Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts
Showing posts with label Konvokesyen. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Hidup Itu Indah Walaupun Sementara


Ada ketikanya hidup kita akan dirundung dengan masalah, satu persatu tanpa kita minta. Adakah senyuman kebahagiaan akan direnggut bersama-sama sehingga kita tidak mampu untuk kenal, apa yang kita mahukan dalam kehidupan hari ini dan seterusnya?

Anehnya, ada yang mahu berhenti sahaja.
Tidak mahu melihat ke belakang, mempelajari sesuatu agar kekuatan melangkah ke hadapan bukan satu igauan ngeri, bahkan satu impian yang cantik murni. Mengapa enggan membiarkan hati dan perasaan lebih terbuka memulakan sesuatu yang baru dan tinggalkan yang lama sebagai suatu bentuk pengajaran

Dan aku sejujurnya melihat apakah yang aku mahukan dalam hidup yang sementara ini. Adakah mahu terus berduka dan mengingati kisah silam yang entah apa rasa dan perisa. Ada yang manis tentunya, dan yang pahit serta tawar juga penuh berwarna. Tapi tidak ada suatu pun yang menghalang aku daripada terus hidup dengan ceria dan memilih untuk mencari apa itu bahagia.

Diam.
Tunduk membisu dan teruskan pembacaan satu persatu. Anak yang keletah bercakap, kuat ketawa dan senang senyum ketap gigi tanpa meluahkan bicara sudah semakin senak pemikirannya. Mahu menjadi yang terbaik memang susah dan sukar perjalanannya. Tapi anak itu tahu, dengan menulikan telinga dengan segala tohmahan dunia, dia pasti mampu mengatasi segala. Usikan nakal, telahan gila dan makian cerca sudah lama dia hadam walaupun tekaknya luka. Lidah kelu tetapi jari gemuknya masih mahu menuntaskan bicara. Beku dan sayu.

Duduk berbual dengan seorang rakan sekerja sepanjang petang semakin membuka mata tentang perjalanan hidup sekarang. Ketawa riang dengan melemparkan segala kekusutan ke dalam naluri paling dalam sebenarnya lebih banyak menjadikan diri mampu berdiri hari ini. Setakat telahan manusia yang langsung tidak menyelami apakah makna yang terselindung disebalik aksara beku yang dipaparkan buat dunia, sekali lagi, lantangnya tulisan dan bicara sarkastik hanya mampu diterjemahkan bila dia punya sengihan yang menafsirkan celakanya dunia.

http://s0.i1.picplzthumbs.com/upload/img/c9/31/a2/c931a25483743b9b4d8fb3f2682e4f1f44d7a57e_wmeg_00001.jpg
Keluarga bahagia. Emak, anak dan bapa. Eh. Ini keluarga kesayangan aku. Mereka salah satu sebab mengapa aku rasakan hidup ini amat bermakna.

Senyum sinis.
Istilah sombong, bangga diri dan bongkak pernah dilemparkan sehingga manusia beku ini termangu. Tidur malam sudah jadi tidak menentu apabila memikirkan betapa manusia yang tidak mengenali dan menyelami kiasan hidup sewenangnya melahirkan rasa hati bagaikan kentut di muka sendiri. Ah! Untuk apa meninggi diri sedangkan hidup ini ternyata hanya sementara dan diri beku ini bukan sesiapa di dunia. Tiada yang mengenali bahkan terperuk sahaja membaca satu demi satu benda kaku yang dilayangkan menggunakan teknologi. Indah manusia menjadikan kehidupan ini suatu tempat yang membuang taman permainan dari senarai tempat kegemaran.

Harapan.
Kadangkala ianya kosong dan perlu diisi dengan berhemah agar apa yang dikeluarkan tidak pernah akan membebankan. Kesakitan juga dapat dihindarkan. Bahkan, diri pasti akan penuh dengan senyuman. Walaupun ramai yang akan mencebik dan menolak sebuah impian, siapalah mereka untuk menafikan hak kita dalam kehidupan? Bahkan kita seorang insan. Binatang juga punya hak, apatah lagi kita yang bukan haiwan. Ah, menyelam dan berenang sambil ketawa riang dalam lamunan.

Setiap daripada manusia yang melalui kekecewaan dan mainan perasaan pastilah pernah terlintas mahu memutarkan masa dan kembali kepada saat mereka memulakan sesuatu yang indah tetapi berakhir dengan kisah celaka yang lebih mengundang air mata dan kata-kata kesat semata. Mungkin tidak diluahkan kepada si pembuat onar, tetapi dalam imaginasi liar dan marah, bayangan pembunuhan tanpa ditangkap menjadi wayang hampir setiap malam apabila cinta yang dipertahankan musnah di tangan manusia lain ataupun si dia yang dipuja sepenuh jiwa.

Satu demi satu babak yang dibayangkan muncul di kaca mata.
Bagaimana segalanya dilakukan dengan terperinci, disusun bagaikan mengarahkan sebuah filem seram berdurasi satu setengah jam. Sempurna tanpa satu cacat cela dengan watak utamanya hanya berdua dan pengakhiran yang nyata, pengkhianat akan mati di tangan pencerita walaupun entah berapa kali jalan cerita berubah. Pastinya, mati itu adalah tujuan walaupun hakikatnya bangun dan menangis mengenangkan betapa celakanya manusia yang mengkhianati sesuatu yang indah dan dirai.

Tetapi, itu kalau kita di pihak yang merasai kegagalan yang amat sangat.
Kita di sebelah tembok yang menahan kesakitan bagaikan ditembak.
Kita di bahagian yang menadah diri dengan tikaman bertubi kenyataan kejam.
Itu kalau kita di situ.
Tetapi bagaimana di pihak yang mungkin merasa kesal akan perbuatan mereka?

http://s0.i1.picplzthumbs.com/upload/img/18/dc/d7/18dcd76e87feefea0c6210a602c260d142af90e7_wmeg_00001.jpg
25 September 2011 - Mula semula mencari sesuatu yang lebih baik dalam diri. Apakah mampu memasuki dunia baru dengan senang hati ataupun berhati-hati?


Dan itu antara penyebab mengapa aku memilih untuk terus kekal gembira. Untuk terus ukir wajah ceria.Kerana aku tahu aku berhak memilih yang terbaik dalam hidup aku sendiri. Cukup sudah memberikan terlampau banyak untuk orang lain sehingga diri sendiri tidak mengenal erti gembira yang sebenar.

Doa kuat-kuat agar esok bawa bahagia.
Bisik pada telinga moga mentari kekal bercahaya.

Nota Kaki :
1. Maaf kalau ada yang tidak senang dengan gambar kali ini.
2. Tahukah kamu bahawa sesuatu benda itu boleh disangkal mudah oleh minda tetapi kedegilan hati terhadap sesuatu perkara ibarat mencungkil kotoran degil dicelah sisip kaca makmal?

Zara : Ketawa riang aku mahu kamu renggut. Ini bukan padang ragut yang penuh dengan haiwan berjanggut, ini bukan ladang ternakan yang penuh dengan rumput, ini sebuah hati yang sedang mereput.

Saturday, October 02, 2010

Setahun Berlalu Tanpa Disedari - Masih Banyak Yang Kekal Di Hati Walaupun Jauh Dari Capaian Jari.


17 Ogos 2009
Itu tarikh konvokesyen aku.
Banyak yang ditinggalkan setelah setahun berlalu.


Aku.
Secangkir kopi dan kamera serta jubah konvokesyen.


Dwen.
Adik lelaki merangkap tukang ambil gambar.
(InsyaALLAH, tahun depan aku akan berusaha sedaya upaya mengosongkan jadual menghadiri majlis konvokesyen dia)


Sudah lebih setahun tidak berjumpa mereka.
Kawan keluar makan tengah hari- minum kopi - makan malam.
Vinod, Ady, Zara dan Ramesh.

Itu semua cerita setahun yang lepas.
Tahun ini pula, 28 September 2010 : junior-junior aku yang sebaya menghadiri konokesyen mereka pula. Maaf yang teramat sangat dipinta kerana tidak dapat menghadiri majlis graduasi mereka yang tentunya hebat dan gilang gemilang. Lebih baik daripada aku tentunya. 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs718.snc4/63837_1403455970868_1366426016_30980875_1622371_n.jpg
5 orang dalam gambar ini baik dengan aku dan pakai pingat tergantung di leher.
 Kenapa aku rasa junior lelaki ada kurang seorang?
Ada tujuh orang ke lapan ya?
=__=

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs698.snc4/63837_1403455810864_1366426016_30980871_5207407_n.jpg
 Kiri ke Kanan : Man, Ritz dan Azlie (Junior-junior yang sangat baik dengan aku)
Gambar pinjam dari Mukabuku Azlie Aziz.

Tahniah buat junior-junior aku. Yang baik dan selalu pinjam nota dengan aku, maaf kalau ada kekurangan. Bangga aku lihat kamu semua mengalung pingat di leher masing-masing, tanda keputusan akhir adalah cemerlang dan gemilang. Bagi yang memilih untuk meneruskan perjuangan menjadi seorang guru, moga yang terbaik milik kalian. Yang memilih untuk meneruskan belajar atau menjadi pensyarah-pensyarah muda, selamat juga buat kamu semua.

Buat kawan-kawan lain yang menghadiri konvokesyen, tahniah pada kamu semua juga!

Nota Kaki :
1.Sedang mengarang 'review' untuk sesuatu.
2. Kenapa junior-junior yang aku tulis adalah lelaki? Sebab mereka yang rapat dengan aku.

Zara : Masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran setelah menolak tawaran sarjana sebanyak 3 kali. Tunggulah masa yang sesuai nanti.

Monday, August 30, 2010

Ramadhan #20 : Apa Erti Merdeka Bagi Kita Semua? Kesinambungan Lagu Dan Tautan Buku Sejarah?


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Sana sini orang melaung Merdeka sambil menjual bendera.
Hujung sana orang menjerit-jerit sambil kibarkan bendera.
Hujung sini, penjual memperdagangkan pelbagai lagi cenderamata sempena Merdeka.

Itu sahajakah erti merdeka?
Anak-anak muda keluar berjanji dengan pasangan mahu lihat bunga api bersama.
Mahu menonton persembahan penuh ceria.
Mengira bilangan cahaya limpah di lantai tarian berwarna.
Menogok minuman sambil laga-laga gelas dan kepala.

Adakah merdeka itu maksudnya terbang bebas seperti burung?


Dia ini meraikan hari konvokesyen. Maafkan beliau dengan aksi ini yang menjadikan semua junior mahu meniru. -_-" Dan ini dikira sebagai suatu peristiwa bersejarah. Maksud aku, istiadat konvokesyen, bukan aksi lompatan.

Adakah merdeka itu hanya bebas daripada penjajah sahaja?
Tentu sekali tidak.
Jumud kalau yang menyatakan bebas dan merdeka itu hanya bebas daripada penjajah.
Pasti ada silap di mana-mana sewaktu dia belajar Sejarah.

Dan, kenapa kita belajar Sejarah?
Adakah disebabkan kita disogokkan dengan lagu patriotik berunsurkan Kemerdekaan sepanjang masa?
Ah, aku sukakan lagu patriotik dan aku juga cintakan Sejarah.
Tetapi mengapa kita melalui segalanya?

Ini tanah kita dilahirkan.
Ini tanah kita dibesarkan.
Ini tanah kita mencari ilmu, memburu impian.
Ini tanah kita mencari rezeki, memperjuangkan kelangsungan sebuah kehidupan.
Dan ini juga mungkin tanah di mana kita akan disemadikan.

Dan Merdeka daripada anasir luar adalah salah satu yang perlu dijaga.
Bukan setakat fizikal, tetapi pemikiran juga.
Nah, aku tidak menuding jari ke arah sesiapa.
Dan aku juga tidak akan jumud menilai justifikasi manusia.
Semua ada akal, semua boleh fikir, tapi adakah akarnya sama?

Jadi, apakah merdeka bagi anda semua?
Adakah merdeka bila tiba 31 Ogos sahaja?
Adakah merdeka apabila nyanyian patriotik berkumandang tiada henti juga?
Ataupun merdeka disebabkan bercuti, maka tidak perlu ke sekolah ataupun kerja?

Dan aku tinggalkan tapak kaki di salah satu tempat percutian di Malaysia.
Menikmati saat bahagia bersama keluarga.

Zara : Terima kasih kerana sudi membaca nukilan cerpen aku wahai teman semua. Pautannya ada aku letakkan di bahagian kanan blog. Maaf kalau tidak sempurna ataupun sebaik mana.



Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan #07 - Setahun Telah Berlalu Namun Kenangan Tetap Utuh Bertopeng Muka H1N1


Salam.
Hari ini 17 Ogos 2010.
Dan setahun yang lepas, 17 Ogos 2009, adalah saat aku meraikan majlis graduasi aku daripada universiti tercinta yang melihatkan aku menganggap tempat tersebut adalah sebagai rumah kedua. Setelah empat tahun bergelumang dengan suka dan duka menjadi seorang pelajar di Kampus Selatan, tahun lepas, pada tarikh ini, aku melangkah masuk ke dewan istiadat bersama rakan-rakan seperjuangan. Penat lelah dan usaha berbayar dengan melihat senyuman keluarga.


Majlis graduasi penuh sejarah dengan graduan beratur memakai topeng muka dan para Senat serta pensyarah dan semua yang menghadiri majlis diwajibkan memakai topeng muka disebabkan wabak H1N1 sedang menular dengan hebatnya waktu itu. 


Ada mereka-mereka ini yang memahami ketagihan aku pada kopi.
Vinod, Ady, Zara dan Ramesh.
Bila agaknya kali terakhir aku menemui mereka? Setahun yang lepas pastinya. Alahai.


Antara gambar gila yang diambil semasa majlis konvokesyen aku. Terima kasih kepada adik lelaki tersayang yang sedang dalam tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang sudi menjadikan aku sebagai bahan eksperimen.


Oh, ini jurugambarnya. Tengok kulit pun tahu memang bukan adik lelaki betul.
Senyum. Moga aku akan dapat menghadiri majlis graduasi dia nanti. Dwen, mesti jemput Kak Zara tahu?

Setahun yang lepas, aku masih lagi anak yang naif. Memandang langit dengan senyap dan menggantungkan mimpi setinggi angkasa disertakan doa agar apa yang aku sulamkan di dalam cita-cita selama ini terlaksana. Pernah aku tertanya, adakah ini jalan terbaik buat aku setelah berhempas pulas mahu mencapai mimpi yang pernah kelihatan kabur gambarannya. Kerana aku tahu, aku hanya mampu buat dua perkara. Belajar dan mengajar.

Alhamdulillah.
Aku kini menelusuri jalan yang bersesuaian dengan jiwa. Walaupun cinta aku pada Kimia masih kekal di jiwa, aku masih mampu menghirup sedikit cahaya daripada hati yang membara. Melihat apa yang aku tinggalkan untuk mencapai kehendak diri, aku bersyukur kerana aku mendengar apa yang disantakkan di telinga aku sebelum ini.

Sedikit catatan daripada pensyarah aku mengenai aku.
Beliau merupakan antara pensyarah yang aku suka dengan sepenuh hati dan aku menggunakan cara pengajarannya di dalam proses pengajaran aku kini. Antara model dan rujukan terbaik serta sangat rapat dengan apa realiti kehidupan itu sendiri. Ya, dia mengajar aku Psikologi. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Durham.

Berikut adalah perbualan dia dengan aku pada bulan Mei yang lepas.

Dia : 
kenapa memilih bidang pendidikan?... errmm... apa jawapan anda? hahahaha... dulu saya ada tanya ke soalan ni pada awak dalam kelas?

Aku : 
hahaha.
takde kot?
sebab kita bahagian psikologi.
but seriously, your class is really FUN!
tak pernah stress and I admit that, you're one of the lecturers that become my role model in teaching.

Dia :
hahahaha... ye la tu... esok nak jawap apa nanti?... jawap je la apa yg patut ... apa pun just be urself... saya pernah bual2 pasal awak dengan geng dengan cik narina... we have the same feeling about you guys... we do agree that u are amon...g the rarest students with such passion in teaching... ingat lagi tanya Jenny.. apa pasal pakai heels ke kelas, dia kata nak berlatih pakai heels masa mengajar nanti... she was in 1st year yet has the thought of acting like a real teacher... I never think myself as a teacher... I want to be the one who in my own way make some sense in others... hahahaha... u pula, i always remember selalu pakai kasut yg tak padan dengan baju kurung... you remind me of myself yg langsung tak ada fashion sense yet we are passionated with what we do... 

Aku :
hahaha~
i always like that.
fashion sense memang ada lack but then, passion itu paling penting. seriously, you make me happy in your class. small rewards like chocolate etc motivated me as well. how you react with us, boleh duduk, bual sama2,... it's just open my eyes pada something baru dalam teaching.
wee~
you cool what?

Dia :
I have memorable experience with my mentor.. I learn a lot from him during those informal conversation that we had.... after all learning is not just what is being discussed inside a classroom... it is more than that... btw, all the best for ur interview tomorrow... 

Dan, apa yang dia tulis Jumaat minggu lepas, sangat membuatkan aku terharu walaupun aku tidak menyatakan secara langsung kepada dia. 

Dia :
saya baca thesis miss narina.... ada tulis pasal u, ramesh and midah... dia tak ada la guna nama betul... unless u beritau dia suruh retain ur name... glamour gitu... hahahhaha... i really impress with her thesis n its content.. thanks to u guys that inspire us to do our research at this level... without u guys, we wont be doing what we are doing right now... :D

Aku:
Salam Miss.
Kat mana boleh baca tu? Nak baca juga! :)
Personally I don't think that I do inspired U guys, but U guys inspired me a lot. When I'm down sometimes, tried to figure out what I can do as a teacher (to be a great teacher), I'll do w...hatever that I experienced with Ms Narina & U.

I still remember when I was in 1st year - she calmed me down in class. (I was still totally kepala angin on that time). I'm using the same method when my students created some scenes in class tho.

And, I need to admit that I learned a lot from U as well. Psychology do helped me a lot when it comes to reality. Life is not like in the book right? But then, the way U taught me humanity aspects, I do appreciate it (adore U as well). U never let the spirit die when it comes to learning process, it's the most important thing I guess.

Thanks a lot to U, Ms Narina & all the lecturers.

Dia :
dia tak submit lagi tapi dia kasi saya baca sebelum dia hantar nanti minggu depan... hehehehe... bila baca tu, ternampak la sikit pasal korang bertiga... well, u are among the rarest one... tapi masa saya ajar awak dulu, saya garang kan?.. hahahah.. mestilah kena tunjuk strict... kalau tak student mungkin ambil lewa je ... saya masa tu first sem ajar... memang kurang pengalaman... dapat ur group is a blessing indeed... :D 

Aku :
Bukan garang, tapi strict (I do love practice that style in the class)
hahaha. tapi strict dengan humor sense adalah bagus dan sangat disukai. bila masa bagi reward, yes, reward. bila masa kena fully attention, yes, dapat gak. :) 

Dan itu, apa yang menjadikan aku sebagai aku hari ini.
Manusia beku yang menjalani kehidupan yang sangat menggembirakan di saat ada mata-mata yang memandang rendah kepada diri ini.

Zara : Tahniah kepada semua rakan-rakan yang sedang melanjutkan pelajaran saat ini.


Wednesday, July 28, 2010

Bila Artis Bernama Ariff Shah Menulis Tentang H1N1, Aku Juga Mahu Berkongsi Pengalaman Peribadi.


Salam semua.
Terdapat banyak komentar yang aku terima mengenai tulisan aku tentang perokok di bawah. Terima kasih diucapkan kepada yang berkongsi pendapat dan hampir kesemuanya sudah aku siarkan kecuali dari orang yang tiada akal. Ketawa.

Tajuk itu juga menjadi isu yang telah mendapat perhatian di Mukabuku aku, pendapat dari kenalan yang aku hormati. Ah, nasib baik tiada pertikaman kata-kata yang berlaku dan Alhamdulillah, semuanya terkawal. Perlu diingatkan bahawa aku tidak memandang rendah orang yang merokok disebabkan ada saudara mara  serta rakan aku yang juga perokok. Cuma, kalau merokok, perlulah mengambil kira pandangan orang sekeliling. Itu sudah lebih cukup buat aku, bila orang yang mahu merokok, mengambil tempat yang sesuai. Senyum.

Baiklah. Tadi aku ada menerima soalan di Borang Spring, daripada seorang yang tidak dikenali mahu aku meletakkan gambar konvokesyen aku yang aku simpan kemas di dalam album di Mukabuku. Ya, walaupun aku letak pautan itu di blog Ariff Shah, memang hanya kawan sahaja yang boleh melihat gambar tersebut. Oh, atas beberapa perkara yang berlaku sebelum ini, memang aku sangat perlu berhati-hati.

Ariff Shah menulis tentang pengalaman dia menjadi salah seorang yang disyaki menghidapi H1N1. Aku bukanlah menjadi orang yang disyaki tetapi H1N1 gelombang pertama yang melanda Malaysia tahun lepas sedikit sebanyak membawa tekanan mental (macam berat kan?) kepada aku. Oh, aku berikan kalian peluang menatap gambar yang aku tidak pernah letak di blog sebelum ini. Eksklusif.


17 Ogos 2009
Gambar ketika menerima ijazah.


Ya, kasut itu tiga inci. Memang serba ungu aku.

Dari dua gambar di atas, apakah yang anda dapat simpulkan tentang apa yang aku sampaikan tentang perkaitan pengalaman H1N1? Sila lihat gambar di atas dan perhatikan figura-figura yang menjadi latar belakang di dalam kedua-dua gambar yang mahal harganya ini (sebab ditempah untuk diambil). Ya, hampir kesemua figura yang menjadi latar belakang itu memakai topeng muka.

Konvokesyen aku adalah konvokesyen yang mencatat sejarah apabila kesemua graduan berarak masuk dengan memakai topeng tersebut. Sebelum melangkah masuk, semua graduan memakai topeng tersebut dan penyembur tangan disediakan oleh petugas. Memang konvokesyen yang telah menyaksikan dalam lipatan sejarah - wabak penyakit sedang menular.

Ini beberapa hari sebelum hari konvokesyen aku.
Bersedia untuk ke sesi penggambaran bersama teman wanita.
Lokasi adalah di Kampus Selatan juga.

Tidak mahu berbicara banyak. Buat yang bertanyakan soalan tersebut, harap aku sudah berjaya menjawabnya. Oh, kalau ada persoalan kenapa aku panggil Ariff Shah sebagai artis, sila ke blog dia wahai pembaca ku sekalian. Dan ya, aku sudah mengambil suntikan pencegahan vaksin H1N1 dalam dua atau tiga bulan lepas. Moga kita semua terhindar daripada penyakit yang berbahaya. 

Nota Kaki :
1. Sedang berusaha menyiapkan Legasi Cinta Alisia Bab 33 walaupun sudah empat hari selsema. Pening.
2. Cubaan pertama untuk memasak bakso sebagai menu berbuka tadi gagal, maka aku terus mengubah kuah tersebut kepada sup bebola daging. Oh, enaknya bebola daging. Senyum.

Zara : Dan aku sejujurnya hanya mahu ketawa apbila melihatkan unsur-unsur kejatuhan sesuatu dinasti atau kerajaan suatu ketika dahulu sentiasa berulang kembali. Manusia memang tidak pernah belajar daripada sejarah bukan? Hasad dengki dan fitnah itu adalah mengapa kemuncak kejayaan itu punah selalunya.


Saturday, July 03, 2010

2 Julai 2010 : Ulang Tahun Ke- 5 Cinta Walaupun Sudah Terpisah Sejak Setahun. Bersatu Kembali?


2 Julai 2010
Genap lima tahun cinta pertama dapat bersatu secara rasmi. Kegembiraan yang dikecapi pada 2 Julai 2005 masih dirasai sehingga kini. Kali pertama bersalam dengan dia membuatkan hati diulit kegembiraan yang hakiki. Bayangkan, menyulam cinta dari tahun 2003, akhirnya dapat juga bersatu pada tahun 2005. Berapa lama cinta disemai untuk disatukan?

2003
Kali pertama mengenali dia, mula timbul rasa sayang setelah melihat ciri-cirinya yang terbaik. Entah bagaimana, mimpi untuk bersama yang lain terhindar dengan tiba-tiba. Pulang ke rumah selepas melihat gambaran dia, tiada lagi carta mereka yang mahu bersama. Semua ditanggalkan dan dia, ditampal penuh megah di sebelah bahagian paling bermakna di dalam kamar ketika itu. Tempat yang akan sentiasa dipandang setiap kali baring di dalam bilik empat persegi ini.

2005
Penghujung Jun 2005, selepas pulang dari menunaikan umrah bersama keluarga, Alhamdulillah, lamaran dari dia aku terima. Tersenyum lebar dan sujud syukur buat Maha Pencipta atas kemurahan rezeki yang diberikan kepada aku. Dia melamar dan memberikan aku masa seminggu untuk membuat keputusan, sama ada kami dapat bersama atau tidak. Ah, kalau sudah lama mengimpikan dia, tidak mungkin aku akan berkata tidak bukan?

2 Julai 2005
Secara rasminya aku menjadi milik dia. Ikrar aku kepada dia, kami akan bersama hingga ke penghujungnya. Janji yang diikat demi kesenangan aku di hari tua, masa depan yang terbina. Mulai saat itu, kasih sayang dan cinta kami utuh tersimpul rapi. Selain Teratak Keluarga, bersama dia merupakan tempat aku rasakan rumah kedua. Sentiasa, cinta penuh makna.

2 Julai 2006
Menyambut ulang tahun cinta buat kali pertama. Aku berdiri di hadapan dia sambil tersenyum penuh bangga. Memiliki dia dan kekal bertahan selepas setahun adalah sesuatu yang tidak diduga. Setahun penuh cabaran dilalui bersama, aku mengerti kini, bagaimana untuk hidup lebih tenang bersama dia. Ujian datang satu persatu dan aku perlu kuat demi untuk terus bersama dia.

2 Julai 2007
Tahun cinta buat kali kedua. Kali ini aku tidak dapat bersama dia. Tuntutan tugas menjadikan ia hari pertama aku menjalani latihan mengajar di sebuah sekolah menengah di daerah kelahiran. Betapa menunggu saat untuk bertemu dengannya menjadi satu bentuk penyeksaan yang nyata? Setiap hari, aku tanamkan dalam diri, pekerjaan aku tidak akan membuatkan aku lupa akan dia. Setiap pagi, ada sebuah lagu yang akan aku dendangkan demi mengingati cinta kami berdua. Ah, nanar aku hampir lima bulan tidak bertemu dia saat itu. 

2 Julai 2008
Kali ketiga yang penuh makna. Kehidupan kami menjadi semakin ceria dengan hakikat perjalanan aku hampir sampai kemuncak. Dekatnya cinta kami bagai tidak dapat dipisahkan oleh sesiapa. Ada sahaja yang membuatkan aku rasa terlalu dekat dengan dia. Setiap masa dihabiskan dengan dia dan aku mula culas pulang ke Teratak Keluarga. Ah, saat itu kami habiskan waktu demi kebahagiaan aku, dan pulang ke Teratak Keluarga tidak sekerap dahulu. Ah, mereka mengerti mengapa aku begitu.


Ini antara hidangan yang sering disajikan tatkala kami bersama.

2 Julai 2009
Empat tahun memadu kasih. Kali ini juga aku sudah jauh dari dia. Sepatutnya hari ini aku mengikat semula cinta kami untuk ke peringkat seterusnya, tetapi akibat kekurangan diri serta tidak mendapat sokongan dari keluarga, aku menghabiskan masa di rumah. Menangis sendirian mengenangkan cinta kami yang seakan musnah dalam masa terdekat ini. Tapi aku mengerti sesuatu, kami bakal bertemu pada hari bersejarah aku.

17 Ogos 2009
Berdiri tegak penuh megah menyanyikan lagu yang aku suka saat kali pertama aku mengenali dia. Aku pandang dan tegakkan dada penuh megah. Percintaan kami tiba di kemuncaknya. Setelah empat tahun bersama, empat tahun menyulam suka dan duka, akhirnya perjalanan aku berhenti buat sementara. Buat kali pertama, permintaan dia aku tolak dengan penuh air mata. Tetapi aku tahu, keluarga bangga dan aku sendiri penuh ceria.


Bukti cinta kami berada di dalam album itu.

2 Julai 2010
Aku secara rasminya telah menolak 3 kali permintaan dia untuk kembali bersama. Bukan aku tidak sudi, cuma ada sesuatu yang perlu aku pentingkan buat masa ini. Pekerjaan aku, tugasan hakiki aku. Itu yang lebih utama dan aku tahu dan berazam, setelah saat itu tiba, aku akan pulang ke pangkuan dia. Walaupun ia bakal mengambil masa, tetapi demi cinta aku pada ilmu dan dia, aku mahu kembali menikmati saat bahagia.

Kalian, doakan aku kuat dan terus kuat ya? Aku memang sangat mencintai dia. Ya, dia sebuah tempat yang aku sentiasa gelar sebagai Kampus Selatan. Tempat aku menuntut ilmu dan menyemai cinta untuk membina kerjaya sebagai guru. Ah, sayangnya aku kepada institusi itu kerana aku sentiasa percaya akan apa yang digariskan oleh motonya. Kerana Tuhan Untuk Manusia.

UTM, Sanjungan Bangsa.

Nota Kaki :
1. Cuaca sejuk sepanjang hari. Asyik sehingga aku tidak punya ilham menulis.
2. Kurang sihat ditambah dengan ceramah tidak berlesen dari Abah, buat aku semakin tenat. Ketawa.
3. Belum sampai separuh aku menulis Legasi Cinta Alisia Bab 29.

Zara : Sedang mendendangkan lagu-lagu dari drama-drama Korea yang aku suka. Oh, malam ini perlu menghadiri kenduri lagi aku rasa. Ah, pergi sahaja tolong apa yang perlu Zara. Namanya hidup bermasyarakat, jangan culas.

Saturday, May 29, 2010

Obsesi Diri Itu Kadangkala Perlu Dalam Meneruskan Kelangsungan Hidup | Telur Coklat Dalam Kenangan


Salam semua.
Terima kasih pada yang memberikan respon baik dalam penulisan ini.
Walaupun nampaknya kalian lebih suka menulis di Twitter dari memberikan ulasan, aku sudah cukup gembira. Sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang membaca dan menghulurkan salam perkenalan buat aku.


Bila manusia ini obsesi pada diri sendiri, dia hanya tahu senyuman sahaja bisa buat dia kuat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Noktah.

Obsesi diri.
Aku adalah manusia yang sedaya upaya mahu percaya pada diri sendiri dalam kadar yang tinggi. Jujurnya, aku kadangkala melukakan segumpal darah yang berada dalam tubuh asalkan aku lihat senyum tawa manusia di sekeliling aku. Ramai yang menyatakan, sayanglah diri sendiri, jagalah perasaan sendiri, dan aku hanya tersenyum. Kalau aku tidak sayang diri sendiri, apakah aku obses begini?

Penulisan walaupun sekadar karya picisan.
Aku menulis. Mengarang cerita dan naskah aku sendiri. Membaca dan melampiaskan nafsu aku pada sastera pada pandangan aku. Perspektif aku sendiri dalam mencari diri yang mungkin tenggelam dalam kesibukan mengejar arus duniawi. Ah, kesakitan dalam menempuh perjalanan buatkan aku menghargai diri lebih dari apa yang orang lain boleh beri.

Ada seorang teman menyatakan kepada aku. 
"Zara, kamu adalah manusia obsesi pada diri sendiri. Kamu menulis dan berkarya serta tidak menghiraukan kalau punya pembaca atau tidak. Kamu tidak peduli dan masih terus menulis"
Dan, aku setuju dengan dia.
Aku tetap menulis dan teruskan sahaja usaha walaupun mungkin tiada yang membaca.
Kerana apa?
Itu jiwa.

Tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Semua benda ada hadnya.
Begitu juga aku.
Begitu juga kamu.
Begitu juga mereka semua di luar sana.

Secebis kenangan.
Aku kurang sihat untuk ke majlis perkahwinan sebentar tadi. Maka aku berehat sahaja di rumah dan enggan menjamah walaupun sebutir rezeki. Entah mengapa, selera aku telah direnggut pergi. Tolak makanan masuk ke mulut tetapi yang keluar semula tanpa dapat aku kawal lagi. 

Biarkan, aku hanya merenung sepi. Mengambil keputusan untuk kembali ketagih kepada bahan terlarang sebentar tadi. 
Biarkan, hanya sekali ini. Aku sudah tiada daya lagi.
Ah, ini angkara obsesi juga.

Ternampak apa yang Bonda dapat di rumah pengantin buatkan aku teringatkan teman wanita yang sedang menunggu saat melahirkan. Ah, tergambar dalam fikiran kenangan kami bersama satu ketika dahulu menyulam bahagia berdua tanpa ada batasannya.

*******

Aku keluar dengan B.
Beli barang keperluan dia.
B bercakap banyak hari itu, meluahkan kegeraman dia disebabkan aku bergambar dengan beberapa lelaki yang dia agak tidak senangi. Aku faham apa yang dia rasa.
Maaf B, aku janji lain kali aku tidak buat begitu lagi.
Senyum ya B?
B menghampiri satu kedai berhampiran.

"Makcik, nak telur coklat itu 4 biji"

Aku : Kau panggil telur apa B?
B : Telur coklat.
Aku : Dia ada nama sendirilah. Telur pindang.
B : Tak kisahlah, telur kan ada macam-macam warna. Ada warna hitam, warna putih, kuning.
Aku : Telur hitam? Telur cerita dalam TV ke?
B : Bukan. Telur ni istimewa. Dia berubah 3 kali.
Aku : Telur apa?
B : Telur masin. Mula-mula putih, pastu hitam, pastu putih semula.
Aku : Aku belasah kat sini nanti.
B ketawa dengan gembira.
Aku gembira B lupa isu aku bersama dengan rakan-rakan lain.
Aku hanya mahu senyuman B.
Kami berlalu pergi sambil B membawa plastik 'telur coklat' dia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3t_uM6weYfE-qx9FFZXX7u_gSiVZNpQliX60qkZ4brx3tIjXzYoBFSJmMFX36WGyZgX7O2yV7ypH4Nisivm1xkJ_lApXCfYV81DrD8Es7OKOka_0S_U5Dx0k3uBdSzdqfUZskhUm80Xfs/s400/Step+By+Step+837.jpg

Ah, kenangan memang indah dan mengasyikkan.
Membuatkan aku terlupa betapa aku sudah lama meninggalkan zaman begitu.

Nota Kaki :
1. Makan ubat dengan minuman berkarbonat.
2. Tidur dalam kesakitan diganggu oleh panggilan telefon syarikat telekomunikasi.
3. Otak aku bertambah berat.
4. Empunya Marga muncul dan sudah keluar, ada urusan barangkali.
5. Terbaring di ranjang biru sendiri.

Zara : Merindui percikan tinta kalam sendiri. Aku belum memulakan penulisan lagi. Ah, sarat dengan sesuatu yang aku sendiri heret dalam setiap langkah.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

Wednesday, May 26, 2010

Kepala Blog Kelakar Gila Dan Macam Tidak Betul - Itu Memang Gambar Konvokesyen Aku


Salam semua.
Baru tiba di rumah.
Oh, terima kasih pada mereka-mereka yang melayan karenah aku yang bosan tadi.

Taklimat panjang lebar, berbelit dan HPV hanya muncul di hujung.
Aku yang selalunya sangat patuh dan taat mendengar ceramah sangat pelik dengan penceramah yang berbelit bercerita tentang perkara lain sebelum akhirnya bercakap juga tentang inti pati kenapa kami semua dari 5 daerah dihimpunkan di situ. Dan aku, seperti selalunya aku memang akan menulis apa sahaja yang dibentangkan di dalam taklimat atau ceramah. Takut juga kalau ditanya oleh Pengetua, atau membuat laporan ringkas nanti jika tiada isi. Segala bahan yang diberi aku fahamkan walaupun ada yang menyimpang dari tujuan sebenar dipanggil ke sana. Tidak mengapa, belajar sahaja.

Kesimpulannya, aku ada dapat maklumat yang aku mahu. Nasib baik. Kalau tidak?

Borang Spring kadangkala meriah terlampau.
Bila kita memberikan kelonggaran kepada semua orang, kadangkala ada yang menggemari apa yang kita lakukan. Tetapi, bak kata orang tua-tua, dalam setandan pisang pun tidak semua elok, apatah lagi manusia kan? Jadi, pendekatan aku senang, kalau terlalu buruk, maka simpan dan ketawa seorang diri sahaja. Kalau tidak, boleh gila dengan telatah orang yang sibuk menghentam aku yang terlampau biasa ini.

Kepala blog aku kelakar gila dan macam tidak betul.
Oh, aku menerima soalan begitu tadi di Borang Spring dan aku masih ketawa terbahak-bahak saat ini. Sekejap, aku mahu letakkan soalan asal di sini. Seperti biasa, orang yang bertanya lupa untuk meletakkan pengenalan diri. Sengaja mahu hiburkan hati aku agaknya.
Eh, kenapa header kau cam kelakar gila? Tu gambar konvo ke? Kenapa cam tak betul je? Orang lain pun konvo jugak lah. 
Sesungguhnya gambar konvokesyen aku boleh dibilang berapa yang berdiri tegak macam orang mahu menyanyi lagu kebangsaan. Kalau terlampau bersopan, itu pasti gambar bersama keluarga atau teman-teman di kawasan yang punya terlampau ramai orang. Yang lain?


Terbang tinggi.
Sesi bergambar peribadi bersama dengan seorang adik.


Oh, ini pernah jadi poster pertandingan satu ketika dahulu.


Ini sekadar suka-suka tatkala bersama teman.


Eh, ini ada aku guna untuk penulisan sebelum ini. Sudah lupa yang mana.

Oh, ada lagi banyak sebenarnya. Pelbagai gaya. Pelbagai cara. Maka, tidaklah perlu terkejut melihat kepala blog aku yang kelihatan sungguh menggembirakan itu. Bukankah senyuman itu pemanis wajah yang paling ampuh? Kalau ada sahaja yang melayan telatah aku yang gila bergambar walaupun sekadar suka-suka, aku sudah lebih dari gembira untuk memberikan aksi yang aku bahagia. Eh? Ketawa.

Nota Kaki :
1. Sedang berguling gembira.
2. Sedang tersenyum dan mahu ketawa.
3. Empunya Marga muncul tadi.
4. Sedang menyiapkan Legasi Cinta Alisia dan Runut Irama Jiwa Kita secara berperingkat.
5. Tidak sabar mahu ke sekolah esok.

Zara : Bila aku mencoretkan puisi, bukan bermakna aku seorang yang mahu meninggi diri. Aku cuma melampiaskan rasa hati. Maka, kalau kau benci, kau boleh pergi. Kerana hatiku hanya mahu berkongsi. Sesuatu yang lahir dari jiwa aku yang mempunyai badan berisi.

Sunday, March 21, 2010

Adrenalin - Faizal Tahir. Jangan Salahkan Mereka. Jangan Salahkan Aku. Itu Cuma Inspirasi Memori.


Salam semua.
Alhamdulillah, bab 6 sudah selesai.
Otak sudah tidak bermaya, macam mahu berkecai.

Aku menikmati lagu-lagu dendangan Faizal Tahir dalam album Adrenalin.
Sekurang-kurangnya otak aku tidak berpilin.

Bila mahu memilih watak dalam bab ini, aku kekontangan ilham dalam memberi nama.
Itu memang kelemahan aku.
Sila maafkan diri ini.
Menangis sendiri.
Tapi, bila mengenangkan mereka yang aku simpan dalam memori.
Buatkan aku bangkit kembali.


 Kiri ke Kanan : Fariz K, Ady M, Zara, Dwen  LLHS, Yussairi K.
Nama-nama yang telah muncul dalam Bab 05 dan bakal muncul dalam Bab 6.


Andrew LMY - ada juga pinjam nama dia.
Maaf ya Kekasih Gelap Yang Cerah.
Ketawa.

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs185.snc1/6180_255987480542_885375542_8459183_6701667_n.jpg
Kiri ke Kanan : Vinod R, Ady M, Zara, Ramesh KM
Ada pinjam juga nama mereka.

Ada yang bertanya, kenapa aku banyak meminjam nama lelaki.
Jawapannya mudah sahaja buat penanya yang baik hati.
Sila baca Bab 1 dengan teliti.
Sudah lega sedikit diri.

Masa untuk merebahkan diri di ranjang merah.
Kepenatan sedang meratah.
Diam, jangan ambil endah.

Zara : Mungkin akan mula menulis bab tujuh nanti. Malas mahu layan soalan berbentuk provokasi lagi.

Tuesday, December 15, 2009

Pertandingan Fotografi Hitam Dan Putih



Setelah berjaya mendapatkan jawapan daripada Ezzan Yusop untuk aku terjemahkan tajuk pertandingan yang dianjurkan oleh beliau, maka aku dengan bersemangat mencari satu gambar dalam simpanan peribadi aku. [Walaupun aku masih tidak dapat mencari perkataan Bahasa Melayu yang tepat untuk istilah fotografi]

Terlalu banyak gambar barangkali tetapi aku secara peribadinya sangat menyukai gambar ketika aku menghadiri istiadat graduasi aku. Sungguh.



Terbang Zara terbang!
Terbang menggapai langit yang tinggi.
Tabah menghadapi hari mendatang selepas istiadat graduasi.
Senyum dan harus pandai menjaga diri.

Jika kalian berminat untuk menyertai, boleh tekan SINI dengan tertib dan sempurna.
Pertandingan ini akan berakhir pada 25 Disember 2009.

Zara : Aku juga terfikir untuk mengubah tarikh akhir pertandingan yang sedang berjalan sempena ulang tahun pertama Dunia Sebelah Zara. Pengumuman akan dibuat

Thursday, September 17, 2009

Airul Farish - Matamu Besar Dan Bulat. Lingkaran Panjang Yang Muncul Dari Belakangmu Menambat Hatiku. Pelukan Dan Ciuman Buatmu Sayang!


Abang berpakaian seragam biru-putih-merah tiba lagi hari ini.
Sememangnya dia akan datang setiap hari tapi hari ini dia telah menambah sedikit lagi keriangan dalam hidup aku.

Airul Farish nama diberi.
Janji kepada penghantarnya telah termeterai agar namanya tidak akan berubah. Aku hormati janji itu. Janji seorang adik kepada kakaknya.


*Setelah aku buka pembalut kertas coklat di luarnya*
Nampak sungguh menarik bukan?



Oh, ini kartu yang disisipkan oleh Cik Ian yang baik hati dan comel itu.
Ya, dia pernah datang menemui aku di kampus selatan sewaktu hari konvokesyenku. Sumpah!
Sangat bahagia seperti telah lama mengenali antara satu sama lain.



Ini paparan blog Cik Ian - seorang guru yang telah menukar jam tangannya.
Jutaan terima kasih buatmu kak! Mahu pelukan dan ciuman lagi?
*senyum manis*



Memperkenalkan Ainul Farish buat tatapan semua.
Kelihatan sungguh besar dan bulat matanya.
Oh...dan ekornya yang panjang sungguh comel!



Istimewa buat semua.
Oh, maaf, penulisan kali ini dipenuhi dengan gambar. Sudah lama tidak menulis perkara peribadi seperti ini. *ketawa*

Zara : Sedang berfikir, siapakah yang wajar dipeluk malam ini. Adam Danish atau Airul Farish?

Thursday, September 03, 2009

Tubuh, Hati Tetapi Bukan Jalan Hidup. Kekasih Dalam Dunia Maya Sering Akan Ke Dunia Realiti


"Seseorang yang kita miliki ternyata tak sepenuhnya milik kita. Kita bisa memiliki tubuhnya, hatinya, tapi bukan jalan hidupnya."
(...dari filem Cinta Pertama)

Aku sebetulnya enggan menulis pagi ini disebabkan aku masih mahu meraikan kejayaan Jejaka Panas kegemaran aku petang semalam. Kejayaan yang diraikan berikutan pertandingan yang dianjurkan oleh Radio Panas. Tetapi soalan yang aku terima dalam peti masuk surat elektronik aku membuatkan aku terasa ingin menulis lagi. Mungkin ada sesiapa yang menyedari, penulisan aku tidak sebanyak dulu. Mungkin.

Aku mendapat surat elektronik dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Tini. Oh ya, Tini kata dia bukan penulis blog, jadi tiada alamat yang boleh aku pamerkan buat tatapan kalian. Isi penulisan Tini panjang, tetapi soalan dia amat pendek.

"Kekasih hati Zara yang mana satu sebenarnya? Kadangkala ada Kekasih Pertama, Kekasih Gelap Yang Cerah, Si Kosong dan Busuk, jadi Tini selalu kurang pasti. Zara menyatakan Zara mengenali mereka di dunia maya, betulkah?"

Terima kasih atas soalan kamu Tini. Ya, Zara akan jawab. Jawab dengan ringkas agar ia akan memudahkan bicara dan pergerakan kalam yang mungkin dipengaruhi oleh perasaan yang acapkali mahu ketawa. Gila? Mungkin juga.

http://www.odd-fishing.net/images2/loveheart.jpg

Gambar Penghargaan Di SINI

Kekasih Pertama
Dikenali di ruangan laman sosial, Ruang Saya (baca : MySpace) lebih kurang tiga tahun setengah dahulu. Perkenalan yang membawa kepada jalinan kasih sayang dan cinta selama satu tahun setengah dan pernah berjumpa sebanyak empat kali sahaja. Masih berkawan sehingga kini walaupun semuanya bukan seperti dahulu. Segalanya telah tamat dua tahun yang lalu.

Kekasih Gelap Yang Cerah
Diperhatikan dengan tenang semenjak di Tahun 1 pengajian di kampus selatan. Tidak pernah bertegur sapa sehinggalah kekasih gelap berada dalam Tahun Akhir. Perkenalan di laman perbincangan yang dianjurkan oleh pihak kampus selatan. Pertemuan pertama berdua ke pameran antarabangsa, pertemuan kedua selepas sesi belajar di perpustakaan dan ketiga sewaktu istiadat konvokesyen dia. Kedengaran sangat ilmiah bukan? Oh ya, dia milik wanita lain.

Si Kosong
Saat dan tatkala ini, dia yang sedang menghuni di hati batu ini. Dia adalah pengunjung setia di dunia ini (walaupun acapkali tidak meninggalkan jejak) dan juga di Mukabuku aku. Belum pernah bertemu tetapi telah dikenali sudah begitu lama di alam maya. Dia masuk ke dalam dunia peribadi aku pada 12 Julai 2009 dan telah menjalin ikatan sejak 26 Julai 2009. Oh, masih mengenali hati budi masing-masing dan jarak yang beratus kilometer serta tanggungjawab yang menimbun mungkin tidak akan merealisasikan impian untuk bertemu di saat ini. Mungkin suatu hari nanti. Doakan kami berjaya bertahan dibawah payung rahmat Ilahi.

Si Busuk
Sudah bersama lebih daripada setahun. Dia muncul dalam hidup aku dan memberikan sinar kegembiraan atas penderitaan yang aku alami. Busuk menarik aku keluar dari belenggu pemikiran yang kadangkala tidak teratur sistemnya. Dia sahabat terbaik dan kami akur dengan takdir yang menemukan kami. Persahabatan yang mungkin pelik kerana kami tidak mungkin sama jika dilihat dari luaran dan penampilan. Itu semua tidak penting. Yang kami tahu, keutamaan harus diberi kepada perjuangan meneruskan legasi. Dia sahabat sejati.


Zara harap jawapan Zara dapat memuaskan hati kamu Tini. Semoga masih ada kesempatan bertukar surat elektronik selepas ini. Oh ya, mari meraikan kemenangan abang ku di bawah ini.

Zara : Teringat apa yang pernah dinyatakan oleh Kahlil Gibran.
"Jangan kau kira cinta yang datang dari keakraban yang lama. Cinta adalah anak kecocokan jiwa dan jika itu tidak pernah ada, cinta tidak akan tercipta".

Tuesday, August 25, 2009

Aku Memang Kuat Memberontak, Jadi Tempat Yang Aku Ingin Lawati Adalah Seni


>>Penulisan ini telah dicium sebanyak 0 kali<<

Aku memang kuat memberontak. Kalau aku kata aku mahu, aku tetap akan berusaha mendapatkan sesuatu yang aku mahu. Degil? Degil dalam memutuskan sesuatu. Itu diri aku.

Kata orang dulu-dulu, kalau kita rindukan seseorang, tidak dapat melihat orangnya, bumbung rumah pun jadi. Tapi pada aku, kalau sangat bernafsu untuk pergi ke tempat yang ingin dilawati, jika ia muncul sebagai hasil seni pun aku sanggup untuk nikmati. Keinginan yang mencanak naik disebabkan aku menggemari sesuatu.



Ada orang yang bertanya kepada aku, apa hadiah konvokesyen buat diri aku sendiri?
Aku bertanya kembali, perlu ke aku belikan sesuatu buat diri sendiri?
Dia kata amat perlu.
Aku memikirkan mengenai menukar telefon genggam yang baru tetapi buat masa ini, hanya baju di atas sebagai hadiah konvokesyen untuk diri sendiri.

Gila?
Tidak, ini hanya interpretasi kecintaan aku pada seni.
Oh ya, Abah agak tidak menggemari selera aku dalam memilih pakaian kali ini, tapi apakan daya? Anaknya ini acapkali bertindak mengikut kemahuan diri.

Zara : Semoga berjaya buat Mak dan Abah yang menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) hari ini. Semoga berjaya dengan cemerlang dan dinaikkan gaji. Aku tidak memandang pangkat. *ketawa*

Monday, August 24, 2009

Merenung Masa Hadapan - Sanggupkah Kamu Menunggu Dan Membayar Lebih?


Si Kosong dan Si Comel kadang kala berbual tentang bagaimana untuk menggapai impian.
Impian dalam melayari kehidupan. Kehidupan demi diri mereka, tentang mereka.
Acapkali, perbualan itu akan menggembirakan hati mereka, senyum sendirian mendengar suara masing-masing.


Si Kosong bakal menamatkan pengajian dalam masa dua tahun lagi.
Si Kosong : Kamu boleh tunggu ke?
Si Comel : Boleh, bukannya boleh kahwin sekarang pun. Kalau tak sanggup, ambil sahaja sesiapa.
Si Kosong : Sampai hati kamu...
Si Comel : Aduhai, mestilah mahu menunggu kamu.
Si Kosong : Boleh kamu tunggu?
Si Comel : Dalam dulang hantaran, kamu letak DSLR ya? *gelak*
Si Kosong : Amboi...kalau macam tu, ada 1 dulang sahaja lah.
Si Comel : Mana boleh?
Si Kosong : Dah kamu mahu kamera itu.
Si Comel : Paling kurang pun ada 3 dulang.
Si Kosong : Apa dia?
Si Comel : DSLR, cincin dan mas kahwin.
*gelak*


Zara : Kerana Tuhan Untuk Manusia - Aku tidak akan lupa di mana tempat aku menghafal semua kasih sayang dan ceritera indah yang membina siapa aku sekarang ini.