Monday, August 23, 2010

Ramadhan #13 : Kau Mungkin Menarik Seperti Manisan, Tetapi Hakikatnya Kau Juga Melukakan.


Manisnya perasaan.
Ibarat mengunyah macaroon lembut yang memenuhi mulut.
Manis.
Enak.
Tetapi akhirnya, kau menyakitkan.

http://www.mysaltysweet.com/storage/macaroon.jpg?__SQUARESPACE_CACHEVERSION=1265753552099
Aku suka makan macaroon. Mungkinkah teman itu mahu buatkan untuk aku lagi?

Bila kau minta aku melupakan satu persahabatan disebabkan kau sudah mempunyai kekasih hati, aku redhakan sahaja. Sebab aku tahu, aku memiliki kau sebagai seorang teman, bukan yang lainnya.

Ini bukan kali pertama aku terluka disebabkan ayat yang kau tuturkan. Aku masih boleh ketawa sesuka hati sebelum ini dengan membiarkan kau menyatakan apa sahaja, sebab aku tahu kau memang lebih baik daripada aku. Aku ini siapa? Perempuan yang biasa, yang sukakan kehidupan gembira tanpa mahu secalit wajah duka.

Diam.
Tarik nafas dalam-dalam.
Aku mungkin tidak kenal kau lama.
Tapi hakikatnya kau punya tempat yang istimewa.
Dalam hidup aku yang penuh pancaroba.
Sebagai seorang kawan, teman berkongsi rasa.
Dan hari ini segalanya sudah temui noktah penghujungnya.

Itu atas dasar kau.
Aku hanya ikut sahaja.
Biarlah.
Aku tahu ini bukan tandanya aku kalah.
Ini tanda aku mahu kau dan dia gembira.
Maaf kalau persahabatan pelik kita ini mengundang nanah dalam hubungan suci kau berdua.

Telus : Ini bukan cinta. Hati aku masih belum disinggahi dengan mana-mana cinta manusia lain setelah melalui episod duka sendirian.

Zara : Cuaca mendung. Dan aku sudah lupa kali terakhir aku menikmati hujan lebat yang mampu membasuh segala kedukaan di hati. 


8 comments:

Verdict said...

biarkan dia.

cari cinta hati baru.

and oh ya, ingatlah setiap kali kita kecewa dengan manusia, kita tetap ada Allah swt. kembalilah kepadaNya.

aizatshafiq said...

sedapnya....
nak sikit...buat berbuka...
hehehe

ENCIK TIKUS said...

lapar-lapar T.T

NAZ said...

zara gambar itu sahaja memang sudah melambangkan kelukaan haha

Mrs Poyo said...

Aku pn penah lalui benda yg sma mcm hang..tapi lantak pi kat dia,bkn dia bg kita makan pun..teruskan ja hidup hang dengan gembira

Qib said...

MACAROON SEDAP KER

TheBentPencil said...

@Pin:
serious sedap. fuhhh!!!
zara, kamu telah melukakan hati aku dengan meletak gambar macaroon ni.
tahu tak aku laparrrrrrrr.....=_=

Ms J said...

platonik. bila harapan diletakkan walaupun sedikit, pabila ia tidak berlaku seperti ynag kita harapkan pasti akan ada sedikit kecewa.

Takpe Zara.. beri ruang untuk sembuh. Walaupun bukan cinta, tapi terasa atau kecewa itu ttp ada. Try to divert ur sadness by doing something else.

Semoga Zara tabah. Jaga diri k, honey!