Thursday, August 19, 2010

Ramadhan #08 - Kejamkah Aku Sebagai Manusia Dan Perempuan Jika Membiarkan Drama Itu Berulang?


Salam.
Aku mungkin seorang pemerhati dan penafsir alam.
Sadisnya manusia beku ini bila dia memerhatikan kemusnahan dengan menutup mata hati. Aku mungkin manusia kejam yang membiarkan marga keras dengan sikap aku yang enggan masuk campur dengan sesuatu yang mungkin hanya membuatkan ada manusia lain yang terasa bahangnya. Aku kejam juga kadangkala.

Drama itu sedang berulang. Gadis itu sedang melalui fasa-fasa warna yang dia sendiri belum sedar akan kesudahannya. Naif dan terlalau mudah percaya barangkali. Aku lihat dia mencoret kata-kata pendek setiap hari di kanvas blognya tanpa ada sesiapa yang mungkin tahu kewujudannya. Cuma mereka yang rapat dengan dia, ataupun aku, manusia yang berjaya menjejak dia disebabkan dia menghulurkan salam tanpa sedar, itu bukan yang seharusnya.

Rona-rona bahagia sedang dia lalui. Tetapi dalam masa yang sama, palitan duka mula dia hadapi. Aku singgah juga di kanvasnya, menulis kata-kata agar dia lebih kuat kerana dia menjadikan tulisan aku, kononnya sebagai sebuah luahan yang mematangkan usia dia dalam bercinta. Dia masih tidak sedar bahawa, kekasih yang dia puja sepenuh jiwa dan menyulam cinta itu pernah mempunyai sejarah silam yang kuat dengan aku juga. Diam. Aku tidak mampu mencoret bicara jika aku tenggelam dengan rasa.

Rentak cerita masih sama.
Berkenalan dengan keluarga walaupun tidak berjumpa. Dihidangkan dengan pujuk rayu keluarga yang tidak mahu kehilangan gadis impian anak lelaki mereka. Sering dihubungi dengan telefon sehingga dia juga sudah jatuh kasih dengan keluarga lelaki itu. Biarlah. Drama itu sudah dilihat dulu. Ini bukan kali pertama, sebab pernah melaluinya. Ini bukan kali kedua sebab pernah lihat watak gadis sudah bertukar banyak rupa. Tetapi kali ini berbeza kerana gadis itu menulis di dunia maya, mencoret segala rasa yang dipendam, malangnya tidak menyedari jika nama dicari menggunakan enjin carian maya (contoh : Google), kebenaran terhidang tanpa dapat disekat wujudnya darah merah menyala.

Diam.
Aku masih berfikir.
Adakah wajar aku memecahkan kulit keras dan menjenguk lebih dalam ke arah drama mereka?
Aku mahu beri lebih banyak masa.

*******

http://keturahweathers.theworldrace.org/blogphotos/theworldrace/keturahweathers/love1.jpg

Dan gadis, kalau kamu betul membaca penulisan aku dengan tepat dan menghayati, mungkin kamu tahu kamu yang sedang aku maksudkan. Aku mungkin lemah menghadapi tulisan kamu disebabkan aku pernah melalui sesuatu seperti itu. Kesakitan kau mungkin tidak sehebat aku dahulu, tetapi melihat apa yang kamu lalui buatkan aku tertanya-tanya sesuatu, adakah kamu wajar aku bantu atau hanya duduk diam di tepi, dan membatu?

Dan gadis, mungkin kau juga tidak tahu aku sedang memaksudkan kamu. Tidak mengapa. Kau masih boleh bersenandung kepada kekasih kau itu. Dia mungkin akan menghentam aku semula jika dia tahu kelemahan dia sudah terbuka sedikit demi sedikit pada dunia.

*******

Sementara itu wahai teman-teman aku sekalian, bagi sesiapa yang mengikuti novel aku, Legasi Cinta Alisia Bab 38 sudah boleh dilayari sekarang di Aksara Keraian.


[Legasi Cinta Alisia Bab 38]

Zara : Aku menulis jika aku mahu menulis. Aku membaca bila-bila masa kerana aku tahu dengan membaca, aku sedang menyelami dunia yang masih penuh dengan tanda tanya yang tiada jawapan akan bergolek di hadapan mata.


14 comments:

zool said...

Adakah org yang dimaksudkan adalah .......

Cahaya Kehidupan said...

wah....agak mendalam maksud kata2 mu zara,buat la apa yang kamu fikir baik kerana seharusnya wanita membantu wanita yang lain untuk mengelakkan kes segelintir lelaki yang memainkan perasaan wanita dengan sewenangnya .^__^

NAZ said...

manusia memang untuk berdrama :)

PuanPepel said...

sejarah mungkin berulang?!

HEMY said...

kalau si dia hampir hanyut oleh arus yang sangat bahaya..harus la kau masuk campur dn berkongsi cerita...harusss

ayin~weeweet said...

wah.awk antara org2 sains yang suka mengarang.tahniah!!

Munsyi said...

tolong dia zara tolong..pertahankan kaum wanita.hmm

vidadarisakura said...

aku mahu batul baca legasi cinta alisia. tapi still teda masa.huhu

hamzah ian said...

entah la.. manusia mmg camtu kan

Hazrey said...

seriously, aku tak paham apa yang kau merepek ni. merepek pepanjang ni, rempah mee bandung tak dapat jugak. ni yang nak gi muar bawak duit syiling 10 sen ni. hahahahah

Faarihin said...

lama-kelamaan pasti gadis itu akan perasan juga...

Hellioz said...

sape tu meyh?
gwa nk tau gak
gyahahahhahhah~

TheBentPencil said...

biarkan dia.
kenapa?
sebab dia juga haru menghadapi duni ini sendiri.
apa guna bertongkat selain membuat kita lemah bukan?
cuma janji pada dia yang anda akan nasihat seadanya.
jangan bantu keterlaluan, nanti dikatakan anda perosak bahagia orang.

@Hazrey: daripada cari rempah mee bandung baiklah cari gerai mee bandung di bazaar. hehehe

eNaSaN said...

Zara..


SeTuju wiTh The PoYo Me:

biarkan dia.
kenapa?
sebab dia juga haru menghadapi duni ini sendiri.
apa guna bertongkat selain membuat kita lemah bukan?
cuma janji pada dia yang anda akan nasihat seadanya.
jangan bantu keterlaluan, nanti dikatakan anda perosak bahagia orang.



sebab hati manusia x akan sama..mgkin dasrnya hanya ingin menolong, tapi lain pula dipikiRkannya... bila melibatkan hati & perasaaN... semuanya aakan jadi indah kabaR dari rupa..(^_^)