Saturday, August 14, 2010

Sayang, Kita Akad Nikah 7 Tahun Ya? Kalau Aku Jumpa Lelaki Lain Selepas Itu, Kamu Tolong Redha.


Hujan lebat.
Langit gelap dan aku bersama saudara lelaki serta Bonda meredah laluan trafik yang menghimpit walaupun jam sudah menunjukkan lebih jam 6 petang. Tetapi, demi aku, mereka sanggup. Mereka tahu, disebabkan panggilan telefon selepas Asar tadi, aku sudah nanar untuk bertemu dengan suami aku. Ah, semalam baru aku lihat dia, melunaskan wang hantaran, hari ini dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah aku. Indah juga dunia bukan?

Trafik yang menggila walaupun jam hampir menunjukkan jam 7 malam nyata tidak membataskan hasrat aku. Hampir sahaja aku berlari keluar daripada kereta kerana tempat yang kami tuju hanya di depan mata. Ah, kalau kerana cinta, manusia sanggup membuat apa sahaja bukan?

Nah, aku tiba dan wanita bermata sepet sudah menunggu dengan segaris senyuman yang bukan buatan. Kasihan juga dia yang terpaksa menunggu aku tiba untuk bertemu dengan kekasih yang secara rasminya sudah menjadi milik aku. Ah, lama juga menunggu saat kami disatukan, hampir memakan masa sebulan atau lebih sedikit rasanya. Disebabkan merisik dan melunaskan hantaran adalah daripada usaha pekerjaan aku, betapa tidak kecintaan aku kepadanya begitu menggunung.

Aku : Ah, suamiku di situ.
M : Ya, sudah lama menunggu awak.
Aku : Ada apa-apa prosedur sebelum saya boleh bawa suami saya pergi?
M : Ada sedikit borang yang perlu awak tandatangani, dan dengar penerangan saya dulu.
Aku : Oh, baik.

Setelah mendengar penjelasan dia tentang suami aku sambil memeriksa setiap bahagian dia yang perlu, akhirnya aku dapat membawa suami aku pulang. Ah, cinta pertama, suami pertama juga. Eh, adakah merancang untuk berkahwin lebih daripada satu? Ketawa.

Bisik aku pada dia tatkala dalam perjalanan pulang :
Sayang.
Hari ini kita telah selamat disatukan.
Tiada upacara riang gembira.
Tanpa laungan gegak gempita.
Cinta aku saat ini hanya untuk kamu.
Permintaan aku agar kamu setia disamping aku.
Aku akan sedaya upaya menyaramu agar hidup kita tidak celaru.
Tetapi sayangku.
Kalau selepas tujuh tahun, aku ketemu dengan lelaki baru.
Izinkan aku berpisah denganmu.
Walaupun saat itu cinta kita semakin bersatu.
Redhakan pemergianku.
Saat ini, hanya ada aku dan kamu.
Cinta satu.


[Sekadar gambar hiasan]
Maaf, disebabkan hujan lebat, dan keadaan di luar sudah gelap, suami segan mahu bergambar.
Tidak mengapa, esok aku pujuk dia ya?
Senyum.

Malam ini malam pertama kami bersama.
Doakan ya?
Ah, malam ini bolehlah aku membaca Tafsir Al-Quran yang baru dibeli tadi bersama dia.
Salam sayang buat kamu semua.

Zara : Cuaca bertambah sejuk dan aku harap dia akan tahan dengan cuaca sebegini. Dia belum biasa dengan perubahan cuaca. Senyum.


17 comments:

ENCIK TIKUS said...

cuba untuk memahami. cegu dah kahwin ke ?

fadh ^_^ said...

suami akak tuh brand ape???
:P

emieysandra said...

emiey pun nk tnye sOklan cam fadh tu..
brand ape?model ape?
ehehe

~_^

Cahaya Kehidupan said...

nasib baik dulu ku pelajar sastera..akan ku nantikan smbungannya..hehe

joegrimjow said...

jgn lupa jemput sudah

yusuf mujahidin ™ said...

cegu kene kawen cepat2
hahaha..


selamat poso!
jgn tggal ye!

Hizami Li said...

adeh.
mana suami?

Jom Masak Channel said...

siyes ke kawin ni? ni mesti sastera ni..jp2 nk paham...hehee

Nizam Gtz said...

Samar-samar bunyinya macam sebuah kereta.. kereta aper yer??? keta api??? (serkap jarang)

May Maisarah said...

ohoi..sangat puitis di situ yer....nice betol la...;p

TheBentPencil said...

saya pon ada suami...
saya panggi Miao.
hantaran dia rm1000 jer sebab saya pandai memujuk mintak kurang. ha!ha!
tapi borang nak ditandatangan pehhhhh tebal giler...saya selak2 dan sain ajer. (lantak la apa jadi pastu, saya tetap sayang dia)

hujan,panas ribut...saya tetap sayang KANCIL 660 saya...

Cikgu Mizi said...

suami atau "suami"..?? hihi.. sudah kecap impian tuk "berkeretapintu"kah..??

Luthfi Suib said...

hahaha ayat! padahal apa je zara..
hihihii

Ms J said...

yeay! Sudah bersuami... Jgn lupe pujuk suami bergambar bersama!

nama saya fatimah dan saya bukan pengganas said...

salam kak zara..
hehehe..
hampir2 percaya akak dah kawin.
tapi ternampak tag utk post nih.
ada myvi di situ. :D
tahniah dengan kereta baru!

intanurulfateha said...

mana satu suami
terlalu klasik bahse kamu sygg
T______T

akira sendoh said...

wah..suami kamu namanya myvi eh..saya pon dpt suami jugak..tp bkn myvi namanya..hehe