Monday, May 31, 2010

Skandal Internet Dan Penulis Blog - Gurauan Pemanis Bicara Dan Tinta Dalam Menjalin Persahabatan.


Salam semua.
Apa khabar kalian hari ini?
Tergerak hati untuk membuka Twitter aku pagi ini.
Ah, ada gosip mainan lagi.
Senyum.

Sejak kebelakangan ini, khabar angin dan usikan penulis blog yang kenal rapat dengan aku semakin galak menulis gosip demi gosip. Oh, ini bukan bermakna popular, terkenal dan sebagainya. Ia hanya sebagai satu gurauan, ya, aku ambil sebagai gurauan dari kawan kepada kawan yang lain. Nah, jujurnya aku ketawa.

Oh, dengan siapa gosip itu dikenakan, lebih baik simpan sahaja. Tidak perlu diberitahu di sini, kerana rasanya sudah tersebar di blog-blog tertentu. Sungguh buat aku mahu gelak lagi dan lagi sebenarnya. Bila aku bertanya dengan dengan lelaki tersebut, dia hanya ketawa sahaja dan kami tertanya-tanya juga bagaimana gosip sebegini boleh tersebar. Senyum.


Tidak, ini bukan tanda atau simbol aku mahu menikam sesiapa.

Bila mengingatkan betapa di zaman universiti, aku mempunyai kenalan lelaki yang ramai juga. Maksudnya, teman forum atau teman kuliah yang sering membantu aku ketika belajar atau meyiapkan tugasan. Ada juga yang dikenali melalui forum universiti dan masih kekal bersahabat hingga kini. Semalam, salah seorang dari mereka menelefon aku.

C : Eh, ada berhubung dengan W lagi?
Aku : Kadang-kadang. Tapi dengan A atau L selalu.
C : Aku tengok kau banyak kawan dengan lelaki lebih. 
Aku : (ketawa) Senang berbual kot?
C : Dengan W kan sama jantina?
Aku : (ketawa) Entah, mungkin kenal kamu semua lebih lama. Aku rasa lah.
C : Macam cemburu ke?
Aku : Oit, mana ada.



Ya, dulu cermin mata aku bingkai putih.
Adik ini adalah jurugambar yang rakam semua aksi gila aku sehari sebelum konvokesyen.


Mereka yang sangat signifikan dalam tahun akhir aku di kampus selatan.
Geng minum kopi.


Oh, kenal di forum universiti tetapi boleh jadi kawan baik hingga sekarang.


Kenal di forum universiti juga.
Pakcik (batuk-batuk sebab sebaya) yang baik hati.


Kawan sekuliah yang baik hati.
Selalu menolong aku yang lemah ini.


Sungguh istimewa hidup aku suatu ketika dahulu. Oh, bukan skandal ya teman-teman? Itu manusia-manusia yang menjalinkan persahabatan dengan aku. Kawan-kawan yang telah jauh terpisah dengan jarak tetapi dekat dalam hati. Maka disebabkan mereka, aku menjadi manusia yang kalian lihat hari ini. Menerima kesusahan atau kesukaran hidup dengan ketawa, kerana semangat mereka membuatkan aku setabah ini.

Eh, kita bicara tentang apa tadi ya?
Oh, khabar angin dan gosip yang menular di dalam blog.
Aku memilih untuk ketawa sahaja disebabkan aku lebih kenal diri sendiri dan gosip yang dibuat hanya gurauan dari kawan kepada kawan.  Eh, tapi jangan gosip banyak-banyak ya kawan? Ada hati yang perlu dijaga ni. Senyum.

Hari ini hari terakhir penghantaran penyertaan pertandingan di blog aku.
Hari ini aku diberikan mandat untuk menanda kertas Kimia Tingkatan 4 dan 5 kerana rakan setugas bersalin minggu lepas dan sudah mula bercuti. Hampir setahun aku tidak memegang buku Kimia, aku tertanya-tanya apakah kebolehan aku masih ada? Harapnya masih lagi kerana aku akan menggalas tanggungjawab mengajar juga selepas naik cuti ini.
Selamat berjaya buat aku.

Peringatan buat diri.
1. Kimia Tingkatan 4
2. Kimia Tingkatan 5
3. Sains Tingkatan 4
4. Sejarah Tingkatan 1
5. Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan Tingkatan1.
6. Kemahiran Hidup Perdagangan dan Keusahawanan Tingkatan 2.
7. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4.
8. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5.

Eh, banyaknya hendak ditanda!
Pitam.

Nota Kaki :
1. Mulakan menanda kertas!
2. Legasi Cinta Alisia Bab 25 belum siap - patut disiarkan jam 3.05 petang ini.
3. Senyum dan kekalkan senyuman.

Zara : Dalam keadaan sibuk sepanjang hari. Cari aku di Twitter kalau perlu. Sekian. Sayang kamu semua.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

Sunday, May 30, 2010

Jika Rindu Itu Membunuhmu, Maka Diamkan Sahaja. Apa Awak Buat Bila Rindu Saya?


Dalam kereta.
Terdengar satu petikan yang entah dari mana didapati oleh penyampainya.
Katanya, jika rindu itu membunuhmu, maka diamkan sahaja.
Dan aku, setuju.


Zaman mengulit cinta terhadap ilmu yang sangat tinggi adrenalinnya.

Diam!
Jangan menjerit!
Jangan pernah memekik!
Jangan pernah meraung!
...dan jangan pernah menangis!

Tutup mulut kamu.
Kunci bibir kamu.
Kosongkan minda kamu.
Ingat yang kamu sedang bebas meluahkan segalanya.

Mari laksanakan misi kita.
Mari tunaikan apa yang perlu dibuat.
Mari kita mulakan sesuatu yang menggembirakan.

Mari laksanakan jenayah yang sempurna.
Jenayah?

Aku penjenayah?
Atau kau penjenayah?

Ya, ini jenayah yang paling sempurna.
Aku curi hati kamu.
Kamu curi hati aku.

Diam.
Diam.
Diam.

Biar mereka tertanya-tanya.
Biar mereka pusing memikirkannya.
Biar mereka pening mencarinya.

Aku curi hati kamu.
Kamu curi hati aku.
Kita sama-sama simpan.


Ada seorang teman bertanyakan aku ini tadi.
Ketawa juga bila memberikan jawapan pada dia.

Awak, saya senyum bila teringatkan awak.
Awak senyum tak bila teringat saya?
Tak, saya gelak sambil menangis. Boleh? (Gelak guling2)

Dan, aku menerima pesanan, ada yang suka bahagian ini di dalam penulisan bawah.
Ah, aku juga suka sebenarnya.

"Awak, jangan merajuk lagi"
"Tak mahu cakap dengan awak!"
"Tengok, saya belikan awak bunga."
"Saya alahan dengan bunga, kenapa awak beli?"
"Tak nak bunga tak mengapa, saya berikan awak coklat pula"
"Saya tak nak coklat. Saya diet"
"Tak mengapa, saya makan coklat ni"
"Awak ni kenapa, belikan saya bunga dan coklat, tapi awak ambil semula?"
"Kelemahan awak, saya tampung dengan diri saya. Apa lagi yang awak tak suka ya?"
"Kalau saya tak suka diri sendiri"
"Maka, berikan pada saya"
Nota Kaki :
1. Mengantuk yang amat sangat.
2. Belum melunaskan garapan Legasi Cinta Alisia Bab 25.
3. Menunggu seorang teman pulang dari klinik.
4. Kalau rindu itu membunuh, adakah kita akan sakit?

Zara : Semakin kurang sihat. Gila pitam.

Mogok Lapar Daniel-Hanna. Bila Berlaku Perselisihan, Lelaki Atau Perempuan Yang Perlu Memujuk?


"Awak, saya merajuk!"
"Jadi?"
"Kalau saya merajuk, awak pujuklah saya."
"Eh, awak layanlah merajuk awak sendiri"

Salam semua.
Pernahkah anda terjebak dalam situasi begini?
Aku pernah nampak peristiwa ini berlaku di hadapan khalayak ramai sewaktu aku menunggu bas. Senyum simpul juga bila mengenangkan betapa keadaan manjanya wanita itu tetapi tidak dihiraukan oleh sang lelaki yang mungkin malas mahu melayan di hadapan semua orang.

Dalam percintaan, perlu ada sikap tolak ansur bukan? Aku banyak belajar dari dua orang rakan yang pada mulanya manusia ego yang tidak akan melihat perasaan orang lain dan bertindak mengikut perasaan sendiri. Ah, kalau tulis nama sebenar nanti orang kenal pula, mari guna nama tengah mereka yang jarang digunakan. Kalau kamu baca dan tahu siapa kamu, ini kamu sudah beri kebenaran tadi ya?

Daniel : Aku geram dengan Hanna. Kalau aku merajuk, nanti dia merajuk juga.
Hanna : Habis, kalau dia merajuk dengan aku, dia tak beli barang rumah. Aku pun ikut merajuk.
Daniel : Tapi Zara, dia kalau merajuk, dia tak mahu masak.
Hanna : Kata orang, kalau merajuk, kita kena buat mogok lapar kan?
Aku : Eh, ye ke?
Hanna : Dulu di universiti, kalau kau merajuk dengan teman lelaki, bukan buat mogok lapar ke?
Aku : Itu zaman remaja aku, janganlah kau yang kahwin ni tiru.
Hanna : Tak kira, aku buat juga macam tu. Jadi bila aku tak masak, Daniel pun tak makan.
Daniel : Kau tengok? Aku merajuk, dia tak masak.
Aku : Kenapa kau tak masak Hanna?
Hanna : Biar Daniel takde tenaga nak marah, jadi dia akan pujuk aku masak.
Daniel : Aku merajuk, aku yang kena pujuk dia?
Aku : Jangan main-main, anak dah tiga dah.
Hanna : Daniel takkan pujuk aku punya.
Daniel : Kadang-kadang pujuk kan?
Hanna : Itu pun sebab dah lapar kan?
Daniel : Kalau tak, siapa lagi nak masak?
Hanna : Kau tengok, berkesan tak taktik aku?
Daniel : Aku salahkan kau Zara.
Aku : Apa salah aku?
Daniel : Hanna terpengaruh dengan kaedah kau dulu.
Aku : Amboi, ini yang aku marah ni.
Daniel : Kau merajuk sana.

Lelaki dan perempuan sama-sama merajuk.
Aku ketawa sahaja dengan dua rakan ini yang sudah terikat bersama. Kadangkala terfikir juga, adakah yang merajuk itu selalunya perempuan sahaja? Aku ada juga kawan-kawan lelaki yang merajuk dengan kekasih masing-masing. Selalunya disebabkan terasa hati bila diketepikan bila si gadis keluar bersama teman-teman lain dan rasa diabaikan. Atau si gadis membandingkan mereka dengan kekasih lama. Ah, begitu juga dengan wanita, itu juga antara penyebabnya.

Memerlukan perhatian.
Ada orang kata, orang merajuk mendambakan perhatian daripada yang tersayang. Ini mungkin juga kan? Tetapi, sesekali boleh agaknya, jangan selalu dan tidak tentu pasal. Tiba-tiba merajuk.

"Awak, hari ini saya merajuk dengan awak."
"Kenapa?"
"Saja, sebab bosan."

Oh, kalau aku, memang tidak akan memujuk orang yang buat alasan tidak bermakna sebegitu. Sebab bosan maka pura-pura merajuk. Adakah mahu menguji kemahiran pasangan untuk memujuk atau apa? Ah, mahu ketawa pun ada juga begini.

Kemahiran memujuk.
Selalunya salah seorang daripada pasangan biasanya akan memberikan alasan, tidak pandai mahu memujuk sebelah pihak yang merajuk. Tetapi pada aku, ini boleh dipelajari mengikut kesukaan dan kegemaran pasangan. Kalau kita memahami pasangan, tahu apa yang disukai atau tidak disukai, pasti boleh menyelesaikan perkara ini secara berperingkat. Ada sesuatu yang aku mahu kongsikan dengan kalian, cara kawan aku memujuk pasangannya.

"Awak, jangan merajuk lagi"
"Tak mahu cakap dengan awak!"
"Tengok, saya belikan awak bunga."
"Saya alahan dengan bunga, kenapa awak beli?"
"Tak nak bunga tak mengapa, saya berikan awak coklat pula"
"Saya tak nak coklat. Saya diet"
"Tak mengapa, saya makan coklat ni"
"Awak ni kenapa, belikan saya bunga dan coklat, tapi awak ambil semula?"
"Kelemahan awak, saya tampung dengan diri saya. Apa lagi yang awak tak suka ya?"
"Kalau saya tak suka diri sendiri"
"Maka, berikan pada saya"

Hebat kawan itu.
Aku yang mendengarkan apa yang dituturkan oleh mereka jadi ketawa. Ah, dari seseorang yang boleh dikatakan kayu, dia berubah sedemikian rupa dalam usaha memahami seseorang yang menjadi pasangannya. Lelaki atau wanita masing-masing boleh memujuk kalau kena dengan gaya dan usahanya. Benar bukan?

Pendapat kamu.
Siapa yang lebih hebat memujuk?
Siapa yang perlu memujuk?

Nota Kaki :
1. Sedikit makanan sudah mampu dijamah.
2. Menunggu mentari diri muncul.
3. Kesejukkan akibat kesakitan dan perubahan cuaca.
4. Rindukan Empunya Marga. Ah, siapa yang menyamar sebagai dia di borang spring aku?!

Zara : Terima kasih kerana buat aku tersenyum manisan merah jambu. Aku mahu buang pil biru kerana wujudmu lebih bermakna dari serpihan pilu. Menggigit halus benang dan ikat kalbu. Ukhuwah kita tidak perlu kotor dengan debu.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

Jangan Membanding Beza Kekasih Baru Dan Lama Yang Kau Ada. Tidak Adil Dan Kau Akan Kecewa.


Salam hujung minggu semua.
Aku bertambah baik keadaan diri.
Terima kasih atas doa yang dititipkan.
Biasanya hari kedua aku sudah tidak perlukan bekalan dadah.
Biasanya begitu.
Diam.

Tarik nafas.
Lewat pagi tadi menerima panggilan dari seorang teman wanita yang juga penulis blog.
Alhamdulillah, tubuh aku sudah boleh bangun dan kepala sudah boleh menerima isyarat dengan baik semula.
Semalam terlampau teruk, untuk kali pertama tahun 2010.
Abaikan.

Dia : Awal bangun?
Aku : Dah terbiasa, kau pun bangun awal?
Dia : Aku tak tidur.
Aku : Eh, kenapa?
Dia : Risau kau sakit.
Aku : Eh, macam tu pula?
Dia : (ketawa) Kata sayang kawan?
Aku : Macam-macam kau. Jadi, romantiklah telefon aku pagi-pagi begini?
Dia : Aku dengar lagu di blog kau, sangat terasa dalam hati. Itu yang aku telefon.
Aku : Oh, mahu kongsi?
Dia : Sangat-sangat, aku perlukan nasihat. Mahu tulis di blog aku, nanti orang kutuk pula.
Aku : Tulis di blog aku?
Dia : Aku tak kisah.

http://www.cowshell.com/uploads/drawergeeks/harrypotter.jpg
Walaupun mungkin tiada kena mengena, aku suka gambar ini. [Penghargaan]

Bila sakit, kekasih lama beri perhatian tetapi kekasih baru langsung tidak ambil kisah.
Aku ketawa bila dia cakap tentang ini. Sudah aku mengingatkan, jangan pernah membandingkan mana-mana manusia yang wujud dalam hidup. Tidak akan sama walaupun hakikatnya mereka punya jantina yang sama. Sikap tentunya tidak akan bertindan antara satu sama lain.

Dia : Kalau kekasih lama aku, aku cakap aku sakit, dia terus suruh aku makan ubat, pergi klinik semua.
Aku : Yang baru?
Dia : Langsung tak tanya khabar aku. Aku sakit pun dia tak tahu agaknya.
Aku : Dia nak kau berdikari.
Dia : Ini caranya? Aku rasa diabaikan.
Aku : Itu mungkin cara dia, kau kena pastikan.
Dia : Geram aku.
Aku :  Tetapi masih bersama kan?
Dia : Ah, dia pelik.

Bila sedih, kekasih lama akan sentiasa pujuk tetapi kekasih baru akan buat tidak endah.
Bukankah dua manusia itu tidak akan sama?

Dia : Aku sedih.
Aku : Sedih kenapa?
Dia : Bila aku telefon dia tak jawab, aku hantar SMS dia tak balas.
Aku : Dia sibuk tu.
Dia : Kalau kekasih lama, bila hal camni jadi, dia akan terus hubungi aku semula.
Aku : Dah kata lain orang lain caranya.
Dia : Sayangnya yang baru ini, kalau hantar pesanan pagi, malam nanti baru balas. Kalau merajuk pun tak guna.
Aku : Kenapa?
Dia : Sebab aku kena pujuk diri sendiri.
Aku : (ketawa)

Kekasih lama itu kenangan silam, kekasih baru itu masa sekarang.
Sejauh mana kau mengenangkan kekasih lama, dia hanya bayangan silam. Kenangan boleh diigati tapi jangan sampai menyakiti atau membunuh perasaan yang tumbuh dalam diri. Betapa sakit memulakan kehidupan baru semula, itu yang perlu diingati, bukan semata-mata yang indah sahaja.

Teman, aku pernah lihat kau jatuh dan bangun semula.
Payah bukan?
Kau juga pernah lihat aku lalui itu semua.
Sakit bukan?
Maka, bercakap atau bertindak ikut pengalaman wahai teman.
Aku tidak mahu kau melukai dan menyakitkan hati sendiri dan manusia yang kini kau  bersama.
Jalan cerita telah kau pilih dan sila berada di dalamnya dengan tabah dan penuh ceria.

Jangan pernah membandingkankan yang lama atau baru. Tidak akan membawa kebaikan kalau terus begini. Aku tidak mahu lihat satu lagi siri penderitaan yang tidak bertepi. Jadilah manusia yang memahami, jika perlu. Jadilah manusia yang berfikiran terbuka, itu aku tahu kamu boleh.

Nota Kaki :
1. Kepala masih pening dan terasa mahu muntah.
2. Kecil hati dengan kawan lagi. Ah, abaikan sahaja, dia memang begitu. 
3. Tiada selera makan.
4. Pemikiran kosong.

Zara : Bila seorang teman lama muncul sebelum aku melelapkan mata malam tadi, aku tertawa seorang diri mengenangkan impian merantau bersama-sama belum terlaksana lagi. Dia menunggu aku menggalas beg dan ke tempatnya. Ah, tunggu ya? Aku terlepas peluang tempoh hari, dan aku akan cekalkan usaha.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

Pil Biru, Ketagihan Bulanan Yang Telah Lama Ditinggalkan Kembali. Maaf Sistem Tubuh Sendiri.


Salam semua.
Maaf, otak sedang bercelaru.
Hari ini badan aku penuh dengan dadah.
Sudah lama aku tidak menyentuhnya, dan hari ini aku kalah.
Kalah dengan kesakitan yang kembali buat aku lemah.


Gambar hanya untuk mengambarkan aku sedang pucat lesi.

Badan terlebih dos yang dibenarkan.
Dadah berwarna biru ini hanya boleh diambil dua biji sahaja sehari.
Sekali makan hanya satu dan kalau benar-benar sakit. Normal.
Tetapi aku sudah makan sebanyak tujuh biji hari ini. Dan terdapat kemungkinan akan makan lagi kalau terlampau sakit.

Ada teman sudah marah-marah.
Ada teman sudah keluar bicara segala.
Ampun, aku cuba kawal diri.
Aku cuba.
Kalah.

Kelas tambahan Matematik Tingkatan Dua.
Sedang aku kononnya berehat, adik lelaki ketiga datang menjenguk wajah di ruang kamar aku. Menitipkan pesanan ada tiga orang murid sudah menunggu aku di ruang tamu. Mahu belajar Matematik sebelum peperiksaan minggu hadapan. Ah, nanar otak aku. Bertikam lidah dengan adik sebentar sebelum aku keluar juga dengan kepala melayang serta menelan pil lagi.

Budak : Cikgu, kenapa muka cikgu pucat gila?
Aku : Leher saya kena hisap dengan pontianak nama Edward Cullen.

Alhamdulillah, kelas berjalan lancar. Nasib baik tajuk yang betul-betul mudah, maka sakit kepala, pinggang serta perut itu aku boleh tolak ke tepi. Puing-puing rasa dan neuron otak saling berlaga dan aku tahu, bukan setakat sakit tetapi kesan dadah yang aku telan mula meraja. Tolak tepi semua.

Telefon tidak berjawab, pesanan ringkas tidak berbalas.
Maaf, aku tidak mampu menggerakkan tubuh tadi.
Maaf yang teramat sangat.
Buat sesiapa yang menelefon atau menghantar pesanan, nanti aku balas ya?
Terima kasih kerana kalian prihatin.

Dan, aku menunggu pesanan ringkas dari seseorang, boleh atau tidak aku menghubungi dia.
Moga dia akan beri jawapannya.
Aku mahu melunaskan rindu.
Itu sahaja.

Nota Kaki:
1. Tidak menjamah makanan sepanjang hari.
2. Semakin lemah dan nafas semakin sirna.
3. Rindu aku sudah tidak dapat dibendung. Ah, tamaknya kau Zara.
4. Kalau aku tinggalkan kalian malam ini, apakah kalian akan mengingati aku selamanya?
5. Apakah doa akan dikirim dan Al-Fatihah disedekah buat aku?

Zara : Masa untuk berkucupan dengan ranjang biru. Tubuh sudah dipenuhi dengan dadah dan aku sudah tidak mampu lagi melangkah. Duduk diam dan menadah. Bibir sudah bergerak, jangan pernah lupa syahadah. Allah Maha Besar.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

Saturday, May 29, 2010

Obsesi Diri Itu Kadangkala Perlu Dalam Meneruskan Kelangsungan Hidup | Telur Coklat Dalam Kenangan


Salam semua.
Terima kasih pada yang memberikan respon baik dalam penulisan ini.
Walaupun nampaknya kalian lebih suka menulis di Twitter dari memberikan ulasan, aku sudah cukup gembira. Sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang membaca dan menghulurkan salam perkenalan buat aku.


Bila manusia ini obsesi pada diri sendiri, dia hanya tahu senyuman sahaja bisa buat dia kuat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Noktah.

Obsesi diri.
Aku adalah manusia yang sedaya upaya mahu percaya pada diri sendiri dalam kadar yang tinggi. Jujurnya, aku kadangkala melukakan segumpal darah yang berada dalam tubuh asalkan aku lihat senyum tawa manusia di sekeliling aku. Ramai yang menyatakan, sayanglah diri sendiri, jagalah perasaan sendiri, dan aku hanya tersenyum. Kalau aku tidak sayang diri sendiri, apakah aku obses begini?

Penulisan walaupun sekadar karya picisan.
Aku menulis. Mengarang cerita dan naskah aku sendiri. Membaca dan melampiaskan nafsu aku pada sastera pada pandangan aku. Perspektif aku sendiri dalam mencari diri yang mungkin tenggelam dalam kesibukan mengejar arus duniawi. Ah, kesakitan dalam menempuh perjalanan buatkan aku menghargai diri lebih dari apa yang orang lain boleh beri.

Ada seorang teman menyatakan kepada aku. 
"Zara, kamu adalah manusia obsesi pada diri sendiri. Kamu menulis dan berkarya serta tidak menghiraukan kalau punya pembaca atau tidak. Kamu tidak peduli dan masih terus menulis"
Dan, aku setuju dengan dia.
Aku tetap menulis dan teruskan sahaja usaha walaupun mungkin tiada yang membaca.
Kerana apa?
Itu jiwa.

Tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Semua benda ada hadnya.
Begitu juga aku.
Begitu juga kamu.
Begitu juga mereka semua di luar sana.

Secebis kenangan.
Aku kurang sihat untuk ke majlis perkahwinan sebentar tadi. Maka aku berehat sahaja di rumah dan enggan menjamah walaupun sebutir rezeki. Entah mengapa, selera aku telah direnggut pergi. Tolak makanan masuk ke mulut tetapi yang keluar semula tanpa dapat aku kawal lagi. 

Biarkan, aku hanya merenung sepi. Mengambil keputusan untuk kembali ketagih kepada bahan terlarang sebentar tadi. 
Biarkan, hanya sekali ini. Aku sudah tiada daya lagi.
Ah, ini angkara obsesi juga.

Ternampak apa yang Bonda dapat di rumah pengantin buatkan aku teringatkan teman wanita yang sedang menunggu saat melahirkan. Ah, tergambar dalam fikiran kenangan kami bersama satu ketika dahulu menyulam bahagia berdua tanpa ada batasannya.

*******

Aku keluar dengan B.
Beli barang keperluan dia.
B bercakap banyak hari itu, meluahkan kegeraman dia disebabkan aku bergambar dengan beberapa lelaki yang dia agak tidak senangi. Aku faham apa yang dia rasa.
Maaf B, aku janji lain kali aku tidak buat begitu lagi.
Senyum ya B?
B menghampiri satu kedai berhampiran.

"Makcik, nak telur coklat itu 4 biji"

Aku : Kau panggil telur apa B?
B : Telur coklat.
Aku : Dia ada nama sendirilah. Telur pindang.
B : Tak kisahlah, telur kan ada macam-macam warna. Ada warna hitam, warna putih, kuning.
Aku : Telur hitam? Telur cerita dalam TV ke?
B : Bukan. Telur ni istimewa. Dia berubah 3 kali.
Aku : Telur apa?
B : Telur masin. Mula-mula putih, pastu hitam, pastu putih semula.
Aku : Aku belasah kat sini nanti.
B ketawa dengan gembira.
Aku gembira B lupa isu aku bersama dengan rakan-rakan lain.
Aku hanya mahu senyuman B.
Kami berlalu pergi sambil B membawa plastik 'telur coklat' dia.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3t_uM6weYfE-qx9FFZXX7u_gSiVZNpQliX60qkZ4brx3tIjXzYoBFSJmMFX36WGyZgX7O2yV7ypH4Nisivm1xkJ_lApXCfYV81DrD8Es7OKOka_0S_U5Dx0k3uBdSzdqfUZskhUm80Xfs/s400/Step+By+Step+837.jpg

Ah, kenangan memang indah dan mengasyikkan.
Membuatkan aku terlupa betapa aku sudah lama meninggalkan zaman begitu.

Nota Kaki :
1. Makan ubat dengan minuman berkarbonat.
2. Tidur dalam kesakitan diganggu oleh panggilan telefon syarikat telekomunikasi.
3. Otak aku bertambah berat.
4. Empunya Marga muncul dan sudah keluar, ada urusan barangkali.
5. Terbaring di ranjang biru sendiri.

Zara : Merindui percikan tinta kalam sendiri. Aku belum memulakan penulisan lagi. Ah, sarat dengan sesuatu yang aku sendiri heret dalam setiap langkah.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

Twitter - Keluarga Kecil Khayalan Yang Aku Suka. Burung Biru Comel Jinak Menjadi Talian Penghubung.


Salam hujung minggu semua.
Oh, hari ini hari Sabtu.
Pagi tadi aku bangun sambil melompat kerana terfikir hari ini adalah Ahad.
Nampak sangat sudah hilang ingatan akibat otak sudah disimpan di Timur Malaysia.
Eh?


 Twitter Zara
Ini setakat jam 9.50 pagi 29 Mei 2010.

Twitter.
Oh, ini memang kegemaran aku selain Mukabuku dan blog. Satu-satunya tempat dimana aku boleh berhubung dengan sesiapa sahaja dan berkongsi pendapat dengan orang yang dikenali ataupun tidak. Dan ya, aku banyak jumpa orang baru yang berkongsi pendapat sesuatu isu setiap hari. Tidak kira ia serius atau sekadar suka-suka, ia menjadi medan bertukar rasa dan idea di kalangan manusia yang aku kenali.

Twitter untuk artis?
Aku juga adalah artis disebabkan aku memperjuangkan seni. Tetapi seni aku adalah berbentuk pendidikan di mana aku menggunakan ijazah yang aku terima di sekolah dan masyarakat umumnya. Ah, seni mengajar lain dari seni yang menjadi satu industri itu. Dan, ada beberapa orang artis yang sangat baik bila kita menulis sesuatu kepada mereka dan mereka peka dengan apa yang kita tulis. Contohnya, Altimet, Zahiril Adzim, Imran Ajmain dan Pete Teo. Yang lain, malas mahu berikan ulasan tentang mereka. 

Twitter untuk penulis blog?
Oh, ini memang.
Aku rapat dengan penulis blog yang sudi berada di dalam garis masa Twitter aku. Sebab halaman peminat di Mukabuku tidak cukup untuk kamu menjalinkan komunikasi kerana tidak semua orang punya Mukabuku. Twitter adalah satu alternatif baik yang aku suka. Ramai yang aku kenal di situ, maka, mahu menulis nama mereka adalah sesuatu yang mustahil pula. Nanti kalau terlepas pandang, ada yang terasa hati pula.

Keluarga Khayalan.
Aku ada abang tiri.
Ada makcik angkat.
Ada datuk comel.
Ada abang tiri punya jiran.
Ada macam-macam lagi.

Ketagihan.
Ketawa.
Pengakuan jujur - ya.
Aku menggunakan segala medium yang ada untuk mengemaskini status aku di Twitter. Telefon genggam, komputer riba dan pelbagai aplikasi yang ditawarkan bersamanya.

Skandal Twitter.
Itu adalah tanah kami semua. Ketawa.
Eh, aku tiada ulasan tentang yang ini, maaf.
Awas, di garis masa Twitter ramai wartawan gosip.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Ada 8 jemputan perkahwinan, tidak akan mampu hadiri semua. Maaf, aku pilih 4 terbaik dan terdekat.
2. Status di Mukabuku sudah jadi topik hangat di Twitter, gila.
3. Rindukan seseorang yang kali terakhir muncul malam tadi di skrin telefon aku.
4. Mahu bersiap untuk ke majlis perkahwinan, siapa mahu ikut?

Zara : Kadangkala, aku memilih senyap sebagai laluan terakhir aku dalam sesuatu perkara. Jangan pernah pelik kalau tiada kicauan dari manusia gila ini lagi. Selamat tinggal semua.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

Friday, May 28, 2010

Selamat Bertunang Zara. Maaf Kalau Buat Kamu Kecewa.

Salam semua.
Penulisan di bawah masih mendapat perhatian.
Ah, memang aku meluahkan sedaya upaya.
Maaf bagi yang terasa, tetapi itu tanggungjawab sosial aku.


Selamat bertunang Zara dan Empunya Marga.

Zara : Bila kita nak kahwin ya?
Empunya Marga : Masa ulang tahun kamu ke-23.

Maaf, itu dialog hanya rekaan. Tidak pernah berbincang dengan Empunya Marga tentang hal ini. Belum punya kesempatan kerana masing-masing punya urusan diri yang perlu ditadbir. InsyaAllah, punya banyak masa lagi. Masih muda kan kami?

Dan ya, aku telah menukar status hubungan di Mukabuku. Dari dalam perhubungan (baca : in relationship) kepada bertunang (baca : engaged). Ada beberapa sebab sebenarnya.
1. Rindu pada Empunya Marga.
2. Sengaja.
3. Mahu lihat reaksi umum.
4. Melihat mulut-mulut dan mata-mata yang kepoh mengadu-domba bertindak sebarkan cerita.
5. Tiada ilham untuk menulis novel.
6. Malas mahu senaraikan lagi.

Maaf buat sesiapa yang sudah meletakkan komen kalian disitu. Ah, aku tidak akan tukar status itu buat masa ini. Ada dua makhluk yang sudah terperangkap dengan hebatnya tadi dan aku mahu lihat sejauh mana mereka akan menyebarkan aksi tersebut di khalayak dan pengetahuan manusia lain. Ketawa.

Tidak terdesak.
Sumpah. Aku bukan terdesak dalam mendirikan rumahtangga. Baru berumur 22 tahun dan bakal menginjak 23 tahun pada Ogos (29 Ogos) tahun ini. Masih banyak yang aku perlu kejar dan aku sesungguhnya ketawa dengan manusia-manusia yang rasa tidak selamat selagi aku belum terang-terangan berpunya. Eh, aku gembira dengan kehidupan aku sekarang, kenapa orang lain yang risau sampai begitu sekali?

Tenang ya?
Masih banyak masa.
Biarkan aku atur hidup sendiri tanpa perlu menyakiti hati sesiapa.
Senyum mesra.
Seperti apa yang pernah dititipkan oleh seorang teman kepada aku dulu.


Hakikatnya, aku belum bertunang lagi.
Oh, jangan ada kontroversi lagi.
Tamat.

Nota Kaki :
1. Kalau kamu fikir dapat buat hidup aku porak peranda hanya disebabkan kegiatan sosial aku bersama teman-teman, kamu silap perhitungan.
2. Mulai esok, akan ada banyak majlis perkahwinan yang perlu dihadiri.
3. Ya, memang ramai kawan Twitter yang menerjah aku setiap hari. Jadi mengapa?
4. Rindu pada Bunga Jiwa.

Zara : Berguling dan berguling sambil mencari di mana Hadif Hafuza, Afrina Afnan dan Zara Zuyyin. Sedang sambung menulis lagi.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

Lepas 9 Bulan Kau Tanam Dalam Lubang Tanah Pula Ya?


Salam semua.
Maaf jika kalian baca tajuk yang penuh emosi.
Ampun jika ada yang terasa hati.
Ini cuma luahan aku yang tidak mampu mengekang dengan tangan sendiri.
Hanya dapat menulis, manahan sebak melihat dunia yang semakin hilang harga diri.



Malaysia terlampau banyak musim.
Ya, ada musim buah-buahan.
Kau boleh jumpa pelbagai jenis - namakan sahaja, durian, rambutan, manggis dan banyak lagi.
Ya, ada musim membaca.
Maka, ada sahaja orang membaca di sana sini, mengendong buku walaupun hakikatnya sentiasa perlu.
Ya, ada musim perayaan.
Pelbagai kaum, agama dan bangsa merayakan perayaan mengikut fahaman masing-masing dan berkongsi rasa.
Musim membuang bayi.
Eh, sana sini orang buang bayi.

Kita buat sama-sama, seronok sama-sama, risiko belakang cerita.
Apa nak buat?
Dah terlanjur bersama. Bukan saya nak, tapi dia paksa.
Eh, saya tak paksa, dia yang rela.
Sekejap, itu belakang cerita.
Yang penting, apa kita panggil ini ya?
Zina bukan?

Orang lain buat, tapi perut tak membulat.
Oh, fikir begitu ke?
Kalau kemaruk sangat, kamu pergi layarkan imaginasi liar sendiri.
Kalau masih tidak dapat menahan, banyak lagi sumber memuaskan nafsu sendiri.
Tapi awas, kau duduk sendiri, hanya kau dan diri kau.

Mana puas, nak dengan dia yang merajai minda!
Kalau terlalu menginginkan, pergilah berkahwin dengan pasangan yang kamu sangat cintai.
Pergi!
Buat dengan cara yang halal, dapatkan nikmat yang halal.
Jangan ikut pemikiran dangkal.

Eh, kau boleh kata, ini bukan urusan kau perempuan.
Tapi kau silap, ini memang urusan aku.
Sebab aku masih seorang manusia yang ada sifat belas kemanusiaan.
Itu nikmat sejagat yang manusia waras ada dan jaga.

Benih yang awak tabur di tanah yang subur mula keluarkan pucuk. Bagaimana ni?
Awak, kita kahwin.
Eh, macam mana nak kahwin, tiada duit lagi.
Habis, nak tutup macam mana ni?
Kita buang, awak goncangkan, bagi pucuk itu jatuh.
Eh, awak, ini bukan pokok. Kita gugurkan sahaja.
Gugur juga perlu duit.

Kau simpan sebab kau sayang?
Bagus.
Kau simpan sebab kau tiada duit mahu buang?
Apa aku patut panggil agaknya.
Kau simpan sebab kau nak buang bila dah sempurna?
Awas.

Eh, dah lahir. Mana nak letak ni, siapa nak jaga?
Letak atas tangga masjid sebelum waktu Subuh.
Kenapa?
Nanti ada Pak Imam datang, dia ambil.
Pak Imam dan jemaah berlari-lari terkejut. Telefon polis, telefon media.
Berita jam 7.30 pagi keluar muka dia.

Letak dalam kain, letak depan rumah orang.
Eh, boleh ke?
Nanti orang tu bangun pagi, dia nampak bayi kita.
Selamat sedikit kan?
Cuba kalau orang tu lambat bangun?
Eh, setakat kena hurung semut, takde apa-apa punya.
Celaka!

Kita lempar dalam tong sampah.
Eh, nanti sakit dia.
Eh, awak nak jaga?
Tak mahu.
Jom, kita buang sama-sama.

Lecehlah.
Kenapa?
Dah macam-macam orang buat nak buang bayi.
Kita guna cara lain.
Tanam dalam lubang tanah.

Manusia, sudah kembali ke zaman jahiliah?
Itu dulu pun, orang cuma tanam bayi perempuan.
Kau?

Tanah dalam lubang tanah.
Letak macam kebumi jenazah.
Digilas kereta api hinggan memercik darah merah.
Ah, kau tak rasa ia mengundang amarah?

Bagi kondom, pil perancang secara percuma.
Bagus cadangan itu. Tapi akan berkesankah?
Betul orang akan tersedar dan tidak akan melakukan perkara mungkar itu lagi?
Pasti?

Pendidikan seks di sekolah.
Bagus juga. Tetapi bersediakah kita?
Masyarakat kita boleh menerima?

Kahwin sahajalah.
Itu cara terbaik.
Tapi kalau manusia itu suka sama suka hanya sebab nafsu serakah, adakah perkahwinan jalan paling bagus untuk mereka? 
Kalau tukar pasangan itu kegemaran bagai menukar baju adakah mampu dibendung masalah itu?
Fikir dan fikir.

Doa, agar mereka berubah.
Ah Zara, memang selemah-lemah iman kau wahai perempuan.
Biar lemah, tapi aku menegur juga.
Aku pesan pada anak murid aku.
Aku ingatkan pada teman-teman.
Juga pada diri sendiri.

Nah, aku tidak akan bicarakan tentang soal agama. Aku mungkin kurang arif dalam hal itu. Tapi aku tahu sesuatu. Kau juga tahu sesuatu. Kita punya Allah Yang Satu. Setiap apa yang kau buat, pasti akan ada pembalasannya. Itu hakikatnya.

Kalaulah kau tahu apa perasaan setiap kali menyelak surat khabar dan membaca mengenai ini.
Kalaulah kau tahu setiap kali menonton berita dan terpampang ini, berapa banyak sumpah dan caci.
Kalaulah kau tahu, berapa ramai manusia yang tak punya zuriat sendiri mahukan bayi.
Kalaulah kau tahu dan mengerti.
Tapi tidak, kau lebih rela ikut kata hati.
Kau biarkan nafsu merajai.
Lebih hebat dan tidak bertepi.

Nota Kaki :
1. Ya, ini memang penuh emosi.
2. Banyak lagi yang mahu ditulis tetapi masa mencemburui.
3. Legasi Cinta Alisia Bab 24 sudah boleh dilayari sekarang.

Zara :  Jangan menakutkan aku dengan pesanan yang bikin jiwa aku berdetak kencang hingga hampir nanar fikiran. Aku masih perlu kau. Sentiasa. Dan aku tetap akan pegang dan ingat pesanan kau. "Aku cinta kau sampai mati"

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei

Thursday, May 27, 2010

Tahun Ini Aku Sudah Jadi Manusia Yang Lupa Pada Janji - Bila Nak Pergi Derma Darah Lagi Ni?


Salam semua.
Tadi membelek harta peribadi di dalam bakul, aku terjumpa buku merah.
Ah, aku terlupa janji aku pada diri sendiri.

Ya Allah, ampunkanlah aku.
Si gadis yang menghuni tubuh gempal ini, maaf.
Niat baik kamu, pemikiran ini lupa.
Khilaf yang amat sangat.


Rindu.


Bila nak dapat tengok beg seperti ini lagi?

Mungkin disebabkan terlampau penat dengan urusan pekerjaan dan sering keletihan serta kurang tidur, membuatkan aku sudah melupakan kegiatan yang paling aku gemari ini. Aduhai. Sudah diletakkan dalam perancangan, cuti sekolah ini harus pergi menunaikan tanggungjawab tang aku suka ini. Oh Zara, sila simpan dalam otak kamu.


Rindukan perasaan dalam keadaan begini.

Bonda : Tak sudah-sudah mahu pergi derma darah.
Aku : Eh, menarik dan menyeronokkan Mak.
Bonda : Janganlah lagi.
Aku : Kalau tak beri derma darah, Along derma organ boleh?
Bonda : (diam)

Dan itu menyebabkan Bonda terpaksa menerima hakikat yang aku memang gila menderma darah bila aku punya kesempatan. Cuma, tahun 2010 ini aku belum memulakan lagi. Aduhai. Terlajak aku dari tarikh yang aku sudah letak di dalam kepala.

Nota Kaki :
1.  Letih.
2. Otak sedang bekerja keras mencari penamat bagi Bab 24.
3. Puisi yang dicoret di buku nota dicemari darah.
4. Menunggu seseorang muncul dengan tabah dan alhamdulillah, dia sudah muncul.

Zara :  Ah, bila mahu sambung menulis ni? Badan letih macam terendam dalam larutan pemalas.

Borang Spring Aku Sudah Jadi Meja Kaunselor Cinta Pula. Eh, Cikgu Kimia Sila Betulkan Cermin Mata.


Salam semua.
Berikutan penulisan pagi tadi, aku sudah dihujani pertanyaan di Borang Spring
Oh, sudah jadi kaunselor cinta pula.
Ketawa.

Di sekolah, ada orang berkongsi tips berumah tangga (untuk guru-guru yang bakal berkahwin cuti sekolah ini).
Eh, aku seorang sahaja ke yang bujang selepas ini?
Senyum.
Ah, tidak mengapa.
Muda lagi kan?
Baru 22 tahun.
Senyum.
Sembunyi rasa.
Eh?
Ketawa.



hehe..da mcm kaunselor cinta plak cgu zara :) so,pe pndpt kalo cnta jrk jaoh? da lebih staon b'sme bru 2x jmpe..org kate pelik,tp kalo bhgia,abaikn jela kate2 org,kan :)))  

Eh, terkongsi pengalaman cinta pertama di sini.
Tidak mengapa, benda normal bukan?




aku beza 8 tahun dgn awek aku.umur aku 19. belajar sambil buat bisnes sendiri. bila dah beza banyak camtu, aku takut nak cakap kat Mama aku yang dia gf aku. sebab dia lagi tua dari kak sulung. camne ni ek?

Zara, saya beza 6 tahun dgn perempuan yg saya cinta.dia sudah bekerja dan saya masih belajar di universiti.dia tanya kalau kami boleh berkahwin dalam masa terdekat ni. saya tak tau nak kata apa. apa patut saya buat?  


Ini soalan dari dua orang lelaki berbeza.
Satu bertanya tentang perempuan yang berbeza 9 tahun jarak usia.
Seorang lagi berbeza 6 tahun.



 Seorg pemuda jarak usia muda 3 taun melamar seorg perempuan...bagaimana? Mahu menerima? Apa penerimaan org sekeliling... Si gadis terasa rendah diri... 

Yang ini mempunyai jarak usia 3 tahun.

Ya, aku bukan yang terbaik.
Tetapi, berkongsi apa salahnya bukan?
Aku memberikan pendapat yang aku rasakan baik dalam perkiraan aku.
Kalian juga boleh berikan pendapat kerana aku pasti ramai yang lebih arif dan mempunyai pengalaman yang lebih hebat dari aku.

Nota Kaki:
1. Sekadar berkongsi.
2. Hari ini pulang awal.
3. Esok cuti Hari Wesak.
4. Orang cerita tentang majlis resepsi yang hampir tiba, aku pula mencari tempat rekreasi.
5. Rindu dengan matahari aku, bila mahu muncul ni?

Zara : menikmati periuk bertuah (baca : "pot-luck") di sekolah. Kek coklat, laksa, kundas, salad buah-buahan, agar-agar laici, kek pisang, dan macam-macam lagi sambil teringatkan adik kesayangan yang belum menjamah sarapan.