Awak.
Kalau awak menangis lagi, nanti batal puasa awak.
Betul.
Saya mana ada tipu.
Saya kan sayang awak?
Senyum.
Kan kita dah sama-sama pakai baju warna biru siang tadi? Baju kurung biru yang cantik.
Awak memang lawa, baju awak juga menarik.
Saya ini hanya carik-carik.
Tadi awak telefon lagi, awak menangis kuat sangat.
Awak, memang susah hidup sendiri.
Saya tahu sangat, tapi awak kena kuat.
Kalau awak tak tabah, siapa mahu papah diri awak berdiri?
Saya jauh awak.
Tisu saya ada sekotak, tisu awak ada sekotak.
Kita pernah lawan tisu siapa paling cepat habis.
Selalunya saya menang.
Sebab tisu saya habis dulu.
Tidak, bukan sebab menangis.
Sebab saya selalu selsema.
Awak kuat menangis, awak kata awak cengeng.
Tapi tisu awak habis lambat.
Sebab awak selalu menangis tekup muka dengan bantal.
Habis basah bantal awak.
Awak.
Saya sayang awak.
Awak kena sayang saya juga.
Tahu?
Kalau awak sayang saya, pergi kesat air mata.
Basuh muka.
Ikat rambut yang hitam warnanya.
Baring perlahan atas katil hijau muda.
Dan cuba untuk tidur lena.
Dah, jangan ingat apa-apa.
Sebelum itu sila doa ya?
Ah, awak tahu doa apa.
Tidak.
Bukan doa supaya kahwin cepat.
Amboi, awak jangan galak sangat.
Zara : Benang takdir telah menarik aku ke satu lembah yang senyap sunyi tiada penghuni. Ruang lingkup aku dimasuki dan disinari dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Adakah aku sedang bermain dengan api? Atau aku sudah mula belajar melupakan kesakitan hati? Diam, telan dan hadam sendiri.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]
13 comments:
setiap kehidupan pasti adanya dugaan.. semua tu akan buat kita tabah... macam mana sakit yang kita lalui pasti akan berakhir dengan kegembiraan.. biar kita rasa sakit dahulu dari kita rasa sakit di kemudian hari..
so sweet kata2 tu...keep it up..
kdg2 hanya air mata yg dapat menenangkan fikiran yg kusut
knp ni zara?
ayat sweet buat gua senyum..nice one!
saya tahu. saya pun sayang awak :P
cantik. :)
Are you in love? Anyway, selamat berpuasa.
Just me.
Bapak saya berpesan (masa saya kecik2 dulu): "Jangan menangis, kalau menangis abah rotan lagi kuat." (selepas aku teresak-esak menangis dirotan kerana mencuri duit tabung)
huhu, takder kaitan sebenarnya
jeles la dengan kak zara ni. ayat gila puitis! =)
CENGENG tu apadia
Selepas membaca entry awak, tak pasal2 saya menangis...
Kenapa dia menangis atas bantal? Gunalah tisu lebih bersih dan selamat.
amboi
kawan ko nangis sampai basah bantal yer zara
cengeng tu apa?
P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!
Post a Comment