Semua kertas jawapan telah siap ditanda.
Petang tadi, aku habiskan 60 set jawapan Pendidikan Seni secara menggila.
Laju aku tanda disebabkan aku berkejar.
Menjaga pagar.
(Eh, ada ritma lah)
Para pelajar zaman sekarang ini memang bagus.
Maklumat bergerak dengan pantas dan mahu segalanya dengan pantas.
Kertas Pendidikan Seni tamat jam 3.30 petang, dan bertanyakan markah pada aku selepas 20 minit. Apakah?!
Kebetulan selepas rehat, kelas mereka yang aku tuju.
Aku tanda kertas jawapan di dalam kelas dan memberikan mereka tugasan.
Tugasan yang bakal membantu mereka dalam ujian ini.
Ya, hanya lukisan.
...dan apabila diminta melakukan tugasan,
selalunya mulut, tangan dan kaki akan bergerak secara berjemaah.
Mustahil hanya tangan akan bergerak.
Sesi melukis bermula.
Sesi berjalan-jalan ke meja kawan bermula.
Sesi bertolak -tolak, bergurau senda.
Sesi tarik-menarik, bertukar cerita.
...dan perkara tersebut kebiasaannya akan mengundang celaka.
Seorang pelajar perempuan menarik tocang kawannya.
Si dia membalas dengan menarik tudungnya.
Tarik-menarik, suara riuh menjerit gempita.
Aku menjerit menyuruh mereka berhenti.
Keadaan masih tegang.
"BERHENTI!"
Senyap sunyi ibarat padang mati.
"Kalau awak fikir awak dah cukup samseng, awak silap"
(Lengan baju aku singsing ke atas - aku memakai sarung tangan melepasi siku)
"Sebab apa? Sebab saya boleh jadi lebih samseng dari awak!"
Keadaan sunyi sepi.
Pelajar beransur duduk di tempat sendiri.
"Bukankah saya pesan, lukis sahaja apa yang awak mahu? Untuk beri awak peluang lulus mata pelajaran ini. Susah sangat ke?"
"Tak cikgu!"
"Boleh buat tak?"
"Boleh cikgu."
...dan hasilnya, aku dapat 38 lukisan pelbagai jenis sebelum aku meninggalkan kelas.
Mereka semua layak lulus mata pelajaran ini.
Kerana apa?
Hanya satu - mendengar arahan dan kata.
Zara : Hari terakhir menjadi penjaga pagar membuatkan aku separa nanar.
Kerisauan untuk berucap di perhimpunan minggu hadapan.
Hari terakhir persekolahan.
36 comments:
benar dik...mendengar kata perkara wajib dalam kehidupan...
.cikgu ni ganas la huhuhu
kal0 ssh sgt..
wat2 maj0k pastu larik kuar kls smbil nanges2..keh3
ha ha ha .. cikgu zara dah singsing lengang.. jangan ajak berusti ye dengan kanak-kanak itu.. eekekkeke
nakmo lidah terkelu tau cekgi zara ;)
ms ct :
benar katamu kak~
cik intanurulfateha:
cikgu juga bekas samseng dulu~
gagaga~
sharamli :
cara itu takkan berkesan di kelas itu~
<< s| tED| >> :
hahaha~
umur 14 tahun kira kanak2 ke?
Blog Anuar Kamaruddin™ :
ihiks~
harap2nya~
argh...
ganasnye kamu...
muke time tu mesti ganas sehh~~
woaho!!! sgt dasat la ko zara... aku bagi 5 bintang kerana ketegasan ko. and 1 bintang ja sebab ko tak bantai diorg. Tak cukup samseng...ahaha!! kiddin'... btw, cikgu sgt best but to be a cikgu... it doesn't suit me vry well..haha!! have a nice day..
bekengnya cikgu..
hoho tp sebenarnya tegas ni la cara ntuk kawal murid..btul x? hmm..tringat zmn kegemilngn skola kecik2 dlu
ah..aku x taulah camane aku ngajo skolah menengah kalu dah skolah rendah dah ader yg samseng lebih truk dari tuh...kalu yg dengo kata, xpelah..kalu dah tahap bergaduh, kekadang aku pong x tahan..ko tau, skolah rendah,jah nam, dah ader bwk cd lucah kat skolah..aish!!!
sayang~
wah. if i were ur student, da lari lintang pukang gtaw mak.
heeee.
Bukan senang nak menjadi seorang pendidik....
Mencabar kesabaran.
sayang,
skin baru yer?
komen tiada kaitan dengan entri.
haha.
zara nanti rindu pada pagar.SEYES aku cakap...
waaa...garng jugak cikgu zara ni...steady.....teruskan usaha murni mendidik anak bangsa...heheh btw....awat sampai mouse pun MU ni...adoiii....(keluhan seorang Chelsea fan)....
aku takut masuk kelas cikgu samseng
hahaah
Yeay ... Cikgu nak bercakap kat perhimpunan. Pegang mike mesti ada gaya tau, cikgu! Good luck!
Hahahaha. Aku benci kelas seni. Sebab bakat ku x pernah diiktiraf!! hahaha.
ps: jgn ler garang sangat, nanti x dpt hadiah hari guru. Haha
messyremo:
hahaha~
mungkin kamu sudah terkencing di seluar kalau tgk aku begitu~
cj'alhafiz :
hahaha~
terima kasih sebab bagi aku bintang tu~
wei..kalau aku bantai dorang, aku famous sangat~ taknak~ hahaha~
AmirHaddatsa :
kegemilangannya maksudnya samseng juga kah?
hahaha~
ashie023:
dem!
bawa porno gi sekolah? kejadahnya bebudak nih?
Yern Ain :
hahaha~
kalau dorg bagitau mak, i plak bagitau bapak i~ ihiks~
IxoR@ :
uhuks~
betul tu kak~
farah:
ihiks~
saja2 mau tukar sayang~
ciK LyndaWawa igUana :
patut ke aku curik pagar tu kak?
hahaha~
etomyam:
hahaha~
hidup MU!
woot~
Monkey D Luffy :
ala..masuklah~
ihiks~
Precious :
weet!
thanks kak~
pegang cam mas idayu haruslah jangan~
hahaha~
mUTe:
aku udah mau blah dr sekolah tu next week..takdenya hadiah beb~
LOLA!
ceh..aku jugak kene?
aku tak takut same kamu...
PANG!!(aku pang diri sendiri~~)haha
messyremo:
hahaha~
pang diri sendiri mau buat hapa?
hahaha~
Post a Comment