Friday, February 05, 2010

Jangan Pernah Bandingkan Pasangan Kamu. Itu Hanya Akan Buat Dia Terluka Dan Hati Digerudi Lebih Dalam - Sengsara - Merana. Jangan Bikin Panas!


Salam semua.
Awas, penulisan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa.
Ini hanya sebagai satu perkongsian semata dan pendapat yang dikemukakan adalah pendapat peribadi.

[Sila tekan gambar untuk pembesaran lebih nyata]

Usai Maghrib tadi aku memeriksa akaun surat elektronik aku lagi.
Manalah tahu B sudah balas kembali surat cinta aku pada dia.
Ketawa.

Nah, tapi ini yang aku jumpa.
Satu surat elektronik yang datang dari pembaca aku yang menggelarkan diri dia sebagai Yana Budak Umur 20. Terima kasih kerana menulis kepada Zara ya?
Senyum.

Secara jujurnya, tiada pasangan baik lelaki mahupun perempuan yang suka bila dibandingkan dengan bekas pasangan masing-masing. Nah, kamu beruntung kalau lelaki atau perempuan itu milik kamu yang pertama. Makanya, insyaALLAH, tiada istilah dibandingkan dengan sesiapa. Umumnya, manusia juga sama, tidak suka diperlekehkan berbanding dengan siapa yang dia tidak suka.

Yana, apa yang kamu perlu buat adalah berbincang dengan dia.
Kamu baru berusia 20 tahun, masih muda dan terlalu banyak untuk dikejar.
Pastikan kamu mengejar bahagia, bukan bahagian yang celaka.
Temui si dia, bincangkan apa yang perlu bagi mencari penyelesaian terbaik.

Hidup kamu berdua tidak harus diwarnai dengan kisah duka dan sengsara.
Kalau benar cinta kerana Yang Maha Esa, jangan pernah takut kehilangan dia kerana mungkin dia akan kembali walau apa pun yang terjadi.
Nah, kalau cinta itu hanya kerana hawa nafsu, suka-suka, main sahaja, makanya kalau dia pergi, mungkin kamu akan bersedih, tapi ianya bersifat sementara sahaja.
Oh ya, itu pesanan bapa kepada Zara bila putus cinta kali pertama dahulu.
Senyum.
Muka merah.

Semoga kamu temui bahagia.
Semoga kamu temui yang terbaik buat kamu.
Doa aku buat kamu.
Senyum lagi.

Yana, terima kasih sekali lagi kerana menulis kepada Zara.
Walaupun Zara sudah gagal dua kali, Zara tidak mahu gagal mempertahankan apa yang seharusnya.
Salam peluk cium dari Zara.

Zara : Hati sedang diulit berita bahagia. Senyum sampai ke telinga.



Sudahkah kamu semua meninggalkan alamat blog (URL) di 
Terowong Kecil Cinta Zara ?

10 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

teringin utk bahagia setelah jatuh gedebuk...

Shahira said...

huuu.
ni lak nasihat utk yana.
just find someone else.
u r too young to know what's real love.
but hey that can be ur precious experience to deal with love :)
like zara said.
there's too many important things/goals u have to achieve within this years than kept thinking about ur jerk bf.
huuu sorry for the harsh words.

Fira hilwa said...

oh Zara sdh gagal 2x?
aku? blm pnh...dan xakn mmbiarkannya ;)

utk adk Yana, btul pe yg Zara ckp tu, byk lg bnd yang Yana kne kejar. mcm akak pn Yana, akak plg xsk klu dibanding2kan. Jgn kata teman lelaki (krn diriku tdk pnh dimiliki *senyum bahagia*), kadang2 kawan2 lelaki biasa pun ada jugak sk banding2kan akk dgn teman2 wanita diorg. dan ble prkara tu terjadi, akk bersyukur krn akk bkn teman wanita mereka...hahah. orang mcm tu hrs diabaikan. xpun, bls je blk. Yana bnding2kn dia dgn kwn2 lelaki Yana ke..haha (kedengaran agak sangat jahat ;P)

faqhrule said...

chegu sem ni ambil bimbingan dan kaunseling kanak-kanak..
tapi masalah hati dan perasaan sendiri pun tak berapa boleh nak handle sendiri...

eklan: yana, chegu mata choklat masih single!

Amal said...

utk yana.
aku pun pena ada kat tempat ko. asek di compare. siyes cakap, sepanjang kapel mmg makan hati je lah.
kejap hati masak kicap. kadang2 hati goreng. okay aku serius.
then he kept telling me yg die suke ex die mcam tu..suke ex die mcm neh..
so wth die kapel dgn aku kan?
tapi syg punye pasal, aku pendam je.
sampai la satu hari, mmg tak tahan duh. aku lepas. sampai sekarang.
dah dua tahun lepas mende neh jadi.
aku tetap tak boleh maapkan die.
die pujuk, tp aku akan ckp "pegi la kat ex awak tu"
huhuhu.

ko try la slowtalk dgn die.
sbb kadang2, lelaki neh tak kan sedar selagi tak hilang ape yg ade dpn mata.
=)

*terbuat entry pulak.lalalalaa~*

epalejau said...

aduh. dia memperbandingkan itu kenapa?
kerana dia masih ada rasa.
masih ada cinta pada si dia.
kenapa kamu tak juga bisa mahu membuka mata.
jiwanya ada di sana.
kamu cuma bukan siapa-siapa.
baginya, kamu cuma substitute si dia.

Unknown said...

fuyoo......selain kimia dan sukan...zara juga ada tokoh jadi kaunselor......
ecececeh...........

Eyqa Zaque said...

Salam cik zara and kak yana(kalo baca)

Kalaulah benar dia menyayangi kak yana, dia tak kan wat begitu, saya sokong cik zara. Kak yana masih muda, jangan bazirkan masa dengan sengsara, carilah kebahagiaan, tapi seandainya kakak pilih dia sebagai kebahagiaan kakak, berusahalah untuk mengubah dia, supaya satu hari dia tahu kakak lebih layak untuk dia dari ex dia..

Maaflah coret banyak sangat, hanya tangan bergerak dari lubuk hati. heeh..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

Sakit rasa dicompare.
Walaupun dicompare dan dikatakan yang paling baik,yang paling itu,yang paling ini,sy tetap tak suka.Compare untuk apa?Eee.

Kalau mencari seseorang untuk dicompare,dia baru je memulakan satu game ilusi,Mencari Sesuatu Yang Tak Pasti.

Idiot him.
*tiba-tiba emo*

Sebenarnya,orang yang suka compare ni tak boleh terima kenyataan.Percaya tak,dia buat macamtu sebab dia frust,dia dah kehilangan seseorang yang pada dia lebih itu ini.Nak lepaskan rasa kecewa,tuduh yang baru serba tak cukup.Sindrom kehilangan,memang macamtu,kalau boleh semua beban dan rasa sakit hati nak lepas pada orang lain.

Yana Budak Umur 20,
Yang tak reti menghargai tak perlu dihargai sama sekali.Ada orang yang tahu nak appreciate awak,cuma mungkin bukan dia,atau dia tapi bukan masa ini.

I can feel you.
Take care.

Anonymous said...

macam kaunselor dah