Salam.
Terima kasih atas pandangan yang kamu utarakan dalam penulisan aku tentang kenapa cinta dijadikan perkara penting dalam hidup sehingga mengabaikan ibubapa. Ada yang tidak menulis pendapat di situ, ada juga yang menulis terus ke kantung surat elektronik aku dan juga di Mukabuku. Terima kasih berkongsi pandangan dan aku juga harap kawan aku itu sudah mendapat jawapan yang dia kehendaki.
Aku suka dengan gambar ini.
Eh, esok dah mula puasa kan? Aku akan merindui ikan keli.
Malam semalam juga aku ada menerima panggilan telefon daripada seorang rakan. Maaf, aku dalam keadaan mamai, mengantuk yang amat sangat, dan kalau pandangan aku tidak memenuhi pertanyaan kamu teman. Tetapi, izinkan aku menulis dan bertanyakan kepada pembaca aku tentang isu yang menyesakkan pemikiran kamu itu.
Lelaki atau Perempuan Lebih Muda.
Nah, itu tidak menjadi hal bukan? Apa salahnya kalau pasangan itu lebih muda? Tiada salahnya, cuma kena mengambil pandangan lain sekiranya yang lebih muda itu masih memakai pakaian seragam sekolah. Aku pernah menulis mengenai itu di 'Bercinta dengan pelajar sendiri'. Aku menulis khas untuk mereka yang sudah memasuki alam pekerjaan. Kalaupun kamu bercinta dengan budak di bawah umur, sila bersabar dan tunggu sehingga dia meningkat usia boleh? Biasanya yang lebih muda dan masih belajar ini, mempunyai keinginan untuk bergembira terlebih dahulu, maka, kamu kalau sudah bekerja, kena memikirkan sama ada mampu mengikut rentak ataupun tidak.
Umur muda bukan satu masalah buat aku. Secara peribadinya, aku tidak kisah kalau bertemu jodoh dengan lelaki lebih muda, tapi kalau boleh, janganlah sampai seusia dengan adik aku. Had umur yang aku tetapkan adalah sampai yang lahir tahun 1989 boleh? Ketawa. Ini disebabkan adik aku dilahirkan pada tahun 1990. Kasihan pula kalau dia tak boleh memanggil Abang. Ketawa. *Penampar diri sendiri sekali*
Lelaki Atau Perempuan Lebih Tua.
Ada ramai kawan-kawan aku sudah mendirikan rumahtangga. Kebanyakan mereka memilih yang lebih tua sedikit daripada mereka (merujuk kepada rakan perempuan). Kebiasaan kawan-kawan aku memilih lelaki yang tua lebih kurang 3 atau 4 tahun lebih berusia daripada mereka. Dan ada juga yang sehingga 10 tahun lebih tua. Tidak menjadi masalah, asalkan pandai mengemudi tanggungjawab dengan baik, umur tidak aku lihat sebagai satu punca yang sukar diatasi.
Rakan-rakan lelaki yang telah berkahwin memilih perempuan yang lebih muda daripada mereka. Dan itu mungkin yang dikatakan sebagai perkara biasa lelaki memilih yang lebih muda sedikit daripada mereka. Tidak, ia bukan masalah. Tetapi kalau murid sekolah memilih orang yang bekerja sebagai pasangan masing-masing, harus diingat ya? Anda masih punya tanggungjawab kepada pelajaran dan masa depan masing-masing.
Secara peribadi, aku kalau boleh, tidak mahulah yang begitu berusia. Cukuplah sekadar yang boleh diterima oleh ibubapa aku. Eh, sekarang ini bukan aku yang menjadi persoalannya, tetapi kawan aku itu. Di umur sekarang ini, aku tidak mahu yang lebih daripada umur 30 tahun boleh? Ketawa. (Penampar lagi sekali)
Lelaki Atau Perempuan Sebaya.
Ini selalu berlaku dalam percintaan. Senyum.
Ada rakan-rakan yang berkahwin sebaya. Sebagai contoh, kawan baik aku, sudah mempunyai 3 orang anak dan dia berkahwin dengan pasangannya pada usia 20 tahun. Sekarang ini mereka masing-masing sudah berusia 24 tahun dan kawan baik aku itu seorang lelaki. Berkahwin ketika belajar dan sekarang masing-masing sudah berkerjaya. Itu satu contoh yang membahagiakan, dan ramai lagi yang mendirikan rumahtangga dan bahagia dengan mereka yang sebaya.
Ada pula yang menyatakan kalau sebaya ini payah, sukar untuk memahami hati masing-masing, tetapi secara peribadi, terpulang kepada individu itu sendiri. Macam aku katakan tadi, ia bukan melibatkan umur, angka semata-mata tetapi kepada perasaan dan naluri individu masing-masing. Nah, cinta itu tidak boleh dipaksa ke dalam jiwa bukan?
Aku kalau dapat yang sebaya, mungkin bukan saat ini agaknya. Sekarang ini tiada orang yang sebaya mendekati aku. Selalunya budak-budak yang masih tidak matang usianya. Boleh buat hati dan diri pengsan. serta bertukar menjadi garang. Senyum.
Macam aku kata tadi, di atas adalah pendapat peribadi aku sendiri - untuk menjawab persoalan kawan aku itu. Dia mengalami kesukaran untuk memilih pasangan disebabkan calon-calon berpontensi yang menghampiri dia saat ini tergolong dalam 3 kategori tersebut.
Zara : Cuaca hari ini mendung di sekolah, dan hujan tidak berhenti-henti sejak jam pagi hingga aku tiba di sekolah. Moga cuaca sebegini akan berterusan sepanjang Ramadhan. Selamat berpuasa buat semua.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35]
6 comments:
Saya tidak rasa umur menjadi masalah. Sesetengah orang melihat kepada perkara yang lain selain faktor usia. Kematangan datang dengan apa yang dilalui, bukan semestinya dengan usia! :)
betul tue... rasanya faktor umur bukanlah masalah besar masa skang nie....
Usia itu sekadar angka. Kematangan dan pengalaman yang membataskan segalanya. Dalam perhubungan perlu ada persefahaman dan tolak ansur. Apa yang penting rasional tak bertindak terburu-buru. Pokoknya.. Matang.
salam zara..
mengikut pengalaman akak, memilih pasangan hidup bukan pada usia semata2..
orang ckp lelaki muda x matang, tapi tak smua..kawan2 akak ramai yg berkahwin sebaya..masih lagi mengekalkan kerukunan rumahtangga masing..
lelaki yg lebih tua memang lebih bertanggungjawab, caring & loving..tapi adakalanya sifat yg caring itu menjadi melampau2..dan sifat loving yg obses membuatkan pasangan menjadi bosan dan lemas..
jadi, bagi akak, yg pnting adalah keserasian dan tolak ansur..tapi kalau bab bercinta dgn budak sekolah baik elakkan..kang x pasal2 kena sebat.. =P
age is number to be count, names are letters to be spelt, love are feelings to be felt.
& yeah, fart is a gas to be released.
yap!.. umur sekadar angka..
yang penting hati..
jujur dan ikhlas.. huhu.
sokong pndapat bluecrystaldude dan fahmi ibrahim. =)
Post a Comment