Friday, May 21, 2010

Runut Irama Jiwa Kita - Menukar Ganti Gambar Pengenalan Khas Kepada Sesuatu Lebih Peribadi.

[Episod Tiga]
[Episod Empat]

Salam semua. Tidak banyak yang mahu diperkatakan hari ini.

Tangan kiri lenguh akibat suntikan H1N1.
Kebanyakan guru di sekolah tadi mendapatkan suntikan pencegahan H1N1 di poliklinik berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga. Kepala aku agak pening, mungkin akibat kesan ubat tetapi tetap menggagahkan diri untuk memandu pulang. Sebu yang mula terasa di perut aku lemparkan jauh-jauh ke longkang.

Poster Runut Irama Jiwa Kita telah siap.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-baik-pijak-kepala, Si Busuk Pali yang telah membuatkan poster atau muka hadapan cerpen aku yang terbaru. Terima kasih banyak-banyak sahabat. Menarik dan aku sukakannya. Maka, secara rasmi aku telah menggantikan semua gambar lama dengan gambar baru.


Runut Irama Jiwa Kita - LAMA.


Runut Irama Jiwa Kita - BARU.

Legasi Cinta Alisia Bab 22.
InsyaALLAH, kalian boleh melayarinya jam 2105 (9.05 malam) ini. Kan hari ini 21.05.2010? Maka seharusnya disiarkan malam juga. Terima kasih buat yang menantinya. 

Nota Kaki :
1. Memerlukan rehat yang cukup. InsyaALLAH, bakal menggarap Runut Irama Jiwa Kita Episod 5.
2. Kepala pening, berdenyut, tangan lenguh, simptom biasa yang buat aku hampir gila.
3. Menerima panggilan telefon dari seorang teman dan juga seorang bapa yang memahami. Terima kasih buat kalian berdua.
4. Rindu pada seseorang.

Zara :  Laungkan betapa kau benci melihat kelibat sang puteri tetapi hakikatnya dia tetap berendam air mata jernih setiap kali menatap paparan yang tertancap dan menusuk jiwa seorang hamba. Kau mampu empang kesakitan dia? Mustahil kerana kau sendiri tidak akan pernah mengerti rintihan dan ratapan berkalang lara.

2 comments:

Hizami Li said...

hey.
cikgu zara.
runut irama ni suka la cerita dia.
hehe.
urban sikit.
;)

ZaridaIshak said...

hello cikgu,
dalam proses memahami runut irama jiwa yang lama lagi.... huhuhuu