Tuesday, July 20, 2010

Tolonglah Ya? Rumah Saya Jauh Dari Awak. Susah Nak Pergi Kenduri Waktu Malam.


Salam semua.
Ah, hari Selasa minggu ini juga diuji kesabaran dengan tingginya.
Dan aku memilih untuk kekal senyum seperti dahulu dan selalu, setiap masa.


Rindukan kehidupan yang ini. Bila dapat kembali ke waktu tersebut semula?

Di dalam kelas Kemahiran Hidup, kerja yang aku berikan Selasa minggu lepas masih tidak dilunaskan oleh murid. Memang memanaskan darah di pagi hari. Sudahlah tidak siap, buku juga tidak dibawa dengan pelbagai alasan. Terlupa, tertinggal dan segala macam alasan yang bermula dengan ter-.

Aku : Mana buku?
Murid : Lupa cikgu.
Aku : Macam mana boleh lupa?
Murid : Salah guna jadual.
Aku : Awak guna jadual hari apa?
Murid : Hari Khamis.
Aku : Hari semalam awak ada aktiviti kokurikulum ke?
Murid : Ha?
Aku : Setahu saya kalau ada aktiviti kokurikulum, maka hari ini hari Khamis sebab kokurikulum hari Rabu.
Murid : Maaf cikgu.
Aku : Esok saya nak buku, lengkap.
Murid : Baik cikgu.

Dan tadi di kelas Kimia, ada murid yang mahu menjamah larutan. Ya Allah! Sabarlah wahai hati. Geram yang teramat sangat bila ada yang menyatakan mesti sedap kalau larutan kuprum sulfat itu ditambahkan ais. Mentang-mentanglah warna kuprum sulfat berwarna biru, apa kalian ingat ini deretan air di pasar malam?

Murid : Cikgu, saya nak minum sikit boleh?
Aku : Eh, boleh. Tambah limau dengan ais.
Murid : Mesti sedap kan?
Aku : Jangan nak mengada. Ni bahan kimia.
Murid : Mati ke kalau minum?
Aku : Tolonglah ya? Rumah saya jauh dari awak.
Murid : Kenapa cikgu?
Aku : Kalau ada apa-apa jadi, susah nak pergi kenduri waktu malam.
Murid : Oh, faham-faham.
Aku : Kalau dah faham, bagus.

Di kelas Sains tadi lebih mengujakan. Ada murid yang menekan suis yang sudah ditanda sebagai tidak boleh digunakan. Kalau ditekan juga, maka suis akan tertendang dan elektrik di seluruh bangunan yang membekalkan kuasa ke makmal dan bengkel akan terputus. Ada murid yang masih gatal menekannya lagi.

Murid : Pembantu makmal baik, nanti dia bukakan semula.
Aku : Memang dia dah buka semula suis.
Murid : Habis tu, kenapa kipas tak gerak lagi cikgu?
Aku : Saya sengaja tak mahu buka. Biarkan panas.
Murid : Panaslah cikgu.
Aku : Bukan lama sangat, dua masa je pun.
Murid : Dua masa sama dengan lapan puluh minit cikgu.
Aku : Kan saya dah kata, seorang buat silap, satu kelas akan didenda. Maka, sila terima.
Murid : Bau stokin nanti cikgu.
Aku : Ada saya kisah?

Kejikah aku?
Ketawa.
Apa aku kisah?
Ini kegembiraan aku.
Ini kebahagiaan aku.
Memberikan pengajaran dengan sebaiknya.
Kata boleh bekerjasama untuk tidak membuat kerja sekolah atau meniru tugasan, apalah sangat benda sekecil ini kan?
Ketawa.


Ini gambar di tahun akhir dahulu. Gila bukan?

Aku sebagaimana yang sentiasa dikenali oleh orang yang mengetahui siapa aku dan peribadi aku, masih lagi seperti dahulu. Kalaupun ada yang berubah dari segi penampilan sekali sekala, aku masih tetap aku yang suka ketawa. Masih lagi Zara yang menggila bila perlu dan kadangkala tidak mengira masa. Shafaza itu masih lagi anak yang gemuk dan pendek - memamah hinaan dan kutukan sedalamnya. Merasai setiap nikmat kesakitan sendirian kerana tidak mahu diri terus terluka.

Ada yang memamah dalam perubahan yang terhidang di hadapan mata yang terbuntang. Dan aku, kekal untuk memilih senyap dan diam sebagai satu simbol manifestasi cinta akan diri sendiri yang belum pernah hilang kekebalannya.

Nota Kaki :
1. Pemenang peraduan tidak mahu menghubungi aku ke? Aku menunggu ni.
2. Masih dalam proses menulis Legasi Cinta Alisia lagi.
3. Alhamdulillah, surat perjanjian mendapatkan suami sudah ditandatangani semalam. Cuma entah bila suami itu akan muncul, aku tiada jawapannya.
4. Perlukah mempersoalkan tentang diri aku di hadapan semua orang? Kredibiliti aku jangan dikacau.

Zara : Bangun dari tidur pagi tadi, aku mula mengerti bahawa aku merindui diri aku yang dahulu. Terlalu rindu hinggakan aku memilih untuk berpatah balik demi menjamin diri aku sentiasa gembira dan bahagia selalu. Tidak, aku berubah bukan kerana manusia. Tidak pernah.

10 comments:

attyfir said...

bahaya budak2 nie zara .
ada gaya nak menerai minum ..tu ..tak pasal je masuk paper nanti

Anonymous said...

cikgu dan murid sama gila-gila. huhuhu

IRAH HAJERAH AZMAN said...

hahaha.stokin berbau.tu sgt x tahan

Secret Drifter said...

ala, cikgu zara mana kisah bau stoking sbb cikgu zara guru kimia, dia sudah biasa dgn pelbagai bauan dan bauan kimia... ye tak?? =P

good punishment for them anyway !! positive one !! nanti masuk IPTA or IPTS kena la punishment satu org salah semua kena...

ooo yea yg joke kenduri malam tu i faham... tak tahan ketawa !!!

Hizami Li said...

hehe.
tahu takpe.
selamat bergila-gila dgn students!
adeh.
:D

Ms J said...

Suke remark ini... "ada saya kisah?"

ENCIK TIKUS said...

muka cikgu macam pernah nampak tapi lupa dekat mane. hmm ;)

hans said...

hahahaha
nasib ko bukan cikgu kelas aku zara
kahkahkaha
macam2

P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba - Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!

nurayunni said...

cikgu yg kool...

Cikgu Yang said...

Salam Cikgu!! Seronok juga cara penceritaannya.. memang begitulah keadaannya di sekolah, realiti yang ditunjukkan membawa balik saya ke zaman sekolah dulu.. cikgu cakap sepatah anak murid cakap 10 patah... kalau direnungkan kembali.. cikgu nih nampak bijaknya dalam kata2... baik cikgu.. selamat bertugas ya.. saya dah bersara,.