Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Thursday, December 02, 2010

Kenapa Aku Suka Blog Aku Berbeza Dengan Adam Awraq Seksi Kerana Tiada Punggung


Salam semua.
Pagi-pagi lagi sudah bangun (sebenarnya serupa tidak tidur sejak kebelakangan ini). Ini disebabkan oleh keinginan untuk menjadi secomel panda dan terkenal sebagai duta WWF. Apa kau ingat kau seekor sahaja yang comel panda? Aku pun comel juga tahu? (Sila abaikan ayat ini kerana tuan punya blog dibawah pengaruh kafein yang tinggi)

Ketawa.
Baiklah.
Ada yang bertanya tentang kenapa aku suka blog aku. Dah kata blog aku, mestilah aku suka kan? Kalau tak suka, tidaklah aku hadap setiap hari tanpa rasa jemu (bukti obsesi kepada diri sendiri disebabkan tidak comel macam penulis blog lain).
Sengih.
Rasa keji pula menulis sedemikian rupa.

http://farm3.static.flickr.com/2482/3898514929_423af1ca50.jpg
[Gambar : Aku rasa nak pakai begini dan ambil gambar. Ada sesiapa nak tekan suka (baca : LIKE) ke?]

Baiklah. Untuk menjawab soalan kenapa aku suka blog aku, ini beberapa jawapan yang aku rasakan sesuai untuk menjadi bacaan umum tanpa sebarang tapisan.

Blog aku ibarat diri aku. 
Aku sayang diri aku. Maka, aku juga sayang blog aku.

Blog tempat aku meluahkan apa aku rasa - ruang terapi.
Ini tempat terapi terbaik. Jika sebelum ini aku selalu bercakap dengan dinding ataupun kawan-kawan yang celup-celup (maksudnya sekejap ada sekejap tiada), blog adalah tempat aku meluahkan segalanya (dan sejak ada kembar, aku boleh bercakap dengan kembar - seorang manusia seperti aku juga)

http://farm3.static.flickr.com/2545/3911199725_ea973f16c7_z.jpg
[Gambar : Kalau tiada terapi menarik, mungkin aku sudah jadi sebegini]

Sebab aku suka menulis.
Aku dah kurang bercakap agaknya.
Mungkin.
Sebab ini kan cuti sekolah, maka aku tidak ada kelas untuk dihadiri.
Senyum.

Kenal ramai orang.
Dengan blog memang aku kenal ramai orang. Jumpa ramai kawan baru dan lebih kenal tentang manusia itu sendiri.


Ini sebagai contoh.

Ada banyak lagi sebenarnya.
Tetapi agak peribadi.
Senyum.

Adam Awraq.
Kasihan beliau.


Ini Adam Awraq - buat sesiapa yang masih tidak mengenali beliau.

Kasihan Adam Awraq yang selalu menjadi bahan gurauan di kalangan keluarga dan teman-teman. Kalaulah beliau tahu beliau dikata-kata, kasihan suamiku itu. Heh!

Mak : Leceh betul kereta kau tiada punggung, Along.
Aku : Punggung Along dah cukup besar dah (ketawa)
Mak : Kau kereta ke?
Aku : (Gelak)

Disebabkan kereta Bonda masih di bengkel, maka beliau harus berpuas hati (dan aku tabah) untuk membeli segala barang keperluan seperti beras, minyak amsak dan sebagainya menggunakan kereta aku sebagai pengangkutan. Kereta Abah tiada disebabkan dia bawa ke sekolah.

Begitu juga apabila aku menghadiri kursus atau aktiviti yang memerlukan aku membawa Iman Kenzo (basikal aku) di dalam kereta.

Kawan : Lain kali beli kereta yang ada punggung.
Aku : Ada punggung lah ni.
Kawan : Punggung rata, lain kali beli yang punggung besar, senang letak basikal.
Aku : Ceh! Ni muat juga.
Kawan : Sayang kena tempat duduk.
Aku : Sebab itu beli yang kulit.
Kawan : Kalau tak mesti menangis bila minyak basikal menitis kan?
Aku : Tepat sekali!

Sekarang ini kalau mahu bawa Iman Kenzo di dalam Adam Awraq, aku akan alas dengan surat khabar tebal. Tidak sanggup melihatkan kecederaan di tempat duduknya. Senyum.

Baiklah.
Apa yang aku tulis hari ini?
Pening.

Nota Kaki :
1. Ada ambil gambar sebuah pokok yang comel. Nanti aku letak di Tumblr.
2. Tawaran untuk menulis tiba lagi, cuma aku tiada masa luang yang betul-betul kosong.
3. Menerima dua kejutan malam tadi. Terima kasih kembar, terima kasih kawan baik yang pendiam.

Zara : Kalau bertolak ansur itu sangat perlu dalam hidup, aku pasti ramai yang sudah berbunuhan akibat sikap jelik dan tamak orang yang tidak kenal peraturan. Diam. AKu kulum dalam-dalam segala sumpahan dan makian.

Tuesday, August 24, 2010

Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk | Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati | Kemerdekaan Ke-53


Salam semua.
Sekadar ingin berkongsi dengan kamu semua tentang iklan yang aku temui tadi. Aku jujurnya jarang meletakkan video di blog, tetapi ini sesuatu yang membuatkan aku teruja. Ya, aku dan iklan amat tidak dapat dipisahkan. Hari itu orang bercakap tentang 'Keropok Moni', aku sanggup menunggu di hadapan televisyen untuk menonton sendiri iklan tersebut.

Hari Kemerdekaan.
Antara yang memeriahkan Hari Kemerdekaan saban tahun adalah iklan yang disiarkan di kaca televisyen. Kalau Allahyarham Yasmin Ahmad ada lagi, pasti iklan beliau yang menjadi kegemaran aku. Sentiasa menantikan saat setiap peristiwa dan perayaan penting negara, semata-mata untuk menonton iklan arahan beliau. Dan hari ini, aku jumpa suatu iklan sempena Hari Kebangsaan yang akan disambut untuk kali ke 53 tahun ini.



Agency: Leo Burnett Malaysia
Film Director: Hafiz Ibrahim
Creative Directors: Tan Yew Leong/ Ali Muhamad
Art Director: Tan Yew Leong
Copywriter: Sheikh Azraai Azmi
Production Company: Chilli Peppers
Senior Producer: Michelle Fung
Other credits: Mohd Effendy Harjoh, Raja Affandi Jamaludin


Sekalung tahniah buat mereka semua yang menerbitkan serta mengarah iklan ini. Menyentuh jiwa dan jujurnya, aku menyukai pesanan di akhir iklan ini. Kekuatan sebenar kita terletak pada hati.

Enggan mahu mengomel panjang, sama-sama kita hayati iklan ini. Walaupun mungkin tidak terlalu menyentuh hati seperti karya Allahyarham Yasmin Ahmad (Ya, aku memang peminat karya-karya Allahyarham), tetapi masih ada pesanan yang kita boleh ambil pengajaran.

Tahukah anda bahawa Tan Yew Leong adalah suami kepada Allahyarham Yasmin Ahmad?

Zara : Aku menyukai iklan Merdeka dan perayaan di Malaysia. Bagaimana dengan kamu semua? Adakah menyukai iklan juga?


Wednesday, August 18, 2010

Bila Bekas Kekasih Dan Gadis Itu Bercerita Tentang Aku Di Waktu Sahur | Tolong Jangan Bagi Aku Gelak


Salam semua.
Berikutan tentang cerita semalam, aku masih ketawa sehingga pagi ini apabila menerima maklum balas daripada pembaca di blog ini ataupun Mukabuku. Kalian memang pembaca yang mengasyikkan tahu? Aduhai. Dan di dalam perjalanan ke sekolah tadi (Terima kasih kepada sistem 'suami' tersayang, aku boleh menjawab panggilan hanya dengan menekan satu butang di sistem audio), aku menerima panggilan daripada bekas kekasih.

Dia : Shafaza, awak tipu saya ya?
Aku : Amboi, tak beri salam, terus cakap. Assalamualaikum.
Dia : Ya, ya. Waalaikummussalam. Awak tipu saya semalam ya?
Aku : Tipu apa?
Dia : Suami yang awak cakap tu sebenarnya kereta baru awak kan?
Aku : Memang betul.
Dia : Kenapa awak tipu?
Aku : Saya mana ada tipu? Awak dengar cerita daripada kekasih awak, saya malas nak betulkan. Mana boleh buatkan awak tak percaya dia lagi kan? *ketawa*
Dia : Tapi kan awak boleh cakap yang suami awak tu kereta.
Aku : Saya lagi suka awak tahu sendiri.
Dia : Bengang betul bila dia cerita pagi tadi. Rasa macam dia gelakkan saya.
Aku : Dia cerita apa pada awak?
Dia : Tentang apa awak tulis di blog. Tapi dia tak tahu itu saya.
Aku : Oh, jadi dia tak tahu yang dia membaca blog bekas kekasih kepada kekasih dia?
Dia : Tak, dia tak tahu.
Aku : Awak dengan dia tiada benda lain ke nak cerita?
Dia : Apa maksud awak?
Aku : Gosip tentang benda lain lah, benda di blog pun jadi nak cerita?
Dia : Orang bercinta kan cakap tentang apa sahaja?
Aku : *ketawa* Sebab dia tak tahu siapa saya.
Dia : Ya. Awak nak dia tahu?
Aku : Tak perlu kot? Nanti dia takde bahan nak bercerita dengan awak.
Dia : Apa-apa aje lah.
Aku : *ketawa* Nanti raya, jemput datang majlis kahwin ya?
Dia : Ayat tak menahan.
Aku : Tahan telinga sahaja ya?
Dia : Memang tiada lelaki lain ke dalam hidup awak sampai awak anggap kereta sebagai suami?
Aku : Sekurang-kurangnya kereta itu tidak akan menduakan saya.
Dia : Ayat makan dalam. Awak beli kereta MyVi?
Aku : Ya.
Dia : Suatu hari nanti, kita jumpa semula dan lumba kereta.
Aku : Boleh sahaja.

http://www.marissamoss.com/pictures/amelias-guide-to-gossip.jpg
Aku rasa nak belikan lelaki itu dan bekas kekasihnya buku ini.
Biar mereka jumpa cara lain untuk gosip tentang aku yang bukan siapa-siapa di dunia mereka.

Dan baru sebentar tadi aku meneliti blog gadis tersebut. Membaca dia menulis tentang dia bercerita pada kekasihnya peristiwa yang menggelikan hati tetapi kekasihnya tidak ketawa langsung. Alahai cik adik, adakah anda tahu kenapa lelaki itu tidak ketawa? Sebab anda bercerita tentang dia sendiri. Senyum. [Eh, kalau gadis itu baca ini, adakah dia akan menyedari siapa aku sebenarnya? Ketawa]

Baiklah.
Aku sudah tidak mampu mengekang senyuman lagi. Suami aku kesejukkan malam tadi akibat hujan lebat. Tiada guna aku memandikan dia semalam petang, kerana pagi ini, sisa-sisa hujan telah membuatkan usaha aku semalam menjadi sia-sia.

Zara : Kadangkala hidup ini terlampau unik untuk diperkatakan. Tidak aku sangka, hidup aku yang biasa-biasa ini sudah menjadi bahan kepada pasangan bercinta pula. Dan anehnya manusia itu. Senyum nipis apabila manusia itu sudah meninggalkan kami-kami yang dikatakan sebagai keluarganya satu ketika dahulu. Tidak mengapa kalau kau buat begitu pada semua, tetapi yang berlainan jantina masih kau simpan pula.


Bila Bekas Kekasih Menelefon Untuk Mengucapkan Tahniah Di Atas 'Pernikahan' Aku | Ketawa Guling


Salam semua.
Mahu berkongsi sedikit cerita apa yang berlaku dalam perjalanan pulang dari sekolah tadi. Seperti yang sudah diketahui umum, aku mestilah ke sekolah bersama dengan suami tercinta aku. Apalah guna aku menaja hidup dia jika aku tidak mendapat sebarang kelebihan bukan? Ketawa.

Baiklah.
Itu bunyinya agak gila.
Tapi, apa yang penting semua, tidak aku sangka ada orang yang percaya bulat-bulat hanya dari mendengar kata orang sahaja. Sekurang-kurangnya kalian yang singgah, akan membaca terlebih dahulu bukan? Senyum mesra.

 http://icantfindajob.files.wordpress.com/2009/03/life.jpg
 [Gambar]
Hidup ini kadangkala bagaikan gumpalan kertas yang kita tidak tahu kesudahannya.

Dia : Hello, Shafaza ya?
Aku : Assalamualaikum. Ya, saya cakap.
Dia : Waalaikummussalam. Apa khabar?
Aku : Baik. Kamu?
Dia : Baik juga.
Aku : Kenapa telefon?
Dia : Dengar cerita dah nikah ya?
Aku : Siapa cakap?
Dia : Kekasih saya ada baca blog awak. Dia kata, dia nampak awak tulis awak dah nikah.
Aku : Sekejap. Kekasih awak baca blog saya? Kenapa?
Dia : Kekasih saya tak tahu pun yang awak dan saya pernah bercinta dahulu. Dia cuma kata dia suka baca blog awak. Jadi, dia selalu cerita apa yang dia baca.
Aku : Oh, macam tu ke?
Dia : Terkejut juga bila dengar awak dah nikah.
Aku : Kenapa nak terkejut?
Dia : Sebab awak janji kalau awak jumpa sesiapa selepas saya, awak akan beritahu.
Aku : Ya ke? Anggap saya lupa.
Dia : Tahniah ya?
Aku : Terima kasih.
Dia : Kenapa nikah bulan puasa?
Aku : Senang, jimat belanja.
Dia : Nanti majlis, jemput saya ke tak?
Aku : Majlis saya nanti Hari Raya. Datanglah kalau mahu.
Dia : Tarikhnya?
Aku : Asalkan bukan hari sekolah.
Dia : Eh, jangan main-main.
Aku : Mana ada saya main-main?
Dia : Bila tarikh yang tepat?
Aku : Nanti kekasih awak akan cerita pada awak kalau saya letak tarikh.
Dia : Dengan saya pun nak berahsia.
Aku : Saya dan awak bukan siapa-siapa lagi. Itu nyata.
Dia : Tak mengapa. Awak dah balik kerja?
Aku : Dalam perjalanan mengambil Bonda.
Dia : Dengan siapa?
Aku : Dengan suami.
Dia : Ada suami di tepi pun berani jawab telefon saya?
Aku : Suami bukan di tepi saya.
Dia : Habis tu?
Aku : Saya duduk di dalam suami. *ketawa*
Dia : Siapa suami awak sebenarnya ni?
Aku : Awak cari sendiri. Dah sampai sekolah Bonda. Saya letak telefon dulu.
Dia : Sekejap.
Aku : Apa lagi?
Dia : Siapa suami awak? Saya kenal ke?
Aku : Satu Malaysia pun kenal. Entah-entah satu dunia pun tahu.
Dia : Siapa?
Aku : Bonda dah tunggu. Salam.

Panggilan telefon aku matikan sambil ketawa terbahak-bahak. Jahat sungguh aku kan? Dalam keadaan batuk yang tidak berhenti-henti masih ada upaya mahu mengenakan manusia itu. Sungguh lawak apabila memikirkan kekasih dia membaca blog aku. Ah, aku akan pastikan gadis itu mendapat tips serta pelbagai benda yang menarik yang boleh dia bercerita kepada kekasihnya selepas ini. Oh, nasib baik dia tak sebut siapa nama gadis itu walaupun aku sudah dapat mencari siapa gadis itu petang tadi. Ah, perempuan itu rupanya. 

Nota Kaki :
Tadi ada 3 orang pelajar perempuan Tingkatan 4 yang ponteng kelas Sains aku 2 masa. 2 masa bermaksud 80 minit. Selepas rehat, ada kelas Sivik yang aku ajar. Mereka masuk tanpa ada secalit rona bersalah di wajah. Aku senyapkan sahaja. Biarlah. Aku mahu lihat apa lagi aksi mereka selepas ini.

Zara : Sangat merindui hujan. Cuaca hari ini sangat panas dan selepas berbuka, entah berapa gelen air yang sudah memenuhi rongga aku gamaknya. Aduhai. Minta nyawa.


Sunday, August 15, 2010

Ramadhan #04 - Duit Dari Nuffnang Membolehkan Aku Memiliki Suami Yang Kacak Dan Identiti Sama.


Salam semua.
Hari ini sudah 5 Ramadhan sebenarnya, tetapi memandangkan aku kurang sihat semalam, aku langsung tidak mampu untuk mencoretkan apa-apa. Usai berbuka dan solat Maghrib, aku makan ubat dan akhirnya terlena hingga pagi. Jam 3 pagi baru aku menunaikan solat Isyak dan Terawih. Gila lambat kan? 

Dan semalam juga, aku baru menyedari bahawa cek Nuffnang sudah ada di rumah. Terima kasih kepada Nuffnang. Walaupun jumlahnya tidak sebanyak mana, tetapi dengan duit itulah, aku sudah bercadang untuk melakukan sesuatu. Lebih tepat lagi, cek yang bakal ditunaikan itu adalah untuk menggantikan wang yang aku sudah gunakan untuk membeli suami kesayangan aku.

Kalau kalian adalah pembaca blog aku sejak sekian lama, mungkin kalian teringat akan peristiwa ini, di mana aku seperti dicaci dan dihina bila aku tidak punya suami sendiri. Ah, bila menghadiri perjumpaan blogger, perkara tersebut menjadi gurauan mereka yang hadir dan jujurnya ia membakar semangat aku untuk memiliki seorang suami atas daya usaha aku sendiri. Ya, aku bekerja demi untuk melunaskan segala apa yang aku mahukan dalam hidup ini.

Senyum.
Tarik nafas panjang.
Sudah cukup mengenai peristiwa lama.

Disebabkan ramai yang sudah mempunyai kesedaran, bahawa kalau membaca blog Zara, kena memerhatikan label dengan sebaiknya, ada yang sudah mengetahui, siapakah sebenarnya suami aku. Kalau di Twitter pula, ada yang sudah aku kongsikan gambar beliau. Eh, di Mukabuku juga ada yang menebak dengan tepat gerangan kekasih hati aku itu. Senyum. Tidak mengapa, ada kalian-kalian yang hebat begini membuatkan aku sering bersyukur, punya kalian yang sangat memahami walaupun sekadar berkenalan di alam maya.


Ini suami aku. Hoyeah!
Kami mempunyai identiti yang sama.
[Tidak perlu bertanya kenapa aku tidak bergambar dengan beliau. Ini bukan perniagaan yang seperti di dalam Mukabuku. Bergambar dengan duit ataupun kereta]

Baiklah, berkenaan dengan duit Nuffnang aku, pastinya tidak mampu untuk memiliki suami seperti di atas (Oh, aku bukannya mempunyai pendapatan yang lumayan dalam menulis blog. Nah, kata sekadar suka-suka). Tetapi aku telah menggunakan duit aku (lepas dapat tunaikan cek, kira itu duit Nuffnang) untuk memiliki identiti yang sama dengan aku.

Identiti sama - 2987.
Identiti yang sama di sini adalah bermaksud nombor tersebut. 2987 adalah mewakili tarikh lahir aku sendiri iaitu 29.08.1987 atau dipendekkan menjadi 29.08. 87. Memandangkan tidak boleh menulis 5 nombor, aku memilih untuk menjadikan nombor lapan itu sebagai satu, walaupun hakikatnya perlu dibaca dua kali untuk mengingati tarikh lahir aku sendiri. Senyum. Lebih tepat lagi, duit Nuffnang itu, ku dapat gunakan untuk menempah nombor di atas. Eh, duit itu harus digunakan untuk sesuatu yang bermakna dan signifikan.

Kolot?
Tidak mengapa. Itu sebagai tanda penghargaan aku pada diri sendiri dan menjawab balik soalan-soalan yang tidak matang dari orang yang tidak menyukai apa yang aku pertaruhkan selama ini.

Itu sahaja buat hari ini. Maaf kalau penulisan aku agak kasar. Otak yang masih berserabut membuatkan aku tidak mampu untuk berfikir tentang apa-apa. Terima kasih atas sokongan kalian yang tidak terhingga. Aku sangat menghargainya. Terima kasih. Sayang kamu semua.

Perjalanan suami :
1. Sudah di bawa menghadiri mesyuarat.
2. Sudah membawa 3 adik lelaki ke bandar untuk melunaskan urusan mereka.
3. Sudah menghantar seorang makcik ke tempat kerja.

Zara : Badan sangat membutuhkan rehat tetapi aku sekadar membiarkannya agar tidak terlampau manja. Biarlah buat kali pertama, aku dapat senyum walaupun otak sedang bengalkan kepala.


Saturday, August 14, 2010

Sayang, Kita Akad Nikah 7 Tahun Ya? Kalau Aku Jumpa Lelaki Lain Selepas Itu, Kamu Tolong Redha.


Hujan lebat.
Langit gelap dan aku bersama saudara lelaki serta Bonda meredah laluan trafik yang menghimpit walaupun jam sudah menunjukkan lebih jam 6 petang. Tetapi, demi aku, mereka sanggup. Mereka tahu, disebabkan panggilan telefon selepas Asar tadi, aku sudah nanar untuk bertemu dengan suami aku. Ah, semalam baru aku lihat dia, melunaskan wang hantaran, hari ini dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah aku. Indah juga dunia bukan?

Trafik yang menggila walaupun jam hampir menunjukkan jam 7 malam nyata tidak membataskan hasrat aku. Hampir sahaja aku berlari keluar daripada kereta kerana tempat yang kami tuju hanya di depan mata. Ah, kalau kerana cinta, manusia sanggup membuat apa sahaja bukan?

Nah, aku tiba dan wanita bermata sepet sudah menunggu dengan segaris senyuman yang bukan buatan. Kasihan juga dia yang terpaksa menunggu aku tiba untuk bertemu dengan kekasih yang secara rasminya sudah menjadi milik aku. Ah, lama juga menunggu saat kami disatukan, hampir memakan masa sebulan atau lebih sedikit rasanya. Disebabkan merisik dan melunaskan hantaran adalah daripada usaha pekerjaan aku, betapa tidak kecintaan aku kepadanya begitu menggunung.

Aku : Ah, suamiku di situ.
M : Ya, sudah lama menunggu awak.
Aku : Ada apa-apa prosedur sebelum saya boleh bawa suami saya pergi?
M : Ada sedikit borang yang perlu awak tandatangani, dan dengar penerangan saya dulu.
Aku : Oh, baik.

Setelah mendengar penjelasan dia tentang suami aku sambil memeriksa setiap bahagian dia yang perlu, akhirnya aku dapat membawa suami aku pulang. Ah, cinta pertama, suami pertama juga. Eh, adakah merancang untuk berkahwin lebih daripada satu? Ketawa.

Bisik aku pada dia tatkala dalam perjalanan pulang :
Sayang.
Hari ini kita telah selamat disatukan.
Tiada upacara riang gembira.
Tanpa laungan gegak gempita.
Cinta aku saat ini hanya untuk kamu.
Permintaan aku agar kamu setia disamping aku.
Aku akan sedaya upaya menyaramu agar hidup kita tidak celaru.
Tetapi sayangku.
Kalau selepas tujuh tahun, aku ketemu dengan lelaki baru.
Izinkan aku berpisah denganmu.
Walaupun saat itu cinta kita semakin bersatu.
Redhakan pemergianku.
Saat ini, hanya ada aku dan kamu.
Cinta satu.


[Sekadar gambar hiasan]
Maaf, disebabkan hujan lebat, dan keadaan di luar sudah gelap, suami segan mahu bergambar.
Tidak mengapa, esok aku pujuk dia ya?
Senyum.

Malam ini malam pertama kami bersama.
Doakan ya?
Ah, malam ini bolehlah aku membaca Tafsir Al-Quran yang baru dibeli tadi bersama dia.
Salam sayang buat kamu semua.

Zara : Cuaca bertambah sejuk dan aku harap dia akan tahan dengan cuaca sebegini. Dia belum biasa dengan perubahan cuaca. Senyum.


Thursday, August 12, 2010

Ramadhan #02 - Walaupun Makanan Fizikal Tidak Boleh Dihadam, Tetapi Makanan Batin Tetap Perlu.


Salam semua.
Hari ini sudah 2 Ramadhan.
Alhamdulillah, dapat melalui 1 Ramadhan dengan jayanya. Projek mini tadarus Al-Quran sudah mempunyai tiga kumpulan dan aku amat bersyukur, perkara sebegini dapat dikongsi dengan kalian semua. Ada yang memandang sinis dengan usaha sebegini, tetapi tidak mengapa. Sudah aku nyatakan, aku tidak memaksa, ini terpulang kepada masing-masing, individu itu sendiri.


Rindu mahu menulis di dalam bas seperti dahulu. Lebih mudah mencari ilham.
Senyum.

Hari ini aku mempunyai 7 kelas. 3 waktu di sebelah pagi dan 4 waktu selepas rehat. Anak-anak ini dengan gembiranya memberikan alasan mereka berpuasa, maka tugasan aku tidak perlu disiapkan. Ah, sudah dijangka alasan sebegini akan dikeluarkan oleh mereka.

Aku : Kenapa tak siap kerja saya?
Murid : Puasa cikgu, tak larat.
Aku : Alahai, macam tak biasa puasa.
Murid : Siang puasa, malam pergi terawih. Tak sempat siap cikgu.
Aku : Oh, tak mengapa. Sila buka muka surat 150 dan 151. Salin semua sekali ya? Kertas yang dihadapan ini, sila ambil seorang satu, tampal.
Murid : Banyaknya cikgu.
Aku : Sikit je ni.
Murid : Kalau buat kerja nanti lapar.
Aku : Kalau tak bagi awak semua kerja, saya pula yang lapar. Sebab itu saya bagi awak semua makanan.
Murid : Makanan apa cikgu? Kan bulan puasa?
Aku : Sebab makanan fizikal tidak boleh dihadam, ni saya beri makanan batin. Beri kerja sekolah.
Murid : Huwaa...Mana boleh cikgu.
Aku : Boleh. Sambil buat kerja saya, awak selawat banyak-banyak. Boleh?
Murid : Bila cikgu nak buku?
Aku : Esok boleh?
Murid : Kalau esok, boleh cikgu.

Cubaan untuk mengelat tidak membuat kerja sekolah dapat dipatahkan. Ketawa. Ah, tapi aku gembira bila mengajar di bulan puasa. Disebabkan sudah menjangkakan perkara sedemikian akan timbul, maka di bulan puasa ini, tugasan yang aku berikan lebih banyak kepada grafik. Maksudnya kalau mata pelajaran Sains, lebih kepada lukisan-lukisan kanta dan imej masing-masing. Cermin satah, kanta cembung atau kanta cekung. 

Makanan Fizikal vs Makanan Batin.
Makanan fizikal yang mungkin dimahukan oleh anak-anak itu adalah makanan untuk berbuka puasa. Nah, mereka sudah terbiasa di dalam kelas aku mendapat gula-gula untuk menghilangkan mengantuk, diberikan peluang untuk minum air kalau haus dan kadangkala, aku bekalkan biskut kalau berjaya menjawab soalan yang aku berikan. Bulan puasa ini, tiadalah benda itu semua.

Makanan batin banyak yang boleh diberikan untuk diri dan hati masing-masing. Walaupun aku mungkin tidak layak untuk berbicara tentang itu, aku suka untuk berkongsi apa yang pernah aku pelajari dahulu. Hati perlu diberikan makanan setiap hari agar hati itu tidak mati. Selawat, zikir, bacaan Al-Quran antara makanan jiwa yang perlu buat setiap manusia.

Pembentukan imej.
1. Cermin satah
2. Kanta cembung
3. Kanta cekung
Tajuk sebegini memang mengantuk kalau tidak kena dengan gaya. Maka, aku lebih banyak memberikan contoh sambil bercerita dengan mereka apa yang perlu. Yang paling aku suka, mengaitkan perkara yang dipelajari dengan sesuatu yang dekat dengan mereka. Contohnya, cermin melihat muka dan bagaimana mereka melihat imej tersebut. Bila dapat dikaitkan dengan apa yang mereka lalui setiap hari, lebih senang.
Sedikit sedutan Projek Mini Tadarus Al-Quran
Alhamdulillah, pembahagian juzuk-juzuk kepada setiap peserta sudah aku berikan. Setiap daripada rakan-rakan mendapat 3 juzuk dan jika kamu mahu menukarnya, bolehlah menghubungi rakan-rakan yang sudi untuk menukarnya. Oh, tarikh akhir untuk kamu menghabiskan pembacaan akan aku beritahu kemudian. Jika ada sesiapa yang sudah mendapat bahagian masing-masing, boleh memulakan bacaan kalian. 

Terima kasih atas kesudian untuk menyertai projek mini bersama rakan-rakan ini. Oh, disebabkan ada yang bertanya dengan aku sama ada keluarga masing-masing atau rakan sekerja boleh menyertai projek ini, aku dengan gembiranya menyatakan boleh.

Zara : Sepatutnya mula menukang di bengkel hari ini, tetapi murid Tingkatan 2 menghadiri ceramah pula hari ini. Alahai, terbengkalai hajat mahu memulakan projek kayu dengan mereka. Oh, baru mendapat satu panggilan telefon. Bakal suami sudah tiba, mungkin perlu menjemput dia petang ini di kawasan yang dinyatakan. Walaubagaimanapun, dia mungkin akan dikuarantin sehingga Sabtu atau Isnin nanti, bergantung kepada bayaran pelepasan. Gembira!


Saturday, June 26, 2010

Hitam - Perak - Jingga. Mana Satu Pilihan Hati Kamu Di Hujung Minggu Ini?


Salam hujung minggu.
Soalan bagi minggu yang ceria ini, mari kita pilih warna yang paling sesuai untuk gambar di bawah ini.
Cuma beritahu Zara, warna apa yang kamu pilih dan mengapa.
Mari teka sekarang.


Sebagai model soalan minggu ini. Sila berikan tepukan pada dia.
Gila.

Contoh jawapan aku.
Warna pilihan adalah hitam, kerana hitam nampak elegen serta boleh menyamar menjadi Lelaki Kelawar (baca : Batman). Ketawa.

Apa pilihan kamu semua?
Hujung minggu begini mahu menulis sesuatu yang lebih santai sedikit. Bukannya apa, awal-awal pagi begini aku sedang melakukan aktiviti melatih diri untuk menjadi isteri yang sempurna (oh, ayat sumpah tidak boleh tahan walaupun hakikatnya masih tiada teman lelaki). Senyum.

Nota Kaki :
1. Akan berusaha menggarap Legasi Cinta Alisia Bab 27.
2. Mungkin akan melawat nenda yang dimasukkan ke Hospital Pantai di Ayer Keroh, Melaka semalam.
3. Membunuh perasaan sendiri bukanlah mudah tetapi demi memastikan persahabatan terjalin erat, aku redha.

Zara : Senyuman yang lahir dari hati bukanlah detakan yang bisa membuatkan jantung sakit dan gugur ke bumi malahan ianya simbol keikhlasan yang bakal terpateri.