Salam semua.
Hari ini 29 Ogos 2010.
Pada 12.55 tengah hari, 23 tahun yang lepas, anak gadis ini dilahirkan.
Dan hari ini, anak ini mengucapkan syukur yang tidak terhingga atas kurniaan nikmat Allah. Dia telah meminjamkan 23 tahun yang sempurna kepada aku. 23 tahun yang tiada cacat cela kepada anak ini yang masih mendambakan lebih dari apa yang dia ada.
Baiklah, sekarang sudah tahu rahsia di sebalik nombor 'suami' aku ini?
Ya, 2987 adalah mewakili 29.08.1987 (tarikh lahir aku)
Hidup seorang blogger.
Ini penulisan wajib kedua.
Dan kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-23.
Senyum.
Dan semenjak aku menjadi seorang penulis blog ini, aku mempunyai banyak kenalan yang sering membuatkan aku ketawa dan senyum ceria. Sebagai contoh, hari ini, dinding Mukabuku aku sudah diconteng oleh mereka dengan titipan ucapan dan doa pelbagai gaya. Terima kasih atas niat ikhlas kalian semua dan jujurnya, entah sudah berapa ratus ucapan yang diterima.
SMS berpuluh masuk ke telefon, tidak dilupakan juga dengan panggilan telefon yang membahagiakan. Ada seorang sahaja yang menyanyikan secara langsung lagu untuk aku, seorang sahabat baik-pijak-kepala milik aku. Dan pagi ini, aku lihat dia ada menulis sesuatu buat aku di blog peribadi dia. Terima kasih sahabat. Dua tahun saling kenal mengenali walaupun hanya secara maya, sudah membuatkan aku bahagia. Eh, ini sambutan ulang tahun kelahiran aku yang ketiga semenjak aku mengenali kau! Serius!
Dan mungkin selepas ini, aku akan menulis, siapakah yang membuatkan aku cukup teruja dengan ucapan-ucapan mereka. Ada perkara yang harus dilunaskan. Selamat tinggal semua.
Zara : Hari ini, seperti selalunya, aku akan duduk seorang diri, menulis sesuatu buat diri. Tiada yang istimewa. Dan duduk, salam dengan Abah dan Bonda sambil mengucapkan terima kasih kerana menjaga aku selama ini adalah lebih bermakna.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
35 comments:
selamat datang ke kelab 23 tahun..
akulah pengerusi dia..
hahahah
selamat hari lahir cikgu~
may u b blessed by Him :)
kirim salam suami.
hahaha~
Moga sejahtera dunia akhirat
ehh!!
pocket pun 23 tahun jgak..
kenapa kita sama?
tapi tebalik..
selamat hari lahir cikgu,
moga tahun ni mematangkan lagi,
so!! investment utk tahun ini will be?
makan kek malam tadi ke malam ni?
anyway, happy bufday
Selamat hari lahir..
23 tahun..
cun wehh !! asal tak amik kaler pink keluaran terbaruu tuhh hehehe ;)
slmt hr lahir :)
oit birthday girl~ kan best kalo aku leh pedajal ko.hehehe
happy birthday dear...
wear more pink.
hehehe
woot2x. yr car ke? cool~ happy birthday btw! Dh bleh kawin nie! hehe
selamat ulang tahun... semoga terus berbloging.
Aslmualaikum
selamat hari lahir cikgu..
upenye sy lg muda dr cikgu....hahaha
moga pjg umo, murah rezki dan sehat selalu. Ameen
nak wish birthday lagi kat ko..hehehe..
HAPPY BIRTHDAY!
smart plat kereta ko!
happy birthday sis Zara..
moga dilindungi Allah selalu.. :)
happy birthday kak zara ;)
smileee :)
samat hari lahir!
Selamat Ulangtahun Kelahiran ZARA..
Ucapan Kak Azie sama juga spt yang lain-lain, moga yang TERBAIK buat ZARA, dulu kini dan selamanya.
Berhati-hati dalam kehidupan, dan semoga terus tabah.
Selamat Meyambut Hari Raya....!!
oh how i miss 23 instead of my 27 now..ekekekeke....
moga lebih byk pglmn indah menunggu mu utk tahun2 yang mendatang
ok, kita sebaya..hehe..selamat melangkah selangkah ke kubur..ingat mati itu dapat pahala kan ^_^
selamat..selamat menambah umur..
hadiah besday.. pergi kat kilang kerepek tu ok ;)
selamat ulang tahun, mana tahu kot2 sangkut hadiah istimewa from denaihati nanti
Segmen Kenali Blogger
hepi besday zara...=))
semoga panjang umur & murah rezeki...
p/s: jom join contest kami at http://armani-lly.blogspot.com/2010/08/akuchapterkamus-contest.html
hehehe... ku tau no plate suami mu... huk3
gelak jahat... XD
umo kite da same..! hik... hepi besday dear :)
sekali lagi nak ucap, selamat hari lahir yg ke 23.. semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan.. amin..
Selamat ulang tahun ke 23.
Dapat apa untuk hadiah harijadi?
moga cepat kahwin.
i mean, cepat cepat.
haha.
:)
selamat ulangtahun kelahiran ke-23..semoga hidupmu sentiasa dalam lindungan Allah..^_^
haapy birthday zara.. Alhamdullilah pada usia 23 dah ada 'suami' itu.. =)
2987 pon ada kena mengena ngan besday aku..
hehe....
anyway, Happy birthday Zara. Sori lambat wish. hehe
happy 23th birthday...
wish u luck...
in watever you do...
p.s: i likes the way you wrote...
seems like a professional writer..
keep up the good work...
hepi birthday sis.. only if i hav ur no.. i will also sing a bday song 4 u.. cheer up k..
zara muda lagi rupanya.
dua hari dah berlalu. terlewat mungkin. selamat ulang tahun. siapa sangka tarikh lahir kita jatuh pada hari yang sama. semoga diberkati selalu ya!
Post a Comment