Salam semua.
Mahu berkongsi sedikit cerita apa yang berlaku dalam perjalanan pulang dari sekolah tadi. Seperti yang sudah diketahui umum, aku mestilah ke sekolah bersama dengan suami tercinta aku. Apalah guna aku menaja hidup dia jika aku tidak mendapat sebarang kelebihan bukan? Ketawa.
Baiklah.
Itu bunyinya agak gila.
Tapi, apa yang penting semua, tidak aku sangka ada orang yang percaya bulat-bulat hanya dari mendengar kata orang sahaja. Sekurang-kurangnya kalian yang singgah, akan membaca terlebih dahulu bukan? Senyum mesra.
Dia : Hello, Shafaza ya?
[Gambar]
Hidup ini kadangkala bagaikan gumpalan kertas yang kita tidak tahu kesudahannya.
Dia : Hello, Shafaza ya?
Aku : Assalamualaikum. Ya, saya cakap.
Dia : Waalaikummussalam. Apa khabar?
Aku : Baik. Kamu?
Dia : Baik juga.
Aku : Kenapa telefon?
Dia : Dengar cerita dah nikah ya?
Aku : Siapa cakap?
Dia : Kekasih saya ada baca blog awak. Dia kata, dia nampak awak tulis awak dah nikah.
Aku : Sekejap. Kekasih awak baca blog saya? Kenapa?
Dia : Kekasih saya tak tahu pun yang awak dan saya pernah bercinta dahulu. Dia cuma kata dia suka baca blog awak. Jadi, dia selalu cerita apa yang dia baca.
Aku : Oh, macam tu ke?
Dia : Terkejut juga bila dengar awak dah nikah.
Aku : Kenapa nak terkejut?
Dia : Sebab awak janji kalau awak jumpa sesiapa selepas saya, awak akan beritahu.
Aku : Ya ke? Anggap saya lupa.
Dia : Tahniah ya?
Aku : Terima kasih.
Dia : Kenapa nikah bulan puasa?
Aku : Senang, jimat belanja.
Dia : Nanti majlis, jemput saya ke tak?
Aku : Majlis saya nanti Hari Raya. Datanglah kalau mahu.
Dia : Tarikhnya?
Aku : Asalkan bukan hari sekolah.
Dia : Eh, jangan main-main.
Aku : Mana ada saya main-main?
Dia : Bila tarikh yang tepat?
Aku : Nanti kekasih awak akan cerita pada awak kalau saya letak tarikh.
Dia : Dengan saya pun nak berahsia.
Aku : Saya dan awak bukan siapa-siapa lagi. Itu nyata.
Dia : Tak mengapa. Awak dah balik kerja?
Aku : Dalam perjalanan mengambil Bonda.
Dia : Dengan siapa?
Aku : Dengan suami.
Dia : Ada suami di tepi pun berani jawab telefon saya?
Aku : Suami bukan di tepi saya.
Dia : Habis tu?
Aku : Saya duduk di dalam suami. *ketawa*
Dia : Siapa suami awak sebenarnya ni?
Aku : Awak cari sendiri. Dah sampai sekolah Bonda. Saya letak telefon dulu.
Dia : Sekejap.
Aku : Apa lagi?
Dia : Siapa suami awak? Saya kenal ke?
Aku : Satu Malaysia pun kenal. Entah-entah satu dunia pun tahu.
Dia : Siapa?
Aku : Bonda dah tunggu. Salam.
Panggilan telefon aku matikan sambil ketawa terbahak-bahak. Jahat sungguh aku kan? Dalam keadaan batuk yang tidak berhenti-henti masih ada upaya mahu mengenakan manusia itu. Sungguh lawak apabila memikirkan kekasih dia membaca blog aku. Ah, aku akan pastikan gadis itu mendapat tips serta pelbagai benda yang menarik yang boleh dia bercerita kepada kekasihnya selepas ini. Oh, nasib baik dia tak sebut siapa nama gadis itu walaupun aku sudah dapat mencari siapa gadis itu petang tadi. Ah, perempuan itu rupanya.
Nota Kaki :
Tadi ada 3 orang pelajar perempuan Tingkatan 4 yang ponteng kelas Sains aku 2 masa. 2 masa bermaksud 80 minit. Selepas rehat, ada kelas Sivik yang aku ajar. Mereka masuk tanpa ada secalit rona bersalah di wajah. Aku senyapkan sahaja. Biarlah. Aku mahu lihat apa lagi aksi mereka selepas ini.
Zara : Sangat merindui hujan. Cuaca hari ini sangat panas dan selepas berbuka, entah berapa gelen air yang sudah memenuhi rongga aku gamaknya. Aduhai. Minta nyawa.
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37]
31 comments:
suka baca
tapi baca tak habis
ehh apekah?
hahahaha
Kah kah kah kah xD
salam...
sgt klakar bila mmbacanya,
adakah dia tak smpaikn betul2 kpd si lelaki?
mgkin dia sndiri tak fhm agaknya??
aduhai....
wahahhahahhahahaaah jaat gila la kak zara. nampak sangat dia tak baca blog akak ni betul2. hak3
erk??boleh pulak..kui3..lawak la..rasa2 kau awek si dia sekarang dapat tangkap tak yg si dia dulu ade affair dgn kau??mesti die cuak kan?sebab terang2 kau tulis perbualan kau dgn si dia tu..hehe..nampak sgt la awek si dia baca blog kau sekali lalu je..kata suka baca..tapi tak boleh tangkap apa yg kau tulis..lawak ah..
hahahaha
memang lah dia tak tahu pakwe ekau tu kereta
tapi lepas nih mungkin dia tahu
awek dia dah baca mesti gtau
hehehe
P/S : Sedapnya Wings Madu! Adakah Ini Buffering Terbaru Daripada Nuffnang? Ada Sapa - Sapa Nak Hantar Kad Raya Dekat Gua? Hehehe!
aku nak gelak guling2 la..haha
ada jugak laki lurus bendul macam tu :D
hehe..inilah akibatnya bila baca tak habis,main baca tajuk agaknya..hehe
ahhhh saya lah insan itu hahaha
haha... lawak la... dah bagi hint pun masih blur blur jugak kan... keke
klakar r zara post awk kli ni...heheh.. 2 ke tndanya org 2 suke membaca blog awk..?? klu bc btl2, msti dia x slh phm... nice entry zara... hhehe .tergelak sorg2
hahahaha... laki tu kene tipu hidup2 kott.. :P kesian die... good job la kakak.. :D
the BEST entry ever okay dear ;) x bley blah..the whole country mmg knal sgt ur hubby tu. xkn la kekasih die tu x fhm2 lagi? pelik.
Bhahaha. jahat gile ! xD
hahaha... mesti bengang aje bila dia tahu kisah sebenarnya..
Kawan,
Nasib baik ko xpilih DIA...adessss
tak baik tipu die, mungkin die nak awak bahagia...tp awat tak tahu hajat sebenar die... kesian .....
Buat kalian semua :
Terima kasih sebab ketawa bersama dan senyum gembira. Ini kali pertama ada orang percaya kentang dengan perkataan suami tu~
Walalala~
@ DaNieL HafIz:
Dia bukan begitu Daniel.
Dia selalunya nak tahu adakah saya akan dapat cinta lain setelah saya dan dia tak bersama lagi. Dia pernah cakap yang dia akan tercabar kalau betul2 ada lelaki lain yang dapat ganti tempat dia.
=)
Ade ke kahwin bulan pose.. agak2 la.. haha..
stalker..................
stalker.................
stalker..............
ramai gile stalker kamu ye zara..
hye akak femes..
nak popia sambal satu?
sebenarnye kan..aku rasa cam sedih lak ngan entry ni??
eh cm xde kaitan kan aku ni?
cikgu zara...
saye nak blaja ngan awk boleh?
hehehhee...
entah-entah si dia masih mencintaimu.tapi tak payah amek port, sebab kamu dah bernikah. hehe. (: kesiannya dekat gf si dia. T___T
suami zara hitam manis gituh
ahaks
kepada kekasih bekas kekasih Zara... membaca blog mesti guna deria ke-6
apa yang nyata melalui tulisan tu ada maksud yang lebih mendalam
so bila nak bawak suami datang ke shah alam?
boleh aku tumpang balik muar sekali
hahaha..terbaiklah cikgu zara..
like!
oowh saya minat gak la dengan suami CikguZara ni..huhu
mmg kelakar..
meh dtg KL zara.. dah dua hari hujan ni.. cejukk..
mungkin sebab kau dgn sngaja byk tulis sesuatu yg boleh mengelirukan org..aku pun keliru sebenarnya.
Post a Comment