Wednesday, October 13, 2010

Budak Hantaran 20 Ribu - "Paling Lambat Kita Nikah 01.01.2011. Duit Hantaran Kena Bagi Masa Majlis."


Salam semua.
Sebelum sesiapa mahu menembak aku dengan pelbagai persoalan, sila baca [ini], [ini] dan [ini] untuk lebih mengetahui apa yang aku sedang bicarakan. 

Kawan : Kau baru balik dari kursus renang?
Aku : Kenapa?
Kawan : Ada sahaja aktiviti hujung minggu, cubalah duduk di rumah.
Aku : Kalau duduk di rumah pun bukan ada orang sanggup bayar 20 ribu.
Kawan : Ayat macam nak bakar aku sahaja.
Aku : Eh, ada ke? Aku cakap jujur.
Kawan : Teman wanita aku kata paling lambat nikah 1 Januari 2011.
Aku : Nombor nak lawa. Satu-Satu-Sebelas. Kenapa tak sabar nak tunggu sebelas-sebelas-sebelas?
Kawan : Entah. Dia kata duit hantaran kena bagi masa nikah.
Aku : Macam b*****t. Apa dia ingat kau cetak duit sendiri?
Kawan : Aku dah cuba pujuk. Dia kata kalau aku tak bagi, dia nak putus.
Aku : Habis tu, apa jawapan kau?
Kawan : Aku cakap dengan dia, ikut sukahati dia. Kalau dia nak putus, aku ikut.
Aku : (ketawa) Bagus! Apa dia jawab?
Kawan : Dia senyap. Terkejut agaknya.
Aku : Apa dia ingat dia bagus sangat? Apa jadi?
Kawan : Dia kata kenapa aku nak tinggalkan dia?
Aku : Kau jawab apa?
Kawan : Aku kata selama ini aku tak menolak apa dia nak. Jadi sebab dia minta putus, aku bagi.
Aku : Hebat!
Kawan : Aku nak tengok dulu apa dia nak buat. Don yang pesan aku buat begini. Kalau dia cari aku lagi, mungkin ada jodoh. Kalau tak, aku dah malas dah.
Aku : Bagus. Kerja, kumpul duit dulu.
Kawan : Lepas tu macam kau. Duit beli 'suami'
Aku : Sekurang-kurangnya duit 'hantaran' aku pada suami tak sampai 10 ribu pun.
Kawan : (Ketawa)






[Mukabuku] dan [Laman Dunia Sebelah Zara]

Sekurang-kurangnya buat masa ini lelaki itu sudah membuat keputusan yang baik.
Moga-moga dia akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik (Don nak kenalkan dia dengan sepupu Don)
Ketawa.

Nota Kaki :
Ada yang menegur kulit aku habis terbakar dan sungguh kelihatan berlainan. Dah kata aku terdedah kepada sinaran matahari secara berlebihan hujung minggu lepas, pastilah akan kelihatan lebih 'Rihanna' daripada biasa. Ketawa.

Zara : Janganlah berlagak hipokrit dengan mereka yang baru kenal siapa aku. Kau boleh melaungkan betapa banyak kononnya kau kenal aku, tapi ketahuilah, aku lebih kenal siapa kau berbanding kau kenal aku. Kau tak pernah menegur sapa aku semasa bersekolah bersama, alih-alih kau kata kau kenal aku lama?

31 comments:

Amir Said said...

bunga bukan sekuntum...
kalau xde jodoh nak buat cmne kan?

JLean said...

Dropping by ere Zara..

ZieSakura said...

eh,itu aii punye komen laa..the last one..ekekeke

Ain Shdn said...

haha. padan muka dengan pompuan tuh. aku rasa memang patut mereka putus. memang patut. nasihat je kawan ko. kaw2 punya ah !

Miss Shizu said...

hahaha...aku suker kalau teman ko dah bijak buat keputusan...yezzzz......*keji kan???hahahaha

Mrs Poyo said...

Zara..ayat bagiuh dr kawan hang utk perempuan tu.
hahahhahahahah..
cayalah!

Munsyi said...

terbaik. doakan yg terbaik buat ur friend. kalau die tak jumpe meh nak recommend kan :P

syaftome said...

what a waste...
for such a nice guy...
to marry such materialistic girl...

wish him a good luck...
n hopefully...
he will find the truth sooner...
than later...
when everything will never be the same again...

A Fans of Lee Family said...

haha..
bgus la klu kwn akak zara kate begitu..
biar dia rase...

Yern Ain said...

Over betul la minah cm tu. siap buat dateline lagi. huhu.

izulman said...

"bunga bukan sekuntum...
kalau xde jodoh nak buat cmne kan?" (Amir Said, 2010)

hahahahaha. I don't know how to comment on this, mungkin betul cara lelaki ni, he believes in his friend, kalau ade jodoh tk ke mane,

ps: Jadi mcm kita zara, achieve our dream first, I wanna travel Europe, study MBA in US, do voluntary program in Africa, n pursue my dream. Settle down? later2x bleh pikir :)

Johari Hamzah said...

ish3... apa la nak jadi..
tgk kemampuan gak la.. xkan la sampai mcm 2 sekali.. hurm..

suffer8zine said...

wahhhhh!

ckynwan said...

cakap tahniah kat kawan awak tu ye cikguzara! cakap kat dia he deserves someone better~ hikhik

Adziim said...

Jawapan terbaik r..syabas buat lelaki itu berjaya bebaskan diri dari cengkaman si perempuan dengan mak mertua dia sekali.

nadz ruslan said...

hurm. moga Allah tentukan yg terbaik. kalau sayang sangat ngn makwe tu, hurm semoga dia berubah..

pisau belati said...

gara-gara wang hantaran,mahu putus kasih?
perlukah hukuman begitu?
atas dasar apa bersama munyulam kasih,kerana wang? harta? jika kerana emas dunia,ternyata kasihnya tidak ikhlas pada kawan kamu tu.

sudah jelas gadis itu tidak ikhlas untuk bersama kawan kamu.jika benar sayangnya ikhlas,mengapa perlu di siksa jiwa jejaka untuk wang hantaran berjumlah besar itu.

Daffodil D said...

buat pe nak kenalkan dgn sepupu don? dayana kan ada. ha ha



ps : apa itu bangsat kah? huhu

Teh Tarik Drinker said...

hahaha kelakar!

tehtarikmemoirs.com

HEMY said...

mmg patut pn bagi jawapan cmtu..byk lagi bunga kat luar..hehehe

Clarky Afif said...

wah tu nak kawen ke nak jual diri?
20 ribu? CGPA dia 4.0 ke apa? hihi

Anonymous said...

aku org pertama akan lari law sebot pasal kawen~
hahahahaa

Paan Ovrtd said...

Wawawawaeeeee...a good consequences!

Farhana said...

bguih dok ada. moga die di beri ptunjuk. moga ade jodoh lagi baik dr itu. ;)

hazman aka species1980 said...

Apabila WANG BESAR menjadi fokus utama.... sure haru biru jadinya manusia....

LoveShak said...

wah..aku nye kes lebih kurg sama tp berbeza..

bapak bf aku janji DPN MUKA aku sendiri dengan nada riaknya yang dia akan bg 20k pada aku untuk buat majlis pada OGOS lepas...

pastu xjd ogos..sept..

pastu xjd sept... smggu sblm raya lak..

pastu xjd lg, smggu lps raya lak.

aku jd mcm pengemis lak rasanya...mcm xde maruah lak..bajet aku kebulur sgt duit dia. Yang balak aku lak, jenis nak guna pendekatan fazilah kamsah je..dia bajet dengan suma org leh jln ke?

FYI, bapak balak aku bkn org miskin pun..kontraktor... bini smpi 3..latest dia kawin this year, umur 19 bini dia..anak dia nak kawin? Tangguh2...tu yg aku hangin tu.

Pastu mak aku dah kol mak bf aku, borak2... suh bapak dia kol bapak aku ckp tul2...pastu yg bapak dia lak leh ckp smggu sblm merisik nanti dia kol. BILA MERISIK? TAK TAHU. Nak bajet apa? BAPAK AKU KENA ON STANDBY MODE? Ingat dia YB ke?

Aku hangin sangat, satu malam tu aku kol dia. Aku tanya dia tul2... nak main2kan aku ke apa bla bla bla... dia jawab dengan nada yg kerek. Aku pissed off, aku maki hamun dia. Wahahah... maka jadilah dia dlm sejarah aku as SATU2NYA ORG TUA YG PERNAH KENA MAKI DIRECT NGAN AKU.

So aku ngan bf aku putus. Bf aku dtg dari broken family. Adik2 dia yg kawin suma cerai berai. Parents dia sdiri cerai berai. Makcik2 dia pun. So aku pk, lupakanlah..aku lg kesian kat anak2 aku xde atuk nenek nanti. Aku perlukan someone yg ada family bond yang kuat. Mmg kesian BF aku sbb jadi mangsa..tp nak wat camne. Marriage is just not between 2 people, at least for me lah.

Mak aku xletak tinggi pun hntrn... mak aku mintak 5K je bagi lepas nikah..tu pun byk mslh.. so, drpd biar maruah dipijak2, lebih baik blah :)

cik fiza said...

kenapa perempuan tu cun sgt ke ek zara?

bajet diva la nk ugut2 org..

anyway kdg2 kita terkabur mata bila kita bercinta..

bila dh boleh fikir dgn waras baru kita sedar... :)

Cipina said...

jual anak betol

The Poyo Me said...

@lovey:

wa respek sama lu!

tu tanda Allah nak bagi petunjuk dia tak sesuai utk kamu.

single? tak laku? memilih? biar la orang nak kata apa.
aku single.
zara pon single kan? hehehe


*intro lagu the single ladies*y'all lets start dancin'!

Che Cha said...

perghhh~ tarikh nak bessst gempak jekk~ . dah byk duet lom lam bank minah tu xnyempat2 nk kawen ni? aiyooo! aku gak yg single. opsss.

tabahh KAWAN zara!!

ps:tetibe cam terpaut hahaha

Unknown said...

salam, meanrik kisah ni. saya mengalami nya, tapi ni berlaku kat adik saya, baru je confirm jawatan, hari yang sama dipaksa bertunang pihak perempuan(febuari). lepas tu kawin pulak ujung tahun yang sama, dan dalam masa yang sama, adik saya kena bayar kereta, bayar sewa rumah, sediakan duit belanja kawin (hantaran diaorang minta 16k) tapi belanja lain2 semua lagi..mau2 dekat 30k jugak). dah minta tangguh, family perempuan taknak dan 6 hari sebelum nikah, adik saya dah give up, duit masih tak cukup, last2 lari balik ke kampung dan pihak perempuan last2 kasi tangguh bayar hantaran dan hidang cek kosong kat tamu (letak dalam dulang hantaran). yang tak syoknya pulak, kerana kami minta tangguh amjlis sebelum tu, kami sekeluarga pula dituduh nak memisahkan mereka, padahal adik saya dah lama takda hati engan perempuan tu cuma yang aneh nya pulak, dia tak dapat langsung nak tinggalkan perempuan tu, pernah pula family perempuan tu kantoi dengan kami sekeluarga cerita selalu kasi adik saya minum air penawar dari ustaz konon untuk lembutkan hati adik saya yang on-off semayang. haih, cam tu senang la ye, takyah buat dakwah kasi orng malaysia yang malas solat ni minum air penawar ustaz tu je kan? kami syak adik saya ni dah kena guna2 penunduk, namun tak mampu buat apa2 sebab dalam adik saya cakap dia taknak teruskan berkahwin, masih lagi teruskan juga. dah selamat kawin pun. huh. cumanya memang hubungan kami dengan keluarga perempuan tu tak elok lah.