Friday, December 31, 2010

Dua Puluh Sepuluh : Tahun Menolak Kematangan Diri.


Hari terakhir dua puluh sepuluh.
Sejuk dan tiada perasaan seperti selalu.
Dingin menyelubungi hati manusia beku.
Ah, tiada kekuatan untuk ukir senyuman seperti selalu.
Jangan ketawa palsu.
Elakkan menipu.
Tahan hati pilu.

http://img3.visualizeus.com/thumbs/09/10/01/alone,city,rain,lonely,weather,composition,environment-1ce06194596e8aecd43739fead537427_h.jpg
[Gambar : Entah bila kali terakhir hujan lebat menimpa bumi kediaman ini. Aku rindu]

Cubit-cubit pipi.
Ketap-ketap gigi.
Urut-urut dahi.
Usap rambut ke tepi.
Sedia, kita senyum nampak gigi.
Bolehkan begini?

Hari terakhir dua puluh sepuluh.
Tahun menolak kematangan diri, tapi tidaklah sampai berpeluh.
Orang lain pula yang mengeluh.
Penat memaksa sampai lenguh?
Ah, jangan jadi bodoh.
Aku tetap kekal dengan gelaran manusia hodoh.

http://fc07.deviantart.net/fs30/i/2009/243/2/5/Such_A_Lonely_Day___by_rollmodel101.jpg
[Gambar : Menunggu matahari sejuk barangkali]

Hari terakhir dua puluh sepuluh yang sunyi.
Apa yang aku buat hanya melepaskan tanggungjawab dan melunaskan kewajipan diri.
Aku manusia yang sentiasa mahu suka hati.
Makhluk yang sentiasa mahu gembira bagai air sejuk rasa barli.
Barangkali..

Satu panggilan telefon sempena ulang tahun kelahiran seorang teman diterima. Suara bakal pengamal perubatan itu buat hari yang mendung ada sedikit cahaya cerah. Ah, pasangan bahagia tatkala zaman remaja. Bahagia dalam erti kata sering mengenakan satu sama lain akibat masing-masing degil dan rasa kebencian meluap tidak tentu hala.

Teman : Macam mana hidup?
Aku : Rasa tua bila ada orang sambut hari lahir hari ini.
Teman : Kalau aku lahir esok, kau akan jadi kakak aku dah.
Aku : Nasib baik tak.
Teman : (ketawa) Kau masih macam dulu.
Aku : Macam mana tu?
Teman : Kau masih perempuan yang ketawa riang walaupun suara kau ada tingkah duka.
Aku : (ketawa) Aku gembira.
Teman : Kau pilih orang yang salah untuk menipu.
Aku : (ketawa) Bahkan kau sedang tipu diri kau sendiri.
Teman : Ah, perempuan ini memang tak matang dari dulu.
Aku : Manusia yang menolak kematangan diri, adalah aku.
Teman : Kenapa?
Aku : Apa itu matang sebenarnya?
Teman : Meningkat dewasa secara logiknya, dari pelbagai aspek.
Aku : Aku mungkin matang dari beberapa segi tapi kematangan itu biarlah tidak kelihatan.
Teman : Kenapa?
Aku : Biar disedari, bukan dibuat-buat.
Teman : Faham.
Aku : (ketawa) Aku tidak akan matang depan kawan-kawan.
Teman : Depan kekasih hati?
Aku : (ketawa) Entah.

http://fc00.deviantart.net/fs15/f/2007/018/a/d/lonely_heart__by_inContrast.jpg
[Gambar : Gulungan hidup dua puluh sepuluh - sekeping hati sudah melayang pergi]

Januari - Memulakan tugas secara rasmi sebagai seorang guru dalam tahun pertama walaupun melapor diri pada Oktober 2009.

Februari - Mula mengumpul kekuatan sebagai seorang yang lebih bersedia memikul tanggungjawab. Oh, ketika ini juga mula berkawan dengan si dia (berdehem) , tetapi memang betul-betul berkawan tanpa sekelumit rasa selain baca tulisan dia dan suka dengan catatan penggembaraannya.

Mac - Mula menulis novel (yang sedang terbengkalai akibat kekangan masa). Jumpa dengan beberapa rakan maya yang sama-sama berjuang dalam penulisan.

April - Terpilih ke kursus yang memungkinkan langkah lebih luas dalam kerjaya yang sedang dibina. Memacu jenama penulisan yang menjadi tanda pengenalan selama ini. Penulis-penulis blog yang sudah aku anggap seperti keluarga yang mengusik, Zara tidak punya kereta.

Mei - Kita dipertemukan dengan orang yang salah untuk kita lebih kuat dalam meneruskan persahabatan dalam hidup ini. Pengajaran yang terlampau banyak membuatkan senyuman tidak pernah mahu sirna, bahkan dikuatkan untuk masa depan yang lebih sempurna (doanya)

Jun - Berjauhan dengan beberapa orang yang sering berkomunikasi setiap hari membuatkan diri menyedari bahawa manusia-manusia itu tidak pernah meninggalkan diri ini. Tidak sesekali. Ada rasa rindu yang terbit dalam diri. Aneh. Langkah lebih luas bila menyertai ekspedisi yang menjulang nama daerah kelahiran sendiri. Senyum, suka hati.

Julai - Si dia yang ketika itu masih seorang kawan berpergian. Kebosanan melanda diisi dengan menyertai pelbagai aktiviti lasak yang menyeronokkan. Oh, ketika ini juga mengenali seorang rakan pendiam yang mempunyai rambut yang lawa. Memang lawa.

Ogos - Hidup macam biasa. Masih lagi menggila dengan aktiviti lasak yang bertimpa-timpa. Kedatangan Ramadhan dan ulang tahun kelahiran yang menyeronokkan rasanya. Oh, kembar kesayangan rasanya tidak ada saat ini, sewaktu menyambut ulang tahun bersama. 

September - Raya dan pelbagai aktiviti bersama keluarga kecil yang aku suka. Oh, tanpa disedari, waktu ini, aku dan si dia mempunyai baju raya yang hampir serupa warna. Saat ini, kawan baik tanpa punya rasa, cuma lebih banyak bercerita akibat dia tidak pulang ke Malaysia. Dan ya, orang sibuk menekan media yang menyiarkan iklan yang tidak menepati tema perayaan.

Oktober - Penghujung persekolahan hampir menjelma. Sibuk dengan tugasan membuatkan karya-karya tidak dapat dihasilkan. Timbul satu demi satu skandal yang tidak perlu dijelaskan. Cuma keputusan mempertahankan diri dari disinggahi oleh mana-mana perasaan cinta adalah sangat berbaloi di penghujungnya. Oh ya, blog ini juga mendapat perhatian setelah menulis mengenai hantaran perkahwinan yang mencetuskan kontroversi.

November - Istilah kembar mula digunapakai secara berleluasa. Entah kenapa, kembar menjadi semakin penting dalam hidup disebabkan aku sendiri tidak punya seorang teman yang sedia mendengar setiap apa yang aku luahkan. Blog menjadi saksi betapa segala yang ditulis sebenarnya lahir dari hati yang tidak mampu berkongsi.

Disember - Entah bagaimana, sekeping hati yang penuh calar dan luka tiba-tiba menjadi hak milik si dia, Encik Arnab yang selalu suruh diri tersenyum suka. Tidak perlu meluahkan ataupun meminta menjadi pasangan, masing-masing menyedari kewujudan diri masing-masing adalah suatu bentuk keperluan setiap hari dan berjanji mahu berusaha mengikat hubungan sah sampai mati. Segala yang perlu dilakukan sudah dilaksanakan sedikit demi sedikit, moga akan ada sinar kebahagiaan selepas ini. Oh ya, blog ini juga disiarkan dalam Majalah Remaja.

http://img3.visualizeus.com/thumbs/10/11/04/blueberry,food,photography,still,life-3db496a850b05998f4d1bcf9dbabb3d2_h.jpg
[Gambar : Selamat tinggal 2010 yang banyak kenangan, selamat datang 2011 yang belum pasti menjanjikan apa-apa sebagai jaminan]

Aku : Kau boleh tolong aku?
Teman : Tolong apakah?
Aku : Gayat. Aku sedang tergantung di hujung.
Teman : Hujung apakah? Kau di mana ni? Atas gunung ke?
Aku : Tak, di rumah.
Teman : Habis tu tergantung di hujung apakah?
Aku : Hujung 2010 (ketawa)
Teman : Keji.

Itu sahaja.
Moga kalian juga punya tahun dua puluh sepuluh yang bermakna bersama aku ya?
Senyum.

Nota Kaki :
1. Selamat bertemu lagi.
2. Berusaha untuk mengumpul lebih banyak kekuatan diri.
3. Masih tidak berjaya untuk mengawal kegilaan pada kopi.
4. Perlu lebih tekun dalam melunaskan kewajipan peribadi.

Zara : Melalui saat yang menggembirakan dan sukar dalam hidup menjadikan aku lebih kepada siapa aku hari ini. Gelak ketawa, cemuhan, makian dan kata nista sudah aku tidak ambil peduli. Senyum. Aku masih ada mereka yang mengasihi dengan sejujur dan sepenuh hati.

Thursday, December 30, 2010

Adakah Kau Kehilangan Alasan Untuk Senyum?


Cuaca mendung.
Dingin menyelubungi penghujung Disember dua puluh sepuluh.
Sejuk mencengkam walaupun tidaklah seperti dihujani salju.
Pandang langit, hanya ada percikan kelabu.
Senyum tanpa rasa pilu.
Beku.

[Gambar : Adakah kau dan aku sedang memandang langit yang sama?]

Menjalani kehidupan sendirian bukanlah satu dugaan, bahkan ia adalah satu cabaran sama ada kau mampu untuk bertahan dan melawan pelbagai jenis ujian yang mendatang. Bukan sesuatu yang tidak menyenangkan, bahkan ia sebenarnya memberikan kelebihan apabila apa yang kita fikirkan menjadi lebih matang dan penuh keyakinan. Aku juga masih lagi sendirian walaupun hakikatnya aku harfiahnya sudah berteman.
Senyum.

Jadi, apabila kau meraung dan menangis pada aku, kesakitan hidup sendirian setelah sekian lama berteman, aku cuma mahu kau tahu kawan, yang aku pernah melalui saat begitu. Saat keseorangan dan peluk dinding dingin bukanlah benda asing bagi aku. Ah, sekarang ini mungkin lebih baik kerana aku gemar peluk mainan berbulu, patung-patung beruang beku.

Kawan : Aku benci hidup aku sekarang.
Aku : Kenapa?
Kawan : Segalanya berterabur, berubah.
Aku : Kau boleh susun semula.
Kawan : Susah Zara, susah sangat. 
Aku : Kau boleh, aku tahu kau boleh.
Kawan : Aku sakit dengan hidup aku.
Aku : Jadi, mulakan hidup baru.
Kawan : Entahlah.
Aku : Kau boleh buat sesuatu untuk aku?
Kawan : Apa dia?
Aku : Kau senyum, tolonglah senyum.
Kawan : Tiada alasan untuk aku senyum lagi. 
Aku : Kehilangan cinta bukan bermakna senyuman kau direnggut pergi selamanya.
Kawan : Buat masa ni, aku hanya kenal tangisan sahaja.
Aku : Kau senyum, kau boleh.
Kawan : Apa alasan untuk aku senyum?
Aku : Kau senyum sebab kau ada aku, boleh?
Kawan : Itu sahaja?
Aku : (ketawa) Tak cukup lagi ke?
Kawan : Kalau kau, kau akan senyum bila ada masalah kan?
Aku : Ya.
Kawan : Kenapa kau senyum?
Aku : Senyum sebab aku tahu semuanya akan baik bila aku senyum. Otak aku akan lapang dan dada aku tidak sesak menahan masalah. Jiwa aku tidak kusut.
Kawan : Itu kau.
Aku : Kalau aku yang beku boleh, kenapa bukan kau yang hidup gembira?
Kawan : Susah aku nak tersenyum semula.

[Gambar : Kadangkala kita akan keseorangan juga]

Senyumlah.
Ukirkan secangkir senyuman di bibir manis itu.
Hidup tidak selamanya indah, tetapi bila ujian melanda, aku dengan pasti tahu bahawa kita perlu tabah. Bahkan, dengan senyuman itu, kekuatan mampu dikumpul dan tenaga mampu disimpan semula. Kalau mahu menangis sekalipun, ketahuilah, air mata yang mengalir itu akan jadi kekuatan suatu hari nanti. Lepaskan segalanya dan bangkit semula.

Senyum.
Aku faham betapa sakitnya.
Aku mengerti kepiluan hati yang kau rasa.
Aku menyedari kekeliruan dan kekecewaan yang melanda.
Cuma, aku mahu kau kuat dan ceria semula.
Senyumlah, ukir lagi bahagia.
Darah merah tidak sempurna.
Tanpa sistem aliran rangsang tenaga.
Ukir bentuk hati dalam marga.

Kawan : Cuaca sejuk, tiada matahari di tempat aku.
Aku : Sama macam tempat aku juga.
Kawan : Aku dah tiada matahari sendiri.
Aku : Bukan kau seorang sahaja kehilangan.
Kawan : Bahkan aku rasa keseorangan.
Aku : Siapa yang tidak pernah punya rasa itu? Semua orang rasa.
Kawan : Tidak seteruk aku barangkali.
Aku : Penerimaan orang lain-lain. Mungkin kau rasa kau teruk, hakikatnya ada orang lebih teruk di luar sana.
Kawan : Hati aku sejuk. Nak jadi manusia beku macam kau boleh?
Aku : Kenapa?
Kawan : Kau boleh ketawa bila kau marah, kau mampu ukir senyuman walaupun kau sedih dan kecewa. Aku nak begitu, biar aku tidak menangis bila dikhianati sekali lagi.
Aku : Percayalah cakap aku. Kau takkan mahu jadi macam aku.
Dia : Aku nak.
Aku : Susah untuk kembali kepada diri sendiri kalau kau memilih jadi beku.
Dia : Kenapa?
Aku : (senyum) Percayalah. Kau akan hilang diri dan rugi waktu.

[Gambar : Pernah kau jumpa orang yang akan berlari bawah hujan untuk sembunyikan tangisan? Kau sedang baca tulisan dia saat ini]

Hati aku sendiri ibarat sekeping kaca.
Pernah dicalar, jatuh terhempas hingga hampir pecah segala.
Tapi aku percaya suatu perkara.
Kalau aku tidak paksa diri untuk kuat, siapa yang akan menjaga aku untuk terus senyum suka?
Kalaulah sekeping kaca ini dirosakkan lagi, aku tahu akan luka.
Bukan aku seorang, tetapi orang disekeliling aku juga.
Maka, tabahkan hati dan terus usaha.

Kawan, aku nak kau tahu suatu benda.
Hidup ini belum tiba saat penghujungnya.
Sampai Allah cabut nyawa.
Kau akan jumpa alasan untuk senyum semula.
Teruskan berjalan atas dunia yang fana.
Sebab kau dan aku tahu, di hujungnya bakal punya laluan bahagia.
Mungkin bukan hari ini, esok atau lusa.
Tapi nanti suatu masa.
Senyum ya?

Nota Kaki :
1. Bercadang untuk keluar dengan adik lelaki sebentar, tengoklah bagaimana.
2. Hari ini terbeli sesuatu untuk diri (lagi)
3. Si dia akan menghadapi peperiksaan hari ini, doakan dia ya?
4. Esok cuti umum atas kemenangan pasukan Harimau Malaya.

Zara : Tidak semua perkara memerlukan alasan sebenarnya. Manusia mencari alasan hanya kerana mahu perkara yang dilakukan punya asas dan suatu sandaran semata-mata. Perlukah kau cari alasan untuk terus bernafas dan bernyawa saat ini?

Wednesday, December 29, 2010

Kau Tahu Apa Maksud Kesunyian?


Senyum.
Pahit.
Kelat.
Tekak rasa kesat.
Kau tahu apa maksudnya itu sahabat?
Hati sedang bagaikan disengat.

http://farm3.static.flickr.com/2691/4086423233_fd8cd96e16.jpg
[Gambar : Aku rasa benda ini betul juga, mungkin]

Pernah kau duduk menghadap makanan sendirian?
Orang akan perhatikan kau macam kau manusia asing.
Mulut berbisik-bisik bagaikan ada sesuatu yang tidak kena.
Padahal, itu waktu kau untuk diri sendiri.
Manusia kan suka meneka sesuka hati.
Senyum lagi.

Kau duduk, diam.
Orang yang kau tunggu tidak muncul-muncul.
Kau termangu sendirian.
Jeling dinding biru, kau tengok waktu yang berdetik laju.
Masa bergerak pantas dan kau mula berlengas.
Ah, hati diusik tetapi kau cuba sibukkan diri bagaikan semuanya dalam kawalan diri.
Senyap.

http://farm6.static.flickr.com/5281/5262691251_19e166657e_z.jpg
[Gambar : Selalu duduk meja untuk dua orang, tetapi hakikatnya keseorangan]

Senyum lagi.
Kau bukan tahu apa itu keseorangan.
Kau tidak mengerti apa itu kesunyian.
Kau tidak alami apa itu keterasingan.
Sinis.

Minda : Masih keluar seorang diri setiap kali?
Tubuh : Ah, itu kepuasan peribadi.
Minda : Masih terima kasih dan peluk diri setiap pagi?
Tubuh : Itu tanda penghargaan, suatu bentuk apresiasi.
Minda : Makan sendirian, duduk sendirian berikan kepuasan lagi?
Tubuh : Tidak pernah berubah perkara demikian.
Minda : Sudah dicerna nampaknya kesunyian dan keseorangan.
Tubuh : Selagi minda kuat menerima, tubuh akan sama-sama ikut pikul amanah.

Sunyi.
Sepi.
Ada manusia ketawa geli hati.
Beku dan senyum nampak gigi.
Tapi, adakah hati semakin mati?
Jiwa penuh benci?
Entah, jiwa kurang pasti.
Sangsi.

Mana makanan jiwa?
Mana peluk rasa?
Mana kasih sayang tebal penuh cinta?
Mana pergi ketawa?

Diam dalam terpaksa.
Sakit, jangan kau asak dada.
Ini bukan masa mengeluh, payah susah hidup macam neraka/
Waktu ini untuk gembira.
Saat untuk gunakan semua tenaga.
Agar kekuatan tidak dipersia.
Tarik nafas dan hembus ke semesta.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Pendaftaran murid baru ke sekolah adalah menggembirakan. Nantilah aku cerita.
2. Selamat ulang tahun buat sahabat sama tarikh dengan aku. Jangan kacau-kacau lagi dengan kegemaran pada Faizal Tahir ya?
3. Belikan sesuatu buat diri sendiri.
4. Selamat berjuang Harimau Malaya

Zara : Berapa banyak yang kau korbankan, yang kau habiskan dan yang kau tahan selama ini pasti akan ada bayaran setimpal suatu hari nanti. Kesakitan, air mata dan keringat yang dilaburkan akan ada pulangan bila kau jujur dalam perjuangan. Hidup bukan mencari noktah tetapi di mana kita meletakkan tanda aras berhenti pada diri.

Tuesday, December 28, 2010

Kenapa Bila Nampak Dia Kahwin, Aku Rasa Kesal Sangat?


Salam semua.
Hari ini lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah.
Si dia membebel bila dapat tahu aku mengambil ubat secara berlebihan akibat tidak dapat menanggung kesakitan secara menggila. Kelemahan aku bila menghadapi tekanan dalam bentuk kesihatan sehingga tidak berdaya akan aku atasi dengan sukatan berlebihan. Tidak baik, itu aku mengerti, cuma entah, aku sudah terbiasa dengan pengambilan bahan sedemikian.
Senyum.

Pesanan ringkas yang aku terima dari seorang kawan tadi, membuatkan aku teringat akan panggilan telefon lewat petang Ahad. Panggilan yang membuatkan aku mengerti, manusia selalunya begini. Bila kehilangan, baru kita akan mencari semula apa yang ditinggalkan.

[Gambar : Manusia akan selalu menghargai bila dah kehilangan ke?]

Kawan : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku : Kau pergi?
Kawan : Dia jemput.
Aku : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku : Habis tu?
Kawan : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku : Nak sebak kenapa?
Kawan : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku : Benda lama.
Kawan : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku : Habis perempuan lain?
Kawan : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku : Tiada masalah.
Kawan : Kau dah jumpa jalan bahagia kau juga kau?
Aku : Sedang melaluinya, alhamdulillah. Doakan aku jumpa penghujung yang menggembirakan.
Kawan : Pasti.

http://farm5.static.flickr.com/4085/5197699839_9991c283fb.jpg
[Gambar : Kau akan kenal kebahagiaan diri sendiri suatu hari nanti]

Sakit.
Melalui sesuatu seperti itu, aku memahami kesakitan yang pernah Ana hadapi, ataupun apa yang kawan aku alami saat ini. Bukan mudah tetapi manusia seringkali begitu. Kebahagiaan, kegembiraan di hadapan mata ditinggalkan tanpa menyedari itu yang sebenarnya yang mungkin diperlukan. Terbaca sesuatu tengah hari tadi yang membuatkan aku ingin berkongsi.

"Kita semua pelik. Manusia tidak jatuh cinta dengan apa yang ada di hadapan mereka. Mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak akan dapat miliki. Semakin sukar dicapai, semakin menarik"
[baca : We're all weird. People don't fall in love whats in front of them. They want what they cant have. The more unattainable, the more attractive.]

 
[Gambar : Kita biasanya mengejar sesuatu yang sukar dimiliki. Betulkan?]

Lebih banyak cabaran, lebih menarik.
Begitu ya?
Senyum sinis.

Aku doakan yang terbaik buat semua rakan-rakan.
Tidak kira siapa kamu.
Kamu tetap manusia yang hadir dalam hidup aku.
Walaupun secebis waktu.
Senyum satu.
Dari manusia beku.

Nota Kaki :
1. Esok ke sekolah - pendaftaran pelajar.
2. Seronok baca buku cara penggunaan mesin memerah susu milik kawan. Dia suruh aku teka harga mesin itu, ingatkan dalam beberapa ratus sahaja, rupanya harga mesin tersebut adalah RM 1700. Peh!
3. Tahniah pada Nakama kerana punya anak saudara baru. Nak satu!
4. Tahniah kepada Busuk kerana sudah mencapai dua benda yang dia inginkan dalam masa singkat ini. Doakan yang terbaik buat kamu sahabat.

Zara : Melalui fasa kehidupan sekarang ini membuatkan aku teringat apa yang dikatakan oleh Busuk. Tengok dua tahun lepas, dan tengok mana kita sekarang. Tengok banyak mana kita berubah dan tengok macam mana kehidupan kita. Ya betul Busuk. Terima kasih kerana sama-sama melalui kehidupan yang penuh warna ini sahabat.

Monday, December 27, 2010

Orang Tengah Sakit, Jangan Buat Gila - Pencabut Kepala.


Salam semua.
Baru pulang dari mesyuarat.
Sakit bulanan muncul lagi dan seperti biasa, kesakitan merajai hingga pil biru berlumba masuk ke dalam perut tanpa mahu memikirkan akibat kemudian hari. Yang penting saat ini menjauhkan sakit dari mencengkam segala ulu hati.
Senyum (tahan sakit).

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs034.snc6/166488_10150354838640543_885375542_16318802_7817202_n.jpg
Beliau kalau penat dan sakit, memang kelihatan gila begini.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1357.snc4/162928_10150354845375543_885375542_16318922_4342647_n.jpg
Iman Kenzo yang sudah diletakkan di ruang tengah setelah beraksi musim cuti sekolah ini.

Kenapa aku letak gambar basikal ni?
Gila.

Sebenarnya sedang sakit yang teramat sangat.
Tidak mampu berfikir.
Telefon dijawab dengan penuh kepayahan dan menahan kesabaran.

Pemanggil : Ni siapa ni?
Aku : Awak siapa?
Pemanggil : Awak siapa?
Aku : Awak yang telefon saya dulu, awak tanya saya?
Pemanggil : Nama saya Ali, awak siapa?
Aku : Nama saya tak penting, awak salah nombor.
Pemanggil : Saya rasa saya dah banyak kali tertelefon nombor awak ni kan?
Aku : Ni masuk kali ketiga orang nama Ali telefon saya. 
Pemanggil : Awak di mana ni?
Aku : Johor.
Pemanggil : Johor kawasan mana? Saya Muar.
Aku : Tak penting saya kawasan mana. Awak salah nombor. Dah!

http://farm3.static.flickr.com/2640/4116023041_0472204ece_z.jpg
[Gambar : Apa awak tak faham bahasa bila cakap salah nombor? Sudahlah telefon pemilik Canon tapi tetap tak bangkit dari tidur. Alahai.Hati, boleh cuba kawal kemarahan diri?]

Keluarga yang menghantar adik lelaki ke Puncak Alam sudah balik. Pakcik dan makcik kesayangan membebel pada mereka kerana meninggalkan anak sulung ini di rumah seorang diri malam tadi. Ah, sudah aku katakan aku perlu ke sekolah, haruslah aku tidak dapat pergi menghantar adik mendaftar di universiti.
Aduhai.

Telefon berbunyi lagi dan aku dalam keadaan sudah lima biji pil penahan sakit berwarna biru masuk ke dalam perut mengangkat sahaja tanpa lihat nombornya.

Pemanggil : Siapa ni?
Aku : Oi, siapa yang telefon siapa patut tahu siapa yang dia telefon.
Pemanggil : Nombor ni dalam telefon ni.
Aku : Kau siapa ni?
Pemanggil : Nama saya Ali.
Aku : Oi! Cukuplah dengan orang nama Ali untuk hari ini.
Pemanggil : Nama awak siapa?
Aku : Pencabut Kepala. Kalau awak berani, awak telefon lagi.

http://farm4.static.flickr.com/3567/3573689491_bfc94dcd24.jpg
[Gambar : Hari ini emosi memang lebih. Terima kasih]

Nak senyum pun payah sekarang ini.
Alahai.
Telefon sudah aku campak ke tepi.
Orang yang mahu dihubungi tidak muncul-muncul lagi.
Aku penat menanti.
Rasa perlu undur diri.
Doa sahaja aku tidak pergi.
Sayang kembali.

Nota Kaki :
1. Sakit.
2. Penat.
3. Mengantuk.
4. Semua di atas.

Zara : Ada sesuatu yang baru tiba tadi. Duduk renung tanpa mencuitnya langsung. Biarlah. Aku sedang tidak punya nafsu dalam apa jua benda. 

Sunday, December 26, 2010

Bila Bekas Teman Lelaki Datang Kembali...


Salam semua.
Semoga kalian sihat sahaja hendaknya.
Cuaca hari ini baik sahaja dan disebabkan aku cukup tidur, maka aku lebih gembira daripada biasa. Boleh atau tidak?
Ketawa.

Sambil menikmati susu segar pagi tadi (sudah jadi kebiasaan pula minum susu walaupun Nescafe tidak akan sesekali aku abaikan), aku menerima panggilan telefon dari seorang rakan. Ah, awal pagi pula dan pastinya ia menimbulkan tanda tanya. Telefon dicapai dan perbualan berlangsung.

http://farm4.static.flickr.com/3356/3509932598_8e85484a0f.jpg
[Gambar : Persahabatan itu tetap yang terjamin nilainya walaupun jauh di mata]

Kawan : Apa khabar?
Aku : Baik, kau pula?
Kawan : Fizikal baik, mental dan emosi kurang.
Aku : Kenapa pula? Eh, sekejap, kau telefon aku dari mana?
Kawan : Dari tempat aku.
Aku : Mahal tu.
Kawan : Tak mengapa. Nak tanya pendapat kau sedikit.
Aku : Apa dia?
Kawan : Tahu kan sekarang aku dengan siapa?
Aku : Tahu, ada kau beritahu aku hari tu. Kenapa?
Kawan : Ingat tak aku cakap yang teman lelaki aku nak datang sini?
Aku : Bekas teman lelaki maksud kau?
Kawan : (ketawa) Ya, bekas teman lelaki aku nak datang sini, sengaja nak melawat kawasan 4 musim ni.
Aku : Ingat, kenapa? Bukan dia kata dah tak jadi datang hari tu?
Kawan : Hari tu kata tak jadi, ni nak datang pula sebab tiket tak boleh tukar.
Aku : Huh?! Dah tu macam mana?
Kawan : Aku kena sambut juga, sebab dia bukan kenal sangat tempat ni.
Aku : Yang teman lelaki sekarang tahu?
Kawan : Dah beritahu dia.
Aku : Apa reaksi dia?
Kawan : Dia kata boleh sahaja, lagipun sebab dia percaya aku.
Aku : Masalahnya berapa lama bekas teman lelaki kau nak ada di sana?
Kawan : Dalam dua minggu.
Aku : Gila kau! Dua minggu kau nak teman dia?
Kawan : Mungkinlah, sebab masa itu aku cuti peperiksaan.
Aku : Teman lelaki sekarang?
Kawan : Entah. Nak ajak dia teman, tapi bekas teman lelaki aku tak beri.
Aku : Nak cakap sedikit boleh?
Kawan : Apa dia?
Aku : Jangan jadi bodoh boleh? Belajar bertingkat-tingkat, tolonglah jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat.
Kawan : (ketawa) Aku dah agak kau akan kata aku bodoh.
Aku : Jangan simpan dalam hati, cuma aku nak kau buka mata sedikit, itu sahaja.
Kawan : Aku tak nak sia-siakan yang ada sekarang. Yang dulu itu suatu kesilapan mungkin.
Aku : Kalau kau tak nak buat silap lagi, tolonglah jangan terima kedatangan bekas teman lelaki kau tu.
Kawan : Habis tu, siapa yang nak tolong dia di sini nanti?
Aku : Agensi pelancongan banyak. Dan kalau terpaksa, kau bawa kawan kau.
Kawan : Baik. Kau kedengaran risau.
Aku : Kau tahu sekarang musim apa kan?
Kawan : Ya.
Aku : Banyak buruk dari baik jika difikirkan, aku tak mahu apa-apa jadi pada kau.
Kawan : Faham. Terima kasih.
Aku : Bukan satu masalah.
Kawan : (ketawa) Kau tetap kuat membebel dan bagi nasihat kan?
Aku : Demi kebaikan kau.
Kawan : (ketawa) Aku tahu. Sayang kau.
Aku : (ketawa) Terima kasih.
Kawan : Dah tiada ucapan sayang aku semula macam dulu?
Aku : (ketawa) Ya, aku sayang kau juga.
Kawan : (ketawa) Sekurang-kurangnya aku tahu si dia kau tak bawa kau pergi dari aku.
Aku : (ketawa) Mengada.

[Gambar : Aku pasti tidak akan lupa jalan yang pernah kita lalui bersama dulu]

Kawan.
Tolong buat keputusan terbaik.
Aku tidak mahu kau tersilap langkah yang akan memusnahkan apa yang kau sedang bina semula ini.
Senyum.

Kuat teman.
Aku tahu kau boleh lakukan.
Beritahu sahaja yang kau tidak boleh menjadi peneman.
Masih banyak lagi agensi pelancongan.
Ah, jangan jadikan tidak kenal orang lain sebagai satu alasan.
Ini bukan zaman dahulu yang sempit pemikiran.
Kita dalam dunia tanpa sempadan.
Ah, hati panas dan rasa mahu meroyan.
Tahan diri, kentalkan iman.
Ukir senyuman.

Nota Kaki :
1. Maaf tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan dua rakan maya. Maaf sanga-sangat.
2. Perlu melunaskan urusan keluarga.
3. Semalaman berhempas pulas mahu mengatur semula waktu melelapkan mata.

Zara :Sedikit pertanyaan dari Emak tentang si dia membuatkan aku tertanya-tanya, apakah Mak menunjukkan tanda setuju atau tidak setuju. Ah, bingung tetapi aku yakin, peluang terbuka dan terpulang kepada aku dan si dia untuk mengisinya dengan kepercayaan keluarga.

Saturday, December 25, 2010

Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010 : Lintas Langsung Dan Komentar Peribadi


Salam semua.
Seperti biasa, kalau ada anugerah yang aku suka di kaca televisyen, aku akan berkongsi. Pernah ada yang bertanyakan, apakah aku memilih anugerah mana yang aku tulis di blog, jawapannya ya. Yang aku minat sahaja dan ada memberikan nilai signifikan kepada aku.
Senyum.


[Aku cetak dari sini. Anda boleh tengok secara siaran langsung di situ juga]
Boleh juga sertai aku menggila di Twitter.

Berikut adalah senarai pencalonan untuk Anugerah Skrin 2010 kali ini yang meliputi beberapa kategori iaitu:

  • Drama - Telemovie
  • Drama - Drama Berantai
  • Drama - Drama Komedi
  • Filem - Filem Cereka (Ditayangkan bermula 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010)

KATEGORI DRAMA – Telemovie

   1. Cerekarama – Taubat Nasuha
   2. Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
   3. Cerekarama – Sebelum Akhirat
   4. Cerekarama – Miah Oh Miah
   5. Cerekarama – Masyitah
   6. Cerekarama – Dalil Cinta
   7. Panggung Seri – Kaki
   8. Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
   9. Citra – Dendam Seorang Isteri
  10. Pangung Sabtu : Perempuan
  11. Kepok dan Nisan
  12. Lillahi Ta’ala
  13. 60Km
  14. Datang Bulan
  15. Antara Garisan
  16. Fatimah Juling
  17. Selipar Jepun Suria

KATEGORI DRAMA – Drama Berantai

   1. Nur Kasih
   2. Adamaya
   3. Nenek Kebaya
   4. Tari Tirana
   5. Jangan Pandang Belakang
   6. Si Capik
   7. Skuad Polis: Gerakan Marin
   8. Ghost
   9. Blogger Boy
  10. Awan Dania Siri 2
  11. Kau Dan Aku
  12. Halimah Jongang The Series

KATEGORI DRAMA – Drama Komedi

   1. Senario
   2. Teres Kembar 4
   3. Londeh
   4. Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)
   5. Simpang 3

KATEGORI FILEM CEREKA

   1. Skrip 7707
   2. Setem
   3. Momok The Movie
   4. Jin Notti
   5. Papadom
   6. Pisau Cukur
   7. Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
   8. My Spy
   9. Santau
  10. Pulau Asmara
  11. Muallaf
  12. Duhai Si Pari Pari
  13. Adnan Sempit
  14. 2 Hati Satu Jiwa
  15. Niyak Rampik
  16. V3 Samseng Jalanan
  17. Evolusi Kl Drift 2
  18. Semerah Cinta Stilleto
  19. Hooperz
  20. Belukar
  21. Andartu Terlampau Mencari Suami
  22. Kecoh Betul
  23. Lagenda Budak Setan
  24. Kapoww
  25. Zoo

Dan seperti biasa, jika kita punya pencalonan, pasti ada aspek yang dinilai dan pemenang bagi setiap kategori.

KATEGORI DRAMA

1. Drama Terbaik - Antara Garisan
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
3. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
6. Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
7. Lakon TV Terbaik - Shahrul Ezad (Antara Garisan)
8. Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih
9. Drama Komedi Terbaik - Simpang 3
10. Videografi Terbaik - Datang Bulan

KATEGORI FILEM

1. Filem Terbaik - Muallaf (Allahyarham Yasmin Ahmad)
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palarae (Belukar)
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Muallaf)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Fazura (Pisau Cukur)
6. Pengarah Terbaik Filem - Allahyarham Yasmin Ahmad (Muallaf)
7. Lakon Layar Terbaik Filem - Shamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik - (Astro Prima) : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik - (RTM) : Isu Khas Gaza-Palestin Kami Bersamamu
3. Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular (ABP)
4. Rancangan Muzikal Terbaik -Anugerah Juara Lagu 24
5. Rancangan Realiti Terbaik - Showdown 2010
6. Laporan Khas/Berita Terbaik - TV3 : Aduan Rakyat (Berbumbung Langit)

ANUGERAH KHAS JURI :
Anugerah Yasmin Ahmad - Shahiezy Sam

PERSEMBAHAN :
1. Pembukaan - Adibah Noor, Noryn Aziz, Jaclyn Victor
2. Mizz Nina dan Noh Salleh - Kurnia
3. Persembahan Muzikal - Cinta
4. Persembahan : Genervie (Biola - Nur Kasih), Hillary Ang (Isabella) dan Ahmad Nawab (Saksofon - Sabar Menanti)
5. Anuar Zain dan Ziana Zain (Ku Berjanji Kerna Cinta dan Pawana)
6. Faizal Tahir (Superhero)

Komentar Peribadi :
01. Acara permaidani merah agak menarik, walaupun yang menemubual itu agak gelojoh. Pengacara itu perlu lebih santai aku rasa, walau apapun, dia tetap menarik.
02. Acara permaidani merah - Fasha Sandha : Membuat pengakuan bahawa ini kali pertama dia mewarnakan rambut.
03. Pengacara - Awal Ashaari dan Vanidah Imran - macam ikut skrip semata-mata.
04. Penyampai anugerah tercomel : Mia Sara, Lisa Suriahani dan Sein - memori Adamaya sungguh.
05. Lawak pengacara yang tidak masuk langsung. Maaf Awal, Vanida.
06. Tahun depan kita panggil, Dato' Aziz Sattar jadi pengacara.
07. Yang ambil anugerah untuk videografi terbaik punya pakaian sungguhlah membuatkan mata terbeliak.
08. Siapa yang pakai baju yang mencolok mata atau gaya yang tidak sesuai, memang mengundang ejekan penonton, walaupun penonton adalah tidak memberangsangkan langsung.
09. Di Twitter adalah sangat menarik bila ada apa-apa anugerah. Serius.
10. Segmen 'Kenangan Abadi Sentiasa Di Hati' - macam buat pembentangan tesis sahaja.
11. Kasihan aku tengok penonton yang bosan.
12. Persembahan Faizal Tahir juga terbaik!

Nota Kaki :
1. Buat sesiapa yang punya Twitter, pasti sudah gelak gila dengan komentar rakan-rakan di dalam itu. Aduhai.
2. Arnab sedang tidur, kepenatan menghantar tugasan.
3. Sakit perut pula.

Zara : Walaupun ada yang marah-marah di Twitter dengan pesanan (sepatutnya teguran dengan cara baik bukan?) tentang sambutan Hari Natal, aku cuma mahu mengucapkan Selamat Hari Natal buat kawan-kawan yang menyambutnya. Ini sekadar ucapan walaupun pasti ramai yang mahu menangkis dengan dalil-dalil tertentu.

Friday, December 24, 2010

"Nak Sambut Kelahiran Bayi Kau Boleh?"


Salam semua.
Jumaat yang ceria.
Senyum.

Bangun awal pagi dengan ada Arnab di sisi walaupun dipisahkan oleh jarak beribu kilometer dan hanya saling berpandangan menggunakan paparan komputer, sudah cukup barangkali bagi mengubati rasa rindu. Oh ya, di sana masih lagi gelap, di mana sangatlah tepat akibat perbezaan masa yang ketara. Bagaimanapun, masih baik lagi buat aku, sekurang-kurangnya.

[Gambar : Haruslah mata comel seperti panda akibat waktu tidur yang masih tidak sempurna. Ah, aku peduli apa?]

Dan, semasa berbual dengan si dia semalam, ada seorang kawan yang menegur di salah satu pesanan segera aku. Oh, kawan itu sedang dalam tahun akhir pengajian perubatan. Dalam tahun depan, insyaALLAH, akan menggalas gelaran doktor muda bujang yang kacak tetapi sudah berpunya [Gadis-gadis di luar sana, maaflah ya?. Ketawa]

Kawan : Eh, kenapa awak tak tidur lagi?
Aku : Saja, ada kerja sedikit.
Kawan : Berbual dengan teman lelaki ya?
Aku : (ketawa) Ah, jangan menembak dengan tepat sesekali boleh?
Kawan : Bila nak kahwin?
Aku : Ada ke cakap pasal kahwin? Lama lagi kot?
Kawan : Aku sebenarnya teringin nak sambut kelahiran bayi kawan-kawan sendiri.
Aku : Jadi?
Kawan : Kalau kau kahwin awal, bolehlah aku sambut bayi kau bila kau nak melahirkan nanti.
Aku : Tak naklah!
Kawan : Kenapa?
Aku : Sebab kau lelaki.
Kawan : Ramai je perempuan bersalin doktor lelaki sambut.
Aku : Sekurang-kurangnya aku nak cari doktor perempuan dulu. Kalau dah terpaksa, baru aku cari doktor lelaki.
Kawan : Aku?
Aku : Jangan harap, kau dah kenal aku bertahun-tahun, gila apa?
Kawan : (ketawa) Kau segan ke?
Aku : Siapa tak segan?
Kawan : Apa nak malu? Buat biasa je nanti.
Aku : Gila.

[Gambar : Kalau doktor kacak serupa Cristiano Ronaldo sekalipun yang nak membidankan, aku mungkin tak rela. Eh, mungkin sahaja? Ketawa]

Senyum.
Lambat lagi kalau difikirkan hingga tahap sebegitu rupa. Maaf kawan, sila cari kawan-kawan kita yang lain ya? Bukan apa, aku takut untuk menghadapi perkara sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi dahulu kita selalu saling mengenakan antara satu sama lain. Nanti buatnya kau balas dendam pada aku bagaimana?
Ketawa.

[Gambar : Dan ya sayang, saya memang sayang awak.]

Bila melihatkan apa yang aku dan si dia (berdehem) lalui sejak kebelakangan ini, aku tertanya-tanya, apakah yang aku mahukan lagi dalam hidup ini. Aku sudah dilimpahkan dengan kasih sayang yang melimpah ruah dan menikmati suatu musim bahagia dalam meneruskan hubungan ke satu peringkat yang sah. Usaha berterusan itu penting bukan?
Senyum.

Kawan : Apa perasaan bercinta semula?
Aku : Setelah beberapa tahun cari orang yang mampu menggetarkan jiwa?
Kawan : Ya.
Aku : Lebih dihargai, lebih matang dalam buat keputusan demi kebahagiaan sendiri.
Kawan : Apa rasa yang tumbuh dalam hati?
Aku : (ketawa) Rasa nak kahwin, boleh?
Kawan : Baguslah kalau sudah ada rasa mahu kahwin, itu petanda baik.
Aku : (ketawa) Aku tidak mahu mengulas.
Kawan : Itu lebih baik sebab bila kau ada rasa itu, maksudnya, kau sudah jumpa orang yang sesuai.
Aku : Eh?

Nota Kaki :
1. Mungkin tidak sempat pergi menderma darah, alahai.
2. Berazam untuk mengatur tidur dengan lebih sempurna.
3. Otak sedang meletup gila.

Zara : Bil telefon tiba tadi. Boleh pula aku baca dengan senyum pucat tanpa seri. Apakah kegilaan itu? Ketawa geli hati.

Katalog Lelaki Idaman, Sepasang Kasut Dan Dongeng Lamaran.


Salam semua.
Badan keletihan dan aku masih tidak keluarkan lagi barang dari dalam kereta.
Ya, bagus betul, rasa nak lempang diri sendiri yang sudah ada tanda sakit sejak malam tadi.
Ah, itu bukan sesuatu yang penting dan yang ingin dikongsi.
Sengih, geli hati.

Dalam kepenatan, aku segan sebenarnya mahu menjawab panggilan telefon disebabkan suara aku pastinya kedengaran garau dan penuh kesengsaraan kepada telinga pemanggil. Tetapi, tidaklah tidak menjawab langsung kan?
Senyum.

Kawan : Aku ada baca blog kau.
Aku : Terima kasih.
Kawan : Sudah ada si dia ya?
Aku : (ketawa) Apa kau telefon sebab ini?
Kawan : Telefon sebab rindu pada kau pun ya.
Aku : Ya lah tu kan? Kau kan dah ada tanggungjawab lain, ingat dah lupa aku.
Kawan : Mana boleh lupa kau? Waktu begini kan dulu adalah awal semester, waktu kita keluar dapatkan sesuatu untuk diri sendiri sebelum kuliah bermula.
Aku : (ketawa) Tepat sekali, zaman yang dirindui.
Kawan : Tak sangka aku.
Aku : Tak sangka apa?
Kawan : Anak gadis nakal yang lebih sanggup duduk membaca di MPH ataupun habiskan masa di sudut kedai kopi, sudah ada orang yang dicintai.
Aku : (ketawa) Perubahan yang drastik ke?
Kawan : Tidaklah, sebab aku tahu lambat laun kau akan tempuhi alam begini juga.
Aku : (ketawa) Terima kasih atas tawaran keji katalog cinta dulu.
Kawan : (ketawa) Sengal! Kau ingat lagi rupanya.
Aku : Sumpah tak boleh lupa sebab kau akan buat katalog lelaki kegemaran bila duduk minum bersama-sama.
Kawan : (ketawa) Sekarang katalog dah tiada sebab aku sudah dapat yang terbaik.
Aku : Sudah tentu. Pemilihan terbaik dan sudah dapat pulangan menarik.
Kawan : (ketawa) Tak macam keji pula ayat kau.
Aku : Dah lebih setahun, dari berdua, sudah bertiga kan?
Kawan : Metafora kau tinggi, aku tertanya-tanya, adakah si dia itu mengikut dongeng yang kau impikan dulu?
Aku : Dongeng yang mana satu?
Kawan : (ketawa) Adakah dia datang hulurkan kasut yang mengikut saiz kaki?
Aku : (ketawa) Ah, tidaklah.
Kawan : Dulu kata nak tunggu yang begitu?
Aku : Sudah aku nyatakan, itu hanya mimpi. Bahkan, aku bukan seorang puteri.
Kawan : (berdehem) Kau puteri sulung keluarga.
Aku : Itu kan metafora.
Kawan : Bolehlah terima.
Aku : (ketawa)

http://farm5.static.flickr.com/4036/4264035040_6fbbfc7d4a_z.jpg
[Gambar : Warna kasut-kasut ini semua adalah merah]

Aku ketawa girang selepas kawan itu meletakkan telefon.
Kegilaan aku kepada kasut adalah sesuatu yang aku rasa tidaklah segila aku kepada aktiviti luar sejak kebelakangan ini. Himpunan kasut milik aku sejak kebelakangan ini sudah dikuasai oleh kasut aktiviti luar dan tidak lagi citarasa keperempuanan yang aku cuba cipta.
Sengih.

http://farm3.static.flickr.com/2756/4164759025_da547a9341.jpg
[Gambar : Aku suka dengan gambar kasutnya]

Dan ya, aku teringat apa yang si dia (berdehem) selalu ingatkan aku bila berbicara tentang kasut dan cara pemakaiannya. Ya betul, dia seorang yang sangat mengambil berat dan bila hal berkaitan dengan kesihatan, silalah jangan bantah kerana dia akan beritahu kesan-kesannya secara teknikal juga. (Angguk kepala setuju)

Dia : Jangan pakai kasut tinggi.
Aku : Nanti nampak pendek kalau tak pakai.
Dia : Tak baik untuk kesihatan.
Aku : Kalau 'wedges'?
Dia : Yang itu boleh, tapi cuma waktu pergi kerja ke apa. Kalau keluar, jangan. Nanti kaki sakit.
Aku : Saya pakai tak sakit pun.
Dia : Sekarang mana nampak kesan lagi? Nanti ada kesan, saya ketawakan.
Aku : Ceh!
Dia : Kalau keluar dengan saya, jangan pakai kasut tinggi eh?
Aku : Kenapa?
Dia : Sebab saya kuat jalan, nanti awak tertinggal di belakang.
Aku : Saya pun jalan laju juga.
Dia : Nanti kita tengok siapa menang.
Aku : Baik!

http://farm4.static.flickr.com/3169/2594356523_5713315cde.jpg
[Gambar : Aku kalau pakai kasut warna merah jambu begini, sumpah, amatlah di luar kebiasaan. Ketawa.]

Jadi, sila lekatkan dalam otak. Kalau keluar dengan Arnab, jangan pakai kasut tinggi dan bersedia untuk perlawanan jalan kaki secara maraton atau jogaton atau apa lagi lah. 
Ketawa.

Baiklah.
Itu sahaja, mungkin.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Lambat menaip hari ini. jari jemari tiba-tiba kejang. =_=
2. Tidak boleh pergi ke kedai basikal, boleh gila dibuatnya tengok harga dan mengekang nafsu dari membeli benda-benda yang mengiurkan. Ada 'crank' basikal yang harga RM 8888, kalaulah dapat kan? (menitik air liur)
3. Sudah ada nama baru disebabkan kawan-kawan aku dengar aku mengejut Arnab sewaktu di kem hari itu. Ceh!

Zara : Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka.

Thursday, December 23, 2010

[Gambar] : Ekspedisi Kayuhan Muar-Melaka 22 Disember 2010, Bukan Guna Lebuh Raya Ya?


Salam semua.
Apa khabar?
Harap kalian semua sihat selalu.
Senyum.

Disebabkan masih keletihan (apa kena mengena menaip dengan kaki yang sengal-sengal ini?), aku sekadar mahu berkongsi beberapa gambar yang dipinjam dari salah seorang rakan aku, merangkap 'super-senior' aku di Kampus Selatan dahulu.
Sengih.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1217.snc4/156955_1749175886956_1165601668_32024813_4599499_n.jpg
Selepas sarapan dan sebelum bertolak. Ada kau jumpa orang lain mengayuh basikal dengan tudung berkotak-kotak begini? Ketawa.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs034.snc6/166465_1749200807579_1165601668_32024877_6572961_n.jpg
Semasa di CP (baca : Check Point) 1
Petronas By-Pass Muar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs007.snc6/165760_1749202847630_1165601668_32024887_2257908_n.jpg
Di CP 2 - SK Abdullah, Sungai Mati, Ledang.
Mereka rakan sepasukan merangkap antara orang yang memberikan galakan apabila aku sudah keletihan mengayuh.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1235.snc4/156769_1749204687676_1165601668_32024895_5922689_n.jpg
Mahu memulakan semula kayuhan di CP 2.
Wan : Kita buat formasi 2-1-2-1
Aku : Baik, nanti baru sebaris kan?
Wan : Betul-betul.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs692.snc4/63230_1749211127837_1165601668_32024903_1054315_n.jpg
Di CP 3 - Ya, sudah masuk kawasan Sungai Rambai. Belakang itu memang sawah padi.
Kedudukan aku yang kelima dari kiri.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs695.snc4/63487_1749238488521_1165601668_32024966_5396737_n.jpg
Antara aktiviti yang dilakukan di Pusat Kokurikulum Melaka di Lanchang.
Ya, kelajuan 'marker' (benda yang macam senapang itu) adalah 290 km/j. Kalau kena tepat, sumpah boleh berdarah-darah bagai.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs953.snc4/74689_1749253528897_1165601668_32025007_325468_n.jpg
Dalam perjalanan pulang. Ya, beliau masih ceria lagi untuk mengayuh pulang sejauh 45km.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1371.snc4/164333_1749260489071_1165601668_32025052_2158340_n.jpg
Di CP terakhir sebelum tiba di kem.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs758.snc4/65874_1749259209039_1165601668_32025046_251482_n.jpg
Mereka memang hebat. Sebelah kiri aku adalah Ketua Unit dari JPN.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1373.snc4/164510_1749261449095_1165601668_32025058_3449857_n.jpg
Nampak kepala aku terselit di belakang motor. Terima kasih kepada tudung warna-warni aku yang menyerlah. Sengal. Pang!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs907.snc4/72063_1749272569373_1165601668_32025107_3779618_n.jpg
Dah tiba!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1374.snc4/164628_1749274329417_1165601668_32025113_1053662_n.jpg
Muka dan kulit aku terbakar. Ha ha ha (ketawa berdekah)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs764.ash1/165515_1749270929332_1165601668_32025098_6387953_n.jpg
Mereka semua hebat. Untuk catatan, yang mengayuh semalam ada 3 orang sahaja perempuan.
[Ada juga rakan-rakan yang tiada di dalam gambar]

Baiklah.
Memang banyak gambar.
Sebenarnya banyak lagi, tapi aku letak yang perlu sahaja.
Senyum.

Sekilas tentang perjalanan semalam :

  • Perjalanan pergi - 40 km.

  • Perjalanan pulang - lebih kurang 45km.

  • Laluan pergi dan balik adalah berbeza.

  • Kayuhan lebih kepada atas jalan (baca : on road) tetapi meliputi pelbagai jenis permukaan. Tidak semua bertar. Apa kau ingat di tebing sawah padi ada jalan berturap tar?

  • Mendaki 2 buah bukit (yang ternyata aku sungguh memerlukan bantuan - kelemahan aku adalah kawasan berbukit) - tidak termasuk jambatan. Ketawa.

  • Kayuhan ini disertai oleh pelbagai peringkat umur dan kedudukan. Ada orang JPN, PPD, cikgu-cikgu sekolah dan juga pelajar (anak-anak yang mengikut bapa masing-masing)

  • Tidak menggunakan lebuh raya tahu?

  • Aku menggunakan tempat duduk bergel (baca : seat-gel), jadi kesakitan dapat dikurangkan.

  • Kulit sudah macam udang masak panas. Ketawa.

Senyum.
Ada lagi 3 kayuhan kalau aku mahu sertai 25, 26 dan 30.
Kalaulah.
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Nantilah aku menulis lagi.
2. Bercadang mahu menderma darah untuk kali terakhir tahun ini.
3. Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa daripada kamu semua.

Zara : Sedang melalui hidup yang penuh dengan pelbagai warna. Moga semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Aku mohon dengan sangat.

Tuesday, December 21, 2010

Dibawah Pengaruh Aiskrim Perasa Ubat Gigi, Aku Telah Berjaya Meluahkan Isi Hati.


Salam semua.
Tarik nafas panjang-panjang.
Senyum.
Sengih lebar.
Tutup rahang.
Tarik nafas semula.
Tenangkan diri.

http://farm3.static.flickr.com/2704/4204130450_48e4fa30dd.jpg
[Gambar : Bila sesuatu itu kita fikirkan sebagai ujian, kita akan letih untuk berjuang. Cuba fikirkan sesuatu yang menarik seperti gula-gula kapas? Mesti senang!]

Baiklah.
Khabar baik buat semua pembaca yang tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat manusia beku dan si dia (berdehem), aku telah berjaya menyatakan kepada kedua ibu bapa aku tentang hal kami berdua menjalinkan hubungan, dalam erti kata orang tua, dalam proses berkawan, kenal hati budi masing-masing. Eh Arnab, apa awak ingat awak seorang yang boleh cakap dengan keluarga awak?
Senyum.

Puan Mulia - Emak.
Keluar ke bandar dengan beliau dan adik lelaki yang akan mendaftar di UiTM Puncak Alam pada Isnin minggu hadapan. Meninggalkan mereka di pasar raya dan aku bergegas menyelesaikan urusan di bank dan pusat zakat. Dengan muka selamba masuk ke kawasan itu dengan pakaian yang membuatkan Mak membebel sepanjang hari.
Sengih.

Masih ingat apa yang aku tulis tentang kemungkinan reaksi Bonda di sini?
Senyum.

Semalam, ketika adik keluar beli ubat di klinik, aku memberanikan diri bercakap dengan Emak.

Aku : Mak, nak cakap sedikit boleh?
Mak : Apa dia?
Aku : Along cakap Mak jangan marah eh?
Mak : Tak marah, kenapa?
Aku : Katakanlah tahun depan ada kawan Along nak datang rumah jumpa Mak dan Abah, boleh?
Mak : Kenapa?
Aku : Jumpa, nak kenal-kenal.
Mak : Oh, siapa budaknya?
Aku : Kawan Along juga.
Mak : Kerja apa?
Aku : Belajar lagi.
Mak : Belajar? Umur berapa?
Aku : ......
(ada dua tiga baris lagi yang harus ditapis)

[Gambar : Tiba-tiba rasa bahagia. Eh?]

Alhamdulillah.
Walaupun perbincangan itu tergantung, aku dapat capai objektif yang aku mahukan.
Beritahu Mak apa yang aku sedang lalui sekarang.
Pertama kali cakap begitu dengan Mak, ya, berdebar amat.

Bakal Wali - Abah 
Gatal.
Bakal wali ditulisnya.
Ketawa.

Suasana hujan di luar rumah. Kebetulan aku di dapur dan Abah sedang menonton televisyen sendirian. Sambil-sambil kemas, aku berfikir juga bagaimana nak memulakan perbualan. Dan disebabkan keyakinan diri entah dari mana datangnya (mungkin dari ikan keli agaknya), aku duduk di hadapan Abah.

http://farm2.static.flickr.com/1338/4723930825_642b91b727.jpg
[Gambar : Hujan. Tahukah anda kenapa payung dicipta? Payung dicipta untuk kita berkongsi kegunaannya]

Aku : Abah, Mak ada cakap apa-apa tak?
Abah : Cakap apa?
Aku : Oh, tiada apa-apa. (diam)
Abah : Mak kau keluar pergi beli barang dengan Abang. Kenapa?
Aku : Oh, macam ini. Along nak minta izin sedikit ni.
Abah : Nak pergi berbasikal?
Aku : Bukan pasal basikal. Ni nak cakap, janji dulu la (sambil hulur jari kelingking)
Abah : Tak naklah. Cakap je.
Aku : Marilah janji (masih hulur jari kelingking)
Abah : Tak naklah. Cakap, nanti kalau ada yang Abah kena nasihat, Abah nasihat.
Aku : Janjilah, janji.
Abah : Ya lah.

http://farm5.static.flickr.com/4120/4820132282_3c1bb11b86.jpg
[Gambar : Ya, semalam paksa Abah janji begini. Ketawa]

Abah : Cakaplah apa dia.
Aku : Along nak minta izin satu benda ni.
Abah : Apa dia?
Aku : Along ada kawan dengan seorang ni.
Abah : Lepas tu?
Aku : Itulah, dia nak kenal dengan keluarga kita juga.
Abah : Oh, kawan UTM ke?
Aku : Bukan.
Abah : Kerja mana?
Aku : Belum kerja, belajar lagi.
Abah : Belajar mana?
Aku : (tempat dirahsiakan dari umum. ketawa)
Abah : Keluarga dia kerja apa?
Aku : (sengaja tak nak tulis di sini)
Abah : Ni mesti ada saudara terdekat kita yang kenal.
Aku : Itu bukan isunya. Boleh kawan tak Abah?
Abah : Umur dia berapa?
Aku : (umur pun malas mahu tulis)
Abah : Yang penting, dia boleh jaga kau, bimbing kau. Itu yang penting. Kau pun sama kena jaga diri.
Aku : Jaga diri?
Abah : Ya, kurangkan aktiviti-aktiviti luar yang lasak ni.
Aku : Eh? 
Abah : Bila dia nak datang?
Aku : InsyaALLAH, kalau semuanya lancar, bila dia balik sini tahun depan.
Abah : Baik.

http://farm5.static.flickr.com/4017/4466636070_8ea2cc0503.jpg
[Gambar : Jam sedang berdetik perlahan]

Alhamdulillah.
Urusan mahu memberitahu keluarga bahawa aku sedang berkawan dengan si dia berjaya. Mungkin disebabkan Abah dan Emak masing-masing berpuasa semalam, aku diberikan keuatan untuk memberitahu mereka. Oh, tidak termasuk akibat tertekan apabila si dia sudah memberitahu keluarga dia. Batuk-batuk, anda hebat sayang. 
Ketawa.

Terima kasih atas doa kalian semua.
Doakan agar jalinan hati kami berdua semakin kukuh.
Menunggu masa dia pulang ke sini dan selesaikan segala urusan peribadi.
Amin.

Nota Kaki :
1. Semalam gila-gila punya cuak, macam jantung terhempas ke lantai.
2. Perlu ke kem hari ini untuk sesi taklimat dan sebagainya. Aktiviti mengayuh dari Muar ke Melaka adalah esok hari. Jarak perjalanan dalam 80km.
3. Senyum sehingga ke telinga.

Zara : Menunggu pelangi yang indah kadangkala memerlukan waktu dan kesabaran dalam mendapatkan apa yang dirindu. Mungkin juga kita akan buntu, tapi ingatlah, Yang Maha Esa sentiasa akan membantu. Arnab, saya sayang kamu. Selalu.