Hujan sepanjang malam.
Hujan berlarutan hingga pagi.
Hujan mengiringi aku ke tempat kerja tadi.
Hujan adalah cuaca yang aku sukai.
Bahagia dan kesejukkan yang dibawa untuk menari.
Dan aku manusia yang sukakan ulitan kasih sayang begitu.
Kadangkala tubuh tidak mengerti jiwa yang kita salurkan. Semangat yang kita terapkan di dalam diri terbuai begitu sahaja sedangkan hati meronta mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar apa yang terhidang dan tersedia. Kesakitan diketepikan demi mencari kebahagiaan diri. Tetapi mampukah tubuh mengikut apa yang kita semaikan di dalam marga?
Perlip yang pernah singgah hanya sekilas cuma. Demi kebaikan yang lebih utama, keburukan dipuruk di dalam lembayung dan tidak mahu lagi digembur demi diri yang semakin dewasa. Mulut-mulut yang terbuka bertanya tentang kewujudan manusia selepas pertama diabaikan begitu sahaja. Kalau yang kedua atau ketiga hatta berapa jumlahnya wujud, biarlah dilipat kemas di dalam sejarah disebabkan kebaikan yang diberikan terlampau hingga membuatkan diri rasa terhina setiap kali diari terbuka.
Anak ini masih anak yang lemah.
Tanah yang dipijak masih lagi merah.
Jalan yang dilalui masih belum habis ditarah.
Pokok yang digantung harapan, kuat dan harapnya tidak patah.
Tapi adakah dunia ini mahukan manusia bernama Zara?
Ada tempat untuk aku, si insan hina?
Matahari pagi mula memancarkan cahaya.
Langit yang cerah direnung hingga kepulan awan rasa manis bicara.
Manisan yang ditelan sudah tawar rasa.
Diam.
Enggan atur kata.
Nota Kaki :
1. Mahu mengambil sepupu pulang nanti.
2. Cuaca bagaikan mengerti aku.
3. Senyuman penuh duka hapuskan kegembiraan jiwa.
4. Kuat, tabah dan sentiasa bertenaga.
Zara : Hari ini kekuatan bertambah dalam mengawal kesabaran di dalam kelas. Bahagia bila melihatkan ada di antara anak-anak itu sudah mula berubah.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31]
4 comments:
=]. suka aku membaca entri ini
oh..aku sudah smpi bab 14 legasi cinta alisia~~
hujan tue rahmat
CMC,
lama tak menjenguk kamu disini. lama juga tak dengar khabar berita kamu.
:)
wau.... superb!!!
Post a Comment