Showing posts with label HB - Lelaki Dan Suami Orang. Show all posts
Showing posts with label HB - Lelaki Dan Suami Orang. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Aku, Kau Dan Dia Sudah Berpisah Alam.


Aku sejujurnya memang mengharapkan pasangan itu bahagia.
Bahagia yang teramat sangat memandangkan apa yang mereka lalui bukanlah sesuatu yang mudah. Menjalani kehidupan suami isteri pada usia yang boleh dikatakan cukup muda serta tidak memahami kehidupan itu sendiri membuatkan mereka lakukan yang terbaik demi kehidupan masing-masing. Ego diketepikan dan apa yang dimahukan oleh keluarga dilaksanakan sebaik mungkin dengan satu niat mahu mengubah diri masing-masing. Meninggalkan segala kisah silam di belakang dan memulakan kehidupan yang lebih baik tentunya.

Diam.
Anak itu seorang yang cukup degil dan cukup kuat mengusik.
Kadangkala gurauan keterlaluan yang bisa menyayat hati akan keluar dari dia yang menganggap persahabatan dengan manusia lain adalah sesuatu yang cukup berharga sementelahan dia sudah terlalu lama meninggalkan kehidupan yang pernah menenggelamkan dia. Aneh, dengan sahabat yang seorang itu, betapa sakitnya hati, aku akan tetap mendengar apa sahaja yang diluahkan hanya kerana terikat dengan persahabatan dengan seseorang yang sudah berpindah alam.

Gambar : Kepercayaan itu ibarat sebuah bikar. Jika ia pernah pecah, bagaimana kita berusaha membaikinya, pasti ia tidak akan menjadi seperti yang asalnya. (Shafaza Zara, 2011)

Tahun ini tahun dua kosong satu satu.
Sudah lima tahun peristiwa itu berlalu tentunya. Melihatkan kesakitan yang pernah kau lalui teman dan betapa kau berusaha untuk kembali ke jalan asal pastinya bukan sesuatu yang mudah. Jatuh bangun kau daripada seseorang yang aku hanya kenal nama hinggalah kepada orang yang boleh membaca kilasan aku, aku tahu, sentiasa berada di mana sahaja kau perlukan aku adalah yang terbaik. Sekurang-kurangnya itulah apa yang aku rasa.

Kau : Shafaza, kau tahu hari ini hari apa?
Aku : Hari Rabu.
Kau : Memanglah. Tarikhnya?
Aku : 18 Mei. 
Kau : Ingat apa jadi 18 Mei?
Aku : Apa benda?
Kau : Seseorang yang mengikat aku, kau dan dia dalam hidup kita.
Aku : Astaghfirullah. Aku terlupa. Al-Fatihah.
Kau : Selalunya kau akan jadi orang yang beritahu aku kan?
Aku : Maaf. Aku terlampau sibuk.
Kau : Tak mengapa.
Aku : Bunyi bising belakang kau. Kau kat mana?
Kau : Hospital.
Aku : Kenapa?
Kau : Ini tempat terakhir Rina baring atas katil. 
Aku : Sudahlah. Ingat anak dan isteri di rumah.
Kau : Aku menangis bila aku tanpa sengaja lalu jalan tempat Rina kemalangan dulu.
Aku : Sudahlah. Baliklah.
Kau : Aku memang nak balik, tapi otak aku menerawang memikirkan betapa cepat betul masa berlalu.
Aku : Anak kau dah nak masuk empat orang dah.
Kau : Kalau aku masih dengan Rina, agak-agak kau aku dapat kahwin cepat tak?
Aku : Bergantung. Mungkin kena tunggu habis belajar dan ada kerja dulu.
Kau : Dengan isteri yang keluarga pilih, aku kahwin masa umur 20 tahun dan dah nak ada anak lagi. Lima tahun rupanya cepat saja kan?
Aku : Memang. Baliklah.
Kau : Ada lagi tempat aku nak pergi.
Aku : Mana lagi?
Kau : Rumah Rina yang bertiang dua.
Aku : Dah malam ni!
Kau : Kenapa dengan malam?
Aku : Sudahlah. Balik rumah. Kenapa degil sangat? Kesiankan isteri kau.
Kau : Dulu aku tak duduk sini. Jadi aku tak macam ini kan?
Aku : Lepas kau pergi situ, kau baliklah rumah.
Kau : Aku nak naik Bukit Broga.
Aku : Kau gila ke apa?
Kau : Aku nak tengok matahari naik. Moga aku boleh lupakan sedikit benda lama ini.

Gambar : Betapa sesetengah orang sukar melupakan cinta pertama hingga memakan diri sendiri apabila cinta pertama itu pergi dan malangnya tidak mampu untuk kembali lagi. Jasad dan nyawa bukan urusan kita, itu pasti. (Shafaza Zara, 2011)

Anak itu pastinya sedang berlegar-legar di luar bagi melunaskan apa yang terpendam dalam hatinya. Malangnya, aku jauh beribu batu dengan manusia baik itu. Aku cuma mahu dia tahu yang aku pastinya mendoakan yang terbaik buat dia.

Kau : Aku duduk rumah ayah yang aku langsung tak sebulu.
Aku : Dia tetap ayah kau.
Kau : Rina kata kita kena hormat orang tua kita tak kira siapa mereka.
Aku : Itu betul. Lagi pula, kau seorang ayah sekarang. Pastinya tak mahu anak kau layan kau dengan teruk suatu hari nanti kan?
Kau : Aku macam tak adil pula pada isteri aku kan?
Aku : Maksud kau?
Kau : Bila tarikh Rina pergi tiba, aku akan mamai begini. Macam lima tahun lepas masa aku dapat tahu dia dah tiada.
Aku : Kau kena belajar melupakan.
Kau : Aku tahu aku cintakan isteri aku cuma kenangan dengan Rina adalah menyedihkan sebab berpisah nyawa.
Aku : Kau jangan cakap macam orang tiada agama.
Kau : Tahu. Maaflah. Terlampau ikut perasaan.

http://farm4.static.flickr.com/3553/3615369348_4c8d51de9c.jpg
Gambar : Jujurnya kalau kita lihat ke segenap alam sekalipun untuk mencari siapakah orang yang boleh kita sayangi sejujurnya tanpa ada alasan lain, aku percaya yang kita tidak akan menemui orang lain kecuali diri sendiri.

Kawan.
Janji pernah tersimpul rapi.
Maaf atas keterlanjuran kata aku yang membuatkan kamu menghantarkan pesanan ringkas sebentar tadi. Sumpah, tiada terniat hati ini membuatkan kamu merasa sakit.
Kamu masih berada di tempat yang sama walaupun telah menghirup udara berlainan benua.

Kita pernah menggalakkan sesama sendiri mencari jalan yang baru.
Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kamu dari jauh.
Air mata yang mengalir sewaktu semuanya berakhir telah aku seka sendirian.
Dan aku juga tahu betapa kuatnya kau bangun dari kelicinan dan gelinciran.
Genangan dan raungan kau yang saling bertimpa pernah aku dengarkan.

Sudah tiba masanya untuk bangkit dan mengucapkan selamat tinggal pada kenangan.
Sudah hampir lima tahun segalanya menendang kepala dan hati.
Kamu masih punya tempat yang istimewa dan ketahuilah bahawa hati manusia itu masih rumah yang terbaik.

Nota Kaki :
1. Al-Fatihah Rina.
2. Emosi kurang stabil memandangkan kerja memerlukan tumpuan berlebihan.

Zara : Aku mahu belajar tentang hidup dengan lebih tabah. Minda berkembang, tenaga bekerja menghasilkan masyarakat yang sentiasa bergerak ke hadapan tanpa rasa curiga akan sesuatu yang boleh mengundang gundah gulana. Sakit dan keperitan dalam kehidupan membuatkan hati akan beku dan penuh dengan batu lava yang sentiasa memanaskan suasana. Sakit?

Sunday, October 24, 2010

Eksklusif : "Memanglah Saya Kena Kahwin Awal. Kalau Tidak, Ramai Pula Bayi Tidak Berdaftar"


Hujan.
Sejak dari petang membawa ke malam, hujan turun tanpa henti walaupun ternyata tidak lebat.Ternyata, ia membahagiakan aku yang menunggu hujan turun walaupun sedikit. Ada pesanan ringkas yang aku terima tetapi tidak mampu aku balas disebabkan pening yang amat sangat. Aku tidak minum kopi hari ini disebabkan aku terlupa, dan ternyata, aku boleh gila menanggung sakit begini.

Ada pembaca senyap yang membuat panggilan dan ada juga rakan yang sudi meluangkan masa bercakap dengan aku. Ah, ternyata walaupun sudah bercakap beberapa kali di telefon, dia masih lagi akan ketawa apabila mendengar suara aku. Asyik menyatakan apakah aku kurang sihat atau sudah bertambah gila dari biasa. Kawan itu memang, tidak mengira dia suami orang atau lebih tepat lagi seorang bapa.

http://img3.visualizeus.com/thumbs/08/09/02/inspirational,to,write,love,on,her,arms,dyptech,photography-1229596d14c6a43dd8aeae8df492ce7f_h.jpg

Aku : Kenapa telefon?
Kawan : Nampak macam kau sibuk sangat.
Aku : Baru bangun tidur, kepala aku sakit.
Kawan : Demam ke?
Aku : Tak. Lupa minum kopi.
Kawan : Ketagihan kau dah teruk sangat ni.
Aku : Tahu, aku dah cuba berhenti dah.
Kawan : Kalah dadah kan?
Aku : (ketawa) Macam mana isteri dan anak-anak kau?
Kawan : Ini yang aku nak cerita ni. Cerita lawak tau.
Aku : Kenapa?
Kawan : Tadi aku keluar dengan isteri dan anak-anak. Ada orang tegur.
Aku : Siapa?
Kawan : Makcik dalam pertengahan usia. Kau tahulah aku keluar macam mana pakai, dengan rambut aku lagi, isteri aku pun sama. 
Aku : (ketawa) Dah kau pun muda lagi kan? Memanglah kau pakai macam orang muda.
Kawan : (ketawa) Makcik tu cakap pada aku - "Memang budak muda sekarang kalau keluar merendek bawa adik-adik kecil ya?"
Aku : (ketawa) Aku dah lama tak dengar perkataan "merendek" tahu? Lepas tu kau kata apa?
Kawan : Aku cakaplah ini keluarga aku. Isteri aku semua. Makcik tu tak nak percaya mula-mula.
Aku : Habis tu?
Kawan : Aku keluarkan kad nikah, tunjuk pada dia. Terdiam makcik tu.
Aku : (ketawa) Habis macam itu sahaja?
Kawan : Makcik tu tanya kenapa aku kahwin awal.
Aku : Kau jawab apa?
Kawan : Aku jawab begini. - "Memanglah saya kena kahwin awal. Kalau tidak, ramai pula bayi yang tidak berdaftar yang keluar."
Aku : Keji betul kau.
Kawan : Sebab dia jeling-jeling isteri aku pakai seluar pendek.
Aku : (ketawa) Dia cemburu nampak isteri kau bergetah.
Kawan : Dah kata masing-masing baru 24 tahun, anak tiga kan?
Aku : Oh, berlagak.

http://www.1stwebdesigner.com/wp-content/uploads/2010/03/deviantart-groups/when-love-takes-over-best-deviantart-groups-you-should-watch.jpg

Aku memang ketawa besar kalau berbicara dengan kawan ini. Mungkin disebabkan persekitaran dia yang gila, menjadikan dia juga gila begitu rupa. Ternyata, kebahagiaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil bagi dia yang gembira dengan kehidupan yang dijalani dengan tabah.

Kawan : Kau buat aku kenal dunia.
Aku : Entahlah.
Kawan : Sila terus tabah dalam menjalani kehidupan bujang.
Aku : (ketawa) Bahkan, aku tidak perlu berjaga malam menukar lampin bayi lagi.
Kawan : Lampin sendiri sebulan sekali kan?
Aku : Keji la!
Kawan : (ketawa)

Baiklah.
Aku dah tukar fikiran.
Memang kalau aku jumpa, aku ketuk-ketuk kepala dia. 
Geram.

Zara : Baru lepas membaca komentar-komentar yang aku terima di cerpen [Nuansa Marga Sakura Tuhfah]. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. 

Monday, October 04, 2010

Normal Perempuan Kata Sayang Kawan Perempuan. Pelikkah Kalau Lelaki Kata Sayang Kawan Lelaki?


Ketawa.
Itu persepsi sesetengah orang.
Tapi pada aku, tidak salah untuk menzahirkan rasa sayang pada sahabat tidak kira lelaki atau perempuan. Ungkapan, aku sayang kau mungkin kedengaran janggal bila lelaki ucapkan kepada lelaki, tetapi perempuan sudah terbiasa mungkin melafazkan demikian.


Aku terpotong ayat di atas yang diucapkan oleh seorang kawan perempuan pada aku.
Dan ada sedikit ayat di bawah yang aku terpotong. Ketawa.
Munsyi dan Hazami adalah dua orang kenalan maya aku.

Senyum.
Kedua-dua mereka adalah normal.
Itu mesti sengaja nak kantung surat elektronik aku penuh dengan pemberitahuan ada komentar baru daripada mereka. Aduhai, tapi ia hiburan petang yang menggamatkan. 
Ketawa.

HBD : Kau cemburu ya?
Aku : Kau gila?
HBD : (ketawa) Aku rasa benda itu normal, cuma orang kita jarang cakap.
Aku : Ada kau pernah cakap dengan orang lain?
HBD : Itukan gurauan. 
Aku : Tahu. Cuma kau pernah cakap dengan orang depan-depan?
HBD : Ada. Dengan Papa, dengan bapa mertua dan anak lelaki aku.
Aku : Selain itu?
HBD : Aku belum jumpa kawan yang sesuai untuk aku cakap depan-depan.
Aku : Segan?
HBD : Lelaki mungkin jenis kurang meluahkan dengan kata-kata, lebih banyak pada perbuatan.
Aku : Alasan. Eh, aku dua-dua pun ada.
HBD : Kau pun orang selalu keliru lelaki ke perempuan.(ketawa)
Aku : Ceh!

Dan bagaimana dengan kamu semua?
Adakah senang meluahkan pada teman rapat kamu?
Senyum.

Tapi kalau kawan lelaki cakap pada kawan perempuan atau sebaliknya,
bagaimana pula?
Senyum lagi.

Nota Kaki :
Hari ini sakit biasa datang menyerang lagi. Kurang daripada satu jam, empat biji pil penahan sakit sudah meluncur laju masuk ke dalam sistem badan aku.

Zara : Jamuan di sekolah berjalan lancar. Tak sia-sia merebus 150 biji ketupat segera malam dan pagi tadi sebagai sajian jamuan. Ketawa.

Sunday, October 03, 2010

Resepi Bergambar. Kau Takkan Berani Cari Punya, Baik Jangan Degil.


Mengantuk.
Baru lepas terperangkap di luar rumah.
Penat dan letih.
Malam ada acara bersama keluarga kecil kesayangan.

Amaran : Tajuk di atas adalah terjemahan secara langsung dan tidak ada kena mengena dengan maksud sebenar. Aku sangat mengerti apa maksud sebenar di sebalik istilah tersebut.

http://i103.photobucket.com/albums/m150/rap_ter/makeL-O-V-E.jpg

Aku ternampak gambar yang comel ini di Mukabuku kawan aku, seorang bapa yang mempunyai 3 orang anak. Sebab comel sangat, aku bertanya di mana dia dapat gambar tersebut.

Aku : Mana kau dapat gambar tu?
Dia : Internet. Aku Google. Kenapa?
Aku : Aku nak letak dalam blog, berikan aku sumber dia.
Dia : Kau ambil je dari FB aku.
Aku : Aku biasanya akan letak pautan gambar.
Dia : Macam tu, kau Google sendiri.
Aku : Kata carian apa?
Dia : (ketawa) Kau takkan berani cari punya.
Aku : Apa dia?
Dia : Ikutlah cakap aku, ambil di FB aku sahaja.
Aku : Cepatlah!
Dia : Kau Google "Make Love"
Aku : Jangan main-main!
Dia : Kau cuba, gambar tu mesti ada. Cuma gambar-gambar lain kurang menarik untuk orang bujang macam kau.
Aku : Kambing je kan kau?
Dia : Baik jangan degil, kau ambil di FB aku sahaja.

Gambar yang aku nak seperti di atas.
Baik kau jangan tanya aku Google sendiri ke tidak.
Aku tak mahu jawab.

Penapis carian aku sentiasa dibuka. Ketawa.
Konon-konon di bawah umur 18 tahun.

Nota Kaki :
Sudahlah terperangkap di luar rumah, ada seorang kawan membuat panggilan pula. Kantoi aku terperangkap di luar.

Zara : Mahu ketawa sekuat hati bila dia tiba-tiba kembali. Kau cuma cari aku bila kau lapar dan perlukan seorang kawan untuk teman kau makan? Silap besar itu kawan, silap besar.

Monday, August 23, 2010

Ya, Saya Memang Suka Lelaki Yang Pandai Memasak | Siapa Yang Tidak Suka Orang Memasak Untuk Dia?


Salam.
Isu yang biasa-biasa sahaja. Cukuplah untuk serius dan diketawakan akibat meletakkan gambar sendiri di penulisan di bawah ini. Aku cuma mahu berkongsi dan kalau ada orang yang tidak sudi mahu membacanya, biarkan sahaja mereka berkelubung dengan sesuatu yang bakal menjerut mereka. Eh?

Masakan.
Apabila kita bercakap mengenai makanan, kita selalu terlupa dengan siapa yang sebenarnya yang berada di belakang makanan yang sedap, enak serta mendamaikan tekak kita semua. Kita akan cakap, "Sedapnya makanan ini", dan sebagainya tanpa memberikan pujian kepada tukang masak, chef dan semua yang terlibat di belakang tabir.

Lelaki dan masakan.
Selain daripada Bonda dan wanita-wanita lain, aku memang menggemari masakan ataupun hidangan yang disediakan oleh tukang masak lelaki. Bukan diskriminasi ya? Aku suka masakan yang dimasak oleh wanita juga, cuma kali ini aku mahu menulis tentang lelaki dan masakan. Nah, kan lelaki sering dikatakan tidak tahu memasak (Yang mana aku rasa itu sudah kurang relevan lagi). Ada alasan tertentu kenapa aku menyukai makanan yang dimasak oleh lelaki.


[Penghargaan]
Gordon Ramsay, salah satu daripada chef lelaki yang aku suka.

Oh, kalau di Malaysia, Chef Wan dan beberapa chef lain juga menarik minat aku dari segi masakan mereka. Jangan kata aku tengok yang antarabangsa sahaja. Ada beberapa sebab kenapa aku sukakan Gordon Ramsay, dan mungkin salah satunya, dia mempunyai rancangan realiti memasak yang sungguh menarik dan buat aku terpaku menontonnya.

Aspek Teknikal.
Aku suka teknikal yang dilaksanakan oleh lelaki yang memasak. Mereka cermat dalam gaya yang maskulin. Sesuatu masakan itu biasanya akan sedap dipandang dan menepati piawaian yang aku gelarkan, "Dapat tengok pun jadi". Ya, aku seorang yang menyukai gambar makanan, dan jika makanan itu dihias cantik ataupun diabadikan dalam gambar yang menarik sahaja, aku sudah suka.

Aku ada seorang kawan yang boleh aku katakan pakar dalam membuat kek. Setiap kali dia beri aku merasa kek yang dia buat, pasti aku akan hargainya dengan bersungguh-sungguh. Menariknya dia seorang lelaki dan setakat ini aku rasa, kek keju blueberry dia adalah yang terbaik selain ada satu lagi biskut yang dia buat yang mencair di mulut. Oh kawanku sayang, ingat janji kamu. Ulang tahun kelahiran aku dah hampir tiba.

Semangat Memasak.
Ya, ini yang aku dapat lihat kebelakangan ini. Bertemu beberapa orang lelaki di dunia maya yang sangat-sangat mempunyai semangat yang tinggi dalam memasak. Menariknya, mereka bukan sahaja pandai memasak, tetapi menghidangkan makanan tersebut dengan semangat yang tinggi. Maksud aku, ada orang yang suka masak, tapi sekadar untuk melepaskan diri memasak dan tinggal begitu sahaja. Tetapi yang mereka-mereka ini, masak dan menghiasnya dengan hebat juga. Tepuk tangan.

http://www.bbcgoodfood.com/recipes/2450/images/2450_MEDIUM.jpg
Ini adalah salah satu daripada masakan Gordon Ramsay yang mudah dan menarik untuk disediakan ketika sarapan. Oh, aku memang suka dengan masakan yang mudah dan cepat sebegini.

Zara, suka lelaki yang pandai masak?
Ada orang yang bertanyakan ini di BorangSpring aku. Memang kamu memberikan aku bahan untuk menulis wahai pembaca sekalian tatkala otak aku sedang membeku begini. Ya, jawapannya adalah YA. Aku memang suka lelaki yang pandai memasak. Bukan sebab kalau aku malas, dia boleh masak untuk aku. Tetapi disebabkan beberapa faktor seperti suasana yang mendamaikan, penghargaan diri serta beberapa lagi yang aku tidak boleh tulis di sini. Nanti ada orang kata aku gatal nak kahwin pula. Ketawa.

Anggapan : Lelaki yang memasak adalah sangat menarik.
Ini adalah bergantung kepada persepsi dan pandangan individu itu sendiri. Kalau aku?
Jawapannya adalah menarik disebabkan kepuasan menikmati makanan serta kasih sayang yang disalurkan ke dalam makanan itu adalah inti pati yang penting. Tetapi masih bergantung kepada pandangan dan individu lain-lain juga. Contohnya kalau aku kata A sangat menarik ketika memasak, mungkin B kurang menarik, dan Z pula lebih hebat. Bergantung.

Apa pendapat kamu pula?

Dan Abah juga boleh memasak.
Itu yang menariknya kalau Bonda tiada di rumah, Abah boleh menyediakan makanan sekaligus, kami adik beradik tidaklah kelaparan. Tetapi sejak aku dah boleh memasak untuk keluarga (setakat untuk keluarga makan, bolehlah), tugasan itu sudah berada di atas batu jemala patik. Ketawa.

Nota Kaki :
Buat kawan-kawan lelaki yang pandai memasak, anda tahu siapa anda. Penulisan ini juga sebagai satu penghargaan kecil kepada usaha anda yang sungguh membuatkan aku tercabar kerana sebagai seorang perempuan, aku belum sampai ke tahap seperti kalian.

Zara : Oh, ini mungkin kali kedua aku letak makanan di dalam blog sempena bulan puasa. Tetapi memandangkan ianya bukan dimasak oleh aku, tidak mengapa bukan? Senyum mesra.


Thursday, November 26, 2009

"B, Maafkan Aku Sayang. Ini Bukan Korban Cinta. Itu Hadiah Cinta. Tahniah Kerana Pintu Telah Dibuka Selepas Jejaka Berenang Pantas!"




Senja merangkak pergi tatkala laungan takbir memecah kehinangan langit yang bertukar warna.
Kegelapan menjelma.
Si Merah mengalunkan irama kesepian dendangan penyanyi antarabangsa.
Oh, lagu yang berada di tempat pertama dalam blog ini.
Mata tertancap melihat nombor telefon yang tidak dikenali.
Si Merah diangkat.
Kedengaran salam dihulurkan.
Suara yang dirindui.
B!

Aku : Salam. B, apa khabar kamu sayang?
B : Aku baik sahaja. Aku dapat tahu kamu yang kurang sihat kebelakangan ini. Betul ke?
Aku : Eh, mana ada sayang? Aku baik sahaja.
B : Jangan bohong Zara. Aku tahu. Aku dapat rasa.
Aku : Maaf sayang. Kamu baca blog aku ke Mukabuku?
B : Aku baru baca blog kamu. Patut pun Jejaka tak benarkan aku guna Internet kebelakangan ini. Mesti dia tak nak aku tahu dan terkejut.
Aku : Alahai sayang. Bukan apa pun. Aku tak menangis kalau itu yang kamu mahu tanya.
B : Aku tahu kamu tak menangis sebab kamu tahan. Cerita dengan aku Zara, tolonglah.
Aku : Malas aku.



B : Kalau kamu tak cerita, aku pun malas nak beritahu kamu sesuatu sayang.
Aku : Apa dia? Ada lelaki mata biru untuk aku? *ketawa*
B : Jangan nak menggatal. *gelak*
Aku : Sekarang boleh, dulu tak boleh.
B : Cepat cerita dengan aku!
Aku : Ya lah. Memang kaki mendesak betul ni. *cerita apa yang perlu pada B*
B : Oh, begitu. Sekarang saat yang dinanti.
Aku : Apa dia?
B : Nak aku cakap ke Jejaka yang cakap atau kamu nak teka? Teka kalau kamu pandai.
Aku : Kamu nak balik Malaysia?
B : Bukan. Peluang terakhir. *ketawa*
Aku : Kamu mengandung?
B : (ketawa) Pandai!
Aku : Tahniah sayang!
B: Jejaka nak cakap dengan kamu.

Orang di seberang talian bertukar. Senyuman menguntum di bibir aku.

http://www.snapshots.net/cartoons/00690-funny-cartoons-sperm-cell.gif

Jejaka : Salam Cikgu Garang.
Aku : Salam bakal bapa. Tahniah! Laju berenang. *ketawa*
Jejaka : Oh, keji pernyataan itu cikgu. *ketawa*
Aku : Jaga B elok-elok. Bincang dengan dia baik-baik. Nak bersalin di mana nanti?
Jejaka : Dalam kapal terbang boleh? *ketawa*
Aku : Boleh. Nanti kamu boleh jadi terkenal.
Jejaka : Aku dan B dah bincang sesuatu. Kami mahu kamu jadi ibu angkat anak kami nanti. Boleh?
Aku : Aku sudah jadi ibu angkat pada 3 orang budak. Anak Hazami Bahrin.
Jejaka : Anak HB? Alahai, baru 3. Boleh kan?
Aku : InsyaALLAH, aku terima.



Jejaka : Terima kasih Zara. Jaga diri kamu. Kami sentiasa memantau kamu. *gelak*
Aku : Pengintip. Salam aku buat B. Jaga diri kamu semua.
B : Sayang, betul kata Jejaka. Kami akan tahu kalau kamu sembunyikan sesuatu.
Aku : *ketawa* Selamat Hari Raya.
B : Sama juga sayang.

Ini hadiah terbaik sempena raya kali ini.
Hadiah terbaik dari dua sahabat yang sudah mendirikan mahligai mereka.
Hati gembira.
Hati berbunga-bunga.
Bibir menguntum senyum.



Zara : Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Moga kalian mempunyai hari raya yang menggembirakan. Moga kalian bertemu dengan makna sebenar pengorbanan. Selamat berhujung minggu semua!

Wednesday, November 11, 2009

"Senjata Yang Istimewa Harus Menangkap Mata" : Bagaimana Dengan Warna Merah Jambu?

Ketawa mendengar usikan seorang rakan setugas pagi tadi yang menyatakan kasut yang aku pakai semalam comel.

"Cikgu Zahrah, mana kasut comel yang dipakai semalam?. Sakit kaki ke?"

Aku hanya mampu tersenyum dengan pertanyaan terakhir itu. Bukan kaki yang sakit, tetapi hati yang sakit dengan telatah budak. Tidak mengapa, itu hanya secubit warna dalam kehidupan yang aku tempuhi. Pesanan ringkas yang tiba daripada luar Malaysia menarik minat aku.

"Zara, kalau mahu kelihatan anggun walaupun sedang marah, sila kenakan sesuatu yang terbaik. Senjata yang istimewa harus menangkap mata. Cuba fikirkan apa yang terbaik dan mahu memilih kamu menjadi guru buat anak-anakku."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Qmw9TtsKrfjxveMSHQdYa6QbH46XYe_efv2PufZ0jlDyfxKqn39e3XkVp7SczEvy7afOuMKuIoR-cMd_Ar55RTRxffhvj2i-nWPX5YxNPxSQLwa-ggJQ46EslI7ydqpoIRzvP5hHDZRj/s400/BQcDAAAAAwoDanBnAAAABC5vdXQKFlBtRlVZaDBXM2hHZ05GTnctQW83R0EAAAACaWQKAXgAAAAEc2l6ZQ.jpg
[Gambar penghargaan di SINI]

Oh, kalau boleh lepas lari dari sabit kesalahan mengetuk kepala orang dengan kasut bertumit tinggi dan berwarna merah jambu panas seperti di atas, aku akan memasuki senarai orang yang paling dikehendaki selepas penulisan ini.*Ketawa*



Zara : Mesyuarat penapisan pelajar Tingkatan Satu dan Dua akan berlangsung tengah hari ini. Oh, mahu menapis laju-laju tetapi pelajar, alahai, kosong kelas.

Thursday, November 05, 2009

Sean : Dada Bayi Aku Memang Biasanya Gelap Walaupun Ada Tompokan Cinta Mula Berkembang Dan Menyerlah.

Sean.
Mama sangat sayang kamu Sean.
Umur kamu bakal menjangkau dua tahun tanggal 11 Disember ini.
Masihkah kamu ingat saat pertama Mama sentuh kamu dengan penuh kasih sayang?
Masihkah kau ingat tatkala Mama mencium kulitmu dengan kasih yang tidak terbelah bagi?

Sean.
Mama memang sayang kamu.
Mama tahu kamu menangis dalam diam disebabkan baju kamu yang membuatkan kamu kehilangan diri.
Ini takdir kita sayang!
Kita berdua sering keliru dengan jantina masing-masing.
Kamu acapkali kelihatan cantik walaupun hakikatnya kamu bernama Sean.
Mama pula kacak walaupun hakikatnya Mama seorang perempuan.

Ini bukan kali pertama dada kamu mahu dipertontonkan kepada umum.
Ini bukan kali pertama sayang.
Seka air mata, tunjukkan bahawa anak Mama ini gagah!



Ya!
Anak Mama memang gagah!
Tompokan cinta mula muncul di dada kamu.
Mama bangga sayang!

Eh, buat bakal Jurutera Kimia Bioproses, Encik Avid Gunner.
Ini tugasan yang kamu mahu aku buat.
Dada bayi aku sudah dipertontonkan.
Oh, tidak sejuk jika dihembus ke telinga sekalipun. *ketawa*


*******
Buat semua pengunjung tanpa pengenalan diri atau dengan pengenalan diri,
terima kasih daun keladi.
Kalau ada masa, mari berpoya-poya dan bergomol mesra lagi.
...dan komen di penulisan sebelum INI boleh membuatkan jantung tercopot keluar akibat ketawa menggila.

 lagu yang berdendang dalam blog aku ini memang ditujukan buat manusia-manusia yang menganggu hidup aku kebelakangan ini.


Zara : Dapat tugasan baru dari Guru Penolong Kanan Kurikulum. Sungguh gembira dan menunggu untuk melaksanakannya. Dan hari ini tertawa bila terjumpa seorang guru yang bermulut tidak boleh ditanggung azab nerakanya. Mulut puaka!...

Wednesday, November 04, 2009

Bila Sentuhan Penulisan Dikatakan Tidak Ceria, Perlukah Aku Menyentuh Dengan Tangan Separa Kasar Bersama Pelukan Hangat Pula?

Salam sayang semua!
Apa khabar kalian hari ini?
Laungan suara aku sudah menjangkaui empat buah kelas, dan ia merupakan pencapaian yang agak cemerlang secara peribadi buat aku. Oh, ini bukan catatan terbaru, tetapi yang pertama di sekolah baru. *Ketawa*


...dan malam tadi aku telah ditegur oleh seseorang yang menyatakan ruangan Tentang Pencinta yang dapat kamu lihat di sisi kanan sebelah atas - agak menonjol - mungkin disebabkan aku menarik kotak undian ke tepi. *ketawa*



Oh, bukan apa - aku merasakan aku perlu menulis mengenai diri aku dalam bahasa pertama aku. Terima kasih buat mereka yang memerhati perubahan itu. Kamu buat aku terharu. Lagipun, bila ada yang menyatakan sentuhan aku mulai hilang dalam gaya penulisan aku, aku terfikir, adakah aku perlu menyentuh dengan tangan yang separa kasar bersama pelukan hangat pula?
*senyum*



Mari menyentuh secara perlahan dan lembut.
Jangan ada cedera.
Bak kata pepatah, menarik rambut dalam tepung, dan sila sambung baris yang seterusnya.
Kalau aku tidak dapat menyentuh hati kamu dengan kasih sayang yang aku pamerkan di sini, sila maafkan aku. Oh dan, sila sentuh kulit dengan berhati-hati. *Senyum*

Seorang ahli kimia yang kadangkala keliru dengan jantina sendiri. Telah berjaya menghasilkan tiga kilang kasih sayang, cinta dan juga racun untuk digunakan terhadap makhluk yang memakai seragam putih-hijau-biru secara konsisten setiap hari. Oh, dia cinta kamu kalau kamu sukakan cinta, kasih, ciuman dan pelukan.

Dan semalam aku ada menulis mengenai pembaca yang meminta aku berhenti menulis. Secara peribadi, aku terpaksa menolak permintaan kamu yang tidak dikenali disebabkan jiwa aku masih mahu mencoretkan walaupun sebaring ayat buat tatapan mereka yang sentiasa menyokong aku. Tanpa mereka yang setia aku rebah, dan mereka penting dalam dunia aku - dunia realiti dan maya.
Ya, mereka wujud dan memberikan makna dalam hidup aku.



 "Nampak gagah bukan? (gelak keji)"

Seperti kata HB - Suami Orang Dan Bapa Kepada Tiga Anak.

"Budak degil yang telah berjaya menyumpah sekumpulan penemuduga untuk menjawat jawatan penggiat seni - tidak akan berputus asa dengan perkara yang enteng seperti itu. Selagi belum tiba bungkusan tahi di rumah untuk kamu, teruskan sahaja menulis. Jika sudah tiba, mungkin kamu perlu memikirkan kerjaya sebagai penanam bunga atau penternak haiwan. Lagipun, ibu angkat kepada tiga anak aku seharusnya seorang yang tabah secara melampau."

Oh HB, anda hebat. Rasa mahu menangis membaca ayat terakhir itu tatkala aku sedari surat elektronik kamu ada dalam kantung peti masuk aku. Sila balik ke Malaysia secepat mungkin, kalau tidak mungkin aku terpaksa menghantar susu buat anak kamu bila bekalan kamu habis. *gelak*



Buat kamu sekalian yang sentiasa menyokong aku, hanya ucapan terima kasih mampu aku unjurkan buat kamu semua.
Aku sayang kamu semua!

Zara : Sedang menikmati hari yang sejuk sehingga ke tulang hitam. Oh, tulang bukan sepatutnya putih? Kekurangan bahan galian kah aku? Dan selamat ulang tahun ke-23 buat TASHA. Bila mahu jadi pengurus acara untu aku sayang?


Thursday, October 15, 2009

"Nak Jadi Pendidik, Aku Sudah Berhenti. Kini Aku Bersih Dan Bukan Lagi Penagih!"

Si Merah berdering mengalunkan lagu nyanyian duyung yang menyeramkan dari filem ke-empat ahli sihir yang menjadi kegemaran aku. Ah, menyeramkan tapi aku fikir mendamaikan. Si Merah aku capai dan panggilan yang diterima aku jawab.

HB : Salam Zara. Apa khabar?
Aku : Baik HB. Apa khabar suami orang ini?
HB : Baik. Anak-anak aku juga sihat. Si Cantik juga sihat kerana Si Tampan setia di sisi. *gelak*
Aku : Sudah tentu. Bila hati diulit bahagia, tentu sahaja semuanya indah.
HB : Sudah diberi penempatan?
Aku : Belum lagi. InsyaALLAH, 16 Oktober ini boleh diperiksa di laman sesawang.
HB : Masih menjadi penagih tegar?
Aku : Mana boleh kata begitu lagi?
HB : Dadah yang mengalir bertahun dalam darah, sudah tentu itu yang aku tanyakan.
Aku : Dah berhenti.
HB : Tipu, takkan begitu mudah.
Aku : Aku fikir, bila tidak belajar, aku boleh kurangkan pengambilan dadah itu.
HB : Bila bekerja?
Aku : Ah, aku kurang pasti.
HB : Sila kurangkan dan lebih baik berhenti.
Aku : Aku mencuba tetapi aku boleh kata yang aku sudah bersih.
HB : Buat masa ini .... *gelak*
Aku : Ya mungkin.... *gelak*

http://www.onefunsite.com/images/caffeine.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

HB, terima kasih atas panggilan telefon yang menyenangkan dari bumi-haiwan-yang-mempunyai-poket-hadapan. Ah, aku sudah bersih sekarang ini. Aku akan menjadi bakal pendidik. Lagipun HB, ia cuma minuman. Aku mungkin akan mengambilnya secara drastik seperti suatu ketika dulu tetapi aku dalam proses pemulihan. Dalam salur darah aku dipenuhi dengan setiap molekul dadah tersebut. Gila kalau aku berjaya pulih sepenuhnya. Lebih lima tahun aku menjadikan ia sebagai dadah rasmi hidup aku.

Terima kasih kerana berkongsi perkara itu dengan aku. Sungguh tidak ku sangka bahawa aku ini secara rasminya telah kamu tabalkan menjadi ibu angkat untuk tiga anakmu. Terima kasih HB!
http://rlv.zcache.com/caffeine_addict_mousepad-p144089647935352911td22_210.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Untuk semua pembaca dan pencinta Dunia Sebelah Zara, aku dedikasikan ucapan khas ini buat kamu semua!
여보 정말 당신을 사랑 해요!
날 일상적인 미소를 만드는군요!
당신은 내 인생이 아름다운 해!

Zara : Sedang melalui takah-takah hidup yang memerlukan tumpuan dan pengamatan yang berlebihan pada diri sendiri dan manusia sekeliling. Proses pemulihan juga sedang berjalan perlahan.

Tuesday, September 08, 2009

Tikaman Dari Belakang Atau Hadapan Tidak Menjadi Masalah - Sila Tikam Dengan Lembut.


#Dari kamar seorang guru#

Ucapan selamat berjuang setelah menghabiskan usia selama beberapa tahun belajar demi menghadapi dan melangkahi takah yang seharusnya. Kemuncak sekolah rendah di Malaysia akan dihiasi dengan peperiksaan UPSR yang bakal bermula dari Selasa (08 September 2009) hingga Khamis (10 September 2009).

Ucapan selamat buat adik kandung, Khadijah dan beberapa sepupu dari sebelah Abah dan Emak.
Dari sebelah Abah : Azim
Dari sebelah Emak : Hajar, Afiq, Anas

****************************************

Usai solat hajat bersama keluarga selepas terawih tadi, aku didatangi oleh surat elektronik daripada seorang sahabat lama. Ya, aku pernah menulis mengenai dia walaupun hanya secebis cuma. Dia yang hadir secara maya tetapi mempunyai jalinan yang agak kukuh dengan aku. HB.

HB menyatakan dia dikhianati oleh mereka yang dipercayai dalam lingkungan jaringan sosial dia. Mereka yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai. Dia termangu dan ingin mencari jalan penyelesaian. Surat elektroniknya aku balas secepat mungkin - mengharapkan dia bakal bersabar dengan apa sahaja ujian yang melanda tatkala ini.

Suatu kejutan!
Aku menerima panggilan dari dia!

HB : Saya menunggu jawapan daripada awak. Malaysia baru lepas solat terawih bukan?
Aku : Ya. Jauh juga kamu membuat panggilan ni. Saya sudah jawab semua persoalan kamu di surat elektronik sebentar tadi.
HB : Ya, saya mengerti tetapi masih keliru.
Aku : Keliru mengenai apa?
HB : Apa maksud walau bagaimana cara ditikam, sila pastikan ditikam dengan lembut?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiSD0hCORjW_ArMwJ7gnOGQCrc3Q2cL9kv_2re2Q4ewfTm5daOQcQ5S7sHTNW8uAviTxnTJqUju5Nh_j0B3U0LrfswBuVuwg7ppYBlvnxrUk362R50mD2nnrf8FYFXThxFSH2pBmhHe_jN/s400/stab-in-the-back.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Aku : *ketawa* Oh, itu maksudnya, walaupun apa yang terjadi, kamu harus tabah dan pastikan hati kamu lembut menerima sesuatu. Kalau hati kamu keras, sudah tentu kemarahan bakal menjelma.
HB : Betul juga. Hati masih rasa sakit.
Aku : Sudah tentu, tetapi ingat isteri dan tiga anak kamu. Usia kamu masih muda lagi. Baru menginjak 23 sahabat.
HB : *gelak* Kamu memang seperti dahulu. Kalau saya mahu terjatuh, kamu tentu akan sentiasa ada untuk menahan dan menarik kembali.
Aku : Sudah tentu. Bila pulang ke Malaysia?
HB : Dua hari sebelum Aidilfitri. Hajat hati mau bertemu kamu bersama anak dan isteri. Moga dimakbulkan doa ini. Mahu mengenalkan kamu kepada Adam D., Hawa Z. dan Qabil O.
Aku : Saya juga mendoakan yang terbaik buat kamu semua.
HB : Sehingga bertemu nanti.
Aku : InsyaALLAH. Salam buat isteri dan anak-anak.

http://www.darksungames.com/dsgallery/cupid_kills.jpg
*Gambar penghargaan di SINI*

Moga yang terbaik menjadi milik kamu teman. Moga yang terbaik sentiasa menjadi milik kamu. Aku hanya mampu mendoakan. Yang lain terserah kepada Yang Maha Kuasa.

Zara : Aku mencari ruang peribadi untuk diri sendiri dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan mereka yang aku sayang. Jangan mencemuh, jangan menghina. Aku bakal membuatkan kamu terlupa siapa aku nanti. Oh, selamat berjaya juga buat Si Kosong. Dia akan menjalani peperiksaan bermula Selasa hingga Khamis juga!

Monday, August 17, 2009

Seseorang Menyukai Aku Dalam Diam? - Kamu Memang Terlalu Pandai Meneka Sahabat...


Teringat surat elektronik yang aku terima daripada seorang teman sebelum ini.
Dia menghubungi aku mengucapkan tahniah untuk istiadat graduasi aku.
Dia mengingatkan aku tentang kiriman yang pernah dilampirkan buat aku.
Aku hanya mampu tersenyum.



Terima kasih sahabat.
Aku pasti kamu seorang suami dan ayah yang hebat.
Aku percaya itu dan tahniah kerana mendapat cahaya mata ketiga pada usiamu hanya 23 tahun. Memang terbukti kamu hebat dalam menguruskan keluarga!
Tahniah buat isterimu juga!

Zara : Rindu pada gurauan nakal kamu, HB. Alahai, ada rama-rama terbang masuk. Petanda apakah itu?