Saturday, August 28, 2010

Ramadhan #17 : Merah Jambu Itu Biasanya Bukan Aku Walaupun Orang Sering Kaitkan Dengan Perempuan.


Salam semua.
Hari ini entah kenapa, aku terbeli 3 benda dengan warna merah jambu.
Rasa sungguh bukan aku dengan memilih warna sedemikian rupa. Ya, ada pembaca yang menyatakan betapa aku kelihatan seperti perempuan dengan baju kurung di bengkel pagi tadi disebabkan warna merah jambu itu sendiri. Eh, bolehkah aku membuat bantahan keras?

Aku adalah manusia yang menjadikan biru, hitam dan putih sebagai warna kegemaran.
Tetapi kenapa beli barang warna merah jambu pula tadi?

pink cute stuff Pictures, Images and Photos
[Sumber]
Ternyata ini bukan aku, jangan bikin onar pula ya?
Aku adalah manusia yang tidak pernah bertindik.

Ada 3 benda.
Dan aku termangu bila membuka plastik bila balik tadi.
Sungguh bukan aku.

http://blog.madebygirl.com/media/2009/03/wallpaper-direct.png
Kalau merah jambu begini aku tidak kisah disebabkan warna putih dan hitam lebih mendominasi.
*Bonda pun dah bising kenapa barang aku banyak warna biru, putih, hitam*

Tapi, bila difikirkan kembali, ada sesuatu yang berwarna merah jambu dihadiahkan oleh seseorang buat aku yang aku jaga penuh kasih sayang dan sepenuh rasa. Sesuatu yang berharga aku kira dan dititipkan penuh rasa cinta seorang saudara buat saudara walaupun berlainan agama dan jantina (batuk-batuk). Ketawa. Uppa, tunggu kedatangan adikmu ini.


Nama saya Charlene. Zara adalah penjaga saya.
*Tulisan itu memang sangat cantik kan? Tulisan seorang guru*

Dan, walaupun orang sering mengaitkan warna merah jambu dengan warna perempuan, aku rasa lelaki yang memakai pakaian berwarna merah jambu juga menarik apabila kena dengan orangnya. Sungguh.

Kawan 1 : Lelaki kalau pakai baju merah jambu, nampak macam lembut.
Aku : Warna merah jambu itu lembut, bukan lelaki itu.

Kawan 2 : Kau kalau pakai merah jambu, akan lebih comel.
Aku : *pura-pura pitam*

Kawan 3 : Kau pakai merah jambu, sila campurkan dengan elemen hitam dan putih, baru nampak macam emo dan punk serta rock.
Aku : *laju-laju pakai sambil buat mata berasap (baca : smokey eyes)*

Baiklah.
Ini penulisan gila.
Aku sedang selsema.

Zara : Raya kali ini entah mengapa, aku tiada perasaan mahu menyambutnya. Sudah hilang semangat mahu bergembira disebabkan raya semakin hilang makna. Mungkin sehari dua sahaja yang bahagia, yang lain? Entah, aku mahu pulang cepat bekerja agaknya.


13 comments:

fahmi ibrahim said...

fahmi ibrahim pencinta merah jambu. walaupun seorang lelaki. Tak jadi masalah bukan? Sempit dunia bila labelakan warna untuk sesuatu. Ah..

JLean said...

Dropping by ere Zara. =)

PuanPepel said...

bf pakai merah jambu..aku suh tukar..klu tak aku tamo jalan ngn dia...haha...kejam daku...

aizatshafiq said...

stuju dengan entry ni...
asal perempuan je mseti dikaitkan dengan merah jambu...
mengapa ye?...
kalau lelaki pakai akan digelar lembut...
zara explain sket...
hehehe

TheBentPencil said...

actually pada zaman2 dahulu, warna merah dikaitkan dengan bayi lelaki dan warna biru pula dikaitkan dengan bayi perempuan!

entah pada zaman bila, ia berukar jadi sekarang.

p.s zara, cuti raya aku pun sudah hilang makna. tak boleh balik kampung. aku simpan semula borang mohon cuti. T_T jomlah, kita raya secara memblogwalking marathon 24 jam. mau?

HEMY said...

aku takde warna kegemaran.aku minat mana yg cantik..kalau pink nmpk cantik utk benda tu..aku angkat pink..hehehe

Unknown said...

pink comey. tapi bila dengar orang cakap cam kawan 2, aku join pitam. haha

IMANSHAH said...

Saya pun terbeli baju melayu PINk tahun ni, tapi bukan PINK bapuk, Pink macho gitu,,haha

Hizami Li said...

haha.
zami ada satu je baju pink.
dah tak pakai.
tak sesuweiii.
:'(

zino said...

merah jambu ya.. bukan warna kegemaran .. hehe tapi ada nampak kereta warna tu.. alahai..

[z@ck] said...

pink la sweet weyh..
lelaki kalau pakai pink, nampak cute walaupun muka tak ada la hensem mana pun.hahaha

Zida said...

teringat pada adik2 kat skola dulu yg pakai baju kaler pink. alahai. comel nye diorang (masa tu diorang f4) wahahahaha

Rara said...

Kak,tedy tuh macam tedy saya.name dye zara ^_^