Monday, August 02, 2010

Nasib Baik Tengah Pegang Biskut , Kalau Benda Lain? | Mukabuku Tempat Jual Barang - Bikini Untuk Aku?


Salam semua.
Hari ini Isnin dan aku kembali bekerja seperti biasa. Aku memang sentiasa menyukai hari persekolahan. Ah, kegilaan aku pada tempat manusia berkumpul untuk menimba ilmu memang sejak dari dulu lagi. Kedengaran gila bukan? Entahlah. Memang diri aku.

Dan pagi ini di sekolah, ada seorang murid menegur aku. Terpandang muka dia, aku segera menyedari, dia yang aku jumpa dia di pasar raya Sabtu lepas. Alahai, aku ingat aku dah pergi membeli belah di tempat yang agak jauh dari kawasan kediaman anak-anak murid aku, tetapi masih lagi terjumpa dengan mereka.


Ini barang yang aku beli.
Macam biasa, bila mahu ke kem, barang yang wajib untuk aku adalah minuman.

Murid : Hari itu cikgu dengan sapa?
Aku : Oh, dengan adik saya.
Murid : Ye ke adik cikgu?
Aku : Ya, adik saya yang Tingkatan Empat.
Murid : Dia lagi tinggi dari cikgu.
Aku : Ya. (-_-)"

Alahai.
Perlukah cakap yang adik lelaki aku lebih tinggi dari aku? Ya, memang saya rendah, saya pendek tetapi saya comel. Eh? (Maaf, budak yang terlebih ubat macam aku ini memang sedang meracau, sila maafkan aku. Ketawa)

Dan sekarang Mukabuku (baca : Facebook) sudah menjadi tempat jual barang dan produk yang terbaik. Malangnya, yang membuatkan ianya kurang menarik (bagi aku) adalah kegiatan orang yang menanda (baca : tag) sesuka hati mereka tanpa mengenal pasti apakah sasaran pembeli.

http://www.iheartluxe.com/wp-content/uploads/2007/06/bcbg-sequined-swimsuit.jpg
Nampak sangat tak wajar 'tag' gambar begini untuk aku kan?

Sasaran Pembeli.
Aku tak kisah dengan orang yang mahu jual barang atau mempromosikan barang mereka di Mukabuku tetapi sila perhatikan siapa yang anda mahu jual. Kalau pakaian mandi begini, adakah sesuai untuk aku? Perwatakan serta penampilan aku? Kegilaan apakah mereka-mereka ini?

Satu Album, Dua Ratus Gambar Barang = Dua Ratus Gambar Aku?
Dalam setiap album di Mukabuku boleh meletakkan dua ratus keping gambar. Dua ratus keping gambar produk sama dengan dua ratus keping gambar aku? Penat mahu buang satu demi satu 'tag' dari gambar-gambar begitu. Kalau aku buang manusia itu dari Mukabuku aku sekalipun, gambar itu masih akan kekal di dalamnya. Alahai.

Sudahlah begitu, gambar entah apa-apa pula itu. Kalau gambar tudung, boleh aku fikir lagi. Ini kalau gambar seluar pendek, gambar baju yang langsung tidak boleh dipakai oleh aku, untuk apakah? Kalau baju yang boleh dipakai, contohnya jaket dan sebagainya, bolehlah aku buat rujukan pilihan barang. Tetapi ini?

Jadi, kalau tiba-tiba kamu sudah tidak boleh 'tag' aku di barang jualan kamu, maka, jangan tanya aku bagaimana ya? Itu maknanya aku sudah buang diri aku dari perkara sebegitu. Sebab selalunya, gambar barang jualan itu sudah jadi tempat saling berbual antara kawan-kawan pula. Bertimbun peringatan (baca : notification) dalam kantung surat elektronik aku. Alahai.



Zara : Esok hingga Jumaat akan pergi ke kem lagi. Selamat tinggal sekolah, selamat datang kegembiraan di kem. Kerja sekolah dan beberapa tugasan sudah aku tinggalkan buat anak-anak murid aku. Eh, siapa kata kalau cikgu tiada, murid boleh bersuka ria?


13 comments:

Aini said...

Paling tak boleh tahan kalau di tag dengan gambar mngarut yang mengerikan. Seriau sebulan nak kasi luput dari kepala hutak ini...

Nizam Gtz said...

hohoho.. SElamat menyambut bulan ramdan almubarak

Artzlizan said...

waaa....agak cantik pakaian dalam tu...hehe

KASIH AYAH

bluecrystaldude said...

haha. You ni sangat lawak ok! ;D

. said...

salah satu sebab Putri deactived fb. hehe

cikgu comel!

P/s; Putri pun tidak tinggi! :p

TheBentPencil said...

Mcm yang ak tulis kat blog ak:
TAGGING DALAM FB YANG PALING FAIL
-tagging gambar lelaki dgn tudung
-tagging awek freehair dgn tudung
-tagging gambar punggung awek dgn nama lelaki
-tagging gambar 'tuuuut' lelaki dgn apa-saja.

ZaridaIshak said...

1. cikgu rendah yerk... tak per arrr asal comel

2. paling tak suka bila kena tag dalam FB dengan gambar yang berkaitan dan tak senonoh dan tak minat langsung dengan benda tuh... rasa macam kena tipu plak...

Hizami Li said...

haha.
tahu takpe.
mcm2 kena tag.
haiyak~
:)

Hasrol Nizam said...

isu tag2 ni mmg takkan habis klu si penjual tak betul2 cari target pembeli.. :D

pendapat anda?
Tak mahu semua, jangan buang semua

Ariff Shah said...

kalau benda yang ditag tu aku tak berkenan, aku remove je.

Hidayah Ismawi said...

satu lagi .. mengupload gambar2 spt di bilik hostel atau zaman remaja atau gambar bersama family tika mana tidak menutup aurat dgn sempurna.. padahal org itu telah pun sekarang menutup aurat ..

tak perlu lah nak ungkit2 balik gambar2 tu ..

MY LATEST POST: The Sorcerer’s Apprentice

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hoho.

siyes zara, kekadang xsuke dgn tag2 pic kat fb tu. menyemak!!!

Aidi-Safuan said...

ala, asyik2 biskut jacobs. sedap sangat ke? :P