Salam semua.
Hari ini sudah 5 Ramadhan sebenarnya, tetapi memandangkan aku kurang sihat semalam, aku langsung tidak mampu untuk mencoretkan apa-apa. Usai berbuka dan solat Maghrib, aku makan ubat dan akhirnya terlena hingga pagi. Jam 3 pagi baru aku menunaikan solat Isyak dan Terawih. Gila lambat kan?
Dan semalam juga, aku baru menyedari bahawa cek Nuffnang sudah ada di rumah. Terima kasih kepada Nuffnang. Walaupun jumlahnya tidak sebanyak mana, tetapi dengan duit itulah, aku sudah bercadang untuk melakukan sesuatu. Lebih tepat lagi, cek yang bakal ditunaikan itu adalah untuk menggantikan wang yang aku sudah gunakan untuk membeli suami kesayangan aku.
Kalau kalian adalah pembaca blog aku sejak sekian lama, mungkin kalian teringat akan peristiwa ini, di mana aku seperti dicaci dan dihina bila aku tidak punya suami sendiri. Ah, bila menghadiri perjumpaan blogger, perkara tersebut menjadi gurauan mereka yang hadir dan jujurnya ia membakar semangat aku untuk memiliki seorang suami atas daya usaha aku sendiri. Ya, aku bekerja demi untuk melunaskan segala apa yang aku mahukan dalam hidup ini.
Senyum.
Tarik nafas panjang.
Sudah cukup mengenai peristiwa lama.
Disebabkan ramai yang sudah mempunyai kesedaran, bahawa kalau membaca blog Zara, kena memerhatikan label dengan sebaiknya, ada yang sudah mengetahui, siapakah sebenarnya suami aku. Kalau di Twitter pula, ada yang sudah aku kongsikan gambar beliau. Eh, di Mukabuku juga ada yang menebak dengan tepat gerangan kekasih hati aku itu. Senyum. Tidak mengapa, ada kalian-kalian yang hebat begini membuatkan aku sering bersyukur, punya kalian yang sangat memahami walaupun sekadar berkenalan di alam maya.
Ini suami aku. Hoyeah!
Kami mempunyai identiti yang sama.
[Tidak perlu bertanya kenapa aku tidak bergambar dengan beliau. Ini bukan perniagaan yang seperti di dalam Mukabuku. Bergambar dengan duit ataupun kereta]
Baiklah, berkenaan dengan duit Nuffnang aku, pastinya tidak mampu untuk memiliki suami seperti di atas (Oh, aku bukannya mempunyai pendapatan yang lumayan dalam menulis blog. Nah, kata sekadar suka-suka). Tetapi aku telah menggunakan duit aku (lepas dapat tunaikan cek, kira itu duit Nuffnang) untuk memiliki identiti yang sama dengan aku.
Identiti sama - 2987.
Identiti yang sama di sini adalah bermaksud nombor tersebut. 2987 adalah mewakili tarikh lahir aku sendiri iaitu 29.08.1987 atau dipendekkan menjadi 29.08. 87. Memandangkan tidak boleh menulis 5 nombor, aku memilih untuk menjadikan nombor lapan itu sebagai satu, walaupun hakikatnya perlu dibaca dua kali untuk mengingati tarikh lahir aku sendiri. Senyum. Lebih tepat lagi, duit Nuffnang itu, ku dapat gunakan untuk menempah nombor di atas. Eh, duit itu harus digunakan untuk sesuatu yang bermakna dan signifikan.
Kolot?
Tidak mengapa. Itu sebagai tanda penghargaan aku pada diri sendiri dan menjawab balik soalan-soalan yang tidak matang dari orang yang tidak menyukai apa yang aku pertaruhkan selama ini.
Itu sahaja buat hari ini. Maaf kalau penulisan aku agak kasar. Otak yang masih berserabut membuatkan aku tidak mampu untuk berfikir tentang apa-apa. Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak terhingga. Aku sangat menghargainya. Terima kasih. Sayang kamu semua.
Perjalanan suami :
1. Sudah di bawa menghadiri mesyuarat.
2. Sudah membawa 3 adik lelaki ke bandar untuk melunaskan urusan mereka.
3. Sudah menghantar seorang makcik ke tempat kerja.
Zara : Badan sangat membutuhkan rehat tetapi aku sekadar membiarkannya agar tidak terlampau manja. Biarlah buat kali pertama, aku dapat senyum walaupun otak sedang bengalkan kepala.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36]
38 comments:
seronoknya dah dapat cek, mesti banyak ni
Keputusan Liga Inggeris
Oh.. rupanya Zara sebaya dengan Along kakcik.. tapi tarikh lahir Along 22.09.1987 - bolehlah berkongsi nombor plet, kan? Isteri Along (Myvi Putih - bernombor 6859 - tak kena mengena langsung, kan?)
Sharinginfoz :
Tak sebanyak kamu~
:)
Kakcik:
hehehe~
22.09?
Ramai kawan Zara yang lahir tarikh tu, pasni boleh letak nama Along Kakcik gak.
Hehehe.
Boleh share.
2987 juga.
22.09.87.
hehehe
:)
pasni leh tumpang jejalan lah! heee...
iklan penaja:ready stock contact lens serendah rm30 termasuk pos dan free lens case. Promo ramadan dan raya!
ehhh.. birthday mu nak dekat da... ehehehe
Wow!
Congrats zara sb sudah punya si suami.
Aku je blom hukhukhuk.
walaweh
inilah kereta itu rupanya
hohoho
P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!
mengabadikan tarikh lahir. samalah kita. bezanya kak sha mengabadikan tarikh lahir ibu kak sha...2707.
best tul....aku lom mampu lagi...jeles aku....hehehe
fiD :
Jom~
hahaha~
Jard The Great:
Missed U jard!
:)
yup, dah dekat~
Shahira :
Cet, kamu dah gak. Yang kaler ungu tu?
hans:
hahhaa~
yup!
cHeRyNa PiReS:
kamu memang anak yang baik kak.
:)
ahmad endo :
takpe.
kumpul duit perlahan2~
:)
fuyooooooo wa caya sama lu lah zara
hensem la hubby you,
i nk ngorat bole....ngeee.....
wau..hadiah harijadi terbaik buat diri sendiri..syabasss
cayalah adikku....tabik spring sama you...
leh ar test drive nanti...ekeke
jaga2 elok2 'suami' kamu itu...belai la dengan penuh kasih syg... :)
wewiiiittttttttt.
tumpang boleh? haha :D
agak2 boleh tak beli kereta guna dwet nuff? hak3
suamimu & boifren kite serupe.. Warna je berbeza!
wahh.. cun2.. lpas ni tuang minyak kt tank kete sndri lak yer.. huhu..
wah nnt bole la sponsor utk no. kete i plak :p
wah seronoknya dah ada suami..suami kamu "kacak" hehehe
yang belum.........bawa kak jie
waaaa....tahniah zara :)
zara...congrats untuk suami baru...
hehehe...
sungguh hensem suami kamu
myvi looks the best in black and also white
wahh zara dah ade kereta
bole lah dtg mlk! ;)
ohh nak beli kereta dah yek? Errmm.. agak agak kalau suruh datang belanja mee bandung, muncul ke tidak ni? Apa alasan anda seterusnya?
tahniahlah dah ada keta. Now i know, kalau kereta rosak kat muar, who I can call.
tahniah!
semOga en.suami zara dpt menjaga zara dgn baik..
huhu..
ouh kakak...
nak ikut pegi jalan2 nanty...
bole?...
heeee... :D
bilalah agaaknyaa dapat check nuffnang yerk.. tahun depan kot..
wah suami cikgu sungguh bermakna..
saya pun ingat nak cari isteri gaklah tp masih belum mampu sbb masih belajar.,. jd kena tahan dulu..
wah.. dah dpt memiliki suami rupenye... bestnye.. nk ikut jalan2 boleh.. hehe
Salam..kita sebaya ropanya.. tp sy lum ada keta..hehe
ak guna random number jer utk kereta ak
takde signifikan.
so sampai sekarang ak tak ingat no plet ak.
dah tiga tahun dah ni! hahahaa
wahhhh~
dah keluar cek lah cegu...
bolehlah belanja en.Tikus nanti. hehe ;)
wah!!style!!!bape aek tempah?
tahniah pah!! :)
eh..seronok bila ada sang suami memnemani kemana saja kite pergi..
saya pun ada satu..honda beroda 2..
2712 sempena birthday 27.12.1988
tahun kelahiran pastinya akan jadi rahsia[bila usia meningkat tua]
jadi tak berapa sesuai di abadikan pada honda itu..hihihi
tahniah da dpt suami.. =)
ishh jeles pulak bila ko dpt beli no sendiri,aku sgt dengki..
u knw y? aku dpt kete time sehari seblm besdy aku dan aku tk dpt nak beli no atas sbb tertentu..ee geram pula..ko punya 29.8 kan? aku 28.7..haha
ada berkongsi suami dgn sapa2 tak?
Post a Comment