Monday, August 30, 2010

Ramadhan #20 : Apa Erti Merdeka Bagi Kita Semua? Kesinambungan Lagu Dan Tautan Buku Sejarah?


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Sana sini orang melaung Merdeka sambil menjual bendera.
Hujung sana orang menjerit-jerit sambil kibarkan bendera.
Hujung sini, penjual memperdagangkan pelbagai lagi cenderamata sempena Merdeka.

Itu sahajakah erti merdeka?
Anak-anak muda keluar berjanji dengan pasangan mahu lihat bunga api bersama.
Mahu menonton persembahan penuh ceria.
Mengira bilangan cahaya limpah di lantai tarian berwarna.
Menogok minuman sambil laga-laga gelas dan kepala.

Adakah merdeka itu maksudnya terbang bebas seperti burung?


Dia ini meraikan hari konvokesyen. Maafkan beliau dengan aksi ini yang menjadikan semua junior mahu meniru. -_-" Dan ini dikira sebagai suatu peristiwa bersejarah. Maksud aku, istiadat konvokesyen, bukan aksi lompatan.

Adakah merdeka itu hanya bebas daripada penjajah sahaja?
Tentu sekali tidak.
Jumud kalau yang menyatakan bebas dan merdeka itu hanya bebas daripada penjajah.
Pasti ada silap di mana-mana sewaktu dia belajar Sejarah.

Dan, kenapa kita belajar Sejarah?
Adakah disebabkan kita disogokkan dengan lagu patriotik berunsurkan Kemerdekaan sepanjang masa?
Ah, aku sukakan lagu patriotik dan aku juga cintakan Sejarah.
Tetapi mengapa kita melalui segalanya?

Ini tanah kita dilahirkan.
Ini tanah kita dibesarkan.
Ini tanah kita mencari ilmu, memburu impian.
Ini tanah kita mencari rezeki, memperjuangkan kelangsungan sebuah kehidupan.
Dan ini juga mungkin tanah di mana kita akan disemadikan.

Dan Merdeka daripada anasir luar adalah salah satu yang perlu dijaga.
Bukan setakat fizikal, tetapi pemikiran juga.
Nah, aku tidak menuding jari ke arah sesiapa.
Dan aku juga tidak akan jumud menilai justifikasi manusia.
Semua ada akal, semua boleh fikir, tapi adakah akarnya sama?

Jadi, apakah merdeka bagi anda semua?
Adakah merdeka bila tiba 31 Ogos sahaja?
Adakah merdeka apabila nyanyian patriotik berkumandang tiada henti juga?
Ataupun merdeka disebabkan bercuti, maka tidak perlu ke sekolah ataupun kerja?

Dan aku tinggalkan tapak kaki di salah satu tempat percutian di Malaysia.
Menikmati saat bahagia bersama keluarga.

Zara : Terima kasih kerana sudi membaca nukilan cerpen aku wahai teman semua. Pautannya ada aku letakkan di bahagian kanan blog. Maaf kalau tidak sempurna ataupun sebaik mana.



9 comments:

Unknown said...

merdeka!!


sama-sama. Hehehe. :)

Ibu Ammar said...

selamat Hari Kemerdekaan. nice la pic terbang tu. hehe

ieda Qema said...

ok, ak mau buat begitu juga bulan 10 nnti!

ieda Qema said...

ok, ak mau buat begitu juga bulan 10 nnti!

ENCIK TIKUS said...

mudahan perangai kita pun merdeka dari anasir luar ;)

kimisai said...

erti MERDEKA = jangan pakai cursor MU .. hahaha pakai yang KEDAh ke, Pahang ke.. PERLIS ke.. ahakz

jngn marrah .. SALAM MERDEKA..

Nana S. said...

suka pic yg terbang tu. hahah. hebat hebatt :D

aizatshafiq said...

masih ramai yang tak faham apa itu erti kemerdekaan...
kemerdekaan disambut dengan mercun dan bunga api...
apakah makna semua tu dalam bulan puasa?

~Cinta Cukulet~ said...

semalam saya 'tumbang' sebelum sempat org countdown..hrmm..sangat tidak patriotik bukan? huhuuu..