Salam.
Isu yang biasa-biasa sahaja. Cukuplah untuk serius dan diketawakan akibat meletakkan gambar sendiri di penulisan di bawah ini. Aku cuma mahu berkongsi dan kalau ada orang yang tidak sudi mahu membacanya, biarkan sahaja mereka berkelubung dengan sesuatu yang bakal menjerut mereka. Eh?
Masakan.
Apabila kita bercakap mengenai makanan, kita selalu terlupa dengan siapa yang sebenarnya yang berada di belakang makanan yang sedap, enak serta mendamaikan tekak kita semua. Kita akan cakap, "Sedapnya makanan ini", dan sebagainya tanpa memberikan pujian kepada tukang masak, chef dan semua yang terlibat di belakang tabir.
Lelaki dan masakan.
Selain daripada Bonda dan wanita-wanita lain, aku memang menggemari masakan ataupun hidangan yang disediakan oleh tukang masak lelaki. Bukan diskriminasi ya? Aku suka masakan yang dimasak oleh wanita juga, cuma kali ini aku mahu menulis tentang lelaki dan masakan. Nah, kan lelaki sering dikatakan tidak tahu memasak (Yang mana aku rasa itu sudah kurang relevan lagi). Ada alasan tertentu kenapa aku menyukai makanan yang dimasak oleh lelaki.
[Penghargaan]
Gordon Ramsay, salah satu daripada chef lelaki yang aku suka.
Oh, kalau di Malaysia, Chef Wan dan beberapa chef lain juga menarik minat aku dari segi masakan mereka. Jangan kata aku tengok yang antarabangsa sahaja. Ada beberapa sebab kenapa aku sukakan Gordon Ramsay, dan mungkin salah satunya, dia mempunyai rancangan realiti memasak yang sungguh menarik dan buat aku terpaku menontonnya.
Aspek Teknikal.
Aku suka teknikal yang dilaksanakan oleh lelaki yang memasak. Mereka cermat dalam gaya yang maskulin. Sesuatu masakan itu biasanya akan sedap dipandang dan menepati piawaian yang aku gelarkan, "Dapat tengok pun jadi". Ya, aku seorang yang menyukai gambar makanan, dan jika makanan itu dihias cantik ataupun diabadikan dalam gambar yang menarik sahaja, aku sudah suka.
Aku ada seorang kawan yang boleh aku katakan pakar dalam membuat kek. Setiap kali dia beri aku merasa kek yang dia buat, pasti aku akan hargainya dengan bersungguh-sungguh. Menariknya dia seorang lelaki dan setakat ini aku rasa, kek keju blueberry dia adalah yang terbaik selain ada satu lagi biskut yang dia buat yang mencair di mulut. Oh kawanku sayang, ingat janji kamu. Ulang tahun kelahiran aku dah hampir tiba.
Semangat Memasak.
Ya, ini yang aku dapat lihat kebelakangan ini. Bertemu beberapa orang lelaki di dunia maya yang sangat-sangat mempunyai semangat yang tinggi dalam memasak. Menariknya, mereka bukan sahaja pandai memasak, tetapi menghidangkan makanan tersebut dengan semangat yang tinggi. Maksud aku, ada orang yang suka masak, tapi sekadar untuk melepaskan diri memasak dan tinggal begitu sahaja. Tetapi yang mereka-mereka ini, masak dan menghiasnya dengan hebat juga. Tepuk tangan.
Ini adalah salah satu daripada masakan Gordon Ramsay yang mudah dan menarik untuk disediakan ketika sarapan. Oh, aku memang suka dengan masakan yang mudah dan cepat sebegini.
Zara, suka lelaki yang pandai masak?
Ada orang yang bertanyakan ini di BorangSpring aku. Memang kamu memberikan aku bahan untuk menulis wahai pembaca sekalian tatkala otak aku sedang membeku begini. Ya, jawapannya adalah YA. Aku memang suka lelaki yang pandai memasak. Bukan sebab kalau aku malas, dia boleh masak untuk aku. Tetapi disebabkan beberapa faktor seperti suasana yang mendamaikan, penghargaan diri serta beberapa lagi yang aku tidak boleh tulis di sini. Nanti ada orang kata aku gatal nak kahwin pula. Ketawa.
Anggapan : Lelaki yang memasak adalah sangat menarik.
Ini adalah bergantung kepada persepsi dan pandangan individu itu sendiri. Kalau aku?
Jawapannya adalah menarik disebabkan kepuasan menikmati makanan serta kasih sayang yang disalurkan ke dalam makanan itu adalah inti pati yang penting. Tetapi masih bergantung kepada pandangan dan individu lain-lain juga. Contohnya kalau aku kata A sangat menarik ketika memasak, mungkin B kurang menarik, dan Z pula lebih hebat. Bergantung.
Apa pendapat kamu pula?
Dan Abah juga boleh memasak.
Itu yang menariknya kalau Bonda tiada di rumah, Abah boleh menyediakan makanan sekaligus, kami adik beradik tidaklah kelaparan. Tetapi sejak aku dah boleh memasak untuk keluarga (setakat untuk keluarga makan, bolehlah), tugasan itu sudah berada di atas batu jemala patik. Ketawa.
Nota Kaki :
Buat kawan-kawan lelaki yang pandai memasak, anda tahu siapa anda. Penulisan ini juga sebagai satu penghargaan kecil kepada usaha anda yang sungguh membuatkan aku tercabar kerana sebagai seorang perempuan, aku belum sampai ke tahap seperti kalian.
Zara : Oh, ini mungkin kali kedua aku letak makanan di dalam blog sempena bulan puasa. Tetapi memandangkan ianya bukan dimasak oleh aku, tidak mengapa bukan? Senyum mesra.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
20 comments:
salah sorangnya amir .. betul x zara ? ku juga suka tengok dia rajin memasak .. hehe
setuju..
suka lelaki yang pandai memasak..
bukan sebab malas nak memasak, tapi kekadang, ingin juga merasa hasil masakan dari air tangan seorang lelaki..
p/s: bestnya kalau hari ulang tahun si 'dia' sediakan masakan kegemaran kita...>__<
saya pandai masak megi.
Kite serupa. Kite juga lelaki yang pandai memasak!!!
Sangat menyenangkan kalau sekali-sekala sidia pula yang memasak utk kita kan? Sweeet...
haha I know that food! Poached eggs with hollandaise sauce. Tp ade bacon. hehe. Tu resepi asas western people for small breakfast, mcm nasi lemak kt Malaysia la. LOL
haha I know that food! Poached eggs with hollandaise sauce. Tp ade bacon. hehe. Tu resepi asas western people for small breakfast, mcm nasi lemak kt Malaysia la. LOL
aku pandai masak ayam masak asam pedas..hahaha
Zqah :
Hahaha.
Amir dan kuih muih beliau yang comel. =)
Nyze :
weee~
tepat sekali.
tapi saya tak punya si 'dia' =p
Nobita :
boleh juga tu~
;)
Ms J:
Yeay!
^^
Izulman :
Let say don't put the bacon but replace with sausage or any suitable meats. Kepingan ayam serta filet ikan pun boleh kan?
(I do sounds geek here)
Sylver-shooter:
Okay!
U r next in my list boleh?
=)
bkn saja pndai masak..pandai mengemas jugak...yg tu kna pilih..zman skrg rmai lelaki berciri2 begitu..
i want a guy who can cook too. mcm Jamie Oliver or David Rocco boleh? haha
hehe.
suka HELL KITCHEN.
seronot.
:D
nasib baik la aku pandai masak.. patut la awek aku pon minat kat aku hehehe...
weyh aku suka entry ko ni... menarik~
nak follow ko laaa
reti masak yang goreng-goreng jer, yang kuah2 tu tak berapa nak berani masak lagi..=)
latest entry Air Mata Wanita
I suka Chef Rocco. Selain hensem dia sangat sempoi...!
Suka juga lelaki yang pandai masak...sebuilan bercuti dikampung, hari-hari makan masakan abah...memang best...
hell kitchen kan??
haha..lelaki tuh garang nak mati
carikan aku sorg
zara saya lah orang nya. haha tapi lambat sikit masak nya haha
sy laki gak.. tp terer masak air je.. camne nie?? hehe
my recent post:
BUKTI CIKTA SEJATI
Memasak boleh ilangkan stress. Hehe :-)
Post a Comment