Sudah 2 hari tiada matahari.
Gerimis, hujan silih berganti.
Mendung sahaja.
Dari semalam aku sudah demam selsema secara teruk.
Ah, sengaja disimpan sendirian.
Senyum.
Rindu mahu minum dalam suasana begini. Alahai.
Tidak tahu mahu menulis mengenai apa saat ini. Tisu sambil bertukar ganti. Ubat yang dimakan sejak semalam tidak menunjukkan perubahan. Alhamdulillah, dapat kepayahan serta kerap menggantikan tisu setelah tidak sanggup lagi membasuh tuala, aku dapat menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 29.
Bila sakit begini, mesti bahagia kalau ada orang tanya khabar kita kan? Senyum.
Sudah.
Berhenti bermimpi dan berangan Zara. Bila sakit mesti otak jadi tak betul begitu.Maaf semua, otak tidak menurut kata saat ini. Lebih kepada rasa terkilan kerana sakit begini tiada orang yang nampak. Orang fikir aku malas untuk melakukan tugasan rutin walaupun sebenarnya aku berusaha sekuat mungkin untuk menggagahkan diri.
Bukan Zara jika dia membiarkan dirinya melepek kesakitan di dalam kamar walaupun hakikatnya kesakitan itu ditanggung sendirian. Biarlah, ini mungkin ujian buat aku. Adik aku siap suruh aku ambil cuti esok. Aku malas disebabkan esok jadual aku penuh, maka aku tiada rasa mahu meninggalkan kelas.
Nota Kaki :
1. Sudah menghabiskan sekotak besar tisu. Ini kotak kedua.
2. Buat yang meyaksikan Mentor, gembirakanlah hati anda. Aku tidak pernah menontonnya.
3. Hidung semakin membengkak akibat rembesan yang kerap keluar.
4. Kepala pening dan tekak semakin sakit. Diam.
Zara : Sukarnya menjalani hidup dengan tenang jika tiada kepercayaan walaupun berada dalam institusi yang sama. Entahlah, yang aku tahu, aku perlu kuat, tabah dan lebih berdikari seperti diri aku yang selalunya.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29]
10 comments:
gi klinik dah? jgn lupe mkn ubat. Syafakillah. semoga cpat sembuh.
moga cepat sembuh.
rajin2 makan ubat ye.
:)
minum milo panas masyuk juga!!
erm..tapi sayangnya kalau selsema mungkin tak berapa rasa milo barangkali.get well soon cik zara.
makan ubat..bawak2 berehat ye..ish,ramai lak sakit..dah musim kot..
----------------------------
[Gambar]Cara-cara serangga buat rumah
get well soon :)
get well soon..jg kshtn
semoga cepat sembuh kak
jaga diri baik2
sekarang ni bila sudah demam mmg susah nak baik
huhu
Hope you get well soon .. Shafakallah ...
Latest Entry:Forget Tarbush, let's go to the Satay Bar
selekeh.
ah.. ini satu fasa dlm hidup.. tetap akan berlalu gak..
Post a Comment