Hitam dan putih.
Warna jiwa yang acapkali menggambarkan siapa aku.
Aku yang sering mengukir senyuman dalam setiap keadaan.
Dan sejak akhir-akhir ini, aku sering menggunakan senyuman untuk menghilangkan segala kesakitan yang muncul dalam diri aku. Perkara yang memamah aku dalam diam aku senyapkan dan bunuh dengan perlahan.
Ada yang siap bertanya-tanya apa cerita dengan budak rambut lawa.
Aku ketawa sahaja.
Sudah aku nyatakan yang budak rambut lawa seperti ninja (ninja nampak rambut ke?), adalah seorang kawan semata-mata. Seorang teman baik yang sudah hilang semenjak beberapa hari ini. Tenggelam entah pergi beraya ke mana agaknya. Tidak mengapa, kalau dia balik, nanti aku potongkan rambut dia, biar dia menangis sambil peluk kura-kura di tepi laluan perdagangan antarabangsa. Ketawa.
Ada yang siap bertanya-tanya apa cerita dengan budak rambut lawa.
Aku ketawa sahaja.
Sudah aku nyatakan yang budak rambut lawa seperti ninja (ninja nampak rambut ke?), adalah seorang kawan semata-mata. Seorang teman baik yang sudah hilang semenjak beberapa hari ini. Tenggelam entah pergi beraya ke mana agaknya. Tidak mengapa, kalau dia balik, nanti aku potongkan rambut dia, biar dia menangis sambil peluk kura-kura di tepi laluan perdagangan antarabangsa. Ketawa.
Senyum Nampak Gigi.
Aku memang suka senyum nampak gigi.Raya ketiga bersama sepupu dan Pak Ngah.
Aku dan sepupu adalah pemberi duit raya terbaru tahun ini.
Siapa yang kata rindu dengan aku yang pakai cermin mata? Silakan lihat. Ketawa. Sudah aku nyatakan disebabkan oleh pandangan yang berganda apabila fokus terlalu lama, itulah antara penyebab aku memakai kaca mata. Bukanlah setiap masa dan yang pasti, aku tidak pernah memakai kanta sentuh. Tidak pernah.
Gambar ini terlampau banyak gigi pula.
Ini di rumah aku yang biasa-biasa sahaja, kawan-kawan sekolah lama datang berkunjung.
Untuk pengetahuan semua, hanya aku seorang sahaja yang lahir tahun 1987 di dalam gambar di atas. Yang lain semuanya lahir tahun 1986. Oh, memang kebanyakan rakan-rakan aku adalah lahir tahun 1986 sejak tahun 1997. Boleh dikira berapa ramai sahaja yang lahir pada tahun 1987 yang berkawan dengan aku. Dan lebih istimewa, mereka selalunya menjadi junior aku. Senyum mesra.
Junior : Kak Shafaza, Kak Shafaza!
Aku : Ya, ya...
Setelah beberapa bulan...
Junior : Shafaza, Shafaza!
Aku : Kenapa tak panggil aku Kak macam biasa?
Junior : Kami nampak nama kau depan bilik pensyarah, senarai nama latihan mengajar.
Aku : Habis tu?
Junior : Ada nombor kad pengenalan. Lagi muda kau dari kami.
Aku : Kena panggil Kak juga.
Junior : Kenapa?
Aku : Sebab aku dah bayar yuran lagi banyak.
Junior : Duh!
Itu hanyalah secebis kenangan.
Memori yang tinggal selepas aku melihat betapa banyak yang aku tinggalkan di belakang dan betapa banyak juga yang mahu dikejar di hadapan kini.
Nota Kaki :
Kalaulah sebuah hati yang mati itu kau jernihkan dengan sesuatu yang indah dan bermakna, bukankah itu lebih baik buat kau dan seluruh semesta?
Zara : Kalau kamu tidak mempunyai berita yang sahih dan meyakinkan, tidak perlu menghebahkan semata-mata mahu merebut peluang dan wang. Ajal maut manusia bukanlah satu bahan dagangan walaupun sekuat mana kamu melaungkan kerana kamu sudah menjadi petualang.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
17 comments:
huuuuuu~~~~
mcm sonok je raya zara tahun neh ;p
haha.
bagus alasan tu.
:)
aq suka bace entry kau! syiok! haha. kak senior! kui3~
terbalik pulak dgn sumi.. kalau sblm ni org panggil sumi tapi bila tau umur terus jadi kak sumi :P
Dropping by ere Zara. Smiles.
Keep on smiling babe.
No matter what.
:)
Be the Shafaza that I know all this while.
Will U?
napa sepupu akak macam dany x factor? heheh
Latest entry di:
Let’s Exchange ><
Cinta Pakwe Kulit Hitam
Apa raya pakai seluar!!!! :P
Selamat Hari raya!
amboi hang..sakan aihh..duit raya aku hang tak bagi lagi..hohoho
sungguh steady ..
aku slalu pggil 'kak' kat mkck2 umur pangkat mak aku.. cepat je mesra ngn aku.. klu aku pggil mkck, seminit je die layan aku..
asal junior hang tua dari hang ye zara?
oleh kerana sudah terlalu rapat dgn kawan sepejabat yg tua 5 tahun dr aku, aku mmg tak panggil dia 'akak'.
panggil nama je. pastu main kau-aku je. huhu
rasanya, kalau kita mmg rapat dgn seseorang, kita merasakan seolah-olah tak mahu ada status yang membezakan kut ek?
;)
senyuman nampak gigi tu lagi lawa, sebab gigi pun lawa... :B.Aku gig tak lawa so senyum kena cover...hahaha
Kuman Latest Entry
senyuman itu pahala...
penawar ketika duka...
penghubung ketika suka...
senyuman membawa seribu makna...
mudah terpedaya...hidup merana...
seronok kan raya ngn kwn2?=)
memang seronok raya ngan kengkawan...
coz jarang dpt b'jumpa...
so, time raya lah nak bermesra2...hehe...
Post a Comment