Kalau membaca tajuk di atas,
aku percaya ramai yang akan menghentam aku secara terbuka atau tertutup.
Tapi aku merasakan kewajipan sosial untuk aku menegur beberapa aspek dalam hal ini.
Di sekolah yang aku baru tinggalkan semalam,
ada tiga orang pelajar yang sedang menjalani latihan mengajar (LM).
Ketiga-tiga mereka dari kampus Selatan, tempat yang menjadi sanjungan bangsa.
Tempat di mana ia melahirkan aku juga.
Kehadiran mereka semenjak minggu lepas membuatkan aku teringat tatkala diri ini menghadapi perkara yang sama juga. Sebagai orang yang baru masuk sekolah.
Bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai guru.
Satu yang aku sangat kagum tentang kampus Selatan,
apa yang diajar di sana adalah releven dengan realiti pelajar masa kini.
Latihan yang diberikan di kampus, membuatkan diri sentiasa bersedia menghadapi manusia-manusia di alam realiti, bukan setakat membaca di buku.
Secara jujurnya, melihat tiga orang pelajar tersebut,
membuatkan aku sedikit terkilan atau lebih tepat lagi, segan akan manusia di sekeliling aku.
Ada yang sempat aku tanyakan latar belakang peribadi, ada yang jauh lebih tua dari aku dari segi usia. Tapi tak mengapa, aku panggil mereka adik sahaja.
Aku memerhatikan gelagat mereka sepanjang minggu ROS.
Orientasi Sekolah.
Sumpah, aku terkelu bila ada guru-guru meluahkan rasa hati mereka pada aku.
Adik, kalau masuk ke tempat orang, rendahkan diri adik.
Tegur semua orang.
Senyum pada mereka walau siapa pun mereka.
Tak akan rugi adik-adik semua.
Malahan, insyaALLAH, akan dipandang tinggi atas pekerti kalian.
Sungguh!
Aspek itu yang menjadi penekanan oleh Mak dan Abah tatkala aku melangkah masuk ke dunia sebagai seorang guru. Aku telah amalkan semenjak aku di bangku sekolah lagi.
Tegur sahaja sesiapa yang berada di sekeliling kamu.
Tidak salah memberikan salam kepada pekerja-pekerja pembersihan,
staf sokongan, guru-guru dan bertegur sapa dengan pelajar.
Langsung tak salah. Malah ia sangat mulia.
Kenapa susah sangat sesetengah manusia untuk mengerti? Aduhai...
Jangan sampai memalukan nama institusi kita.
Kerana bila berada di tempat orang, orang mungkin tidak mengetahui siapa kita dengan jelas,
tetapi nama institusi yang disayangi akan dicerca.
Zara : Mahu ke sekolah sebentar lagi. Berjumpa Pengetua untuk urusan penyerahan tugas.
Perlu pakai tanda nama lagi tak agaknya?
Nota Ciuman Penganggur : Aku ada baca tentang Pertandingan Weblog Popular di DENAIHATI.
Ada siapa-siapa yang mahu calonkan aku? ^_^
50 comments:
erhMm.. ye lah.. Alhamdulillah selama aku keje kerani kat sekolah lama dulu.. cikgu ROS x de masalah . kadang2 kita yang naik segan sbb derang hormat kita macamlah kita cikgu. harap2 perangai macam tu kekal...
insaf jap..
sedang merenung diri sdiri..
~entry tanggungjawab sosial..
good job zara.. :)
Zara,
Memang ada juga spesis serupa gitu. Baru jadi cikgu ROS dah rasa tinggi..tapi mokcik perasan ramai budak2 sekarang tak pandai hormat senior. Bukan la kita nak kena hormat sangat tapi apa salahnya bagi salam atau sekadar senyuman.
Bagi mokcik dengan semua orang kita kena hormat...malah dengan cleaner pun seronok juga berbual. Masih ingat sorang kakak cleaner kat perak dulu, dihadiahkannya mokcik sebalang besar petai jeruk ...muahahha...sebab dia tahu mokcik suka makan petai hehehe
penyerahan tugas pakai pos je.
betul dik..aku setuju.. aku hari2 tegur pacik jaga.. macik sapu.. pacik lif dan sme2 disekeliling termasuk kumbang, semut, mergastua, flora dan fauna.. wakakka... aku kan peramah..
tak memasal! hahah..
betui betui....saya pun dari kecik di ajar begitu..tapi tak paham kenapa budak2 zaman sekarang dah semakin ilang nilai2 murni yang senang sangat nak diaplikasikan..bukan susah pun..senyum dan tegur...dan rugi pape pun kan... :)
daku senantiasa menyokong kamu dari belakang ^^
p/s: hidup zara
emm slm cik zara....kf kagum dgn penyata color hijau itu..
p/s:-weblog tue? emm sdg dipikirkn..hee~
me hari hari tegur zara kan.. kannns
hmm..
tgk cam aku,
aku bawak moto pun aku senyum...
jumpe sape2 pun still senyum..
best ape senyum nih~~
hati pun hepi~~
ringan mulut kan cekgi zara? :D
dah habis LM yek?
.hmm mesti sedey kan sbb hari ni hari last
.kite nanges tau dulu
.haha :P
hehehee
bagus2 rendah diri kan elok sayang..:)
x rugi ape2 tau...
begitula manusia sayang..
belajar lah dari orang-orang sekeliling k..
yup zara, walaupong dimana kita berada, tinggi atau rendah...miskin atau kaya, jangan sombong dan sentiasalah merendah diri...bertegur sapa dan senyum..
walaupun i diva i tak sombong pun tau, hakak cleaner pun i tegur. senyum. terima kasih :}
hai zara. zara mmg peramah. muaxxxxxxxxxxx
Hmm..aku pun tak sukalah orang macam tu. :|
Kenapa kak? Diorang ramai yang sombong ke?
jd cekgu mmg best.
abg ora keja cekgu.
best jer dia.
huhu.
dlu..
ora.. nk apply mktb bis spm.
xpt.
ekeke.
psni.
klu nk smbg dgree. hrp bjaya.. amin.
huhu.nk mbik pndidkn tknikl lal. huhu..
so far praktikum teachers kat skola akak baik2 jek..hehe~!! zara sound je diorang tu..ahaha~!!
<< s| tED| >> :
tu lah~
ada yang baik..ada yang bleh bakar darah kan? hahaha~
~ Hariza ~ :
Terima kasih Hariza..
Saya hanya rasa bertanggungjawab pada adik2 semua~
MOKCIK AZWA:
Walau tak semua camtu, tapi kadang kala dengan hal sebegitu membuatkan orang pandang rendah pada kita, institusi kita, tu yang buat Zara rasa bengang~
k.e.r.i. :
aku kerja kat sekolah, bukan pejabat pos~ hahaha~
GiGGLe GaL :
kamu memang peramah kak~
aku cium skit bleh?
hahaha~
kejadahnya aku ni?
Wanita Itu:
Ahh, benar katamu syg~
aku tak faham apakah yg susah sangat untuk senyum?
zamdotcom :
terima kasih zam!
aku hargainya!
khaLifah feDi :
ahh, tanggungjawab saja KF~
sila fikirkan secara mendalam~
en_me :
hahaha~
betul en me..en me sangat setia~
messyremo :
hahaha~
kamu memang peramah Omar~
Blog Anuar Kamaruddin™ :
itu sangat wajib Nuar chumel~
tasikmerah:
dah lama habis kak~
2 tahun lepas~
cik intanurulfateha :
semalam last sebenarnya syg~
dan ku melompat2 gembira sebab tak bagi tau budak2 pon~
mEiZ SHA :
anda benar kak~
phewit~
tRuly tO be mYself 'Qa~ :
benar kata anda kak~
kita sentiasa belajar~
ashie023:
betul tu ashie..kenapa org2 ni tak pernah belajar sesuatu kan?
i.am.belle :
muah2!!
sayang kamu belle..
kamu memang diva terhormat~
A t i Q a h :
buat malu kita semua je sayang~
junior camtu~
DIK AN:
ada 3 orang...
hampir semua kok caranya gitu?
kalau dalam makmal ada 5 orang, tegurlah semua..kenapa harus memilih kan?
Anak Gemilang :
meh Ora~
Jom2~
jadiklah cikgu~
leadleedeea :
mau sound guna tangan bleh kak?
hahaha~
salam cik zara.. ehehe. i like how ur parents didik u..
Jard The Great :
mak dan abah sangat garang dalam hal ni..mungkin kerana mereka adalah guru juga~
kat mana2 pun x salah buat cam tu
semua org ptt ada tggjwb mcm tu
tp sayang x semua yg praktik
Kapten:
benar katamu Kapten!
^_^
KhairiL's :
tu lah pasal~
ku kecewa~
insyaAllah kalu sombong memang tak kemana....
bersapa la... kalo segan, bersenyum la...
hidayah:
benar kata anda Yaya sayang~
Post a Comment