Friday, August 20, 2010

Bila Bekas Kekasih Sudah Mempunyai Calon Gadis Lain | Gadis Itu Sedang Terluka | Bersalahkah Aku?


Salam semua.
Hari baik, bulan baik.
Tapi ada sebuah jiwa yang cedera kerana cinta pada manusia biasa.

Bangun dari tidur petang tadi, aku seperti biasa, membaca satu demi satu blog yang mempunyai pengemaskinian baru. Dan salah satunya, blog si gadis yang menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini. Berikut apa yang aku temui di blog dia (dan telah aku olah menjadi tulisan sempurna kerana dia menulis dengan singkatan yang penuh dengan huruf W, K, R dan sebagainya).

"Dia dah ada perempuan lain. Semalam dia dah mengaku perempuan yang keluar dengan dia itu ada perasaan juga dengan dia. Dia kata dia sayang dua-dua. Mana boleh? Dia kena pilih salah satu!"

dan

"Kenapa emak dia macam dah tak hiraukan aku? Sebelum ini sayang sangat pada aku. Jemput datang ke rumah. Tiba-tiba semalam dia kata, perempuan baru tu dah datang jumpa emak dia, berbuka sama-sama. Padahal, awal puasa, aku yang masakkan untuk emak dia"

http://fc00.deviantart.net/fs12/i/2006/284/c/7/Triangle_Love_by_joulee.jpg

Aku tidak perlu mengulas tentang kenyataan itu. Aku hanya mahu gadis itu tahu yang dia perlu kuat. Kalau dia tetap mahu bersaing, dia harus sahaja kuat dari segi mental dan fizikal. Jujurnya kemungkinan untuk menang adalah amat nipis, tetapi aku doakan dia dapat apa yang dia mahukan. Walaupun begitu, bersedia sahaja wahai gadis.

Berikut adalah apa yang aku telah tulis di blog dia, sebagai ulasan tentang masalah dia itu. Dan sekali lagi, aku tidak akan meletakkan pautan blog dia. Sebab apa? Sebab teknologi akan membuatkan ia menjadi huru-hara. Tidak perlu tuduh aku gilakan trafik sebab ini bukan sebab trafik ataupun populariti. Ini sebab entah terdetik perasaan kasihan dalam hati.

"Awak, jangan sedih. Cinta boleh datang dan pergi. Kesalahan dalam bercinta tidak boleh disandarkan kepada satu pihak sahaja. Lelaki dan perempuan, masing-masing ada kelemahan dan kebaikan tersendiri. Mungkin kali ini ada kesalahan di pihak lelaki dan awak, perlu juga lihat, adakah di pihak awak juga terdapat kelemahan. 

Hari baik, bulan baik dan cuaca juga baik. Kesakitan yang awak sedang alami adalah sementara. Berusaha kalau awak mahu ubah segalanya. Saya doakan awak mampu dapatkan apa yang awak mahu. Kalau awak tidak dapat memiliki dia sekalipun, awak harus percaya dengan janji Allah. InsyaALLAH, awak tidak akan dipersia-siakan"

Itu sahaja aku rasa. Tidak mampu aku menulis lebih banyak lagi disebabkan mata aku masih melekat, mengantuk dan keletihan yang amat sangat. Tetapi aku tahu, tidak kira lelaki atau perempuan, kalau diuji dengan perkara sebegini, bahkan ianya hanya dalam hubungan yang tiada ikatan sah, jangan fikir terlampau banyak hingga merunsingkan kepala. Ada jalan penyelesaiannya. 

Aku suka untuk berkongsi apa yang pernah Abah katakan pada aku sebelum ini. Sesuatu yang aku pegang sehingga kini setelah musim percintaan telah meninggalkan hati aku yang kini lebih beku dan hanya memikirkan kerjaya serta masa depan sendiri.

"Along, kalau cinta itu datang dan disandarkan kepada Allah, jauh mana pun ia pergi, pasti akan datang kembali. Kalau cinta itu setakat main-main, suka-suka sebab hawa nafsu, mula-mula memang akan terasa sakit, tetapi lama-lama akan dilupakan sepenuhnya"

Dan aku memilih untuk percaya kata-kata Abah kerana aku tahu, kalau hanya sebelah pihak sahaja yang mengharapkan sebuah perhubungan diakhiri dengan ikatan pernikahan, itu tidak akan menjadi apa-apa. Sebab aku selalu mengingatkan diri aku, kalau aku mahu bercinta, biarlah lelaki itu menjadi suami. Bukan sekadar melepaskan rasa.

Dan, moga kekuatan kamu bertambah wahai gadis.
Aku mungkin bukan siapa-siapa untuk memberikan nasihat, tetapi sekadar terjumpa kamu di dunia maya yang sebenarnya kecil sahaja.

Dan, bersalahkah aku kerana tidak memberikan amaran awal kepada dia?

Zara : Cuaca mendung sepanjang hari ini tetapi memandangkan jadual aku yang penuh sepanjang hari, keletihan telah merenggut sebahagian besar tenaga aku. 


11 comments:

Munsyi said...

dulu dah kata tapi nak ulang lagi. Suka pesanan dr Abah kmu. :)

Cahaya Kehidupan said...

ish,apakah jenis lelaki itu,sanggup buat kesilapan yang kedua kalinya,ku tak berhak nak kata begitu,tapi ku sedih kenapa mudahnya dia mainkan perasaan perempuan,ku rasa dia belum benar2 mengetahui makna cinta yang sebenarnya...wa'allahu'alam =_=

Admin said...

emmm....hdp mmg mcm tu...kena bykkan bsabar........mudahan si gadis tu tabah........

http://coretanmayaku.blogspot.com/

AkuBukanLelaki said...

redha lah hatimu pada takdir...

LUMUT said...

hye along..bile along nak kawen?

alysha_alia said...

belum berkahwin dah buat mcm tu. nnt dah berkahwin? haaaaa. pandai2 la. :)

fahmi ibrahim said...

huahuahauhuahuahua..... Kejam tul lelaki itu... Mencemar nama lelaki betul. Kok ye pun nak memilih gunalah skill yang betul. Perosak!

NAZ said...

berkata lebih senang dari merasa :)

Aku adalah aku said...

Betul kata abah awak tu...selalu berkata pada diri, kalau dia jodoh kita, walau ke mana kita berlari, walau di mana dia bersembunyi tetap akan bertemu satu hari nanti...Tapi kalau bukan jodoh kita kejar la ke mana pun, ikat la macam mana pun dia tetap bukan milik kita....

p/s: tapi tak pernah serik untuk bercinta..

PuanPepel said...

lelaki itu........haish..tidak berpatutan...~

cik silent said...

tetiba terjumpa artikel ni..pesah abah kamu tu sgt mendalam maknanya, semoga hati ini terus tabah,..:)