Friday, August 20, 2010

Ramadhan #10 - Suara Awak Menangis Dan Ketawa Di Pagi Hari Buat Saya Sengsara | Awak Senyum Boleh?


Salam.
Awak.

Janganlah menangis.
Saya lemah bila dengar orang menangis.
Saya memang tidak pandai pujuk orang yang menangis.
Lainlah kalau awak depan mata, saya memang beri pinjam bahu, dada atau belakang badan buat awak lepaskan segalanya.

Awak.
Lepas menangis awak tiba-tiba ketawa kuat.
Saya jadi gelisah pula.
Awak, awak tidak gila kan?
Janganlah sembunyi perasaan hingga awak terluka begitu rupa.

Awak.
Adakah awak rindu mahu lepaskan segala pada saya?
Atau awak teringat yang saya pernah pinjam belakang badan awak dan menangis sekuat hati saya?
Dan saya pernah pinjamkan awak pelukan yang awak kata hangat sampai awak bahagia?
Saya pun rindu juga awak.
Tapi saya tidak mahu menangis.
Sebab kita sudah dewasa.
(Saya nak tampal muka ego kononnya gembira di tepi)

http://www.funnyphotos.net.au/images/smile-drawn-on-paper1.jpg

Saya mungkin tidak selamanya bersama awak seperti dahulu.
Tapi saya percaya, hati kita masih bersatu.
Walaupun jauh beribu batu.
Kita masih tetap satu.

Awak kawan saya yang baik.
Dah, jangan lihat mereka lain yang mencebik.
Itu semua gedik.
Awak ada saya si beku yang tidak cantik.
Dan saya ada awak, si cantik yang lembik.
Nah, kata agar-agar itu menarik.
Sengih bawah matahari terik.

Dah ya awak?
Saya ada sedikit rasa nak berak.
Saya menulis hingga tidak dapat bergerak.
Gelak.

Saya sayang awak.
Mari kita buat muka berlagak.

Zara : Sedikit coretan buat seorang teman yang dikasihi. Dia tahu siapa dia. Si gadis, hari ini kita pakai baju warna biru ya ke tempat kerja? Bolehkan? Aku di tempat aku, kamu di tempat kamu. Hati kita tetap satu. Saya sayang kamu.


20 comments:

Anonymous said...

coretan yang menarik :)

my recent post:
KES PEMBUANGAN BAYI | JANGAN HANYA TAHU BUAT JER..!

± said...

part yg last paling klakar
tough jugak perasaan awk ni yer?

Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

Raihanna said...

rai suka baca coretan zara....
zara pandai susun ayat2..
cantik je...
rai punya blog..pergh...
bahasa kucar kacir wokeh..
isk2...
entry nie untuk kawan zara yer..
Sweet~

LUMUT said...

sape nak suh pakai baju biru ni??cisss kamu curang zara.cisss

Faarihin said...

pasti dia tersenyum lepas baca ni..

loti mukhtar said...

tapi saya pakai warna hijau hari ini(terperasan jap)hehehehehe

wanita mutalib said...

seronoknya kalu ada orang tulis entri ini buat kakak heee..

NAZ said...

senyum sambil menangis lebih menarik kan? seakan pelangi :)

Milimilo said...

aku tak pernah ada kawan sejati mcm ni yg boleh luahkan rasa seikhlas hati.luah pd Tuhan je mampu T_T

PuanPepel said...

aku pakai bju tido kaler pink sebab nga cuti...wee~

Nana S. said...

like like :)

Cahaya Kehidupan said...

ku pun ada BFF begini,kami sush senang bersama,kalo dia nak luah pape,pasti dia nak nangis,nasib baik dia jauh,kalo tak ,ku da pergi dapatkan dia untuk tenangkan dia..huhu..ku rindu sama dia T__T

zezebel said...

Termasuk post untuk yang teristimewa lagi. Selamat berkasih-kasihan. Tumpang lalu yek.
Salam kenal.

Zarpeno said...

wawawaw Man U garang awai2 season ni...ahhaa

ENCIK TIKUS said...

woot-woot...









































nak ngorat boleh ?
















































kehkehkeh... ;P

RMA said...

selamat bpuasa zara...

HEMY said...

lepas baca entri ni rasa nak nangis depan kamu..

sebentar, mahu pikir di mana mahu ku landing..hmmmm

hans said...

hohoho
sampai tahan berak ker apa yg xleh bergerak?

P/S : Prank Bulan Puasa Yang Menjadi! Tahniah Casey! LUKENABEB!

Anonymous said...

noce one :)

Shahada Fauzi said...

a sweet message for a special friend..love the words..kau sgt pandai menyusun kata2..aku suka baca penulisan kau..^_^