Sunday, August 08, 2010

Murid Pukul Guru, Salahkan Guru. Kalau Jambatan Runtuh? Salah Arkitek, Kontraktor Dan Jurutera?


Salam pagi.
Aku benar-benar tidak mengerti betapa dangkalnya pemikiran manusia yang sering melemparkan komentar yang langsung tidak ada kena mengena dengan aku di dalam setiap penulisan aku. Jumudnya pemikiran manusia itu yang telah menggunakan nama-nama penulis blog lain sebagai kata ganti nama diri dia (alangkah piangnya meletakkan komentar yang sama tapi dengan nama berbeza dan aku ketawa besar apabila dia meletakkan nama Perdana Menteri kita sebagai nama pengulas disamping nama pelbagai menteri lain serta nama ketua barisan alternatif juga). Baiklah, penipuan sebegitu langsung tidak dapat diterima.



Isu murid memukul guru.
Baiklah. Aku memang tidak menulis mengenai ini disebabkan aku berpergian tatkala isu ini meledak untuk kesekelian kalinya. Aku tidak akan memihak kepada sesiapa tetapi aku menulis atas beberapa dasar peribadi yang ternyata ada sesetengah pihak (terutama pengulas setia bertinta iblis) paling suka. Guru dipukul oleh murid, adalah sesuatu yang sering berulangkali dipaparkan di dada akhbar dan jujurnya, waktu aku bersekolah dahulu, tiada isu sebegini timbul. Kalau ada sekalipun, mungkin isu terpencil. Tetapi sekarang ini?

Sesetengah murid zaman sekarang ini mempunyai penyokong yang hebat. Pengalaman melihat ibu bapa datang menyerang sekolah, memperlihatkan sesetengah ibu bapa sukar menerima hakikat bahawa anak yang kononnya baik dan alim di rumah tetapi mempunyai perangai yang tidak menyenangkan di sekolah. Dan, bila isu diutarakan, guru memberikan surat amaran, ibu bapa tidak dapat menerima dan beria-ia menyatakan anak mereka tidak bersalah walaupun hakikatnya semua guru sudah mengetahui sikap murid tersebut.

Ada juga kemungkinan terdapat kesalahan daripada pihak guru atau pentadbir sekolah sendiri. Sebab itu telah dinyatakan secara jelas di dalam undang-undang dan peraturan, setiap kali mahu menghukum atau mengenakan denda kepada murid, harus menggunakan cara dan kaedah yang tepat agar kes tertentu tidak timbul. Cuma, bila mana pertengkaran serta perbalahan timbul, kadangkala sebagai manusia, tidak kira kita di pihak mana sekalipun, kesilapan akan muncul dan sesungguhnya perkara sebegitu amat perlu dielakkan.

Psikologi berbalik.
Dan kalau aku, aku memilih untuk meletakkan pendekatan psikologi berbalik kepada murid aku. Kalau aku mahu mendenda sekalipun, aku akan pastikan aku punya hasil yang terbaik di kemudian hari. Tidak menyakitkan murid, dan menginsafkan. Itu lebih penting dari aku memberikan kecederaan fizikal atau mental kepada mereka. Disebabkan itulah, murid aku sering mengutarakan persoalan begini kepada aku.

Murid : Cikgu, kalau kita buat salah kenapa cikgu tak pernah rotan?
Aku : Perlu ke saya rotan?
Murid : Pelik sebab cikgu tak rotan atau lempang, tapi cuma marah.
Aku : Sebab saya tak pernah dirotan oleh guru di sekolah. Maka saya tak tahu apa perasaan dirotan di sekolah. Saya dirotan oleh guru di rumah, pernahlah.
Murid : Kena rotan dengan guru di rumah?
Aku : Ibubapa saya guru. Jadi kalau nakal masa kecil dahulu, kena rotan itu pernah.
Murid : Jadi, cikgu memang tidak akan rotan kami?
Aku : Setakat ini saya rasa itu tidak perlu.

Itu sememangnya pandangan aku sendirian. Aku belajar dengan pengalaman hidup adalah salah satu daripada guru aku. Selalunya apa yang guru-guru aku pernah lakukan kepada aku, hingga mengubah aku kepada siapa aku sekarang ini, pasti akan aku cuba terapkan kepada murid aku sendiri. Kenangan yang banyak membantu aku, aku semaikan kepada murid aku dengan mengambil kira peredaran masa walaupun hakikatnya, jarak aku dengan mereka tidaklah terlalu lama. 

Aku tamat sekolah menengah, habis Tingkatan Lima pada tahun 2003 (sewaktu aku berusia 16 tahun - aku lahir tahun 1987). Jarak yang lebih kurang tujuh tahun, meletakkan murid-murid sekarang ini mempunyai corak yang sangat jauh berbeza dengan aku, walaupun hakikatnya tujuh tahun itu tidak terlalu lama. Dan aku suka mengambil pendekatan apa yang aku telah pelajari di Kampus Selatan dahulu. Sesuai untuk aku adaptasi walaupun dimana jua situasi.

Budaya Menyalahkan Pihak Lain.
Itu sudah menjadi satu budaya. Dalam kes murid memukul guru (dengan tidak merujuk mana-mana kes secara spesifik), aku lihat guru terus dihukum bersalah tanpa usul periksa. Sama seperti situasi jika di hospital, pesakit mengalami pelbagai kesukaran, doktor dan jururawat terus dipersalahkan. Cuba selepas ini bangunan atau jambatan runtuh, adakah kita akan terus menuding jari pada arkitek, kontraktor atau jurutera yang terlibat tanpa usul periksa?

Fikirkan.

******
Ketika tiba saat perpisahan janganlah kalian berduka, sebab apa yang paling kalian kasihi darinya mungkin akan nampak lebih nyata dari kejauhan - seperti gunung yang nampak lebih agung terlihat dari padang dan dataran.

(Kahlil Gibran)



[Legasi Cinta Alisia Bab 35]

Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan. Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan . Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.  

(Kahlil Gibran)

Zara : Hujan lebat dan bertukar renyai-renyai. Aku menemui kebahagiaan di dalam setiap tulisan yang aku terjemahkan dalam sorotan kasih sayang aku pada dunia yang menyatakan aku bukan keseorangan sentiasa.

9 comments:

bluecrystaldude said...

Post yang sangat membuka mata dan minda. Perkara pertama yang kita perlu ada semasa menilai kesalahan orang adalah melihat diri kita sendiri dulu :)

hans said...

betul tu
itulah pasal
aku pelik juga bil ada undang2 leh benar ibu bapa saman apa semua nih
kesian cikgu2 skrg
dah banyak aktiviti lepas tu nak menghadap budak2 yg macam2 perangai sekarang nih
memang susah menjadi guru kan
hanya orang terpilih jer mampu pegang amanah tu

P/S : Apa Yang Best Di Ambang Malam Sebelum Berpuasa

Unknown said...

Bagus! banyak cara nak mengajar pelajar...merotan bukan jalan terbaik

ENCIK TIKUS said...

isu nie subjektif. so encik tikus sokong cikgu zara jea laa. hehe. btw, good entry ;)

Hanim said...

mmg rotan bukan penyelesaian nya...sy sutuju!!!hehehe..

± said...

susah jugak nk jd pendidik sebab kena ada skil psikologi selain mengajar

satu je yg pelik kenapa ada org begitu dengki dgn kau

annadzirah said...

haha.
orang kita memang suka serkap jarang.
suka tuduh tanpa usul periksa.
suka tengok luaran.

dalam isu ni, mungkin kedua2 pihak salah baik murid mahupun cikgu itu sendiri.
mungkin salahnya cikgu dari segi tidak tahan dengan perangai murid yang kebiasaannya nakal ya amat.
mungkin salahnya murid dari segi sikap mereka yang memang kurang ajar pada cikgu.

cikgu juga manusia biasa.
ada perasaan marah & geram.
begitu juga murid.

hanya ALLAH yang maha mengetahui.
(:


Jom Follow Mereka Di Twitter!.

lilema_ said...

x habis2 kan kes tunding menunding..kena tepuk dada tnya selera, tp kalo kes buang bayi, kena slhkan ibu yg mgndung lak ea..isk3.dunia

Unknown said...

sememangnya betul...banyak lagi cara lain yg boleh digunakan selain rotan..tapi...
nasib saya tak sebaik guru2 lain mungkin...pelajar2 di skolah bandar..teramat biadab...sehingga berani menyepak kaki guru, membaling botol hingga terkene air di baju guru...
jadi...saya sebagai guru..tidak sesekali bertolak ansur dan melayan mereka sebagai kanak2 yg tidak tau pape..
tapi sy masih lg menggunakan cara lama..iaitu dengan cara merotan..setakt ini ...cara itu berkesan..kerana mereka walaupun masih buta dalam mengenal erti hormat...tp sekurang2 nya mereka berjaya menyembunyikan sekajap sikap biadab mereka dan tak terlalu berani biadab dengan guru..
apa pun...sy sdiri masih mahu gunakan cara psikologi...hmm...pelajar skng..tak mcm dulu..haishh