Sunday, August 29, 2010

Sudahlah, Jangan Tipu Dan Berpura-Pura Lagi. Aku Dah Penat Untuk Tersenyum Hari Ini.


Sudahlah disogok dengan helah teman baik yang aku hormati hari ini.
Aku sudah belajar ke tahap seterusnya.
Jangan pernah percaya pada sesiapa lagi.
Sebab ditikam dari belakang bukanlah sesuatu yang manis.
Ini bukan kali pertama.
Tapi kali ini membuatkan aku begitu kecewa.

http://lentecreativo.webs.com/GA%20The%20silence%20of%20the%20lambs%20Silence%20Ana%20Bagayan.jpg
Tidaklah sampai aku menangis. Sungguh bukan aku untuk membazirkan air mata demi manusia yang mengkhianati sebuah persahabatan yang aku pandang tinggi.

Siri pesanan ringkas dan panggilan telefon daripada mereka-mereka yang tidak berbuka di asrama, kolej, universiti, rumah sewa atau ruamh sendiri berterusan. Ya, mereka mana ada baca apa yang aku tulis bukan? Sudah dibilang, aku penulis pincang, dijerkah dengan perkataan bajingan tetapi masih ukir senyuman. Ah, aku kepenatan.

K : "Kami dah sampai, ramai orang"
A : "Jangan sampai kena pijak dengan orang"

K : "Aku bosan, aku sengaja SMS kau. Nak kau tahu yang kau mungkin lagi bosan di rumah"
A : "Dengan keluarga, aku tidak akan bosan"

K : "Penat berdiri, aku dengan kawan aku berlima ni, tapi aku bukan berani nak cakap dengan sesiapa"
A : "Oh, ye ke?" (menguap)
*Selepas itu aku tengok status yang naik daripada seseorang yang aku kenali (dan terkenal) kata dia sedang bersama kau. Muntah!

Dan macam-macam lagi.
Sudahlah.
Aku mengantuk.

Zara : Kau buat aku terlupa bahawa aku hanya kenal kau untuk beberapa bulan sahaja. Jadi, aku tidak boleh mengharapkan kau memahami aku seperti kau kenal kekasih yang kau cinta sepenuh jiwa itu. Biarlah, aku sudah lama berhenti daripada memaki orang.


9 comments:

[z@ck] said...

psst..happy birthday yang..
hehehe..
kat sini pn nak menyibuk

tpinky said...

sabar ya dik... sy pernah spt kmu sblm ini.. ia akan mematangkan kmu

PuanPepel said...

erm...tidak bagus itu...


nak pegi..pegi je la kot...takyah lah nak tunjuk2...

Mrs Poyo said...

adi macam aku senang,tak percaya pada sesiapa..trmasuk kekasih hati..huhuhu

Hizami Li said...

senyum.
:)
ngeee~

jijie said...

cikgu zara. chill.. jangan marah2... sabar ye.

LaiLiE iZaNi said...

percaya dr sendri lbh seblum prcya kwn2....learn from da lesson ya...=))

Duniakuabstrak said...

selamat ari tua bebeh...moga kamu berjaya dunia akhirat

amin

TheBentPencil said...

hahaha...

pernah jugak buat macam ni sampai kawan naik angin. bukan apa, kecewa sebab tu reunion terkahir batch kami dan dia macam nak taknak je.reunion dengan rakan yang dah kenal depan mata, bukan blogger alam maya.

but at least time event takde la mesej poyo byk2 gitu. itu overrr