Monday, July 06, 2009

Kelas Kedua Yang Aku Berlalu Pergi Begitu Sahaja


Bila aku memilih untuk meneruskan perjuangan di arena pendidikan ini,
sesuatu yang aku selalu fikirkan, adakah aku mampu mengawal kemarahan aku dengan sempurna?

Acapkali aku biarkan diri ini menjadi terlalu tabah.
Hampir kesemua kenalan yang mengenali aku sejak di bangku sekolah meragui kemampuan aku sebagai guru.
Bukan meragui sikap kepimpinan atau cara penyampaian,
tetapi lebih kepada pengawalan emosi aku.

Seperti yang diketahui semua sahabat aku,
muka aku adalah cermin yang terbaik.
Jika terdapat perkara yang menyakiti aku, jika nafsu sudah tidak dapat dikawal,
biasannya terus terlihat di wajah.

Hari ini aku hilang sabar lagi.
Hilang sabar buat kali kedua dan aku bertindak meninggalkan kelas.
Bunyinya agak lucu, tetapi aku yakin, kalau aku tinggal lebih lama di situ,
mungkin aku hanya akan menyeksa batin sendiri.

Memberikan yang terbaik adalah sesuatu yang sentiasa menjadi motivasi aku.
Duit belanja yang Abah berikan setiap minggu,
aku hanya gunakan untuk mengisi minyak motosikal dan bukan makan seperti yang dititipkan beliau. Duit itu aku gunakan untuk keperluan pelajar aku.
Sumpah!
Belum ada duit itu aku belanjakan untuk makanan sendiri.
Jika ada pun, makanan untuk para pelajar aku.
Sebagai token kegembiraan buat mereka.

Tapi...
apa yang aku dapat hari ini?
Pelajar bersikap agak biadap dengan aku.

Ya, anda sudah dewasa.
Sudah 13 tahun itu sudah cukup dewasa bukan?
Saya ini hanya seperti rakan sebaya anda?
Boleh dipermainkan sesuka hati?

Umur saya akan menjangkau 22 tahun Ogos ini.
Anda lihat perbezaan yang nyata antara umur kita?

Saya bukan sahabat anda yang anda bisa membentak sesuka hati.
Ya, saya menerima kata-kata kalian selama ini,
ketawa dengan jenaka kalian, tapi jangan lupa, saya juga punya tanggungjawab pada anda.
Anda juga punya tanggungjawab pada saya.

*******************************************

Situasi kelas yang seharusnya gembira bertukar menjadi separa neraka.
Pelajar yang mengerti tabiat aku sudah bersedia dengan tugasan yang diberikan.
Mereka hanya tersenyum menanti aku menanda dan menyemak tugasan yang telah mereka selesaikan.

Tiba - tiba...

"Cikgu, kenapa cikgu tak cakap nak kena buat yang ini?!"

Aku : Saya ada pesan suruh buat. Saya dah ulang arahan sebanyak 2 kali dalam kelas sebelum ini. Siapa yang dengar arahan saya dengan jelas?

Hampir keseluruhan kelas mengangkat tangan mereka.

Aku alihkan pandangan kepada dia.

"Siapa kata saya tak pesan suruh buat?"

"Saya tanya budak ni, ada kata tak payah buat. Jadi saya tak buatlah."

"Kan saya dah kata, kalau tak pasti, jumpa saya. Saya duduk di makmal sebelah sahaja.
Tak mengapa, awak siapkan dahulu"

Aku berjalan menuju ke arah pelajar yang sudah bersedia dengan buku nota masing-masing.
Latihan bertukar tangan, coretan di buku disudahi dengan ucapan tahniah.
Gula-gula lollipop aku letakkan sebagai token untuk hari ini.

Dia menghampiri aku semula.

"Saya dah siapkan cikgu"

"Baiklah, duduk di tempat awak sebentar. Saya akan periksa di sana"

Aku menuju ke arah dia.
Bukunya aku periksa dan menyemak apa yang telah diselesaikan.
Gula-gula lollipop aku hulurkan kepada dia.

"Ala cikgu, kalau cikgu tak bagi pun tidak mengapa. Saya pun tak nak".

"Kenapa ni?"

"Cikgu yang salah. Cikgu yang tak cakap dengan saya nak buat apa."
Dia menyatakan ayat tersebut sambil memalingkan muka dari aku.

"Awak kata salah siapa? Salah saya?"

"Ya, semua salah cikgu!"

Aku menuju ke papan putih.
Aku tuliskan nota hari ini beserta muka surat tertentu yang perlu dirujuk.
Aku kemas barang aku.
Aku keluar dari kelas.

Tidak sampai 10 minit, dia datang.
Menyatakan keinginan untuk berjumpa aku.
Ditemani dengan dua rakannya.

Aku menyuruh mereka pulang ke kelas.
Aku pergi ke kelas seterusnya.

*******************************************

Petang, sebelum pulang, Kak MZ menegur aku.

"Zara, ada budak datang jumpa akak tadi. Dia mengadu sikit"

"Budak mana Kak?"

"Budak 1E. Dia datang menangis pada akak, cakap yang Zara tak nak bercakap dengan dia, Zara dah tinggalkan kelas. Dia takut Zara tak nak ajar kelas itu lagi dan Zara mungkin laporkan pada Pengetua"

Ketawa aku hamburkan di depan Kak MZ.

"Biarkan dia rasa dulu Kak"

"Nak boikot terus ke kelas itu?"

"Saya akan masuk macam biasa, tapi tengoklah dulu macam mana"

Ya, mungkin hati aku masih sakit.
Aduhai.
Tabahlah wahai hati.
Ini yang aku terpaksa hadapi sepanjang hayat ini.

44 comments:

lavidalabelle said...

adui zara,
sgt biadap budak tu dgn guru, kenapa zaman skrg makin ramai budak makin kurang ajar. salahkan mak bapak ? kurang kasih syg ?

messyremo said...

zara...

anda memang seorang yang sgt3 tabah...

teruskan usaha murni itu...

kalau aku kt tempat ko,tangan aku mesti dah naik..hehe

khasyikelvin_ said...

erk,
dah mcm sis.
suara jgn ckp.
kengkadang melebihi
beberapa oktaf.
niat kita mendidik di balas dgn
kemalasan mereka.

alahai dunia...

muhdzahari said...

saya jenis yang tak boleh nak tahan marah.
memang tak boleh jadi cikgu, langsung.

k.e.r.i. said...

gila celaka student macam tu.
"ini semua salah cikgu"
kalau aku, auto je tapak tangan landing kat pipi.
ko jangan berlembut sangat.
nanti bebudak tu naik lemak.

Luth Textile said...

ksian kt hang zara... sabar jela jadi cikgu zaman sekarang

Tirana said...

Adehhhh..kesiannya kat Zara..Boleh sakit jantung jadi cikgu zaman sekarang dengan kerenah anak murid..

Yern Ain said...

erk. budak form 1 skrg prangai cm bdk drjh 4 eh?

cik zara sekeh je bdk tu.

haha.

Meooo Comicore Club said...

ayat sket budak2 tue.

jgn bg muke

attyfir said...

bagus lah zara..seorang guru yg sabar..dan teruskan usaha mu wahai .cikgu.didik ler anak bangsa..
budak2 skrg mcm2 peel..

hidayah said...

mmg memerlukan level kesabaran dialam perguruan ni

sabar je la

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

i.am.belle :

entahlah belle..
apa yang mereka cari juga aku tidak mengerti..
sengaja mahu tunjuk besar kepala mungkin~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

messyremo :

kalau aku yg dulu kan Omar, bukan setakat tangan naik..mesti dah pergi ke hospital dah budak itu..=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cik ian@aH Lian~:

huhuhu~
betul tu sis.
sgt sakit hati selalunya.
senyuman palsu kadang2 dah tak terkeluar~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

muhdzahari :

hehehe~
takpe2..saya percaya ada pekerjaan lain yg lebih sesuai untuk anda..=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

k.e.r.i. :

dah nasib aku keri..
kalau aku bleh lempang sesuka hati..naik mahkamah plak aku kang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Luth Textile :

aduh Luth..
jiwaku kacau..memberontak..=(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tirana :

terima kasih kak..
harus ku kena jumpa tuan doktor sellau~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yern Ain :

hahaha~
sangat kebudak-budakan~

sila sekeh bagi pihak aku~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

meo188 :

bukan setakat mau ayat..rasa cam mau bagi maka kaki pun ada..=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

atty's:

betul tu kak~~

memag peel rasa macam mahu siat2kan kulit orang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hidayah :

hehehe~

betul2..

kalau tak dapat kawal sabar..harus kena lempang semua makhluk itu..=)

tasekM said...

zara, sila berleter ke bebudak tu...!

hangin pulak haih aku baca.


.

en_me said...

kena psycho tewww..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

tasikmerah :

aku juga lebih hangin kak~

hahaa~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

en_me:

sgt psiko~

uhuks~

lavidalabelle said...

owh lupa nak cakap

aku first. uh yeah xD

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

i.am.belle :

hahaha~

darling ku belle!

awesome!

mrblind said...

dah ada tanda-tanda insaf tu..hehehe

Precious said...

Seorang guru bisa membawa muridnya samada ke syurga atau pun neraka ... Tanggungjawab seorang guru sangat hebat!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mrblind:

hahaha~

ye ke bro?

aku harap2lah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Precious :

Benar kata anda..
terlalu berat..tapi aku masih mahu menguatkan iltizam..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hey, u great teacher onizara!!!

kembali bersemangat ok!

WHOOSH!!!

;)

sharamli said...

13 ta0n xcukup dewasa k0t

Anonymous said...

dua benda aku nk cakap kt sini,

first, aku ckp secara professional, dan kedua, secara personal yg ko kenal la sgt2 ;p

secara professional,

ko betul2 the best teacher ever. andai kata la ko pnh jadi cikgu aku, sure ko orang ke-empat yg list cikgu yg aku takkan lupa. keep up the good work, ko the best. you can denied that, but whatever you did, it gonna say otherwise.

zara, kalo ko nak memahami budak yg muda dari ko, ko kena revert diri ko, tgk mcm mana pemikiran ko waktu ko sebaya ngan diorg dulu. the most mistake that we, ever done was thinking that we're older than what we thought. A 22 year old can think like 13, but, a 13 only think she/he be able think like 22's. There's the drawback.

ko tak perlu act mcm diorg, tp just ko understand pemikiran diorg, and counter it. maybe that way, kesakitan yg ko rasa, ko akan paham kenapa. maybe as well, ko akan dpt cure dia.

sorry, aku leh more than that, tp aku rasa, keep it simple and get the point, otak aku pun mcm dah tak leh buat deep thinking mcm dulu. samada dah beku ataupun nak mampus.

secara personal lak,

pale ahh. tukar theme tu, check2 la sama. "Post a comment" sama color dgn background.

tukar2 la lollipop tu. buat budak laki "hii" tgk.

ko mengajo budak "kolom" beb. wak wak wak wak

DramaQueen said...

dik, sbb tu la aku tak ade rezeki jadik cikgu..sbb aku tak ble bla ngan budak spesis kurang ajar dan biadap cenggitu. klu aku kat tempat ko dik, mau aku hamuk satu kelas dan boikot tak masuk langsung di..

baru form 1.. setahun jagung yg baru tumbuh bulu dah bising.. nak je aku hantar pelempang kepada beliaw dik!

pape pon, sabar dik..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

Owh Nuar!!

anda buat aku terharu!!

syg kamu Nuar!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

sharamli :

mungkin tak berapa cukup ahh~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

palisevenfold. :

aku pun nak jawab 2 gak..=)

secara profesional, ko mmg buat aku amat terharu..udah mau sebak di dada nih..uhuks~

secara 2nd nya..
pale hotak anda...
keji ahh..
[walaupun dorang asyik buat bunyi cam taik sambil makan itu lollipop..syaitan amat]

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

GiGGLe GaL :

pergh~

kemarahanmu buat aku terkesima kak~

uhuks..ye betul katamu, aku harus tabah~

tabahlah wahai hati..

me said...

kes ko ni sma mcm kes aku time praktikal dulu.. hihi. aku lg teruk coz budak 2 siap lempar botol air kt depan aku sbb nk protes.. kena jelir lidah pn pernah..

last2 dtg blik guru nk mta maaf. bknnya jmpa direct.. pkai org ke3 lg.. wlupn aku x ckp kt dorg tp dlm hati aku da maafkn dorang. kita jd ckgu ni.. xda pilihan lain sabar jelah.

InsyaALLAH hari mendung akan
berubah cerah :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ewa bulan :

pergh~

itu udah tahap sgt keji~

damn!

aku harap akan jadi lebih baik~

uhuks~

me said...

Hmm...
maybe die melawak je? just a thought...

love your blog.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

me:

melawak amsih ada caranya~

^__^

terima kasih me!