Sunday, July 25, 2010

Sisi Gelap Seorang Manusia Yang Lebih Banyak Ketawa Dalam Menyembunyikan Air Mata


Sisi gelap seorang manusia.
Entah sejak bila ada manusia yang mahu kembali kepada diri dia yang lama. Melalui kehidupan dengan identiti yang baru serta gaya yang baru agak menyesakkan fikiran dia. Benci dengan suasana yang menghimpit, manusia itu pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya suatu masa dahulu. Tidak. Yang selalu menganggu fikiran dan pertimbangan wajar dia bukan manusia lain, selalunya manusia yang dia sendiri sayangi, yang dia hormati dan kasihi. 

Tersepit.
Sakit.
Perit.
Menghimpit.
Jerit.



Manusia itu selalunya ketawa dengan gembira dan ukir senyuman bahagia setiap kali lensa menghala ke arahnya. Tidak pernah masalah ataupun garisan wajahnya menunjukkan duka. Tidak ada. Kalaupun terakam dek kelajuan cahaya, mungkin wajah cemberut sahaja yang pernah kelihatan. Itupun disebabkan kedukaan sepintas lalu yang tidak berjaya disembunyikan. Sekejap, jangan khuatir, dia masih ingat dengan janji Tuhan.

Sempurnakan empat perkara tuan dan puan.
Dimandikan.
Dikafankan.
Disolatkan.
Dikebumikan.
Itu yang disematkan.
Dalam fikiran.

Tidur malam sudah tiada mimpi indah. Tidur malam sudah menjadi satu bebanan buat diri dia. Bukan sekadar tidur malam, tapi melelapkan mata di siang hari sudah tidak menjadi tabiat diri sejak sekian lama. Orang kata, tidur-tidur ayam sudah cukup, tapi dia enggan langsung memejamkan mata. Sudah insomnia agaknya.

Tutup mata.
Buka mata.
Pejam mata.
Buka semula.
Gila.

Diam dan hela nafas panjang. Ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali manusia itu diuji. Dia masih percaya dengan kata-kata bahawa manusia tidak akan diuji dengan satu perkara yang tidak mampu ditanggungnya. Dia lihat diri dia masih kuat, masih mampu bertahan walaupun tanpa makanan. Ralat jiwa kerana hujung minggu dihabiskan dengan hati yang lara. Kesakitan yang menghimpit marga, dan dia tahu usaha menolak akan jadi sia-sia dan penuh celaka.

Sakit marga.
Pedih jiwa.
Terbakar bunga.
Tertutup mata.
Pekakkan telinga.
Bisukan lidah yang mungkin mencela.

Dan apa akan jadi dengan manusia itu?
Biarkan sahaja dia.
Masa akan mengubati segala kesengsaraan jiwa.
Angin akan menyapu jauh semua pedih luka.


(Koleksi peribadi) - Tinggal kenangan sepasang kasut yang membawa aku melangkah jauh ke semua destinasi yang aku mahukan suatu ketika dahulu.

Zara : Ternampak satu hadiah yang masih berbalut rapi. Sudah tiga tahun (hampir empat tahun sebenarnya kalau dihitung dengan baik), hadiah itu langsung tidak dijamah dan dibuka. Entah apa isinya, aku tidak mahu tahu dan dibiarkan begitu sahaja.


7 comments:

aque said...

herm.... sakit kan tahan perasaan kite....

diraja22 said...

jauhi kesedihan, kebahagiaan pasti muncul..

± said...

utk org yg x jiwa sastera cam aku nih...amik masa gak nak digestkan apa yg ditulis...

sorrow that has been beautifully said

Latest entry grafik novel gua ~ Aku Pilih Neraka!

Zida said...

pehhh mendalam nii~

Zida said...

benda ni pakai kat mana??

namia cinta said...

tabah kan hati kamu zara.. percaya lah setiap kedukaan pasti akan berakhir dengan kegembiraan

ENCIK TIKUS said...

Ish~ cantik kasut tue ;D