Sunday, August 08, 2010

Jatuhkan Diri Di Depan Perempuan - Mungkin Itu Bukan Cara Berkenalan Dengan Orang Lebih Tua


Gedebuk!


[Asal]

Mata bulat memandang seorang lelaki jatuh tersungkur di hadapan mata. Aiskrim yang dipegang oleh lelaki itu jatuh ke atas lantai. Pantas membongkok untuk melihat sama ada punya kecederaan atau tidak. Aiskrim sudah mula mencair di atas lantai. Kotor dengan debu dan habuk yang berterbangan dari jalan. Beg masih tersandang kukuh di badan. Mahu dicapai, tetapi tuan punya aiskrim lebih layak dibantu dahulu.

Aku : Awak cedera ke?
Lelaki : Jatuh sedikit.
Aku : Boleh berdiri?
Lelaki : Masih boleh, bukan lelaki kalau jatuh tak boleh diri sendiri.
Aku : Oh, baiklah.

Dan, lelaki itu bangkit sambil mengemaskan baju dan seluarnya yang sedikit comot akibat terjatuh. Aku berjalan pergi dan tersenyum sahaja, mengenangkan betapa culasnya manusia kadangkala apabila berjalan. Tetapi suara dari belakang membuatkan langkah aku terhenti. Lelaki itu bersuara sambil gerakannya membuang aiskrim yang jatuh itu ke dalam tong sampah. Membazir.

Lelaki : Nombor telefon awak berapa?
Aku : Apa dia?
Lelaki : Nombor telefon. Boleh saya ucapkan terima kasih nanti.
Aku : Sekarang pun dah boleh. Lagipun, tiada benda nak ucap terima kasih.
Lelaki : Nombor telefon awak? (sambil keluarkan telefon)
Aku : Sekolah tingkatan berapa ni ya?
Lelaki : Tingkatan 4.
Aku : Sekolah X?
Lelaki : Ya. Mana awak tahu? 
Aku : Di beg. Maaflah ya. Jaga diri.
Lelaki : Awak sekolah mana?
Aku : Sekolah Y.
Lelaki : Tingkatan berapa? Boleh kenal tak?
Aku : Saya cikgu di situ. Kalau awak nak cari cikgu tuisyen, bolehlah.
Lelaki : Eh, cikgu ke?
Aku : Ya, dan saya kenal beberapa orang cikgu sekolah awak.
Lelaki : Maaf, ingat budak sekolah tadi.

Lelaki itu berlalu pergi sambil menggelengkan kepala. Dan aku berpaling sambil ketawa perlahan seorang diri. Apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah dia sengaja menjatuhkan diri atau percakapan tersebut hanya untuk menutup malu? Dan aku bersyukur, tidak memberikan nombor telefon pada manusia itu. Nah, baru Tingkatan Empat, ternyata sebaya dengan adik aku yang keempat.

Aku masih ketawa sebenarnya ini.
Alahai.
Kenapa mesti budak bawah umur lagi?

Zara : Aku adalah manusia yang tidak tegar mendengar atau melihat lelaki menangis. Entah sebab apa, aku sendiri tidak mengerti. Kalau perempuan, aku sudah pinjamkan bahu dan juga belakang badan untuk dia menangis sepuas hati.


13 comments:

Ariff Shah said...

haip.. bawah umur tu

MR. SYAH said...

hahahah.. kelakar betul.. nampak sgt cikgu zara ni awet muda... :D

Nadiene said...

nak ngurat xsedar diri, hahaha

paan said...

nasib bek bukan student sendiri..hahaha.malu jer , kanak2 sorang tue..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ariff : hahaha~ Shhh~ :p

Syah : pening kepala aku. hahaha~

fid : aku muda ke? haish~

Paan : kalau tak, mesti dia gila meroyan sat~ LOL!

Cikgu Mizi said...

nmpknye kne cri bju raye nnt y knmpakan dwase a.. cikgu zara, sila buang smue bju knak2 y anda ade.. ngeh3..

hans said...

hahahaha
"melepas lagi aku,"kata budak tingkatan 4 itu dalam hati..
hohoho

P/S : Review Novel/Buku : Naskhah Natrah Karya Fatini Yaacob Wajib Dibeli Dan Dibaca!

nadz ruslan said...

adoi cikgu zara mesti hot di kalangan anak murid

fahmi ibrahim said...

Kalau student sekolah sendiri senang. Cakap je.

"kita jumpa kat kantin masa rehat esok, saya nak belanja awak makan."

Disebalik cerita ni, terselit satu perkara yang membolehkan kita senyum. Aku pernah jugak dianggap lebih muda dari usia ni. Cumanya berlainan 'scene'nya.

Awet muda la katakan.

Luthfi Suib said...

tua pon takpala zara.. boleh ajar serba serbi :D
hahaha

hans said...

yups
buku tu pensyarah UTM si Puan Fatini Yaacob tu lah

P/S : Apa Yang Best Di Ambang Malam Sebelum Berpuasa

TheBentPencil said...

LOL WUT...
budak skola takel lagi...

(takpe zara, keadaannya sama mcm saya. oh, the things they do when we are five-foot-zero. hahhaha)

dyayusof said...

hahaha klakar jex udq uh ... :)