tak sambung belajar. They learn about the world from their books, not from their own experiences.

tpinky said...

errmm giler duit btl mak org tuh.... ermm kalau kami kt sabah, mana2 family yg ikut adat sangat, mmg lebih kurang mcm tu lah...terutama sekali etnik Murut (aku la tu ) dan kadazan...memang mahal gilakkkk...gila pun tak mahal macam tu ...tp jangan percaya mitos2 itu hihi... dah banyak yang tak ikut adat mcm tu...menyusahkan... kebanyakkannya dah ada yang boleh fikir relevan..macam famili aku, takde nye nak letak2 harga..kami bincang sesama kami ja anak2...then mak bapak ikut jerr... sbbb yang kuar duit bukan diorang..kami juga..hihihi...cuma kos adalah ikut kemampuan keluarga lelaki. yg penting ialah sah nikah.....drpd ke hulu ke hilir tanpa ikatan kan

izulman said...

take note ayat amir zara XDDD

Unknown said...

sib baek aku geng veteran.. hmmm nanti anak aku lak camne ek?

Kuman "linkWIthin" Entry

Nabiel said...

aku hmpir2 senasib ngan mmbr ko tuh~
huhuhu..tp xtau lagi mcm mane..
tp yelah, 20ribu alasannye sebab membesar kan anak?
macam mak dia tuh menyesal membesarkan anak dia..cm tak ikhlas pun ade~anak tuh kan rezki..jgn lah sampai anak dia tuh tak kawin nti.huhuhu

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Sebenarnya macam ni la..
mak Cik tu tak nak pemuda itu sebagai menantu..Sebagai orang tua,dia memikirkan cara yang lebih baik untuk menolak pinangan pemuda tersebut..Gunalah cara ini..

(Teknik ini diakui oleh pakar..hihi)

Entri Terbaru PKE:
Bila The Panas Dalam Menyanyi-Seperti Babi

Daffodil D said...

gila lah mak dia. kalau yg amik masters , agak2 mak pempuan tu letak ea? tak beragak sungguh!!

Admin said...

Begitulah dunia ada kala kita sebagai manusia seolah2 ada sahaja yang tidak kena...

Pesan dgn kawan tu, cari sahaja awek lain jika tiada cara lain. Tidak guna berusaha mendapatkannya sekiranya mereka tidak menghormati kita.

Kita perlu ada harga diri.

Apapun bykkan bersabar, memang pedih dan sakit serta kecewa untuk seketika waktu.

Sprtimana yang sis cakap hendaklah kita terima qada dan qadar yang telah ditentukan.

p/s: jangan jadi macam saya pada suatu ketika dulu..

Blog Link Exchange

Asim Abdullah said...

haha~ adeh...

apo kono la org zaman skrg...

Kesian mamat tuh...nak bua keje bek, tapi mak dia larang...hmm...

Patutla banyak bayi terbuang...sebab ibu bapa kadang2 tak memahami hasrat anak2...

Anyway, cekgu...

smart r header tuh...cool~ ;P

Emi said...

heiiii..kesian..aku lak ase nak nagis dengar story nie..x patut btol la fmly pompuan tu...kesian laki tu..

pilotHans said...

it funny to see many straight away jump into the wagon blaming the parents...org kate kadang2 tue tanda dia tolak pinangan.....sajer letak tak mampu..mane lagi haru
1) kene tolak
2) terima tp mahal?

klo byk duit bg ajer...+maybe dia nak test kot ngk reaction dia..tup2 next week dia kate leh runding...

mcm2 spekulasi laa..haha..apa2 harap sume settle ngan baik..

Anonymous said...

makcik tu nak test je..

Unknown said...

Mak cik tu ada anak lelaki tak? Kalau dia buat gitu kat anak orang, tahu le nanti bila time dia pulak pinang anak orang, apa rasa kalau kena benda yang sama..

Ka-Ching said...

Alasan je tu....akal nk tolak pinangan la tu...

penat besarkan anak = xyah beranak la ye...

mintak izin kat tuan blog nak buat sinopsis cerite ni kat blog heheh menarik..isu semasa.

Anonymous said...

xberagak seyh..kalah artis wooo

Kamsiah yusoff said...

salam
bkn nak memihak pd pihak mana2...tp keadaan skrg mmg mcm tu...segalanya perlu rm...budak basuh pinggan masa kenduri pun nak kena bg upah...mak andam,bajun pgntin,catering..bla bla bla...akka tanya jiran yg pernah buat kenduri...dia jwb sambil geleng kepala,katanya takde 20...30k...jgn nak buat kenduri la..

Che Cha said...

susahnyee nk kawen kn. sume nk pakai duet.tp dat girl suppose turunkn la harga hantaran kawen tu. erm 4ribu pon ok. lelain2 tu tanggung majlis n segala bagaila. kena sharing gak. kalo laki je kapak kepala...laenla laki jutawan kot.


ermmm....buat majlis kawen POT LUCK. semua hadirin bawa makanan masing2 kite bertukar2 makanan. ahax!

nur maisarah said...

perghh. mate duitan.

chempaka said...

salam,

first time singgah sini.. nice blog... masa baca entry ni terkejut gila tahap dewa dewi ke 18 la. apa ke gila kuarga perempuan tu, tak pernah jumpa lagi family yang kemaruk duit sampai macam ni.. tahap sewel dah... Ish benci lak saya...

atiqa aris said...

ee demand giler,ank datok pon nikah xsmpai 15 ribu tau.meterialistik pnye mk cik.

Siti Sifir said...

makcik tu banyak utang kot!
hahahah
http://letsclick.me/xy

Rina said...

Yela..agak2la nak taruh harga hantaran pon..belajar pun takat spm jer..cantik sgt kut anak dia..

Anonymous said...

hantaran cuma adat resam org melayu sj...mas kahwin y wajib...dlm Al-Quran pn x dak mention psl hantaran...dan y paling berkat adalah y paling murah mas kahwinnya...:-)