Salam hari Sabtu semua.
Apa khabar kalian?
Kepada peminat (atau lebih senang pembaca) Legasi Cinta Alisia, insyaALLAH, aku akan menulis kembali selepas ini. Sudah tamat program untuk bulan ini, akan berusaha untuk memburu waktu lapang sebelum aku kembali sibuk dengan acara sekolah dan sebagainya.
Gila gelap sudah aku akibat berbasikal selama 2 hari berturut-turut.
Hoyeah!
Dan macam biasa, bila aku berpergian, pasti ada sampah-sampah yang bertaburan di blog aku. Meninggalkan sisa-sisa celakanya manusia yang pengecut dan penakut dalam sifat dengki yang tidak pernah habis malangnya. Entahlah. Manusia begitu wujud di blog aku membuatkan aku sering tertanya, berapa banyak masa yang dia peruntukkan untuk menulis komentar serta membuat beberapa salinan (hampir seratus juga) dengan tidak berhenti-henti dan menggunakan nama-nama penulis blog yang aku sangat kenali. Aku jujurnya kenal siapa identiti yang kau gunakan, maka selagi kau menulis menggunakan pena iblis, aku jujurnya tidak akan membiarkan komentar kau kelihatan di blog aku.
Kalau pun ibu bapa kau tidak wujud, jangan menghina ibu bapa orang lain sesuka hati. Kau tidak kenal keluarga aku, tidak kenal siapa mereka, maka jangan membuat onar sesuka hati. Lainlah kalau ibu bapa kau seperti hinaan yang kau lemparkan kepada aku. Itu pun aku berasa kasihan kerana kau dibesarkan dalam persekitaran begitu. Atau, adakah kau juga bekerja di lapangan begitu? Awas, jaga zuriat keturunan kau.
Dan lagi, pencemaran begitu malas mahu diendahkan. Kalau dasarnya sudah sampah, memang akan sentiasa sampah merata-rata. Nah, najis boleh dibuang dan dibersihkan. Palitannya kita bersihkan sambil ketawa riang kerana kotoran degil dan meluatkan tidak perlu dipuja-puja. Natijahnya, orang begitu akan hidup dalam kesengsaraan dengan sakit hati yang entah mengapa tidak mahu berhenti.
Terima kasih pada kalian yang mengerti tentang lapangan tugasan yang aku jalani. Oh, buat yang bertanya kepada aku tentang perkhemahan kali ini, Alhamdulillah, kami berjaya menguruskan 112 orang peserta dan aku baru memuatnaik tidak sampai suku daripada gambar yang berada di dalam simpanan aku. Gila banyak gambar-gambar. Sila pitam kalau kamu memeriksa Mukabuku aku. Senyum.
Dan buat tuduhan yang dilemparkan, kononnya aku mengabaikan murid-murid aku, sila makan sampah yang kau buat. Pengajaran aku, urusan aku. Tidak pernah aku membiarkan murid yang aku tinggalkan kosong tanpa sebarang tugasan dan secara teknikalnya, aku sudah menyiapkan mereka dengan teori yang mereka harus terjemahkan ke dalam bentuk pemahaman dalam tugasan yang aku berikan. Dan buat pengetahuan kamu peminjam pena iblis, perkhemahan kali ini juga ada disertai oleh murid sekolah aku atas urusan yang berkaitan dengan menteri. Ada lagi tuduhan gila kamu? Boleh, simpan dalam otak.
Baru pulang dari menguruskan murid aku yang menyertai pertandingan Sivik dan Kewarganegaraan. Lebih gambar aku letakkan di Mukabuku aku. Ramai juga rakan-rakan yang aku jumpa menghantar peserta dari sekolah masing-masing. Nah, berjumpa mereka sambil bertukar pandangan membuatkan hidup ini lebih bermakna.
Kolam Rangoli - Pelajar Tingkatan Lima.
Kami menang tempat ketiga.
Sejujurnya, biarlah hidup ini ditentukan oleh aku sendiri. Kepuasan yang aku dapat bukan disebabkan oleh mereka yang menyimpan hasad dengki, tetapi lebih daripada mereka yang menyayangi dan menghormati aku seadanya aku. Salam sayang dari bumi berbanjaran Gunung Ledang buat kalian semua.
Zara : Berhenti dari menyaksikan kebebalan manusia yang terlampau sakit akalnya bila melihat kesenangan orang lain. Manusia memang makhluk yang unik dan uniknya manusia mempunyai sifat yang langsung tidak akan digunakan oleh haiwan.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34]
4 comments:
Anon is a cancer. Shoot them dead.
Gelap itu menawan...yeah! hehe
bz gile ek ko skarang..
Jom Vote Video Aku - Video MCdonald Contest ;) Click Here Vote For Me!
mau bbual dgn kamu on that day.. tp segan..:)
Post a Comment