Tuesday, December 01, 2009

"Ala, Kalau Kamu Kurus, Kamu Memang Tak Lawa Juga" - Peperangan Meletus : Perjanjian Damai Penyokong Syaitan Merah Dan Si Biru




Hari Ahad lepas, manusia-manusia yang pernah menjalani kehidupan menengah rendah dan menengah atas bersama telah berkumpul bagi menyatukan hati-hati yang telah jauh terpisah. Panas yang membahang telah dicemari dengan mendung yang berjaya ditepis laju selepas itu. Oh, bila kamu bertemu guru, kamu harus tunduk dengan kata-kata kejam bila dia dihentam.

Perbualan di meja yang hangat dan dihadiri oleh mereka-mereka yang hangat juga. Separuh daripada bahagian atas restoren telah kami kuasai dengan lantangan suara yang merdu dan gemuruh. Eh, mengapa tiba-tiba teringat pada Abang Faizal Tahir? Sihatkah beliau?

Perbualan yang pada mulanya hanya berkongsi pendapat tentang makanan tambahan syarikat jualan langsung, telah dicemari oleh insiden yang hampir membuatkan meja makan diterbalikkan oleh seorang guru muda dan secara pengiraannya, memang paling muda di antara mereka semua.

Gadis Ayu : Kenapa kamu nak kurus lagi? Dah baik saja badan begini.
Aku : Bukan nak kurus sampai jadi lidi. Nak kurus sebab budak-budak suka cikgu yang cantik. *ketawa*
Gadis Ayu : Eh, kamu ni. Dah cantik dah sekarang ni.
Aku : Orang selalu kata, kalau kurus baru cantik.
Joe Cole : Ala, kalau kamu kurus, kamu memang tak lawa juga. *ketawa*


Senyap sunyi seperti dewa maut lalu membawa sabit kecil.
Semua yang hadir menumpukan perhatian kepada apa yang bakal terjadi.

Gadis Ayu : Tak baik apa yang kamu cakap tu (sambil memandang marah pada Joe Cole) 
Aku : Keji gila kamu! Tahu lah aku tak lawa!
Joe Cole : Bukan itu maksud aku!
Aku : Dah tu apa dia?!Malas aku nak dengar!
Joe Cole : Dengarlah dulu. Aku tak bermaksud kata camtu.
Aku : Tak dengar, tak dengar...
Gadis Ayu : Ala, jangan camni (sambil memujuk aku)
Joe Cole : Maksud aku, sekarang ni pun kamu dah bagus. Nak jadi macam mana lagi?
Aku : tahulah kamu kurus.
Joe Cole : Aku dah makan banyak, tapi badan aku tak naik pun. Jangan macam ni.Aku memang bercita-cita nak naikkan sikit badan aku.
Aku : Aku doa, bila kamu kahwin, badan kamu naik, bulat-bulat.

Ada pihak yang mahu masuk campur tetapi aku sudah mengugut dengan lebih kejam lagi. Eh, aku kalau sudah jadi kejam dan keji, jangan pernah mahu mengacau. Habis akan aku amukkan seluruh Nusantara. Oh, Geografi memang banyak membantu dalam hidup ini. *ketawa*


[Zara Ferguson dan Joe Cole]

Kami menandatangi perjanjian damai sebelum pulang. Kira gambar ini adalah bukti perjanjian damai bagi dua pihak yang bersengketa tanpa sengaja. Oh, Syaitan Merah dan Si Biru. Walaupun Si Biru di takhta liga, tapi tidak mengapa, Syaitan Merah tetap akan memburu kejuaraan!

Malam itu, Joe Cole ada menghantar pesanan ringkas bagi meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata dia. Sudah dimaafkan kerana aku memahami itu hanya gurauan daripada rakan-rakan sekolah lama. Walaupun begitu, maaf itu sudah berkubur disebabkan jam 2.30 pagi itu, aku menerima pesanan ringkas dari dia yang menyatakan kemenangan besar Si Biru. Benci!


Zara : Mengharungi sebuah kehidupan membuatkan aku sangat menghargai nilai persahabatan yang telah terjalin selama hampir sepuluh tahun dengan mereka yang aku temui pada hari Ahad yang lalu. Dan sudah tentunya kamu sekalian yang mewarnai Dunia Sebelah Zara.



54 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

indah kan bila bertemu kembali kawan2 lama.. mengimbas nostalgia zaman dahulukala..

[z@ck] said...

ada org suh aku gemukkan badan sebab dia kata aku sesuai gemuk..apakah??

zella y said...

syoknyer jmp member lama...

p/s: bukan senang kalau nak kurus, lg2 org yg suka mkn mcm saye ;p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

NuR:

hehehe~
benar katamu sayang~

=]

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

[z@ck]:

aku tengok ko dah comel dan cantik begitu zack~

^.^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zella:

memang sangat syiok~

huhuhu~

zara lagi gemok deh~

intanurulfateha said...

.kem salam joe cole
.i single
.kuikuikui~

eddie dewanaga said...

Zara, tolong inform Joe Cole anda mengenai blog...

http://birudarahkami.blogspot.com/

dan buat penyokong Setan Merah dan Zara sendiri, apa kata harapan itu di pinda ke musim depan, kerana musim 09/10, Chelsea adalah raja bola England..!!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

intanurulfateha (◡‿◡✿) :

hehehe~
sejak bila plak single?
dush2~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eddie dewanaga :

amboi abg eddie~
secara gagahnya melaungkan kemenangan Chelsea kat sini~

muahaha~

Cg Shikin said...

wahai zara....
marilah kita berusaha mnguruskan diri...
utk lebih sihat...

~nant senang nak kejar budak2 skolah ponteng kelas hua3~

fara said...

Bestnye dapat gathering ngan kwn2!

Ps: aku tgk ko ok saja syg oi. Tak perlu diet2 k!

:)

Tekkaus said...

Kurus atau gemuk, asalkan gembira sudah memadai. :D

Syok kan dapat bersua muka dengan rakan-rakan yang lama.

eLLa said...

sweetttn jer korang nie..
daa kurus r..
.

Paan Ovrtd said...

Masih kecewa dgn kekalahan arsenal. Hampeh punya drogba! Main tipu banyak sgt!

MOKCIK AZWA said...

tu la kata pepatah kata...terlanjur perahu boleh diundur..terlanjur kata..teringat2 walaupun dah dimaafkan...

walau apa pun..gemuk atau kurus yang penting gaya mesti ada...pastinya tetap lawa dimata yang memandang ..yezzaa

PuanPepel said...

nak kurus jugakkkk..... sob..sob...

NAZ said...

chelsea chelsea haha. i love blue team not blue film haha

Anonymous said...

huhuh..

gado2 romantik!!!

said...

tp akak nampak kamoo mcm dah berisi sket la cayang

hehehhe

=D

intan izani said...

zara,
sis pun nak kurus jugak
nak turun berat sikit je kan
bukan nak melidi
tul tak?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

SHiKiN :

ko kan dah kurus bila join palapes dulu syg?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ms.Independant:

hehehe~
thanks syg!

=]

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tekkaus :

hehehe~
betul tu bang~
sangat syiok!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eLLa :

hahaha~
ye ke ella?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Paan :

hahaha~
sabar paan~
sabar~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

MOKCIK AZWA :

hahaha~
makcik~
kamu pojaan hatiku~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mier@merr :

sama ler~
huwaa~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

naz :

blue pills?

=p

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

GhOsToNe:

hahaha~
mana ada manja?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠:

nak jadi gebu comel cam kamu kak~

hehe~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

intan izani :

betul sis!
betul!

wanita mutalib said...

tapi betui la sayang..kamoo udah kurus..

kalu badan cam kakak ni lain la tehehehehehe..

sayang...cantik tu tak mengukur apa2 pun..

biarlah cantik di hati...seperti mana kamoo sekarang...cantik di hati..terus terpancar kat wajah kamoo sayang..

ahh kamoo mmg cantik seluruhnya sayang :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Wanita Itu :

huhuhu~

kamu wat ku terharu kak~

myQza said...

x mo lah jumpa kawan2 lama.. nanti derang cakap 'eee .. gemuk nye kau!!

menyampah i . yu....!!

chokio_nia said...

ain tgk akak ok je..=)

btw apsal emo sgt ne kak??pms eh..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sI tEDI :

alor tedi~

kamu tak camtu sayang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

chokio_nia:

hahaha~

=]

syyhhh~

Hazami Bahrin said...

Hahahaha~

Babe, u just lovely~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hazami Bahrin:

apa lovely?

nak gaduh?

Unknown said...

eh! ade wat reunion ker? perjumpaan bekas2 kwn kt skola menengah dan rendah ker? hahaha agak2 la joe slumber jer kata kat org x lawa... hehhe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

NICK IRFAN :

hahaha~
kawan2 sekoalh menengah~
hahaha~

Unknown said...

ending akak dgn joe cole mcm mne? msti korg kapel lps 2 kan? hhehehehe jgn marah ha... hehehehe tp pening la sapa setan merah dan sibiru?

Unknown said...

hehe. gila bola rupanya.

bagus kamu maafkan dgn segera seperti itu. Biasalah kalau member gurau2 mesti ada je yg terlepas. Kalau kamu emo lebih, sayang je.

bagus2!

Amal said...

hahaha.
sengal!
;p

anith said...

hahaha kakak ngamuk?? wek2 xpercaye la!!!!
hehehe kakak ttp comel la~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

NICK IRFAN:

couple?!
OMG!
Takde lah Irfan~
aduyai~
Dia kawan sekolah akak~
dah ada gf dah tu rasanya~

=]

Syaitan Merah = Red Devils = MU!
Si Biru = The Blues = Chelsea

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

YobSumo:

ku memang gila bola Yob~
ketagih~

hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

paTonG kerTaS:

hahaha~
geram je kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

anith :

hahaha~

tak percaya?

nak try?

LOL!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

PiNk ButTeRfLy :

hahaha~
pasti jadi rahsia~

=]

et said...

haha..sye tengok arsenal vs chelsea itu..geram sgt..byk btol peluang, tp x di gune..sadis..kalau x, mesti arsenal menang..huu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

et :

baik kalau seri je aritu~

at least tak le makan dalam sangat~

Anonymous said...

x gemuk pon ko dik