Salam semua.
Keletihan yang amat sangat.
Nasib baik sekolah hanya separuh hari.
Oh, Johor tidak mengambil cuti Nuzul Quran. Kami sudah mengambil Awal Ramadhan setiap tahun. Selamat bercuti buat teman-teman yang dikasihi. Dan hari ini jadual aku penuh, hanya ada 1 masa terluang dan Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan.
Ada yang bertanya, apakah yang aku belajar di universiti kerana sejak kebelakangan ini status aku akan dipenuhi dengan pelbagai nama peralatan bengkel kayu. Kenapa menyukai bahan kimia berkepekatan tinggi walaupun hakikatnya aku mengajar Kemahiran Hidup?
Ketawa.
Sedikit imbas kembali.
Aku tamat universiti dengan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia). Ya, jurusan utama aku Kimia dan sampingannya (minor) adalah Matematik. Ya, Kimia/Matematik. Dan aku sekarang mengajar :
1. Kemahiran Hidup Tingkatan 1 dan 2.
2. Sejarah Tingkatan 1
3. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4.
4. Sains Tingkatan 4.
5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5.
6. Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3.
Senyum.
Nasib baik ada Sains Tingkatan 4 di situ. Aku sangat bersemangat bila tajuk tersebut mempunyai kaitan dengan Kimia. Oh, hari itu dapat mengajar Kimia sekejap disebabkan ada guru yang bersalin. Selainnya tidak ada dan aku ternyata semakin gembira dengan kehidupan yang aku lalui kini.
Ini aku hari di dalam bengkel kerja kayu Tingkatan 1.
Dan ini kasut yang dipakai semalam sewaktu di dalam bengkel kerja kayu Tingkatan 2.
Hari ini aku pakai kasut lain.
Kawan : Gila lain bidang kau sekarang.
Aku : Bahagia gila.
Kawan : Versatil ni.
Aku : Amanah ni sebenarnya.
Dan jujurnya, aku memang bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ini. Kerjaya semakin menghampiri usia setahun jagung. Banyak yang telah dilalui, dan terlampau banyak yang perlu ditempuhi selepas ini.
Zara : Bukan kali pertama orang memandang aku dengan pelik disebabkan penampilan diri begini. Senyum sahaja.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
9 comments:
waahh..lain terus dengan apa yang belajar dulu..
saya amik math/physics..agak2 boleh ajar math atau physics tak nanti?..huhu~
aku lak
sarjana muda sains serta pendidikan (sains)
minor~ teknologi maklumat
mengajar math
tapi memandangkan math adalah cita cita aku yang tak kesampaian,,,maka aku memanjatkan syukur coz peluang yang telah diberikan adalah cinta dan jiwa aku~~
love math~~
tapi sivik?
ahh..aku sniri tak brapa nak bersivik..ahah...hancur bebudak neh..
wah..
zara dah jadi cikgu bengkel.
=)
memang betul..
versatil~
cantek baju batik kamu.. ehehe
bnyk lak yg kamu ngajar... cikgu serba boleh! =)
lain kali cikgu pakai kasut SUPRA pergi bengkel
gila laa..jadi cikgu KH plak ko!
terbaiiikk
chemistry is da best! i luv chemistry!
walaupun kadang2 rasa nak pecah kepala buat thesis.
tak suka le kimia
menjadi guru memng perlu versatile. jgn terlalu megharap dapat opsyen sendiri. jadi, para guru sekalian tunaikanlah amanah.
Post a Comment