Tuesday, May 18, 2010

Simpan Otak Dalam Karung Hitam. Bakar. Abu Lepaskan Ke Longkang - Aku Remaja Bermasalah?

Simpan otak dalam karung hitam.
Bakar.
Abu lepaskan ke longkang.
Aliran air mengalir perlahan.
Tersumbat.
Berhenti.
Membusuk.
Sendiri.


*Muka penghujung remaja, awal belia bermasalah ke?*

Teringat tentang apa yang berlaku hujung minggu lepas.
Memang membuatkan aku punya emosi yang berbaur warnanya. Kejadian yang berlaku di sekolah tatkala aku bertugas malam disebabkan punya program di sekolah membuatkan aku tertanya-tanya adakah aku kelihatan sebagai seorang remaja bermasalah. Eh, remaja kah aku?
Bukan belia ke?
Ketawa.

Malam. Aku sedang berjalan sendirian ke arah dewan untuk memeriksa pelajar sementara menunggu rakan datang semula ke sekolah. Dia pulang sebentar ke rumah atas urusan peribadi. Aku ditahan dan disergah oleh seorang fasilitator yang bertugas.

Fasilitator : Awak nak pergi mana tu? Kenapa tak masuk dewan?
Aku : Saya cikgu sekolah ini.
Fasilitator : Cikgu ke?
Aku : Ya, saya cikgu.
Fasilitator : Oh, maaf cikgu.
Aku : Tak mengapa. 

Sebentar.
Aku kelihatan seperti seorang pelajar ke?
Ketawa.

*******

Sedutan Legasi Cinta Alisia Bab 22 (masih dalam garapan)

Sesetengah orang merasakan perkara sebegitu tidak bernilai dalam kehidupan mereka. Terlalu sombong dan megah menyatakan mereka tegar menjalani kehidupan sendirian. Barangkali mereka alpa, mana mungkin manusia bisa hidup sendirian? Kehidupan dalam masyarakat, bukankah kita menjalinkan suatu bentuk perhubungan yang boleh ditafsirkan sebagai persahabatan? Manusia ini aneh barangkali, hanya mencari tatkala memerlukan, meninggalkan apabila telah cukup segalanya atau telah menemui yang baru.

Pada aku, persahabatan antara perkara yang melengkapkan diri aku, asas dalam kehidupan aku sendiri. Aku diajar, setiap persahabatan itu perlu dihargai, disayangi serta dibajai. Mana mungkin suatu persahabatan itu kekal utuh tanpa kasih sayang antara hati-hati mereka yang terikat di dalamnya? Hati dan perasaan manusia amat kompleks - bukan untuk dipandang enteng dan mudah. Sombong amat mereka yang mendabik dada menyatakan diri mereka telah lengkap dengan pakej sempurna tanpa memerlukan persahabatan.

Jika suatu persahabatan itu tidak dibajai, disirami dengan baik, bagaimana ukhuwah itu bisa mampu bertahan?. Jika ditanam anak benih tanpa melalui proses sedemikian, mustahil ia akan terjaga dengan sendirinya. Kita sendiri harus membajai, merawatnya dengan penuh kasih sayang agar benih yang disemai membuahkan hasil nanti.

Dalam menongkah arus globalisasi begini, di mana pemikiran manusia yang terkadang bertukar dangkal, dengan memilih sahabat yang betul-betul memahami serta mampu membimbing serta mengawasi kita dilihat amat perlu. Bahkan, ianya boleh dilihat sebagai suatu mekanisme dalam kita mengharungi cabaran kehidupan.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang akan menolong serta membantu kita bukan?. Sahabat yang akan berlaku jujur terhadap diri kita. Sahabat yang akan berkata benar dalam apa jua cara dalam memastikan kita dan dia berada di paksi yang sebenar - di paksi yang diredhaiNya. Sahabat begitu yang aku rasakan aku perlu dalam hidup ini.

Alhamdulillah, sesetengah daripada mereka telah aku temui dan kami masih lagi bersama. Sahabat yang tidak pernah melupakan, malahan sering mengingatkan apa yang aku terlupa. Ukhwah itu indah jika kita bertemu dan berpisah kerana Allah.

"Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburnya. Akan tetapi, apabila hati manusia kehilangan kedamaiannya, dimanakah dia akan menemukannya? Bagaimanakah dia akan boleh memperolehinya kembali?"
(Kahlil Gibran)

Nota Kaki :
1. Sedang berusaha untuk menyiapkan Legasi Cinta Alisia.
2. Tersenyum membaca sesuatu yang dititipkan khas buat aku.
3. Hasil karya sang pencinta tidak terlawan oleh aku yang masih bertatih, melompat-lompat di belakang dia.
4. Titip doa pada Yang Maha Esa, biarkan aku sentisa jadi milik Empunya Marga.

Zara : Kalau kau temui insan yang sentiasa mengukir senyuman bila bicara tentang kau pada dunia, usaplah kepalanya, hinggapkan sebuah ciuman di bibir yang basah dan peluklah tubuhnya yang dambakan pelukan kasih sayang serta bisikkan kata cinta.

9 comments:

wanita mutalib said...

kalu kakak pun kakak akan suruh masuk dewan..siap heret lagi sebab tak caya wakakaka :p

attyfir said...

wakakkaka..tergolek kty hah..maknanya zara muda belia..lenkali zara ikut je.masuk dewan buat peksa..ekekekek

[z@ck] said...

cikgu buat apa tu....
=P

HEMY said...

memang cam budak sekolah pun....(kipas agar menang contest)

Hizami Li said...

muda lagi kot cik zara.
ahha.
;)

Mrs Nurul said...

aku pon salu gak terkena weh..sabar je la ek..tapi aku lebih selesa anggap diri aku dewasa, aku bukan lagi remaja remuji..rasa diri dah tua.

BuDakHutaN said...

aku pun sama gak... kena suruh pi school, jangan eskep school... hahaha
nampaknya kita masih muda rumaja,

Nurul said...

:) nampaknya ramai yang tertarik dengan cerita kak zara yang konon remaja lagi hehhehe

ehm tertarik tentang persahabatan. Betul tu, susah nak mencari kawan yang benar2 berkawan kerana Allah. kadang-kadang mudah menjalin hubungan dengan yang bernama kawan, tapi bila tiba 1 permasalahan yang besar, hubungan y selama ini baik boleh berkecai sekelip mata. sedihkan?

rakan yang dianggap Terbaik rupanya sekadar berkawan kerana ada kenaikan yang diperoleh. lagi 1 perkara yang cukup sedih kalau difikirkan. herm...

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

mesti malu fasilitator tu.. hehe... zara muda sangat. nampak cam student lagi. hehe.