Thursday, February 11, 2010

Pengumuman : Berita Baik Buat Kamu Semua. Ini Senarai Kerja Sekolah Walaupun Sabtu Ini Cikgu Akan Bertunang. Jemput Datang Rumah!


Cuti sekolah bakal menjelma tiba.
Tiga sorakan untuk warna kuning dalam kalendar kuda.
Sorak!
Sorak!
Sorak!

Pelajar : Cikgu, bila cikgu nak kahwin?
Aku : Saya tunggu awak habis belajar Tingkatan Lima nanti.
Pelajar : Lama lagi tu cikgu.
Aku : Bukan saya kisah. Asalkan awak semua dapat belajar dengan sempurna.
Pelajar : Nanti cikgu dah kerepot.
Aku : Peduli apa saya.
Pelajar : Cuti sekolah ada kerja sekolah tak cikgu?
Aku : Mestilah ada. Saya siap dah buat senarai.
Pelajar : Cikgu cuti tak pergi mana-mana?
Aku : Rumah saya kenduri Sabtu ini. Saya bertunang. Jemput datang ya?

Ada sesiapa percaya muka ini akan bertunang dalam masa terdekat?
Kerja gila.

Sumpah!
Keluar dari kelas aku sudah ketawa terbahak-bahak.
Tengok muka terkejut budak.

Memang benar Sabtu ini (13 Februari 2010) rumah aku kenduri.
Tapi kenduri doa selamat sahaja.
Mungkin juga disertai sekali dengan kenduri arwah.
Tiada istilah bertunang, merisik dalam kamus hidup aku sekarang.
Maksud aku, buat masa ini.
Senyum.

Masih menunggu lelaki yang datang bawa kasut berdiri depan aku.
Jadi kepada lelaki di luar sana, sila pastikan kamu sudah sediakan kasut terbaik buat aku.
Ketawa.
Pukul-pukul kepala.
Geleng-geleng jangan bagi mereng.
Sudahlah Zara.
Mimpi.

Zara : Kalau kamu tinggal dalam daerah Muar atau Ledang, jemput datang ke rumah aku. Jika mahu, cuma tinggalkan pesanan dalam kotak komentar atau hantar pesanan pada Mukabuku aku.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?
Sudahkah kamu lihat bukti Zara seorang wanita di SINI? Jangan lupa undi ya?

22 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

haish...jgn cakap...entah2 nnt dalam tahun ni juga kamu bergelar isteri orang...haru biru dunia sebelah zara jadinya...haha =D

Anonymous said...

ish sis ni..jgnla ckp mcm tu..x lama lagik jodoh akan sampai..:)

faqhrule said...

cikgu mata hitam;

kalau ada jodoh, esok juga ada yang datng pinang kamu

L said...

babe~

your shoe size please...

I'll buy for u.

No reason.


Just love.
Friendship.
Stupidity.

naomiashikin said...

salam kak zara!!!!
hahaha cehhh sy dah menjerit2 dah td bile baca separuh jalan. dah dok amin panjang2. pastu rasa nak post kat fb wall bagai :P btw takpe sy akan sentiasa akak cepat2 dapat seru hehe.

pak long said...

salam buat cikgu...
adusssss...tersaspen baca citer ni...ingat sungguh bertunang....apapun buat cikgu...moga dipercepatkan jodoh...usaha,doa dan ikhtiar..insyaalah

Anonymous said...

*nnngggggaaaaaaaaahhhh*

ikss...
ak tinggal daerah tuhh...
so, ak dijemput tak?

lalalalalaalalalala~

=)

IntanBerlian said...

lol zara nak kasut kaca ke? hmm baik2 pecah..

ngtkn ko nak tunang da.hehe.

ape2 jer said...

aku bwk kasut boleh??

Rara said...

oh menanti kad pertunangan dari cikgu! =p

acap2405 said...

haha..
ancur harapan budak lelaki dalam kelas tuh..
T_T

ariff said...

nak kasut apa?
kasut bata boleh?

vidadarisakura said...

u tunggu. karang i pinang u baru tahu.hee

zara said...

eh eh bila lagi cikgu? saye dah lama tak makan nasi minyak nih~

BuDakHutaN said...

Che Zara kalau kahwin jangan lupa jemput saya yeak.. ~_^
Banyak ker kerja rumah ni? alaaa... tak sporting la cekgu...

Eyqa Zaque said...

Salam

Cik zara dah kena sumpahan!

SUpahan Kahwin Dalam Masa Terdekat.

Ehehehe, main2 jer, jgn marah eh cik zara

DeeN said...

Fuh! Tekejut den. Kasi suspen jer.. hahahaa...!!

NAZ said...

cikgu kamu telah membuka peluang rombongan dalam petikan berani mati hahahah

ciK LyndaWawa said...

mintak lelaki bawak kasut..mintakla lelaki bawak cincin.hehe

Unknown said...

haha..
semoga berjalan dgn lancar kendurinya.amin

Aidy Shahiezad said...

erm... jangan2 kenduri doa selamat merangkap kenduri arwah yang diaturkan tue turut akan menjadi kenduri bertunang kamu juga... kot-kot la ada perancangan rahsia drpd sang ibu dan ayah adik zara... mane kita tau kan ?? ehehee..... ;p

Anonymous said...

budak2 tu sibuk je tanya cikgu bila nak kawin...aish!