Tuesday, July 06, 2010

Selamat Tinggal Semua Pembaca Dunia Sebelah Zara. Terima Kasih Atas Sokongan Kalian.


Kenangan.
Kepahitan.
Kesakitan.
Kegembiraan.
Keceriaan.


Selamat tinggal semua Pembaca Dunia Sebelah Zara.

Masih demam. Masih selsema. Masih menghirup segala dadah itu secara perlahan dan penuh dengan kepayahan. Entah sejak bila aku suka senyum apabila aku sakit. Entah sejak bila aku ketawa apabila menelan ubat yang pahit. Dan entah sejak bila aku belajar untuk tidak menangis apabila berlaku kematian atau kesengsaraan.

Terlalu tabah kadangkala memakan diri sendiri. Terlampau kuat acapkali membunuh liang seni aku sendiri. Tetapi dibesarkan dalam suasana yang memaksa aku membuat segalanya sendiri walaupun keputusan masih di tangan penjaga, aku belajar sesuatu yang lebih dari sekadar ketawa apabila sakit merajai hati. Senyuman aku mungkin tidak semanis mana-mana jelitawan di luar sana, tapi aku tahu, aku senyum kerana aku suka.

Pagi ini aku membaca lagi coretan teman itu. Entah mengapa, aku memadam semula komentar yang aku mahu titipkan di dalam penulisannya. Aku duduk termangu membiarkan diri membaca dengan perlahan dan penuh sendu. Mengapa aku tidak boleh menjadi sebaik dia? Kenapa aku tidak dapat kembali kepada aku yang lama? Yang penuh dengan senyuman dan ceria sentiasa?

Aku manusia beku.
Dinginnya aku pada sesuatu selalunya mempunyai sebab yang terlampau utuh. Entahlah aku gila atau apa, tetapi aku mengikut kata hati dan naluri. Jika aku merasakan naluri itu benar, maka aku akan membiarkan diri hanyut dalam mengikut naluri itu. Dan naluri aku biasanya mahukan aku ceria sentiasa.

Ubat berwarna kuning bertaburan di atas lantai. Tangan aku menggigil mengutip satu demi satu. Ujian kali ini walaupun kecil sahaja (sekadar demam selsema) tapi ia meranggut kekuatan yang aku selalu jadikan sangga kekuatan bukan pura-pura.

Selamat tinggal semua.
Selamat tinggal semua kawan-kawan.
Selamat tinggal semua pembaca.
Jumpa lagi dalam masa 3 hari.
Sayang kalian semua.


Adik : Kau nak pakai kasut kau tu pergi kem ke?
Aku : Gilakah kamu?
Adik : Kau belum pakai lagi kasut tu.
Aku : Kasut yang baik akan menemukan aku dengan seorang yang baik.
Adik : Kau nak pakai pergi kem?
Aku : Tidak. Aku simpan lagi. Sayang nak pakai.


Macam biasa. Bawa ini sahaja.

Nota Kaki :
1. Bermula hari ini akan bertugas sebagai jurulatih di Pusat Kokurikulum selama 3 hari.
2. Masih demam selsema, tetapi aku harap akan makin reda.
3. Jaga diri, jaga hati dan iman kamu semua. Moga aku juga sama.
4. Kalau rindukan aku, boleh sahaja hubungi di talian telefon (kalau kamu ada).

Zara : Senyuman adalah kekuatan aku menghadapi dunia yang penuh dengan pancaroba. Tidak perlu menjadi seorang primadona kerana kecantikan yang aku punya sekadar seorang manusia biasa. Dikecam dan dikiritik teruk hanya akan membuatkan aku bertambah matang dan dewasa. Selamat tinggal teman-teman semua.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29

19 comments:

Munsyi said...

Menangislah..
Kadang manusia terlalu sombong tuk menangis..
Lalu untuk apa air mata telah dicipta..
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia..

tabah sentiasa zara. Ujian dr Allah tanda sayangnya~

eliana said...

take care dear!

Jard The Great said...

hehe... kagum. kamu mmg tabah =)

Unknown said...

3 hari je kan? :)
take care ye.

en_me said...

senyum sokmo.. ehehe

Kakcik Seroja said...

Semoga kamu lebih ceria bila kembali nanti bersama tubuh badan yang benar-benar sihat....

Hazzy Ishak said...

jaga diri

ciK LyndaWawa said...

go jurulatih!!!!hehe

MOFASAD said...

pppprrrrruutttttttttt








>>__________<<

FIZA said...

HAH..INGATKAN DAH SAKIT SAMPAI NAK MATI DAH..MAMPOS LAGI BAIK LA..SANGAT-SANGAT HUDUH MUKA KO TU..TENGOK JE DAH MUNTAH AKU.
SUDAHLAH NAK MERAIH SIMPATI ORANG..GILA PUBLISITI!

AKU CABAR KO!BUAT BLOG TANPA GAMBAR KO BOLEH????

GAMBAR KO TU IBARAT GAMBAR SAMPAH YANG DAH BERULAT..BUSUK,JIJIK..

Unknown said...

Woi setan Fiza! baik2 r sket ckp! ko ingt ko tu baik sgt ke nk doakan kematian org lain!

tak sangka manusia mcm ni wujud.dengki kan org lain...mengucap lh sblum malaikat cabut nyawa ko dulu

Kniedaz said...

Semoga kamu cepat sembuh dan tersenyum kembali ^_^

MR. SYAH said...

semoga cepat sembuh cikgu zara,, :)

HEMY said...

fuh..smpi 3 pasang..beli yg multipurpose punyeee..senang

nurayunni said...

jage dri....

Kujie said...

moga semuanya baik2 saja... kita boleh memilih apa hidup ini, jadi pilihlah yg positif yg baik...

hidup bukan menongkat langit

LIYANA JABAR said...

hi zara..hehe

errrr fiza tu bagi cabaran spesis ape ha? hahaha. cabaran tak mencabar langsung. kot cabar

1) letak gambar sexy ke biar die muntah hijau ala-ala X-factor ke, baru le best. hee

cabar jgn letak gambar? errr???

semoga tabah mengambil alih tugas ku tahun lepas...

saya suka meroyan tanpa arah tujuan di kala stress nak hari terbuka.

molliesa said...

babai zara..jumpe lagi.=)

Ifah Ibrahim said...

moga cepat sembuh (^^,)